Wednesday, December 31, 2008

Monday, December 29, 2008

KEMENANGAN ISLAM

Kini umat Islam menyambut kehadiran maal hijrah. Kita mengimbau kembali sejarah silam , setelah hijrah nabi baginda mendirikan negara Islam di Madinah, membina masjid,mempersaudarakan muhajirin dan Ansar dan membuat piagam Madinah.
Walaupun lembaran baru dibuka,namun kita juga turut merasa penderitaan yang dialami muslimin di Gaza yang dibom oleh tentera laknatullah Israil dan telah mengorbankan beratus-ratus nyawa yang tidak berdosa akibat kebiadaban musuh Islam ini.
Demi menuju kemenangan umat Islam perlu bersatu dan bangkit menegakkan kemakrufan dan mencegah kemungkaran.Allah telah menjanjikan kemenangan , namun untuk mendapatkan kemenangan ada syarat yang harus dilaksanakan dan menuntut segala pengorbanan bagi setiap yang berintima' dengan perjuangan Islam. Antara syarat yang perlu dimiliki pejuang dakwah ialah :
1) Iman yang benar
2)Beramal soleh
3) Meletakkan segala amalan dalam kehidupan kita hanya kerana Allah
4) Tidak mensyirikkan Allah
Selain itu jalan-jalan kemenangan pasti memerlukan usaha,jadi bentuk usaha yang perlu dilakukan ialah :
1)menyiapkan individu yang rabbani
2)menyiapkan pemimpin rabbani
3)mengelakkan segala bentuk perpecahan
4)berpegang teguh pada prinsip -prinsip ukhwah
Akhir sekali adalah pembentukan akhlak yang mulia, semoga kita terus melakukan penghijrahan yang lebih baik dan mengislah masyarakat di sekeliling kita. Semoga Allah memberikan kemenangan .....
Ya Allah selamatkan dan kuatkan .....mujahidin -mujahidin di Palestin dan umat Islam di seluruh dunia.......dan perjuangan mereka diakhiri dengan syahid di jalan Allah.

Saturday, December 27, 2008

Ya Allah Jadikanlah Kami Lebih Baik Dari Sebelumnya......


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Alhamdulillah...
Semoga kita semua diberi peluang oleh Allah untuk menjejakkan kaki ke tahun baru hijrah.....
Semoga niat dan azam diletakkan tinggi mencari keredhaan Ilahi....
Semoga kita bersama-sama berusaha memperbaiki kesilapan yang lalu...dan
Terus memandang ke depan membina kekuatan dan kecemerlangan untuk Islam....
Segalanya bermula pada diri kita.....

Tiada siapa di dunia ini yang tidak menginginkan yang terbaik...
Hijrah....dan berdoalah semoga kita di antara mereka yang diberikan hidayah dan petunjuk dari Allah.

Thursday, December 25, 2008

MUHASABAH DIRI

Tazkirah….Buat Peringatan Kita Bersama….
Dosa Kecil Menjadi Besar…..Apabila
1- Dilakukan secara berterusan.
Sebab itu dikatakan:
"Bukan dosa kecil lagi kalau dikekalkan dan bukan dosa besar lagi kalau dimohonkan keampunannya".
Satu dosa besar yang tidak diulangi adalah lebih cerah peluang untuk diampunkan oleh Allah dari dari dosa kecil yang dilakukan secara berterusan dan berulang-ulang.
Bandingannya samalah seperti titisan-titisan air yang menimpa batu secara berterusan akan meninggalkan bekas kepada batu tersebut, sedangkan jika kadar air yang sama kita simbahkan sekaligus ke atas batu tersebut, ia tidak akan memberi apa-apa kesan.
2. Memandang remeh dosa yang dilakukan.
Jikalau seseorang memandang besar dosa yang dilakukannya, maka di sisi Allah ia akan dipandang kecil. Begitu juga, kalau dia memandang remeh dosa yang dilakukannya, di sisi Allah ia akan dipandang besar. Kalau seseorang itu memandang remeh sesuatu dosa, itu menunjukkan bahawa hatinya sudah gelap dan cenderung untuk melakukan dosa.
Seseorang mukmin itu akan memandang dosanya adalah seperti sebuah bukit yang berada di atas kepalanya yang akan jatuh menimpanya dan orang munafik memandang dosanya adalah seumpama lalat yang melewati hidungnya lalu dihalaunya.
3. Merasa gembira dengan dosa yang dilakukan.
Setiap kali seseorang itu merasa senang hati dengan dosa yang dilakukannya, maka kesan dosa itu akan makin besar dan menghitamkan hatinya. Contohnya merasa bangga dapat menyakiti, memalukan atau membohongi saudaranya yang lain.
4. Memandang mudah apabila kesalahannya ditutup oleh Allah dari pengetahuan orang lain dan Allah tidak menimpakan apa-apa bencana kepadanya.
Lalu ia menyangka bahawa kesalahan yang dilakukannya itu mendapat pertolongan dari Allah. Sedangkan Allah menangguhkan balasannya sebagai kemurkaanNya dan agar bertambah besarlah dosanya.
5. Melakukan dosa dan memperlihatkannya kepada orang lain.
Ia sama ada memberitahu kepada orang lain atau semasa melakukannya ada orang melihatnya.
· Yang pertama semasa melakukan dosa itu, orang tidak tahu, tetapi dia menghebahkannya. Ia adalah kesalahan kerana Allah telah menutupnya ketika melakukan kesalahan, tetapi dia telah membuang tabir tersebut.
· Yang keduanya dia melakukan dosa di hadapan orang lain. Kedua-duanya boleh menggerakkan keinginan buruk orang yang mendengar atau melihatnya terhadap maksiat. Apatah lagi kalau tujuan dia menghebahkannya atau mempertontonkannya agar perbuatannya itu diikuti oleh orang lain. Maka bertambah besarlah dosanya.
6. Kalau orang yang melakukannya adalah seorang alim yang ada pengikut.
Ini adalah berdasarkan satu hadis yang bermaksud:
"Sesiapa yang melakukan suatu amalan yang buruk, maka ke atas dirinya sendiri tetaplah adanya dosa itu, juga dosa orang yang meniru perbuatannya, tanpa dikurangi dari dosa mereka itu sedikit pun". (HR Muslim).

Sebagaimana berganda-gandanya dosa orang alim yang diikuti, begitu juga berganda-ganda pahalanya jika perbuatan baiknya diikuti.
(Petikan dari Kitab Mau'izatul Mu'minin min Ihya' Ulumiddin m/s: 405-406)
Setiap anak Adam melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat. Rebutlah peluang yang diberikan oleh Allah untuk mendapatkan keampunan dari Allah s.w.t.:
Ya Allah! Ampunilah segala kesalahan hambaMu yang lemah lagi banyak dosa ini.
al-faqirah ila'Llah..

Kalam Allah

Firman Allah s.w.t ; Dia memberi hikmah kepada siapa saja yang dikehendaki. Dan, sesiapa yang mendapat hikmah , sesungguhnya dia mendapat kebaikan yang melimpah.
( Al-Baqarah 2 : 269)

Wednesday, December 24, 2008

LAKARAN SIYASI

ASSALAMUALAIKUM….. Ini sedikit catatanku, dan sedikit pengalamanku….


Hari ini 24 Disember 2008,Badan Eksekutif Mahasiswa IAIN sebagai duta perubahan , telah menyerahkan gagasan ke Pejabat Gaburnor untuk menyuarakan pendirian mereka , iaitu supaya Anggaran Pendapatan dan Belanja Aceh dipantau agar bebas dari penyelewengan terhadap rakyat.Apa yang menarik ,mereka mempunyai keistimewaan di sini, iaitu bebas menyuarakan agenda perubahan di hadapan pengadilan dan penguasa ,hal ini berbeza suasana di Malaysia. Mahasiswa di kenakan AUKU...
Rentetan daripada peristiwa hari ini, saya juga sempat membaca tulisan As-syahid Imam Hassan Al-Banna yang bertajuk Antara Semalam dan Hari Ini. Di dalamnya dijelaskan mengenai Manhaj Al-Quran dalam Memperbaiki Masyarakat.Semuanya bermula di sini…

RISALAH NABI YANG AMANAH
Sejak 1370 tahun yang lalu, Muhammad bin Abdullah, Nabi yang ummi telah menyeru di atas kemuncak bukit Sofa, Mekah, maksudnya:

"Wahai sekalian manusia, sesungguhnya saya adalah pesuruh Allah kepada kamu sekelian, Tuhan yang memiliki seluruh langit dan bumi, tidak ada tuhan melainkan Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Berimanlah kamu dengan Allah dan RasulNya, Nabi yang ummi yang telah beriman dengan Allah dan kalimahNya. Turutlah kamu sekalian kepadaNya moga-moga kamu mendapat petunjuk". (Al-A'raf :158)

Dakwah yang merangkum itu menjadi garis pemisah bagi seluruh alam. Pemisah antara zaman yang gelap gelita dengan zaman yang akan datang yang bersinar dengan cahaya dan bahagia abadi. Dakwah ini juga menjadi satu pengisytiharan yang terang dan nyata terhadap satu sistem yang baru yang disyariatkan Allah yang amat mengetahui dan amat bijaksana. Ia disampaikan oleh pesuruhNya Muhammad saw, pembawa khabar gembira dan pengingat manusia bersama kitabNya al Quran yang terang dan bersinar, juga bala tenteranya yang dahulu yang terdiri daripada orang- orang muhajirin dan ansar dan pengikut-pengikut jejak langkah mereka dengan penuh ihsan. Dakwah ini bukan satu ciptaan manusia, ia adalah ciptaan Allah yang tidak ada ciptaan yang lebih baik selain dari-Nya. Firman Allah, maksudnya,

"Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah al kitab (al Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu tetapi Kami menjadikan al Quran itu cahaya yang Kami beri petunjuk dengannya, siapa yang Kami kehendaki di antara hamba Kami. Dan sesungguhnya Kami benar-benar memberi petunjuk kepadajalan yang lurus (iaitu) jalan Allah yang kepunyaannya segala apa-apa yang ada di langit dan apa yang di bumi, ingatlah bahawa kepada Allahlah kembali semua urusan".
(as Syura:52-53)



MANHAJ AL-QURAN DALAM MEMPERBAIKI MASYARAKAT.
Al Quran adalah penghimpun segala cara untuk membaiki masyarakat. Ia telah diturunkan ke atas Nabi saw. Ianya dibacakan kepada orang-orang mukmin dari masa ke semasa menurut keadaan, suasana dan sempena. Firman Allah, maksudnya.

"Demikianlah supaya kami perkuat hati mu denganNya dan Kami (menurunkanNya) dan
membacakanNya kelompok demi kelompok. Tidaklah orang-orang kafir itu datang kepadamu (membawa sesuatu yang ganjil) melainkan Kami datangkan kepada mu suatu yang benar dan yang paling baik penjelasannya".
(al Furqaan:32-33).
Apabila sempurna wahyu itu diturunkan dan dipelihara di setiap dada dan pada mashaf-mashaf dalam masa lebih kurang dua puluh dua tahun, Allah telah kumpulkan di dalamnya penjelasan tiap-tiap perkara untuk umat ini. Dasar-dasar pembaikian dan pengislahan masyarakat yang sempurna yang didatangkan oleh al Quran itu berlegar dibawah qaidah-qaidah ini:
1) Ketuhanan (Rabbaniah).
2) Ketinggian jiwa manusia.
3) Peneguhan aqidah terhadap adanya pembalasan.
4) Pengisytiharan persaudaran di kalangan manusia.
5) Membangunkan seluruh laki-laki dan wanita serta pengisytiharan tanggungjawab dan
persamaan di antara keduanya serta penentuan tugas masing- masing secara detail.
6) Jaminan untuk masyarakat dengan penetapkan hak-hak kehidupan, pemilikan, kerja,
kesihatan, kebebasan, pelajaran, keselamatan individu dan penentuan sumber pendapatan.
7) Memelihara dua kehendak semulajadi; keinginan memelihara jiwa dan memelihara
keturunan dengan mengatur keinginan perut dan seks.
8) Keras dan kesungguhan dalam memerangi jenayah-jenayah berat.
9) Menguatkan kesatuan umat ini menghapuskan seluruh unsur-unsur dan sebab yang
membawa perpecahan umat.
10) Mewajibkan umat supaya berjihad dalam menegakkan prinsip-prinsip kebenaran yang didatangkan oleh sistem ini.
11) Menjadikan negara sebagai wakil kepada fikrah Islam dan negara bertanggungjawab
melindunginya. Negara juga bertanggungjawab untuk melaksanakan matlamatnya dalam
masyarakat yang khusus(Negara Islam) dan menyampaikan fikrah ini kepada seluruh
manusia.

Kesimpulannya segala bentuk pembaikan dalam masyarakat yang digariskan di atas perlulah dilaksanakan secara terancang iaitu kembali kepada manhaj Al-Quran.Semoga setiap amal islami kita di dunia ini diterima Allah....dan diredhainya.

Sunday, December 21, 2008

laman tarbiyah

Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini
Abdullah Nasih Ulwan

Sebelum saya membincangkan tentang cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pemuda-pemudi hari ini dan penyelesaiannya, eloklah kiranya saya memperkatakan secara ringkas tentang pembinaan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w terhadap pemuda, jugapembentukan dan persediaan di dalam menghadapi cabaran-cabaran ini. Tidakkah para sahabat Rasulullah s.a.w kebanyakannya adalah pemuda? Saya memperkatakan perkara ini supaya kita mengetahuinya.

Wahai para pemuda- sejauh manakah perhatian yang diberikan oleh baginda terhadap pemuda dan ketelitiannya serta prihatin baginda s.a.w di dalam membentuk dan mempersiapkan mereka... sehingga mereka mampu menghadapi segala cabaran yang mendatang dengan keimanan, kesabaran dan keteguhan iman... Dan sehingga mereka bangun memainkan peranan menyampaikan risalah Islam ke seluruh alam buana dan mendirikan kerajaan Allah di atas muka bumi ini.

Pembinaan Rasulullah s.a.w terhadap pemuda dan menyediakan diri mereka untuk mengharungi kehidupan.

Kepada kamu -wahai pemuda- pemudi, saya kemukakan beberapa pesanan Rasulullah s.a.w mengenai persediaan ini agar kamu mengetahui bagaimana cara pembinaan yang dilakukan.
Di dalam menyediakan pemuda supaya mentaati Allah, mengabdikan diri kepadaNya dan
menjauhi segala perkara yang dilarang... Rasulullah s.a.w telah bersabda di dalam hadis
yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

Maksudnya: Tujuh golongan yang akan dilindungi oleh Allah di hari yang tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya... pemuda yang hidup di dalam keadaan memperhambakan diri kepada Allah.

Di dalam menyeru pemuda supaya mengambil segala kesempatan untuk membentuk peribadi mereka samada dari sudut rohani, jiwa, jasmani, mental dan akhlak... baginda bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al Hakim:

Maksudnya: Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu, mudamu sebelum tuamu dankayamu sebelum miskinmu.

Di dalam memelihara jiwa pemuda daripada terpesong, terseleweng dan menjaga kesuciannya dengan berkahwin seperti yang telah di syariatkan oleh Allah kepada umat Islam... Baginda s.a.w telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Jamaah Maksudnya: Wahai para pemuda, sesiapa dari kalangan kamu yang mampu untuk berkahwin,hendaklah dia berkahwin kerana ia dapat menjaga pandangan dan memelihara kemaluan.

Di dalam memuhasabah tanggungjawab pemuda di hadapan Allah s.w.t di akhirat kelak...
baginda bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi:

Maksudnya: Tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga dia ditanya tentang umurnya pada apa yang telah dihabiskannya, masa mudanya pada apa yang telah dipenuhkannya, hartanya dari mana dia mendapatinya dan ke mana dia membelanjakannya dan ilmunya apakah yang telah dilakukan dengannya.

Para Sahabat Nabi Adalah Pemuda

Di dalam istiqamah pemuda di atas manhaj Islam dan berterusan di dalam ketaqwaan
kepada Allah... baginda s.a.w telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Ya’la:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah sangat kagum pada pemuda yang tidak ada baginya masa muda (untuk bergembira dan bersuka-suka kerana masa mudanya dipenuhi dengan beribadat kepada Allah).

Di dalam wasiat Rasulullah s.a.w kepada Umat Islam supaya menjaga pemuda dan
menjelaskan tentang kelebihan mereka berbanding dengan orang-orang tua... baginda s.a.w bersabda:

Maksudnya: Aku berpesan kepada kamu supaya berbuat baik kepada pemuda, sesungguhnya hati mereka paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutus aku membawa agama Hanafiah lalu para pemuda bergabung dengan aku dan orang-orang tua menentang aku.

Itulah asas-asas terpenting kepada pembinaan peribadi pemuda dan masyarakat. Tidak syak lagi bahawa matlamat daripada pembinaan dan persediaan ini adalah supaya pemuda terbentuk dengan pembentukan yang sempurna dari aspek rohani, akhlak, mental, jasmani dan jiwa... serta seluruh aspek yang menyempurnakan keperibadian mereka.

Dengan pembentukan ini para pemuda akan lebih berkemampuan untuk menghadapi berbagai cabaran, melaksanakan tanggungjawab dan berpegang teguh dengan dasar-dasar Islam. Mereka tidak akan terseleweng, merasa lemah, terpesong bersama bawaan angin fitnah, menyerah kalah kepada tipu daya kefasadan, berputus asa dan lemah semangat. Begitu juga mereka tidak akan tergelincir ke dalam lubang keruntuhan dan penyelewengan.

Begitulah, pemuda muslim akan kekal sebagai seorang yang sihat, teguh, beriman, berjihad menyampaikan risalah Islam, menunaikan amanah dan bekerja untuk Islam... sehingga diadimatikan oleh Allah dalam keadaan yang mulia atau dia mengadap Tuhannya sebagai seorang syuhada’.Memang benar mereka adalah pemuda. Pemuda yang sedang mengecapi nikmat kemudaannya, menjauhkan diri dari kejahatan mata, lari daripada kebatilan kaki-kaki mereka, beribadah (‘abid) di waktu malam dan pejuang di siang hari. Mereka berjihad dijalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Mereka diutuskan oleh Allah untuk mengeluarkan manusia daripada perhambaan diri sesama manusia kepada perhambaan diri kepada Allah, Tuhan sekelian alam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasannya, daripada kedurjanaan agama-agama yang lain kepada keadilan Islam.

Adakah kamu mengetahui -wahai para pemuda- panji-panji Islam tidak akan dapat ditegakkan di dalam jiwa manusia sejagat, kekuasaannya tidak akan meluas ke seluruh pelusuk bumi dan dakwahnya tidak akan tersebar ke seluruh alam kecuali melalui tangan-tangan pemuda yang telah ditarbiah di madrasah Rasulullah s.a.w dan keluar daripada intitusi yang lengkap itu?!!

Rasulullah s.a.w, ketika wahyu di turunkan kepada baginda, umurnya baru menjangkau
empat puluh tahun. Ia merupakan peringkat kesempurnaan pemuda. Abu Bakar lebih muda daripada baginda s.a.w sebanyak tiga tahun. Umar bin al-Khattab, ketika memeluk Islam berumur dua puluh tujuh tahun. Usman bin Affan lebih muda daripada Rasulullah s.a.w.manakala Ali pula adalah yang termuda di kalangan mereka semua. Begitu juga Abdullah bin Mas’ud, Said bin Zaid, Abdul Rahman bin Auf, Bilal bin Rabah, Mus’ab bin ‘Umair dan berpuluh-puluh bahkan beratus-ratus lagi dari kalangan para sahabat semuanya adalah pemuda.

Para pemuda generasi pertama dan orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka adalah orang-orang yang telah menjulang bendera “dakwah kepada Allah” dan pengibar panji-panji jihad... lalu Allah memberikan kemenangan yang besar dan tertegaknya daulah Islamiah melalui tangan mereka. Kamu semua mengetahui -wahai pemuda-, bahawa tewasnya dua kerajaan besar dan kuat iaitu Rom dan Parsi, begitu juga tunduknya Syam, Mesir, Iraq, Tripoli dan Utara Afrika di bawah keadilan Islam adalah melalui tangan para pemuda.

Semuanya ini sempurna dalam tempoh masa 35 tahun di zaman pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin. Pada tahun-tahun berikutnya kerajaan Islam telah meluas dan kekuasaan mereka tersebar hingga sampai ke Sind, sebahagian besar India, Turkistan dan sehingga ke sempadan China di Timur. Ia juga telah memasuki Sepanyol yang terletak di sebelah Barat Eropah. Kekuasaan Islam sentiasa meluas ke Timur dan barat, Utara dan Selatan sehingga menguasai sebahagian besar permukaan bumi. Khalifah kerajaan Abbasiah, Harun ar- Rasyid telah menggambarkan keluasan dunia Islam. Beliau telah berkata kepada awan yang bergerak diatasnya tetapi tidak menurunkan hujan kepadanya: “Turunlah di mana sahaja kamu mahu. Sesungguhnya hasil keluaranmu akan di bawa kepada kami”.

Semuanya tidak akan tercapai kecuali dengan keazaman, pengorbanan, jihad dan keinginan untuk syahid para pemuda.

Ya Allah! Sediakan bagi umat ini para pemuda dan pemudi yang mempunyai keazaman, pengorbanan dan jihad seperti orang-orang yang terdahulu daripada mereka... Semoga merekalah orang-orang yang akan mengembalikan kekuasaan daulah Islamiah, kemuliaan dan keagungan bagi umat Muhammad ini.

Selepas pendahuluan ini saya akan membincangkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh para pemuda kita hari ini satu persatu, kemudian saya akan menjelaskan cara penyelesaian yang positif untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut. Di dalam rumusan jalan penyelesaian, saya akan membincangkan secara ringkas peranan dan tugas mereka di dalam mendirikan masyarakat Islam. Antara cabaran pemuda masa kini adalah:

Pertama : Cabaran syaitan dan hawa nafsu.
Kedua : Cabaran serangan pemikiran.
Ketiga : Cabaran keruntuhan akhlak.
Keempat : Cabaran kerajaan sekular.
Kelima : Cabaran lemah semangat bekerja untuk Islam.

Dengan izin Allah kita akan membincangkan satu-persatu dengan panjang lebar. Begitu juga jalan penyelesaiannya bersumberkan ajaran Islam dan petunjuk al-Quran. Hanya Allah matlamat kita. Semoga Dia menjadikan kerja-kerja ini ikhlas keranaNya. Faktor yang boleh menyesatkan adalah banyak. Di antaranya ada yang bersifat dalaman seperti nafsu ammarah yang menyeru manusia kepada kejahatan dan keinginan hawa nafsu yang hina. Di antaranya juga ada yang bersifat luaran seperti hasutan syaitan dari kalangan jin dan manusia, fitnah harta, wanita dan kemegahan pangkat. Di dalam perbincangan ini saya akan memberi penumpuan kepada faktor-faktor kesesatan dan penipuan yang paling jelas. Ia boleh diringkaskan kepada tiga faktor:

1. Hasutan syaitan yang menggoda.
2. Bisikan hawa nafsu ammarah.
3. Dorongan hawa nafsu.

Saya simpulkan kepada tiga faktor kerana ia merupakan asas kejahatan dan fitnah serta punca kefasadan dan kerosakan di zaman kefasadan dan keruntuhan ini. Ditegaskan di sini bahawa apabila pemuda hari ini melawan hawa nafsu dan syaitan dengan kemantapan iman, mengikut kebenaran, kekuatan keazaman dan berpegang teguh dengan Islam, maka tidak syak lagi dia akan menjadi mukmin yang abrar dan muttaqin yang terbaik... bahkan dia akan menghadapi segala fitnah yang berlaku dan kefasadan luaran dengan kekuatan pengorbanan dan pendirian yang teguh tanpa terkesan dengan suasana fasad dan keinginan hawa nafsu………bersambung.

Saturday, December 20, 2008

PESANAN TERAKHIR HASSAN AL-BANNA

PESANAN TERAKHIR

Wahai MUJAHID DAKWAH!
Puluhan tahun lamanya, pendengaran, pergaulan, ketekunan, kegiatan berjuang, kerana jerih payah dan pembantingan tulang yang tiada hentinya, engkau telah kaya dengan pengalaman.
Engkau sekarang telah jadi.
Engkau telah memiliki pengertian dan ukuran, engkau telah turut menentukan jarum sejarah seperti orang lama.
Engkau telah sampai pula ke batas sejarah, kini dan nanti.
Engkau telah memenuhi hidupmu dengan tekun dan sungguh, ikut memikul yang berat menjinjing yang ringan, membawa batubata untuk membangun gedung Ummat ini.
Engkau tebus semua itu dengan cucuran keringat dan airmata, kesengsaraan dan penderitaan.
Kawan hidupmu yang menyertaimu dalam segala suka dan duka, telah tak ada lagi.
Ia tak sempat menghantarmu sampai ke batas perhentian. Tengah jalan dia pulang, dan engkau
ditingga]kannya di daerah kesepian.
Di atas kuburnya telah tumbuh rumput, daunnya subur menghijau.
Bunga suci aku lihat tumbuh pula di atas pusara sepi itu.
Tangan siapa gerangan yang menanamnya, aku tak tahu.
Biarkan dia tumbuh menjadi. Akan tiba juga masanya bunga suci itu mekar-mengumtum.
Eva dan Sofia akan memetik dia kelak, akan mempersunting dia penghias sanggulnya.
Sudikah engkau menulis nisan-kenangan di atas kuburnya, sebagai tanda pembalas jasa, kerana dialah tolan
penolong engkau di medan bakti?

Wahai MUBALIGH ISLAM!
Tanganmu telah ikut menulis sejarah. Sejarah perjuangan Umat, sejarah menegakkan Cita dan Agama,
Benang yang engkau sumbangkan telah memperindah sulaman tarik dari Umat ini.
Engkau kini telah menemui bentukmu, sesuai dengan bakat dan kudratmu.
Engkau tidak lagi anak kemarin, tetapi anak kini dan akan pulang lagi meninggalkan bengkalai ini.
Sebagai seroang Jurubicara Umat Islam, engkau telah mempunyai ukuran dan alat penilai; sampai di mana kita dan hendak ke mana lagi. Pengalaman yang engkau perolehi dan perjalanan yang jauh, akan berguna
dan bermakna dalam mencari kemungkinan bagi langsungnya prijuangan Cita ke depan.
Keyakinan yang engkau miliki, jalan panjang yang engkau tempuh selarut selama ini, getir yang engkau
derita, segala itu dapat engkau pakai untuk merumuskan bagaimana lagi perjuangan Umat Islam ke depan


setelah ini.

Paparkanlah semua itu kepada generasi muda yang akan mengganti engkau!
Ambillah kesimpulan dan kekeliruan dan kegagalan masa lampau.
Belajar dari masa lalu, terutama belajar dari kekeliruan dan kegagalan yang engkau alami sendiri, dan
teman seiringmu juga.
Bukankah kerap engkau benar dalam pendirian tapi salah dalam perhitungan?
Benar dalam prinsip tapi keliru dalam cara? Kejujuran dalam perjuangan memesankan, agar kita mengakui
terus terang kekeliruan dan kelemahan diri. Yang demikian itu penting untuk menyusun paduan masa
datang, mengendalikan kehidupan Cita dan Agama.
Dalam kekeliruan, kita dapat mengambil makna dan guna.
Usrah dan Dakwah_______________________


Kita keliru kerana kita telah berbuat. Ruh-intiqadi yang engkau miliki, janganlah pula engkau pakai untuk
melenyapkan segala harga dan nilai, dan angkatan lama yang telah berbuat itu. Mereka adalah anak dan
zamannya, dan telah memenuhi tugasnya pula.
Cahaya dan pelita lilin yang lemah serta lembut itu perlu juga dihargai, kerana ia teiah berjasa memecahkan
sudut-sudut yang gelap.

Wahai si JURU DAKWAH!

Kini engkau telah sampai ke tonggak sejarah. Di atas pendakian sunyi tidak kesibukan, terletak
pesenggarahan lama, patilasan orang lalu setiap waktu. Dan tempat itu hidup kenangan lama. Masa lalu
penuh keharuan dan kenangan.
Duri dan derita, dera dan kepapaan, keringat dan airmata.
Tapi ia indah dalam kenangan dan lukisan kalbu. Engkau pandanglah masa depan dengan Basyirah,
dengan horizon yang tajam.
Memanjang jauh ke muka, sampai ke kaki langit.
Tahukah engkau, bahawa engkau hanyalah sebuah mata dan rantai sejarah yang panjang itu? Telah lalu
beberapa kafilah dan kehidupan yang sayup, dan mereka telah berbuat sesuai dengan zamannya. Sungai
airmata dan titisan darah sepanjang jalan yang membentang dan pangkal hingga ke hujung yang tidak
kelihatan, adalah kalimat yang memberitakan, bahawa angkatan silam telah mengembangkan sayap
kegiatan mereka dengan segala kesungguhan dan kepenuhan. Romantik dan heroik zaman silam masih
menggemakan gentasuara di tengah sahara kekinian, meninggalkan pesan kehidupan yang penuh dan
menyeiuruh kepada angkatan kemudian.
Daftar para Syuhada’ itu telah panjang, dan dalam perut bumi telah memutih tulang sebagai saksi kepada
yang hidup, bahawa mereka telah datang dan telah pulang tidak sia-sia.
Dan celah-celah kuburnya kedengaran jua suara halus memuat amanat perjuangan kepada generasi kita
yang masih hidup.
Dan lihatlah pula kafilah hidup yang sudah mendesak juga ke batas perhentian.
Masa kini rupanya “lah laruik sandjo” bagi mereka, dan waktu pamitan tak lama lagi
Wahai si TUKANG SERU!
Emtah berapa lagi jatah umar engkau yang masih tinggal, kita tak tahu.
Tahukah engkau, pekerjaan besar ini tidak akan selesai di tangan engkau?
Sejarah berjalan terus, lampau dan datang, kini dan nanti.
Tahukah engkau, bahawa dibelakang kalimat sejarah itu belum ada titik?
Masa yang akan datang penuh rahsia, tersimpan dalam kandungan ghaib, misteria gelap bagi kita. Masa
silam dapat engkau baca dalam halaman sejarah; masa yang akan datang masih gelap tak ada yang tahu?
Tahukah engkau, kumandang zaman datang dapat juga kita ketahui dan puncak zaman sekarang? Dalam
kekinian mengandung juga roman zaman yang akan tiba.
Engkau kini berada di antara dua ufuk yang bertentangan, dua kutub yang tidak serupa. Engkau kini
berada antara idealisme dan realisme dunia.
Idealisma yang engkau miiki dan realisme dunia yang engkau hadapi.
Antara kedua kutub itu engkau tetap dalam lensa sorotan. Lensa sorotan sejarah yang berjalan terus dan
sentiasa.
Sanggupkah engkau lalu di tengah-tengah dua kutub yang bertentangan ini?
Masih kuatkah kaki engkau berjalan di antara dua dunia yang saling bertentangan itu?
Wahai MUSAFIR yang sedang lalu!
Jalan ini masih panjang, rantau masihjauh!
Dengan Al-Quran ditangan kanan dan kain kafan di tangan kiri, teruskanlah peijalanan ini.
Usrah dan Dakwah_______________________

Berjalan dan melihat ke muka, menggunakan sisa umur yang masih ada.
Entah bila akan sampai ke tempat perhentian, engkau tak tahu, — aku pun tidak.
Di tengah laut lepas dan luas, pencalang ramping itu telah jauh ke tengah.
Awan menyerang kiri dan kanan, gelombang mengganas dan badai menghempas.
Pencalang ramping itu naik turun mengikut amukan air. Jurumudi mendapat ujian.
Berpirau melawan arus, pesan seorang pemimpin, dijadikan pedoman dalam hati.
Kemudi dan pimpinan bertanggungjawab atas ke selamatan pelayaran ini.
Kini kita telah jauh berada ditengah. Pelabuhan tempat bertolak tiada kelihatan lagi, sedang ranah-tanah
tapi belum jua tampak.
Wahai MUJAHID ISLAM!
Akhirnya pelayaran ini sampai juga ke pantai, berkat jurumudi yang piawai memegang pimpinan. Engkau
dan Umat ini kini harus berjalan kaki, menggunakan tenaga diri sendiri.
Tak ada tolan penolong selain Dia semata, yang melindungi kita dan awal mula sampai hari ini.
Jalan masih panjang, rantau Cita masih jauh. Ufuk-ufuk baru kelihatan juga, tambah dijelang tambah jauh
rasanya.
Kafilah itu lalu dan berjalan terus, menempuh laut sahara tiada bertepi.
Sunnah perjalanan alam membawa kata pasti: setelah malam kelam ngeri ini fajar pagi yang indah akan
menyingsing.
Di atas asap yang tebal, terbentang langit cerah yang biru.
Gelap dan gelita alam, lapisan kabus tebal dan berat. Di halaman langit tak ada bintang.
Berfikirlah sejenak dan melihatlah ke atas ada sebutir terang mengirim sinar ke bumi.
Sebuah bintang itu jadilah, kerana ada pedoman bagi kafilah di tengah sahara luas.
Pelaut yang arif selalu mendapat alamat dan sebutir terang di halaman langit.
Wahai UMAT RISALAH!
Dengarlah suara Bilal bergema dan ufuk ke ufuk!
Dengarlah seruan azan bersahut-sahutan dan Menara ke Menara!
Renunglah suara Takbir berkumandang di mana mana, memanggil Umat ini dengan kalimat sakti: Hayya
‘alah Syalah! Hayya ‘ala! Falah! Marilah Sembahyang, marilah Menang!
Engkau pandanglah Umat Jama’ah itu berdiri bersyaf-syaf di belakang seorang Imam, Ruku’ dan Sujud
bersama-sama.
“Suatu pandangan dari udara atas dunia Islam pada saat sembahyang, akan memberikan pemandangan dan
sejumlah lingkaran konsentrasi yang terdiri dan kaum Muslimin, dengan jari-jarinya yang bertitik-pusat di
Ka’bah di Mekah, dan yang terus mengambil tempat yang lebih luas, dan Sierra Leone sampai ke Kanton
dan dan Toboisk sampai Tanjung Pengharapan”, — demikian Philip K. Hitti melukiskan kaum Muslimin
dikala menyembah Tuhannya. (1).
Engkau lihatlah mereka di dalam Masjid yang sudah tua tidak terurus, surau yang hampir roboh kerana
tekanan masa, dengan sepi di tengah sawah; dengan pakaian yang compang-camping dan tenaga lemah,
masih berdiri menegakkan Splat. Kaum Muslimin itu masih tetap melakukan ‘ibadah kepada Tuhannya,
memanjatkan doa ke hadrat Ilahi semoga segera datang tangkisan ghaib dan udara menolong kaum yang
lemah.in
Wahai Tuhanku, kalaulah adalah di antara Umat ini yang berhak menerima Ridha dan Ma’unahMu, —
kalau adalah di antara Umat ini yang berhak menerima bantuanMu, mereka itulah dia!
Merekalah yang berhak menerima gemilang sayang Mu
dan arahan Rahim Mu: menegakkan yang lemah, mengangkat kaum yang tertindas!
Usrah dan Dakwah_______________________


Wahai UMAT DAKWAH!

Amanat perjuangan itu kini jatuh ke tangan kaum yang lemah Dhu’afa dan Fuqara; tenaga lemah dan dana
tak ada.
Di tangan kaum yang lemah itu tersimpan kekuatan Umat ini. Rahsia kejayaan dan kemenangan, bulat
seluruhnya dalam genggaman mereka.
Innama tunsyaruna wa turzaquna bidlu ‘afaikum! (Hadis).
Kamu akan mendapat kemenangan hanya dengan bantuan kaum yang lemah di antara kamu.
Bimbinglah tangan Umat ini kembali, bawa mereka ke jalan yang benar!
Jangan dibiarkan Umat ini ditelan kesepian; jangan dibiarkan Umat ini ditakuti oleh hantu-kesangsian,
tanpa pimpinan.
Hidupkan terus api idealisme dan kembangkan sentiasa optimisma dan enthousiasme. Sinarkan apatisme
dan fatalisme, lenyapkan defaitisme, menyerah kepada keadaan atau menjadi budak dan kenyataan!
Denyutkan kembali jantung Umat ini!
Wajarkan kembali aliran darah Tauhid mereka!
Tuhan telah menjanjikan kurnia dan bantuan kepada kaum yang lemah, kaum yang tertindas di bumi.
Kami hendak menumpahkan budi atas mereka yang ditindas di bumi, dan Kami hendak menjadi
kan mereka Pemimpin, dan Kami hendak menjadikan mereka mewarisi bumi. Dan Kami hendak
meneguhkan kekuasaan untuk mereka di bumi.”
Al Qashash: 516.

Thursday, December 18, 2008

Bwrsyukurlah dan Bersabarlah.....

Manusia hanya dapat merasakan kebahagiaan sejati, keceriaan murni, kenikmatan yang tiada bandingannya, kelazatan tanpa ada yang mengalahkan, ketika manusia itu mendapatkan makrifatullah ( mengenal Allah) dan cinta Allah s.w.t. Tidak ada kebahagiaan dan kenikmatan yang sebenarnya kecuali jika diiringi dengan makrifatullah dan cinta Allah s.w.t.

Tuesday, December 16, 2008

Kefahaman Mendalam

MATLAMAT PERJUANGAN ISLAM

Matlamat utama perjuangan Islam adalah untuk meninggikan kalimah Allah iaitu dengan terlaksananya syariat-Nya dan tunduknya segala fahaman, agama dan ajaran yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asy’ari r.a. katanya: Sesungguhnya seorang lelaki Badwi iaitu Arab desa datang kepada Nabi s.a.w. dan bertanya: “Wahai Rasulullah! Ada seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, ada juga seseorang yang berperang untuk membuktikan kejantanannya dan ada pula seseorang yang berperang untuk melihat kemampuannya. Oleh itu, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Barangsiapa yang berperang demi menegakkan kalimah Allah, maka beliaulah yang berada di jalan Allah.” (Riwayat Muslim)
Allah SWT sendiri menuntut agar agama-Nya ini diletakkan mengatasi segala ajaran yang lain. Tuntutan ini jelas dinyatakan oleh Allah ketika menjelaskan tentang matlamat pengutusan Rasulullah s.a.w. kepada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Dialah (Allah) yang telah mengutus rasulNya dengan hidayah petunjuk dan agama yang sebenar supaya dimenangkanNya atas segala agama walaupun dibenci oleh orang-orang musyrikin.” (al-Saff : 9)
Al-Maududi menyatakan:

“Sebagaimana halnya dengan din-din lainnya, din Allah ini juga menuntut bahawa seluruh wewenang mesti diserahkan kepadaNya semata-mata. Sedangkan semua din yang berlawanan dengannya mesti ditundukkan. Kalau tidak, ia akan dapat menuntut kepatuhan rakyat, kerana dalau din ini telah berlaku, maka tidak akan ada lagi din kerakyatan, kerajaan atau din kaum komunis.”

Tuntutan ini tidak bererti bahawa Islam bertindak memaksa manusia memeluk Islam dan menghapuskan terus ajaran lain secara kekerasan kerana kekerasan dan paksaan tidak akan menghapuskan apa yang ada dalam hati dan fikiran manusia. Ini dijelaskan dalm konsep dan etika peperangan dalam Islam antaranya ialah larangan manakut-nakutkan orang ramai,melampau, membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua yang sudah kabur pandangan, paderi-paderi, penjaga gereja, membakar pokok dan membunuh haiwan tanpa maslahah.
Demikian juga difahami dari ayat ke 40 Surah al-Hajj:
Maksudnya: “Dan sekiranya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid yang di dalamnya banyak disebut nama Allah .”
Tuntutan itu sebenarnya adalah supaya Islam mendominasikan seluruh suasana dan kekuasaan pemerintahan agar manusia dapat melihat kehebatan dan keagungan Islam lalu mereka akan menerima Islam sama ada sebagai agama anutan atau sebagai pemerintahan yang adil dengan secara rela.
Firman Allah s.w.t. Surah at-Taubah, ayat 40: Maksudnya:
“Dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah dan kalimat Allah itulah orang-orang tinggi.”
Tuntutan menzahirkan agama ini dijelaskan sehinggalah dalam soal peperangan. Tujuan peperangan dalam Islam sendiri adalah untuk memastikan bahawa Islam menjadi penentu dalam percaturan politik dan hidup manusia. Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya:
“Dan perangilah mereka (orang-orang kafir) sehingga tiada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya menjadi semata-mata untuk Allah.” (al-‘Anfal : 39)
Menurut Saiful Islam, maksud dari perkataan ‘perangilah’ adalah agar kekufuran tidak melata dan agar din Allah di atas segala -galanya, sehingga din al-Islam ada di mana-mana.
PERJUANGAN TIDAK BERNOKTAH

Islam sentiasa menghadapi tentangan. Hasil daripada dua factor di atas, lalu timbul pula reaksi di kalangan manusia yang enggan tunduk kepada seruan dakwah Islam. Reaksi itulah yang menyemarakkan lagi pertentangan di antara Islam dengan musuh-musuhnya.
Contoh yang paling ketara daripada sirah Rasulullah s.a.w. ialah apabila baginda berdakwah dengan orang ramai tentang Islam supaya mengucap syahadah La ilaha illa Allah, dua orang lelaki Badwi dari kalangan yang hadir berkata:
Maksudnya:
“Ini adalah perkara yang dibenci oleh raja-raja (pemerintah). Kerana inilah kamu akan diperangi oleh orang-orang Arab dan orang-orang ‘ajam (bukan Arab).”
Peristiwa ini menggambarkan bahawa penentangan terhadap Islam adalah perkara yang sentiasa berlaku sebagaimana ia telah berlaku ke atas nabi-nabi yang terdahulu. Namun faktor utama penentangan itu bukanlah kerana faktor batang tubuh individu atau golongan yang menyeru, tetapi kerana seruan Islam itu sendiri.
Sebagaimana Rasulullah s.a.w. sendiri ditentang bukan kerana peribadi baginda yang sudah terkenal sebagai al-Amin dan pernah diberi kepercayaan menjadi hakim menyelesaikan masalah perletakan Hajar al-Aswad dalam peristiwa banjir besar di Makkah sebelum kenabian baginda s.a.w.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya:
“Jihad itu berterusan sejak aku dibangkitkan sehingga umatku yang terakhir membunuh Dajjal.”
KONSEP KEMENANGAN

Kemenangan adalah satu perkara yang sentiasa menjadi matlamat dalam setiap perjuangan. Tidak kira perjuangan itu benar ( haq) atau batil, pejuang itu muslim atau tidak, masing-masing meletakkan harapan untuk mencapai kemenangan dengan berusaha untuk mengatasi yang lain.
Islam mempunyai pandangannya yang tersendiri tentang kemenangan, berbeza dengan konsep kemenangan dalam agama atau ideologi serta fahaman lain. Di dalam al-Quran, Allah s.w.t. menggunakan beberapa istilah kemenangan iaitu al-falah, al- fawz, al-nasr dan al-fath. Masing-masing mempunyai pengertian yang berbeza.
Kemenangan dengan istilah al-falah melambangkan kemenangan yang umum dan menyeluruh meliputi segala aspek individu, masyarakat umum, dunia dan akhirat. Kemenangan al-fawz pula digunakan secara lebih khusus kepada kemenangan atau kejayaan di akhirat. Manakala kemenangan al-nasr pula adalah kemenangan dalam jihad kerana membela agama Allah ke atas musuh-musuhNya.
A. Kemenangan di Dunia

Di dalam al-Quran, golongan yang memperolehi kemenangan dunia (al-nasr) ini disebut sebagai ghalibun dan dzahirun. Ghalibun memberi maksud orang-orang yang mengalahkan, manakala dzahirun bermaksud orang yang menang. Kemenangan di dunia disebut juga al-fath. Istilah al-fath digunakan oleh al-Quran dalam banyak ayat yang menyentuh tentang kemenangan besar. Contohnya, Allah s.w.t. berfirman dalam Surah al-Fath ayat 1: Maksudnya:
“Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.”
Ulama’ sejarah menggunakan istilah al-fath (pembukaan) di dalam setiap kejayan tentera Islam menawan sesuatu wilayah kerana mengambil pengajaran dari al-Quran. Sifat penaklukan itu bukan pemaksaan dan penjajahan, tatapi ia adalah pendedahan manusia kepada Islam, pemerintahannya dan keadilannya. Kemenangan di dunia dapat dilihat dari beberapa aspek sebagaimana dinyatakan di dalam Surah al-Nur ayat 55: Maksudnya:
“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Muhammad!) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang- orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh).”
Tiga bentuk kemenangan al-nasr yang dijanjikan itu adalah:

a) Mendapat kuasa pemerintahan di muka bumi dengan penguasaan pendukung-pendukung ke atas negara atau wilayah dan memeang tampuk pimpinan.
b) Menguatkan agama Islam dengan mengurniakannya wewenang untuk menentukan kehidupan manusia. Dengan kata lain, Islam menjadi asas kehidupan dan undang-undang dalam negara.
c) Mewujudkan keamanan dalam kehidupan setelah mereka berhadapan dengan pelbagai ancaman, rintangan dan risiko dalam mengharungi perjuangan
.
B. Kemenangan di Akhirat

Kemenangan di akhirat (al-fawz) adalah kemenangan yang sbenar. Walaupun pejuang-pejuang Islam itu kalah atau gugur di medan peperangan atau sebarang medan perjuangan lain, namun pada hakikatnya mereka telah beroleh kemenangan. Kemenangan inilah yang menjadi matlamat sebenar di dalam perjuangan Islam.
Allah s.w.t. menawarkan kemenangan di dalam firmanNya dalam Surah al-Saff ayat 10 – 12:
Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman ( syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar.”
Berdasarkan ayat di atas, kemenangan di akhirat itu meliputi empat perkara:

a) Mendapat jaminan keselamatan dari azab yang pedih di akhirat
b) Mendapat keampunan dari Allah s.w.t. atas segala dosa yang telah dilakukan
c) Dimasukkah ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai
d) Mendapat tempat tinggal yang baik khusus di syurga yang bernama ‘And
C. Kemenangan Adalah Janji Allah

Di dalam Islam, kemenangan adalah suatu yang pasti dan perlu diyakini oleh setiap muslim. Mereka perlu mengimani masa hadapan yang baik dan gemilang untuk Islam. Ini kerana terdapat banyak nas al-Quran dan al-Hadith yang memberitakan bahawa Islam akan berjaya pada suatu hari kelak. Ayat 55 Surah al-Nur tadi dimulakan dengan lafaz wa’ada bermaksud ‘telah menjanjikan’, di mana kemenangan di dunia (al-nasr) telah dijanjikan oleh Allah sebagai satu kemestian kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh apabila tiba masanya. Janji ini bukan sahaja dikhususkan buat umat Muhammad s.a.w., bahkan ia telah dinyatakan oleh Allah s.w.t. sejak zaman Nabi Daud a.s. lagi. Firman Allah s.w.t. dalam ayat ke 105 Surah al-Anbiya’:
Maksudnya:
“Sesungguhnya telah kami wartakan dalam kitab Zabur selepas peringatan bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh.”
Janji Allah s.w.t. ini disebut pula dalam hadith Rasulullah s.a.w.: Maksudnya:
Dari Tamim al-Dari katanya: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan sampai urusan ini (agama Islam) ke setiap tempat yang sampai padanya malam dan siang. Dan Allah tidak akan membiarkan walau sebuah rumah di Bandar dan perkampungan mahupun di pedalaman melainkan akan dimasukkanNya agama ini melalui kemuliaan orang yang mulia atau kehinaan orang yang hina. Dengan kemuliaan Allah memuliakan Islam dan dengan kehinaan Allah menghina kekufuran.” Tamim al-Dari menyatakan bahawa aku telah mengalami perkara itu dalam keluargaku, yang Islam mendapat kebaikan, kemliaan dan kehebatan, manakala yang kafir mendapat kehinaan, merasa kerdil dan membayar jizyah.”
Hadith ini menerangkan bahawa agama Islam akan berkembang seluas-luasnya ke setiap penjuru dunia. Janji Allah dan RasulNya ini telah berlaku untuk peringkat pertamanya dengan berlakunya pembukaan-pembukaan negara Islam dan berkembangnya wilayah taklukan Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w. hingga kurun ke-14 Hijrah.
D. Kemenangan Adalah Pertolongan Allah

Persoalan pokok dan perkara pnting yang membezakan konsep Islam terhadap kemenangan dengan konsep-konsep agama, ideology dan fahaman lain adalah unsur pertolongan Allah, Islam amat menitik-beratkan hubungkait manusia Islam dengan Tuhannya dalam perjuangan bahkan dalam setiap aspek kehidupan.
Para pendukung perjuangan Islam sentiasa diingatkan tentang peri pentingnya bergantung kepada Allah dan menyakini bahawa kemenangan hanya datang dari Allah apabila dikehendakiNya. Allah s.w.t. berfirman dalam ayat 10 Surah Ali ‘Imran dan 126 Surah al-Anfal:
Maksudnya:
“Dan tiadalah pertolongan kecuali dari Allah.” (Al-Anfal: 126)
Al-Nasr dalam ayat ini memberi pengertian pertolongan dan kemenangan di dalam perjuangan. Allah s.w.t. mengaitkan persoalan kemenangan dalam ayat ini dengan pernyataan bahawa Allah Yang Maha Perkasa untuk menunjukkan bahawa Dialah yang berkuasa memberi kemenangan kepada orang-orang beriman walaupun jumlah mereka sedikit dan kelengkapan mereka kurang berbanding dengan pihak lawan.
Manakala pernyataan bahawa Allah Maha Bijaksana menegaskan bahawa Dialah yang lebih mengetahui bilakah masa yang paling sesuai untuk mengurniakan kemenangan dan sebab apakah kemenangan itu tidak diberikan dalam semua keadaan.
Setiap pejuang Islam perlu menyakini bahawa kemenangan adalah kurniaan Allah dan bergantung kepada izin dan kehendak Allah. Bila-bila masa Dia boleh mengurniakan kemenangan atau menarik nikmat itu dan memberikan kekuasaan kepada golongan lain.
Justeru, para pejuang Islam perlu mengambil berat hakikat ini agar kemenangan Islam itu dibina atas dasar kefahaman dan penghayatan Islam dalam mengisi kemenangan.
Hakikat ini dinyatakan dalam firman Allah dalam Surah Ali ‘Imran ayat 26:
Maksudnya:
“Katakanlah (wahai Muhammad) Ya Allah! Engkau pemilik segala kekuasaan, Engkau memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau mencabutnya dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Dan Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.”

Monday, December 15, 2008

Siti Khadijah ....Di manakan Ku Cari Ganti

Khadijah (Isteri Nabi Muhammad s.a.w) : Menjaga Rahsia
Salam .....buat semua sahabat ....
Perjuangan masih panjang dan tiada hujungnya selagi nyawa di jasad...
Buat sahabat yang ku sayangi sekalian......walau pun jauh di benua berbeza..
Namun Panji Islam tetap kita tegakkan....
Jangan putus harapan dan kuatkanlah semangat....untuk jalan dakwah ini
Semoga kita dapat bertemu nanti di landasan kebenaran.......
Manfaatkanlah diri kita demi kebangkitan Islam
La tahzan ...Allah bersama kita.
Jadikanlah Kisah Srikandi Khadijah Sebagai Penggugah Iman........
Kepulangan suaminya dari Gua Hira' selepas menerima wahyu pertama, telah menimbulkan tanda tanya di hati Siti Khadijah r.a. Segala yang diceritakan oleh suaminya mengenai pengalaman didatangi Malaikat Jibril, adalah rahsia besar yang tidak boleh diceritakan kepada orang lain. Sikap Khadijah ini memberi input yang baik kepada muslimat terutama yang bergelar isteri. Kadangkala kita dapati isteri-isteri tidak menjaga akhlak mereka dengan sibuk menceritakan hal keluarga termasuk bersifat peribadi dan rahsia.
Siti Khadijah meminta izin kepada suaminya untuk mengajukan persoalan kepada sepupunya iaitu Warkah bin Naufal. Orang yang dipilih oleh Siti Khadijah bukanlah sebarangan orang, Warkah seorang yang alim dan berpegang pada ajaran tauhid. Pengajaran di sini dalam menceritakan masalah atau mengajukan permasalahan kita untuk diselesaikan adalah dengan memilih orang yang sesuai. Kadangkala wanita menceritakan masalah mereka bukan untuk mengurang atau mencari penyelsaian terbaik, tetapi sekadar untuk melepaskan geram. Akibatnya suami kadangkala tahu keburukannya diceritakan oleh isteri kepada orang lain (disampaikan). Ini boleh memburukkan lagi keadaan antara suami isteri yang bermasalah tadi.Khadijah dilihat sebagai seorang muslimah yang bijaksana dengan menceritakan peristiwa Nabi bersama Jibrail hanya kepada orang yang layak dan bukan sebarangan orang.
Antara sifat atau akhlak terpuji yang dapat diikuti oleh muslimat dari Siti Khadijah adalah :-Bersifat tenang dan boleh menenangkan orang lain, Tidak terburu-buru dan panik ,Tidak mudah mempercayai orang lain dalam menceritakan hal yang bersifat rahsia, Pandai memilih orang untuk diadu permasalahan , Bersifat amanah ,Meminta kebenaran dari suami hatta untuk perkara kebaikan dan Sabar dalam menghadapi permasalahan suami.
Selamat Menjejaki Jejak Siti Khadijah ... ********************************
Tatkala Nabi SAW mengalami rintangan dan gangguan dari kaum lelaki Quraisy, maka di sampingnya berdiri dua orang wanita. Kedua wanita itu berdiri di belakang da'wah Islamiah, mendukung dan bekerja keras mengabdi kepada pemimpinnya, Muhammad SAW : Khadijah bin Khuwailid dFatimahbinti Asad. Oleh karena itu Khadijah berhak menjadi wanita terbaik di dunia. Bagaimana tidak menjadi seperti itu, dia adalah Ummul Mu'minin, sebaik-baik isteri dan teladan yang baik bagi mereka yang mengikuti teladannya. Khadijah menyiapkan sebuah rumah yang nyaman bagi Nabi SAW sebelum beliau diangkat menjadi Nabi dan membantunya ketika merenung di Gua Hira'. Khadijah adalah wanita pertama yang beriman kepadanya ketika Nabi SAW berdoa (memohon) kepada Tuhannya.
Khadijah adalah sebaik-baik wanita yang menolongnya dengan jiwa, harta dan keluarga. Peri hidupnya harum, kehidupannya penuh dengan kebajikan dan jiwanya sarat dengan kebaikan. Rasulullah SAW bersabda :"Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang ingkar, dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan dan dia menolongku dengan hartanya ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa."Kenapa kita bersusah payah mencari teladan di sana-sini, pada-hal di hadapan kita ada "wanita terbaik di dunia," Khadijah binti Khuwailid, Ummul Mu'minin yang setia dan taat, yang bergaul secara baik dengan suami dan membantunya di waktu berkhalwat sebelum diangkat menjadi Nabi dan meneguhkan serta membenarkannya. Khadijah mendahului semua orang dalam beriman kepada risalahnya, dan membantu beliau serta kaum Muslimin dengan jiwa, harta dan keluarga. Maka Allah SWT membalas jasanya terhadap agama dan Nabi-Nya dengan sebaik-baik balasan dan memberinya kesenangan dan kenikmatan di dalam istananya, sebagaimana yang diceritakan Nabi SAW, kepadanya pada masa hi-dupnya.
Ketika Jibril A.S. datang kepada Nabi SAW, dia berkata :"Wahai, Rasulullah, inilah Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah dan makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan salam kepadanya dari Tuhannya dan aku, dan beritahukan kepadanya tentangsebuah rumah di syurga dari mutiara yang tiada keributan di dalamnya dan tidak ada kepayahan." [HR. Bukhari dalam "Fadhaail Ashhaabin Nabi SAW. Imam Adz-Dzahabi berkata :"Keshahihannya telah di sepakati."] Bukankah istana ini lebih baik daripada istana-istana di dunia, hai, orang-orang yang terpedaya oleh dunia ?Sayidah Khadijah r.a. adalah wanita pertama yang bergabung dengan rombongan orang Mu'min yang orang pertama yang beriman kepada Allah di bumi sesudah Nabi SAW. Khadijah r.a. membawa panji bersama Rasulullah SAW sejak saat pertama, berjihad dan bekerja keras.
Dia habiskan kekayaannya dan memusuhi kaumnya. Dia berdiri di belakang suami dan Nabinya hingga nafas terakhir, dan patut menjadi teladan tertinggi bagi para wanita. Betapa tidak, karena Khadijah r.a. adalah pendukung Nabi SAW sejak awal kenabian. Ar-Ruuhul Amiin telah turun kepadanya pertama kali di sebuah gua di dalam gunung, lalu menyuruhnya membaca ayat-ayat Kitab yang mulia, sesuai yang dikehendaki Allah SWT. Kemudian dia menampakkan diri di jalannya, antara langit dan bumi. Dia tidak menoleh ke kanan maupun ke kiri sehingga Nabi SAW melihatnya, lalu dia berhenti, tidak maju dan tidak mundur. Semua itu terjadi ketika Nabi SAW berada di antara jalan-jalan gunung dalam keadaan kesepian, tiada penghibur, teman, pembantu maupun penolong. Nabi SAW tetap dalam sikap yang demikian itu hingga malaikat meninggalkannya. Kemudian, beliau pergi kepada Khadijah dalam keadaan takut akibat yang didengar dan dilihatnya. Ketika melihatnya, Khadijah berkata :"Dari mana engkau, wahai, Abal Qasim ? Demi Allah, aku telah mengirim beberapa utusan untuk mencarimu hingga mereka tiba di Mekkah, kemudian kembali kepadaku." Maka Rasulullah SAW menceritakan kisahnya kepada Khadijah r.a.Khadijah r.a. berkata :"Gembiralah dan teguhlah, wahai, putera pamanku. Demi Allah yang menguasai nyawaku, sungguh aku berharap engkau menjadi Nabi umat ini." Nabi SAW tidak mendapatkan darinya, kecuali pe- neguhan bagi hatinya, penggembiraan bagi dirinya dan dukungan bagi urusannya. Nabi SAW tidak pernah mendapatkan darinya sesuatu yang menye-dihkan, baik berupa penolakan, pendustaan, ejekan terhadapnya atau penghindaran darinya. Akan tetapi Khadijah melapangkan dadanya, melenyapkan kesedihan, mendinginkan hati dan meringankan urusannya. Demikian hendaknya wanita ideal.Itulah dia, Khadijah r.a., yang Allah SWT telah mengirim salam kepadanya. Maka turunlah Jibril A.S. menyampaikan salam itu kepada Rasul SAW seraya berkata kepadanya :"Sampaikan kepada Khadijah salam dari Tuhannya.
Kemudian Rasulullah SAW bersabda :"Wahai Khadijah, ini Jibril menyampaikan salam kepadamu dari Tuhanmu." Maka Khadijah r.a. menjawab :"Allah yang menurunkan salam (kesejahteraan), dari-Nya berasal salam (kesejahteraan), dan kepada Jibril semoga diberikan salam (kesejahteraan)."Sesungguhnya ia adalah kedudukan yang tidak diperoleh seorang pun di antara para shahabat yang terdahulu dan pertama masuk Islam serta khulafaur rasyidin. Hal itu disebabkan sikap Khadijah r.a. pada saat pertama lebih agung dan lebih besar daripada semua sikap yang mendukung da'wah itu sesudahnya. Sesungguhnya Khadijah r.a. merupakan nikmat Allah yang besar bagi Rasulullah SAW.
Khadijah mendampingi Nabi SAW selama seperempat abad, berbuat baik kepadanya di saat beliau gelisah, menolongnya di waktu-waktu yang sulit, membantunya dalam menyampaikan risalahnya,ikut serta merasakan penderitaan yang pahit pada saat jihad dan menolong- nya dengan jiwa dan hartanya.Rasulullah SAW bersabda :"Khadijah beriman kepadaku ketika orang- orang mengingkari. Dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan. Dan dia memberikan hartanya kepadaku ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa. Allah mengaruniai aku anak darinya dan mengharamkan bagiku anak dari selain dia." [HR. Imam Ahmad dalam "Musnad"-nya, 6/118]Diriwayatkan dalam hadits shahih, dari Abu Hurairah r.a., dia berkata :"Jibril datang kepada Nabi SAW, lalu berkata :"Wahai, Rasulullah, ini Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah, makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan kepadanya salam dari Tuhannya dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga, (terbuat) dari mutiara yang tiada suara ribut di dalamnya dan tiada kepayahan." [Shahih Bukhari, Bab Perkawinan Nabi SAW dengan Khadijah dan Keutamaannya, 1/539]

Sunday, December 14, 2008

LAKUKAN PERUBAHAN......

Friday, December 12, 2008
Friendster ? Muslimah Bagaimana?

Sekilas pandang tidak kelihatan yang menarik pada blog ini bukan? Terpulang pada setiap individu masing-masing. Tinta yang yang tidak berdakwat ini bak penari pena yang asyik mengalun bagi menghasilkan not irama. Artikel ditulis bagi satu penggerak juang dakwah namun penerimaan atau penghayataan tertakluk kepada kalian. Masihkah kalian ingat tentang Ikhtilat. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari. Diri ini boleh dikatakan ”culture shock” apabila tiba di dunia IPT. Mengapa penulis berkata sedemikian? Maaf kejutan budaya benar-benar berlaku terhadap diri penulis. Maklumlah pendidikan penulis semasa peringkat menengah berlatar belakangkan kaum adam sahaja. Namun demikian saban hari penulis belajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan perempuan yang ajnabi. Sedar atau tidak sedar, pada semester pertama sewaktu menuntut di KUIS boleh kata penulis langsung tidak bertegur sapa dengan kawan sekelas penulis. Penulis maksudkan adalah kaum hawa. Bukan malu, namun keadaan sekeliling benar-benar berbeza seperti yang sebelum ini.
Era globalisasi benar-benar memberi satu cabaran pada umat akhir zaman kini. Namun masih ada lagi yang tidak menyedari peredaran zaman yang begitu pesat membangun telah banyak menyesatkan remaja di negara kita khusunya. Wujudnya laman sosial seperti Friendster, Myspace, Facebook, Tagged dan sebagainya. Tidak salah selagi mana cara atau gaya pemikiran kita tidak menolak syariat Islam. Mungkin masih ada yang tertanya-tanya isu apakah yang ingin penulis bawakan? Jangan mudah melatah. Tidak hairanlah jika remaja sekarang sangat arif dengan laman sosial sekarang. Penulis menolak sama sekali laman sosial ini 100% peratus ke arah negatif. Bagi diri penulis laman sedemkian ada baik dan ada buruknya. Bagi yang baik, penulis sedikit sebanyak dapat menghubungi rakan-rakan lama yang sudah terpisah sejak beberapa tahun dahulu. Jadi penulis menganggap ia sebagai satu medium perantaraan yang boleh digunapakai sehingga hari ini. Namun wujudnya gejala yang tidak sihat telah berlaku. Biarlah penulis fokuskan pada laman friendster sahaja sebab itu sahaja yang ada pada penulis.
Pernah dengar istilah ’pompuan comey’, ’pompuan gediks’, ’pompuan bajet cun’, pompuan tangkap cair’. Inilah istilah yang digunapakai bagi menarik perhatian mana-mana lelaki sekarang. Percaya atau tidak bagi pendapat penulis sendiri, dari segi pemerhatian penulis sebanyak 90% kandungan gambar di laman friendster seakan-akan bertapa murahnya nilai harga diri seorang wanita. Opss! Mungkin ada yang tidak bersetuju. Apa kata kita guna sahaja istilah ’siapa makan cili dialah terasa pedasnya’. Lihatlah bagaimana gaya yang diklasifikasikan sebagai ’possing maut’oleh anak muda sekarang. Kenapa tiba-tiba penulis bawakan isu ini?? Tiada isu lain ke? Penulis tahu mungkin banyak persoalan timbul di pemikiran kalian. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun sayangnya, kalian terlupa bahawa gambar yang kalian posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka kalian terpampang rapi! Bagi yang memiliki kulit yang gebu pasti ia satu tarikan dan satu kebanggaan buat dirinya. Percaya atau tidak ia hanyalah sementara dan mungkin dengan gambar tersebut ia akan diakhiri dengan tangisi. Percaya atau tidak. Renungkanlah bersama.Allah s.w.t. ada berfirman dalam Al-Quran yang membawa maksud :
"Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (24:31)
Adakah ayat ini kurang jelas yang mana sudah termaktub dalam Al-Quran. Wahyu yang diturunkan kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Jadi renung-renungkanlah wahai muslimah sekalian. Apakah kesannya jika kami meletakkan gambar sedemikian wahai penulis? Soalan yang mungkin bakal ditanya. Penulis katakan sekali lagi, tidak salah meletakkan gambar selagi mana gambar tersebut tidak menyebabkan timbulnya fitnah, timbulnya hawa nafsu syaitan dan sebagainya. Kaum hawa boleh menilai gambar tersebut walaupun di pihak lelaki sendiri boleh meng’irabkan gambar tersebut. Seharusnya di pihak perempuan sudah mengerti apakah gambar yang sesuai yang diyakini tidak menimbulkan fitnah.
Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah kalian yang dibanggakan itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu kalian. Mula memburu dengan SMS, telefon, mengantar e-mail hatta mungkin mendekati, dengan tujuan memiliki kalian. Apabila memikirkan sedemikian penulis teringat satu kisah yang bagi penulis ia satu perkara yang lucu. Ada satu lama friendster kepunyaan seorang wanita dan shout out dia berbunyi seperti ini :
”Kepada sesiapa yang giler seks tak dibenarkan add aku, x kisahlah laki or prmpuan”
Kenapa penulis katakan kenyataan ini begitu lucu? Sebabnya bila penulis lihat satu persatu gambar di friendster beliau. Alahai gambar dengan pakaian ketat lagi sendat dengan lengan pendeknya. Ditambah dengan gaya ayunya. Konon-kononlah tu. Penulis malas nak ulas sebenarnya. Muslimah, renungkanlah kisah ini. Lelaki ini hatta beriman pun boleh tersungkur andainya ia berlaku.
Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin tidak terniat, wajah kalian terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Illustrator, Fireworks dan seribu satu pereka grafik yang pakar dalam bidang mengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan kaum hawa sekalian, tanggung sendirilah. Tapi kalau niat kalian cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran penulis, hati-hatilah!Maaf sekiranya huraian penulis terlalu panjang lebar tetapi ia sekdar memberi peringatan kepada muslimah yang disayangi sekalian. Muslimah! Ayuh Bangkit!

Friday, December 12, 2008

RISALAH ILMU

MEMAHAMI KONSEP SYAHID DAN ISTISYHADIAH

Oleh:HJ ANHAR OPIR
Darul Ulum


Allah berfirman dalam surah at Taubah ayat 111 bermaksud:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.

Allah telah menyebut dan menyatakan dalam al Quran perihal jihad sebagai satu jual beli yang punyai pengertian yang sangat mendalam. Juga telah disebut di dalam kitab-kitab sebelum daripada al Quran sama ada at Taurat yang diturunkan kepada nabi Musa a.s ataupun al Injil yang diturunkan kepada nabi Isa a.s. Semuanya menyeru kepada satu bentuk jual beli yang dinamakan jihad menggunakan harta atau nyawa. Allah akan membeli kedua-duanya dengan harga yang sangat mahal iaitu syurga.

SYAHID DAN ISTISYHADIAH

Sebab dinamakan syahid

Sebelum kita melihat pengertian syahid maka eloklah kita mengetahui punca dinamakan syahid. Dalam hal ini Ibnu Hajar telah menyebut sebanyak empat belas pendapat manakala Imam Nawawi menyatakan sebanyak tujuh pendapat.

Al Anbari mengatakan dinamakan syahid kerana Allah dan malaikatNya menjadi saksi kemasukannya ke dalam syurga. Dikatakan juga kerana seseorang syahid itu hidup dan seolah-olah ruhnya menyaksikan. Ada juga pendapat lain yang mengatakan sebabnya ialah tiada yang menyaksikan saat kematiannya melainkan malaikat Rahmat dan banyak lagi pendapat-pendapat lain.

Namun, yang dikehendaki dengan syahid di sini ialah yang terbunuh fi sabilillah, kerana para syuhada’ itu pelbagai jenis sebagaimana yang dijelaskan dalam hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dalam Sohih Bukhari:

الشهداء خمسة ؛ المطعون والمبطون والغرق وصاحب الهدم, والشهيد فى سبيل الله


Pengertian Syahid

Syahid berasal daripada kalimah (شهد ) bermaksud orang yang terbunuh atau dibunuh fi sabilillah (dijalan Allah). Dikatakan seseorang itu mati syahid. Kata jama’nya ialah syuhada’. Mazhab yang empat juga telah menta’rifkan pengertian syahid ini berdasarkan hujjah masing-masing, tetapi semuanya sepakat dalam menyifatkan seseorang yang dibunuh atau mati fi sabilillah.

Manakala istisyhadiah pula ialah perihal meminta syahid dengan mendedahkan dirinya untuk dibunuh atau terbunuh fi sabilillah. Kaedah Bahasa Arab menyatakan, sesuatu kalimah yang ditambah dengan huruf sin membawa maksud permintaan dan kehendak.

Oleh itu, timbul perdebatan yang hangat di kalangan para ulama’ dan ilmuan Islam tentang perkara ini khususnya yang berlaku di kalangan rakyat Palestin yang telah meletupkan tubuh badan mereka di tengah-tengah Yahudi. Sebahagian mereka mengatakan ia adalah istisyhadiah dan sebahagian yang lain pula mengatakan ia adalah intihariah (bunuh diri). Pendapat yang kedua diperkuatkan dengan firman Allah yang berbunyi:

وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللهِ وَلاَ تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
Maksudnya: Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.

Oleh hal demikian, kita ingin melihat dengan ilmiah dalam menilai perkara ini berdasarkan sumber Ilahi bukannya mengikut hawa nafsu dan kedangkalan hati.

HUKUM DAN SYARAT

Daripada perbincangan dan pengertian di atas dapatlah kita faham bahawa wujudnya perbezaan di antara istisyhadiah dan intihariah (bunuh diri). Oleh itu kita akan simpulkan kepada beberapa noktah penting untuk kita menghukum sesuatu perbuatan itu termasuk dalam kategori intihariah atau pun jihad iaitu istisyhadiah sebagaimana berikut:


Perkara pertama:

a) Islam menegah seseorang bercita-cita untuk mati dengan sebab keduniaan daripada kesusahan dan kecelakaan, namun Islam menggesa umatnya supaya berazam untuk mati syahid di jalan Allah sebagaimana hadith Rasulullah s.a.w dalam Sohih Muslim yang berbunyi:

من سأل الله الشهادة بصدق بلغه الله منازل الشهداء وإن مات على فراشه

b) Tidak boleh bagi seorang manusia mendedahkan dirinya kepada kebinasaan dengan sebab-sebab keduniaan seperti membenarkan orang lain membunuhnya, bahkan Imam al Qurtubi dalam tafsirnya mengkategorikan ia sebagai bunuh diri, kecuali jihad melawan musuh-musuh agama Islam. Walaupun ia juga mendedahkan diri kepada kebinasaan tetapi ia merupakan suruhan Allah dan RasulNya.


Perkara kedua:

Perbuatan yang mendedahkan diri kepada kehancuran untuk menakutkan dan menyerang musuh dengan niat untuk meninggikan kalimatullah tidak dianggap sebagai bunuh diri mengikut kebanyakan ulama’ empat mazhab. Para ulama’ sebelum ini hanya membincangkan tasabbub sahaja dan meninggalkan zat dalam perkara pembunuhan serta meyerang musuh, namun pada hari ini zat diri manusia itu sendiri sudah perlu untuk dijadikan senjata pula bagi mencapai maksud menakutkan dan menyerang musuh.


ISTISYHADIAH SEPANJANG SEJARAH

Pertama: Kisah Ashab al Ukhdud

Firman Allah taala dalam surah al Buruj ayat keempat hingga kesembilan menceritakan satu kisah yang berlaku sebelum kebangkitan nabi Muhammad s.a.w. Ia juga telah tafsirkan berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w yang agak panjang dalam kitab Riyadh as Solihin karangan Imam Nawawi riwayat Suhaib yang dikeluarkan oleh Imam Muslim. Kisah ini masyhur dengan nama Ashab al Ukhdud (parit).

Seorang ghulam yang telah menyebabkan kemasukan masyarakat pada zaman itu ke dalam agama Islam secara beramai-ramai setelah dihukum mati oleh raja. Hukuman yang dijatuhkan gagal mematikan ghulam ini melainkan dengan menyebut nama tuhan ghulam tersebut. Ia telah disaksikan oleh rakyat jelata dan mereka semua telah memeluk Islam. Lalu digali parit dan dinyalakan api dengan maraknya bagi dimasukkan sesiapa sahaja yang masih beriman dan enggan kembali kepada ajaran lama mereka. Seorang demi seorang terjun dan masuk ke dalam parit api tersebut sehinggalh giliran seorang ibu bersama anaknya yang masih kecil. Timbul ragu-ragu dihati ibu ini dan dengan takdir Allah bayi itu berkata: wahai ibuku, ibu bersama orang-orang yang benar. Lalu terjunlah ibu bersama bayinya ke dalam api.

Jadi persoalannya sekarang adakah yang berlaku kepada orang yang beriman bahkan ibu bersama bayinya yang terjun ke dalam api tersebut dikira bunuh diri?


Kedua: Peristiwa peperangan Badar

Rasulullah s.a.w bersabda ketika perang Badar yang berlaku pada hari Jumaat, 17 Ramadhan tahun kedua hijrah :
والذى نفس محمد بيده فإنه لا يقاتل اليوم رجل مقبل غير مدبر إلا أن يدخله الله الجنة

Maksudnya : Dan demi diri Muhammad yang berada di tangannya, tiadalah seorang lelaki yang berperang pada hari ini mara tanpa berundur melainkan Allah akan memasukkannya ke dalam syurga.

Apabila seorang sahabat yang sedang makan buah kurma mendengar hadith ini, dia pun berkata maksudnya : tak ada yang menghalang aku daripada masuk syurga melainkan buah kurma yang masih ada ditanganku. Lantas dia mengambil senjata dan masuk ke dalam kumpulan musuh seorang diri sahaja dan akhirnya dia telah dibunuh.

Peristiwa ini berlaku di hadapan Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang lain tanpa ada seorang pun yang mengingkarinya. Ini menunjukkan perbuatan sahabat tersebut bukanlah perbuatan membunuh diri bahkan istisyhadiah yang Allah akan mengganjarinya dengan syurga kelak.


Ketiga: Khalifah Abu Bakar memerangi murtad

Khalid al Walid (pedang Allah dan RasulNya) yang ditugaskan mengepalai tentera Islam pada waktu itu untuk memerangi golongan murtad telah mengarahkan supaya membuat kepungan dan sekatan makanan. Golongan ini dipimpin oleh Musailamah al Kazzab dengan bantuan Sijah berada dalam sebuah kota.

Muncul seorang pemuda bernama Thabit bin Qis bin Syamas membuat tawaran kepada Khalid bin al Walid untuk dipergunakan dirinya dalam peperangan tersebut. Mengikut sejarah, pemuda ini pernah menderakan dirinya dengan mengurung diri dalam rumah kerana telah meninggikan suaranya di hadapan Rasulullah s.a.w. Dia menganggap dirinya akan masuk neraka selepas turunnya ayat dalam surah al Hujurat ayat kedua. Lalu Rasulullah pun memanggil pemuda ini dan bersabda:

أ ما ترضى أن تعيش حميدا وتقتل شهيدا وتدخل الجنة وأنت من أهل الجنة

Maksudnya: Apakah kamu tidak redha hidup dalam keadaan baik, dan mati dalam keadaan syahid dan kamu akan masuk syurga dan kamu adalah ahli syurga.

Selepas itu dia sentiasa berulang-alik ke masjid menunaikan ibadah. Dan dalam memerangi golongan murtad ini dia telah membuktikan kata-kata Rasulullah dengan mengorbankan dirinya untuk Islam lalu berkata kepada Khalid membuat tawaran: letakkan diri saya dalam minjanik (alat untuk membidas dan melontar), untuk saya buka pintu kota dari dalam, lontarkan diri saya dan saya akan mengamuk di dalam kota sehingga saya buka pintu kota. Dalam kejadian ini, Thabit mengalami cedera parah dan telah dibunuh mati syahid. Dia juga sempat membuka pintu kota sehingga tentera Islam berjaya masuk ke dalam kota dan Musailamah telah dapat ditawan dan dibunuh. Jadi adakah boleh kita katakan perbuatan Thabit ini sebagai bunuh diri?


Keempat: Khalifah Umar berhadapan dengan Rom

Saidina Umar ketika menjadi khalifah telah melantik Abu Ubaidah ‘Amir bin Jarah (aminul ummah) sebagai panglima perang yang baru menggantikan Khalid bin al Walid. Tentera Islam akan berhadapan dengan tentera Rom yang ramai jumlahnya iaitu di antara 400 hingga 500 ribu orang.

Apabila pasukan hadapan tentera Islam yang disusun oleh Khalid al Walid pecah dan kucar kacir, Ikrimah Abu Jahal (telah masuk Islam) telah melemparkan perisai dan sarung pedang yang ada di tangannya. Lalu ditegur oleh Khalid al Walid: bukan begitu wahai Ikrimah!. Ikrimah pun berkata: jangan larang aku! Siapa yang sanggup mati bersama aku? Lebih kurang 400 tentera Islam telah memegang tangan Ikrimah untuk berbai’ah. Lalu mereka pun mara ke hadapan masuk ke tengah-tengah musuh. Melihat keadaan ini, tentera Rom menjadi gerun dan takut lalu mereka berundur dengan sebab 400 orang ini. Ikrimah dan 400 tentera Islam yang lain telah terkorban dan mati syahid dalam peristiwa tersebut.

Persoalan juga timbul di sini, adakah perbuatan Ikrimah dan tentera Islam yang berbai’ah dengannya dianggap bunuh diri?


Kelima: Pembukaan Kostantinopal

Setelah Bizantin jatuh ke tangan umat Islam pada zaman Khalifah Umar al Khattab, Kostantinopal (sekarang Istanbul) telah dijadikan pusat Rom timur yang baru. Khalifah Uthman telah menubuhkan tentera laut pada zamannya dan mengarahkan tentera Islam yang dipimpin oleh Abu Ayyub al Ansari untuk membuka Kostantinopal. Ini kerana percaya kepada sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

لتفتحن القسطنطينية فلنعم الأمير هو الأمير ولنعم الجيش ذلك الجيش

Maksudnya: akan dibuka Kostantinopal, sebaik-baik raja adalah raja pada waktu itu dan sebaik-baik tentera ialah tentera tersebut.

Menurut riwayat daripada Tirmizi dalam peperangan ini ada seorang tentera yang yang berada di tengah-tengah musuh seorang diri berlawan dengan mereka. Tentera Islam yang lain pun mengatakan : maha suci Allah, dia telah mencampakkan dirinya kepada kebinasaan!. Ini berdasarkan firman Allah yang berbunyi:

وَلاَ تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
Mendengar kata-kata ini Abu Ayyub al Ansari pun bangun dan berkata maksudnya: wahai manusia, kamu telah menta’wilkan ayat ini sedangkan ayat ini diturunkan kepada kami golongan ansar, apabila Allah telah memuliakan Islam dan ramai pendokongnya maka berkata umat Islam sesama mereka: harta benda kita telah hilang dan Allah sekarang telah memuliakan Islam serta ramai yang mendokongnya, jadi kalau kita tidak menjaga dan menyimpan harta kita nescaya akan hilanglah sekali lagi. Maka turunlah ayat ini kepada Rasulullah s.a.w sebagai menjawab perbualan sahabat tadi. Jadi maksud kebinasaan yang sebenar di dalam ayat ini ialah sibuk menjaga harta dan meninggalkan peperangan.

Abu Ayyub sendiri sentiasa berada dalam medan peperangan fi sabilillah sehingga dia dikebumikan di Kostantinopal. Jadi dapatlah kita nyatakan perbuatan seorang sahabat tadi yang masuk ke tengah-tengah musuh seorang diri bukanlah perbuatan membunuh diri sebagaimana yang disalahtafsirkan.


PENDAPAT DAN FATWA ULAMA’

Dalam merujuk pandangan dan fatwa para ulama’ berkaitan perbincangan ini, kita dapati terdapat pelabagai persepsi yang memerlukan huraian yang lebih panjang terutamanya syarat-syarat yang diletakkan oleh mereka. Hal ini demikian berikutan keanjalan hukum feqah itu sendiri yang berbeza-beza dari satu tempat ke tempat yang lain dan dari seseorang dengan seseorang yan lain yang melambangkan kesesuaian hukum Islam di semua tempat dan zaman.

Oleh itu, kita hanya mengambil beberapa tokoh ulama’ yang terkenal sahaja sebagai asas dan bahan rujukan kita di sini. Menurut Dr Wahbah Zuhaili yang merupakan Ketua Jabatan Feqah dan Usulnya di Fakulti Syariah Universiti Damsyiq bahawa ia merupakan satu keharusan dengan izin Allah kerana perbuatan seumpama ini menjadi satu keperluan syara’ pada hari ini.

Manakala Dr Muhammad Sa’id Ramadhan al Buthi Ketua Jabatan Aqidah dan Adyan Fakulti Syariah Universiti Damsyiq pula mengatakan bahawa kerja ini dibenarkan dalam Islam seratus peratus dengan syarat berniat untuk mengahapuskan musuh.

Dr Yusof al Qorodhowi menyebut kerja ini dikira sebagai sebesar-besar jihad di jalan Allah dan ia merupakan perbuatan menakutkan musuh yang dijelaskan dalam al Quran. Manakala Syeikhul Azhar Dr Muhammad Said Tantawi pula (selepas merujuk fatwa yang lama) mengatakan bahawa jangan kita kata kepada seseorang yang meletupkan dirinya adalah bunuh diri tetapi dia adalah syahid kerana telah meyerahkan jiwa raganya di jalan Allah.

Kesimpulannya dapatlah kita nyatakan bahawa konsep istisyhadiah perlu kita fahami dengan sedalamnya kerana ia bukan suatu perkara yang baru dalam Islam tetapi telah berlaku dalam lipatan sejarah umat Islam terdahulu. Kekeliruan kita dalam memahami perkara ini akan menyebabkan kesilapan dalam menilai dan kecelaruan dalam memberikan kenyataan.






Thursday, December 11, 2008

Peringatan ini buat diriku dan semua sahabat.....semoga kita saling ingat mengingati dan bersama-sama berusaha menjauhi kelalaian

10 wasiat Hasan al-Banna
1)Wahai sahabatku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.
2)Wahai sahabatku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.
3)Wahai sahabatku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!
4)Wahai sahabatku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!
5)Wahai sahabatku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!
6)Wahai sahabatku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.
7)Wahai sahabatku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suaramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.
8)Wahai sahabatku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.
9)Wahai sahabatku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.
10)Wahai sahabatku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya

Wednesday, December 10, 2008

Renungilah ke dalam diri sejenak untuk muhasabah diri hari ini.....

INFO

Sistem politik Amerika Syarikat…….MUSUH ISLAM.

Dalam hidup ini Allah telah tentukan sistem hidup yang lurus.Namun pada hakikatnya terjadi pelbagai sistem yang terpesong dan tidak selari di dalam kehidupan pada hari ini.Contohnya manusia meninggalkan sistem politik berdasarkan agama.Di bawah adalah sistem politik yang kebanyakkan digunakan oleh negara-negara pada hari ini.Jadi tugas kita mengetahui dan berusaha merubah sistem seperti Amerika ini kepada sistem politik Islam bagi negara-negara Islam terutamanya.

Amerika Syarikat memang seakan-akan sudah matang , mereka merdeka kira-kira 200 tahun lebih sejak tahun 1776 tetapi rusuhan pada awal tahun 1992 di Los Angeles membuka mata dunia .bahwa Amerika Syarikat juga diancam dari dalam negara sendiri.Sekarang orang dapat menghitung sehingga bila sebenarnya kelebihan Amerika Syarikat yang mengaku dirinya menjadi penguasa dunia ini.

Kegagalan perang Vietnam di pihak Amerika Syarikat adalah bukti nyata kekeliruan perhitungan yang menjatuhkan negara besar ini.Dengan perlembagaannya yang mengagungkan demokrasi ini AS bermaksud menegakkan sistem pemerintahan yang benar-benar demokrasi dan menjunjung tinggi kebebasan individu .Sehingga di negara ini kita temui adanya protes keras kepada pemerintah sebagai penampilan penghargaan terhadap hak-hak asasi manusia. Sebagai contoh masyarakat dapat memprotes langsung bahkan memaki presidennya , atau senjata api dapat dijual beli dengan bebas , atau kaum gay tanpa malu memprotes supaya kehidupan homoseks bebas, para wanita juga turut memperjuangkan hak walaupun ianya melanggar tata susila kehidupan

Banyak data yang memperlihatkan bahawa negara kuasa ini malahan tunduk pada negara kecil seperti Israel, orang-orang Amerika Syarikat, seperti Alberth Einsteein penerima hadiah nobel dan penemu teori relavitas pada akhir hayatnya memiliki kewarganegaraan AS, Presiden ke 35 Amerika Syarikat John F.Kennedy juga adalah seorang yang berdarah Yahudi, bahkan mantan Menteri Luar Negeri AS beberapa tahun yang lalu juga adalah seorang Yahudi, yaitu Henry Kissinger .Jadi tidak menghairankan jika mereka begitu menunjang perjuangan Yahudi, bahkan pula anggota senator AS yang berani menentang perjuangan bangsa Yahudi kita lihat saja akhirnya, pada gilirannya akan dimasukkan kembali ke dalam pemerintah.

Bukan rahsia umum lagi bahwa bangsa Yahudi memiliki lobby yang kuat di pemerintahan Amerika Syarikat. Dalam setiap proses pemilihan presiden di Amerika Syarikat, hampir selalu lobby Yahudi mengambil peranan utama, misalnya dalam persoalan bantuan kewangan . Sehingga pada waktu keluar presiden terpilih, senantiasa telah terjadi kemufakatan untuk memperhatikan kepentingan bangsa Yahudi, baik yang berada di Amerika Syarkat maupun yang tercicir di berbagai belahan bumi, sudah tentu termasuk juga yang berada di Israel sendiri.

Pemerintahan Amerika Syarikat yang secara tradisional terikat oleh lobby Yahudi, secara tidak langsung memang memperhatikan perkembangan negara Israel lebih lanjut. Jadi bermula dari orang-orang Yahudi yang lari dan menetap di Benua Amerika , mereka telah berhasil bertahan hidup dan berkembang sukses, baik dalam bidang perekonomian maupun dalam bidang politik pemerintahan.

Peranan orang Yahudi yang menonjol ini pada beberapa kali pergantian pemilihan presiden, begitu menonjol sehingga dapat mengawal tindakan-tindakan tertentu di negara yang mengaku demokrasi ini, kerana akses dalam pembentukan kebijaksanaan pemerintahan melalui lobby yang terbina baik memang sudah ditubuhkan, dalam mafia public policy.

Dengan nyata dilihat bahwa sampai saat ini tidak dapat dibuktikan mengapa Presiden Kennedy dibunuh, mengapa Oswald dapat dikambing hitamkan , mengapa Marilyn Monroe diseludupkan, apakah bintang filem cantik ini ada hubungan dengan presiden atau yang lain-lainya.

Kita semua perlu sedari manusia mempunyai perbezaaan, sehingga dalam memberikan kebebasan yang terlalu bebas, akan timbul seribu satu pendapat.Hampir setiap saat rakyat Amerika Syarikat digemparkan suasana akan adanya pemilihan umum, apakah hal itu dalam rangka pemilihan presiden dan wakil presiden, atau pemilihan anggota House of Representative, atau pemilihan pejabat setempat yang dilaksanakan seperti pemilihan petugas Tax Assesor, Dog Catcher dan sebagainya.

Selain itu, kebiasaannya ada 2 parti yang saling berebut untuk memperoleh jawatan politik yaitu Parti Demokrasi dan Partai Republik.Tetapi dalam proses perjalanan kepartian di Amerika Syarikat sudah menjadi kebiasaan bahawa ;

1. Parti yang kalah dalam pilihanraya harus segera menyusun program lanjutan dan berusaha mendapatkan sokongan pressure group.
2. Tiap-tiap parti politik meningkatkan kepercayaan masyarakat, atas dasar kepribadian masing-masing parti.
3. Menanamkan kepercayaan kepada masyarakat bahwa tujuan parti politik adalah untuk kesejahteraan umum.
4. Meng-sinkronisasi –kan kepentingan –kepentingan yang bertentangan .
5. Merupakan golongan professional sebagai pembuat undang-undang .

Seperti yang diketahui, Legislatif di Amerika Syarikat tebahagi 2 :

1. Senate
Yaitu sama jumlah wakil ( senator ) dalam tiap negara bahagian , iaitu 2 orang senator’

2. House of Representative
Yaitu tergantung jumlah penduduk pada negara-negara bagian, 30.000 orang mempunyai 1 wakil , tetapi batas seluruhnya harus 435 orang ( peraturan sejak 1910)

Di sini kita dapat melihat model negara sekuler yang menjadi ikutan pada hari ini, mereka telah lama meninggalkan nilai peradaban dan etika berperaturan dalam kehidupan.Malahan mereka sanggup menindas manusia lain demi kepentingan mereka.Oleh itu lihat pula dalam negara kita sendiri adakah kita juga salah satu model negara sekular.


Selanjutnya di sini dipaparkan sedikit bahana yang melanda negara tersebut.Di Amerika Syarikat ,sebagai negara yang mengaku menjunjung tinggi kebebasan individu, data statistik memperlihatkan bahwa setiap 6 minit terjadi satu perkosaan, bahkan National Victims Center pada tahun 1990 menyatakan bahwa 1 dari 8 wanita Amerika adalah korban,dan banyak lagi jenayah yang berat berlaku dalam 1 minit. Jadi jelaslah apabila kebebasan digunakan sepenuhnya tanpa batasan maka manusia hidup tanpa pengawasan.Oleh itu sistem politik Islam adalah jalan terbaik untuk sesebuah negara bagi menangani jenayah dan hal-hal berkaitan pemerintahan.

Sedarilah semua strategi dan ideologi musuh islam ini tidak pernah padam,tetapi untuk mengatasinya kita perlu mengetahui strategi mereka dari pelbagai sudut. Jadi tidak salah rasanya jika kita umat Islam hari ini untuk mencari maklumat tentang strategi yang mungkin kesannya terlihat di depan mata kita. Yang paling jelas ialah tentang keruntuhan umat Islam hari ini yang menghancurkan peradaban dan erti nilai agama.Itu semua adalah strategi mereka yang ditanam oleh Barat ,termasuk penjajah.

Kesimpulannya, perbandingan dan kesan sistem politik Islam dan Barat perlu dilihat serius supaya Negara Islam atau syariat dapat ditegakkan demi kemaslahatan umat manusia di akhir zaman ini.