Friday, February 27, 2009

PERINGATAN BERSAMA



Peringatan Diri.

10 Jenis Solat Yang tidak Diterima Allah.


Hari berganti hari, tahun berganti tahun namun apabila usia kita bertambah,apakah persoalan pada diri kita.Sering kita rasakan bagaimana harus kita siapkan diri untuk menghadapi kehidupan yang penuh dengan onak dan duri. Dan bagaimana kita persiapkan permusafiran kita sebagai hamba mencari sinar dan cinta Ilahi.Puas kita fikir, apa sebenarnya jalan itu.Semuanya bermula daripada solat.Itulah satu ibadah yang merupakan kunci seorang hamba dalam mencari erti sebuah ketenangan yang abadi.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".

Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:-

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.
6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
9. Orang yang suka makan riba.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."

Dari sini sama-sama saya mengajak kalian,perhitunglah amalan kita agar usia kita tidak sia-sia .Dan perbaikilah hubungan kita dengan Allah sebelum ajal menjemput...salam mujahadah buat semua saudara seakidah.

Tuesday, February 24, 2009

Saat Datang Pertolongan ALLAH


Datangnya pertolongan saat kita amat memerlukannya

Pertolongan Allah datang ketika manusia sangat-sangat memerlukan pertolongan tersebut, ketika mereka merasa kehabisan segala daya upaya mereka dan hanya mengharapkan pertolongan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala semata. Ketika itu, mereka mengadukan segala nasib mereka dengan sepenuh hati dan kerendahan diri. Saat itulah Allah Subha Nahu Wa Ta’ala mengabulkan doa mereka.

Ketika itu, mereka mengadukan segala nasib mereka dengan sepenuh hati dan kerendahan diri. Saat itulah Allah Subha Nahu Wa Ta’ala mengabulkan doa mereka.

Kita menyaksikan hal tersebut di dalam sejarah hijrah Nabi s.a.w. Beliau berlindung di dalam gua, bersembunyi di dalamnya bersama para sahabatnya Abu Bakar r.a. Kaum musyrikin terus mencari mereka berdua hingga sampai ke mulut gua tersebut. Saat itu, Abu Bakar berbisik kepada Rasulullah s.a.w, “Wahai Rasulullah, kalaulah salah seorang daripada mereka melihat ke bawah kaki mereka, nescaya mereka akan melihat kita!” Rasulullah s.a.w bersabda; “Wahai Abu Bakar, bagaimana pendapatmu kalau kita berdua, sedang yang ketiga adalah Allah Subha Nahu Wa Ta’ala?”

Al-Quran mengisahkan bagaimana menolong Rasul-Nya pada hari itu, dan dengan apa Allah menolongnya. Ta’ala berfirman;
“Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang daripada dua orang ketika keduanya berada di dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya, “Jangan kamu berdukacita, sesungguhnya Allah beserta kita.” Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” [At-Taubah: 40]

Kita menyaksikan pertolongan yang sama dalam perang Badar. Saat itu, kaum Muslim dalam jumlah yang jauh lebih sedikit daripada kaum musyrik (kurang darripada sepertiga mereka), lebih sedikit kelengkapannya (kaum Muslim mempunyai dua kuda, sedang kaum musyrik mempunyai seratus kuda), dan lebih sedikit latihan dan persiapan mental mereka untuk terjun ke dalam medan perang, kerana mereka pada asalnya keluar untuk menahan rombongan pedagang, bukan untuk berhadapan dengan pasukan perang yang lengkap bersenjata. Tentang hal tersebut, Al-Quran menceritakan;

“Sebagaimana Tuhanmu menyuruhmu pergi daripada rumahmu dengan kebenaran, padahal sesungguhnya sebahagian daripada orang-orang yang beriman itu tidak menyukainya, mereka membantahmu tentang kebenaran sesudah nyata (bahawa mereka pasti menang), seolah-olah mereka dihalau kepada kematian, sedang mereka melihat (sebab-sebab kematian itu).” [Al-Anfaal: 5-6]

Meskipun demikian, pertolongan Allah Ta’ala terhadap kaum Mukmin datang ketika mereka meminta pertolongan kepada Allah Ta’ala, dan Dia mengabulkannya.
“(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu, “Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut.” [Al-Anfaal: 9]

Rasulullah s.a.w. pada hari itu berdoa kepada Tuhannya dengan penuh harapan.
“Ya Allah, kabulkanlah doa ku. Ya Allah, jika pasukan ini hancur dikalahkan, nescaya Engkau tidak akan disembah lagi di muka bumi ini setelah hari ini.”

Rasulullah s.a.w terus berdoa hingga selendangnya terjatuh , hingga Abu Bakar r.a. berkata kepada baginda, “Demi Allah! Wahai Rasulullah, Allah pasti akan menolong, Allah pasti akan menolong dan mengabulkan doamu.”

Kekuasaan Allah Ta’ala semata-matalah yang mengatur pertempuran itu dari atas tujuh lapis langit. Dialah yang mengatur dan memilih tempat dan waktunya.
“Sekiranya kamu mengadakan persetujuan (untuk menentukan hari pertempuran), pastilah kamu tidak sependapat dalam menentukan hari pertempuran itu. Akan tetapi, (Allah mempertemukan dua pasukan itu) agar Dia melakukan suatu urusan yang mesti dilaksanakan, iaitu agar orang yang binasa itu binasanya dengan keterangan yang nyata dan agar orang yang hidup itu hidupnya dengan keterangan yang nyata (pula). Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” [Al-Anfaal: 42]

Kekuasaan Allah Ta’alalah yang berada di belakang tangan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ketika baginda melemparkan segenggam debu ke muka kaum musyrik, dan kekuasaan Allah Ta’ala pula yang berada di belakang tangan kaum Mukmin ketika mereka memerangi kaum musyrik. Allah Subha Nahu Wa Ta’ala berfirman;
“Maka (yang sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, tetapi Allahlah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melontar ketika kamu melontar, tetapi Allahlah yang melontar…” [Al-Anfaa: 17]

Di sini, Allah Ta’ala memberikan anugerah kepada Rasulullah s.a.w dan kaum Mukmin dengan memberikan pertolongan kepada mereka dalam perang Badar. Allah Ta’ala berfirman;
“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam perang Badar, padahal kamu (ketika itu) adalah orang-orang yang lemah. Kerana itu, bertakwalah kepada Allah supaya kamu mensyukuri-Nya.” [Ali Imran: 123]

Thursday, February 19, 2009

ISTIQAMAH


Ya Allah bantulah kami, dan teguhkanlah kami di jalan Mu Ya Alllah….

Istiqamah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.

Daripada pengertian ini dapat dirumuskan unsur-unsur utama istiqamah:
Berpegang pada akidah yang benar, aqidah ahli As-sunnah Waljamaah.
Melaksanakan tuntutan Syariat Islam berpandukan Al-Quran dan hadis Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam.
Mempunyai prinsip dan keyakinan yang tidak akan berubah atau goyah.
Tidak terpengaruh dengan dakyah dan godaan hawa nafsu dan syaitan.
Tidak tunduk pada tekanan demi melaksanakan tanggungjawab dan mempertahankan kebenaran.
Istiqamah menjadi tuntutan agama.

Sifat yang mulia ini menjadi tuntutan Islam seperti yang diperintahkan oleh Allah Taala dan Rasulnya .
(Surah Fusilat Ayat ' 6)
Ertinya: Katakanlah ( Wahai Muhammad ): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada Aku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu; maka hendaklah kamu teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredhaanya)......

Ertinya: Katakanlah: Saya beriman dengan Allah kemudian teguhkan pendirian kamu.
Ruang lengkap Istiqamah
Istiqamah merupakan daya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia dalam melaksanakan tuntutan Islam, mulai daripada amalan hati, amalan lisan dan anggota tubuh badan. Jelasnya, segala amalan yang dapat dirumuskan dalam pengertian ibadah samada fardu ain atau fardu kifayah memerlukan istiqamah:
Contoh Istiqamah
Istiqamah dalam Iman dan melaksanakan tuntutan Iman.
Istiqamah dalam solat dan Ibadah-ibadah khusus yang lain.
Istiqamah dalam menegakkan kebenaran dan keadilan serta menentang kebatilan dan kezaliman.
Istiqamah dalam ibadah umum seperti belajar, berniaga dan membuat kerja-kerja yang diizinkan oleh syarak.
Dengan matlamat untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat serta di redhai Allah.
Tahap-tahap Istiqamah

Ada tiga tahap Istiqamah yang perlu berlaku serentak iaitu:
Istiqamah hati: sentiasa teguh dalam mempertahankan kesucian iman dengan cara menjaga kesucian hati daripada sifat syirik, menjauhi sifat-sifat cela seperti riak dan menyuburkan hati dengan sifat terpuji terutamanya ikhlas. Dengan kata-kata lain Istiqamah hati bermaksud mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap kebenaran. Firman Allah Taala.
(Surah Al-Furqan ' ayat 32 )

Ertinya: Dan orang-orang yang kafir berkata : "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali ( dengan sekali gus ) ? diturunkan Al-Quran dengan cara yang demikian kerana hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.

Istiqamah lisan: memelihara lisan atau tutur kata daripada kata-kata supaya sentiasa berkata benar dan jujur, setepat kata hati yang berpegang pada prinsip kebenaran dan jujur, tidak berpura-pura, tidak bermuka-muka dan tidak berdolak dalih.
Istiqamah lisan terdapat pada orang yang beriman, berani menyatakan dan mempertahankan kebenaran dan hanya takut kepada Allah Taala. Firman Allah Taala:
(Surah Ibrahim ' Ayat 27)
Ertinya: ....Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.....

Istiqamah perubatan: Tekun berkerja atau melakukan amalan atau
melakukan apa saja usaha untuk mencapai kejayaan yang di redhai
Allah. Dengan kata-kata lain istiqamah perbuatan merupakan sikap dedikasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan, perusahaan atau perjuangan menegakkan kebenaran, tanpa rasa kecewa, lemah semangat atau putus asa. Sikap ini menjadi begitu rupa kerana dorongan hati yang istiqamah.

Hikmat Istiqamah

Istiqamah merupakan sikap jati diri yang teguh dan tidak luntur oleh apa jua pengaruh dan cabaran. Sikap ini membolehkan seseorang itu terus berusaha untuk mencapai matlamat daripada usaha dan pengorbanannya. Akhirnya sikap inilah yang menjadi faktor utama kejayaan.
Dengan kata lain istiqamah menjadi faktor pencapaian matlamat dalam apa jua bidang sama ada bidang agama, siasah, ekonomi, pendidikan, penyelidikan, perusahaan dan perniagaan. Peribahasa melayu ada menyebutkan, "berpantang maut sebelum ajal."
Kejayaan melaksanakan tuntutan iman dan matlamat amal Soleh dapat dicanai
dengan sikap istiqamah seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran.
(Surah Fusilat-Ayat 30-32)

Ertinya: Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinan dengan berkata : "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah Malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham):
"Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah di janjikan kepada kamu."

"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang kamu ingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari ituapa yang kamu cita-citakan mendapatnya." "(pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani !"

Membentuk Sikap Istiqamah
Sikap Istiqamah dapat di bentuk dengan menanamkan unsur-unsur yang berikut ke dalam diri:
1.Matlamat yang unggul iaitu berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
2.Semangat dan daya juang yang tinggi serta tidak mudah mengalah atau berputus asa.
3.Prinsip yang benar berasaskan Al-Quran dan hadis Rasullallahi Sallallahu Alaihi Wassalam.
4.Ilmu dan maklumat yang cukup.
5.Strategi yang kemas dalam perjuangan.
6.Usaha yang berterusan.
7.Yakin kepada takdir dan janji Allah Taala.
8.Berdoa dan bertawakal.
9.Bersyukur dan redha.

Sikap ini dapat diteladani daripada Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam, para sahabat, para mujahid, syuhada" dan salihin seperti yang tertera di dalam gambaran sejarah.

Manusia dalam perjuangan hidup

Perjuangan dalam hidup manusia amat luas daerahnya. Ada perjuangan yang kecil dan ada perjuangan yang besar. Contoh perjuangan yang kecil ialah apa jua usaha yang dilakukan untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan di dunia. Sedangkan perjuangan yang besar ialah segala usaha untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan di dunia. Sedangkan perjuangan yang besar ialah segala usaha untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Asas bagi menentukan kecil atau besar tahap perjuangan itu ialah:
1.Matlamat perjuangan.
2.Halangan atau cabaran terhadap perjuangan.
3.Risiko atau pengorbanan yang diperlukan.

Sebenarnya orang yang berusaha untuk mencapai kejayaan di dunia sahaja adalah orang yang akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat, sedangkan orang yang berusaha untuk mencapai kejayaan di akhirat sebenarnya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Firman Allah Taala:
(Surah Al-Hadid" Ayat 20-21) .
Berlumba-lumba kamu (mengerjakan ama-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulnya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakinya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar .

Istiqamah dalam perjuangan

Perjuangan yang suci di redhai Allah tidak terlepas daripada cabaran terutamanya perjuangan menegakkan Islam sama ada dalam diri, dalam keluarga dan dalam masyarakat. Cabaran itu hanya akan dapat di atasi oleh semangat jihad yang tinggi, beristiqamah, bersabar dan tidak berputus asa.
Firman Allah Taala:
(Surah Yusof ' Ayat 87)
Ertinya: Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.

Tuesday, February 17, 2009

LAHIRNYA PERGERAKAN HAMAS




Syaikh Yassin pernah ditanya tentang awal mula pergerakan ini dinamakan HAMAS.Dan berikut ini cerita Syaikh Yasin mengenai penamaan tersebut.

“Pada surat pernyataan pertama yang pernah kami keluarkan,saya hanya menandatanganinya dengan mencntumkan huruf (ha,mim,sin), dan sama sekali tidak ada bayangan dalam benak ini tentang kata-kata “HAMAS”.Setelah dua sampai 3 kali perbyataan yang dikeluarkan, akhirnya yang lain berkumpul dan mengusulkan untuk memberikan sebuah nama. Kemudian mereka berfikir untuk mencari nama yang pas, sampai akhirnya ada salah seorang yang menemukan nama yang cocok yaitu HAMAS, berdasarkan huruf-huruf yang ditandatangani dalam surat-surat sebelumnya.

Maka lahirlah HAMAS pada tanggal 9 Desember 1987.Yang penting bagi saya adalah substansinya.Saat ini, saya ingin merintis periode baru sebuah pergerakan Islam untuk melawan para penjajah.Maka, saya ingin memberikan nama yang relevan dengan kondisi yang sedang terjadi. Dan kondisi yang sedang terjadi sekarang (penjajahan) memerlukan adanya perlawanan.Oleh karena itu pergerakan ini diberi nama dengan Pergerakan Perlawanan Islam (Harakah Al-Muqawamah Al-Islamiyyah disingkat HAMAS)”

Sekilas Tentang HAMAS

Harakah Al-Muqaawamah Al-Islamiyyah atau disingkat HAMAS adalah sebuah pergerakan rakyat Palestina yang berusaha untuk membebaskan tanah airnya yang menjadikan Islam sebagai asas pergerakan tersebut.

Prkembangan dan Pertumbuhan HAMAS.

HAMAS memang dideklarasikan pada tahun 1987, akan tetapi keberadaannya di Palestina dengan nama yang lain telah ada sebelum tahun 1948, yang mana keberadaannya dianggap sebagai kepanjangan dari Jamaah Ikhwanul Muslimin yang didirikan di Mesir pada tahun 1928.

Sebelum HAMAS dideklarasikan pada tahun 1987, gerakan ini telah ada di bumi Palestina dengan nama “ Al-Muraabitun ‘ala Ardhi Al-Isra” dan “Harakah Al-Kifah Al-Islami.”Syaikh Yasin mendirikan pergerakan HAMAS bersama sahabat-sahabatnya dari unsure Ikhwanul Muslimin yang juga berjuang untuk Palestina seperti DR.Abdul Aziz Rantisyi,DR. Mahmud Zhihar dan yang lainnya.

Faktor-faktor yang Mendukung Berdirinya HAMAS.

Banyak faktor yang mendukung kemunculan pergerakan ini,seperti faktor dalam negeri , regional dan internasional. Yang menjadi faktor dalam negerinya adalah karena semakin ganasnya penjajahan Israel terhadap Palestina yang disertai tindakan-tindakan mereka yang memancing amarah merupakan sebab yang menjadi motivator munculnya HAMAS.Adapun yang menjadi faktor regionalnya (seluruh kawasan Arab) adalah ekses dari kekalahan Perang 1967 dan berubahnya ide perlawanan menjadi perjanjian damai,ditambah lesunya semangat kebangkitan Islam pada masyarakat Palestina. Semuanya ini mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap munculnya pergerakan yang berjuang dalam medan politik Palestina.

Pernyataan Pertama

Sebuah tindak kejahatan yang menjadi penyebab pergerakan ini mengeluarkan pernyataan pertamanya dan juga dianggap sebagai hari jadi pergerakan ini,adalah ketika seorang Yahudi pengemudi truk trailer membunuh empat orang pekerja Palestina pada tanggal 6 Desember 1987, Kemudian pergerakan ini mengadakan tindak balasan terhadap pemerintah Israel pada tanggal 15 Desember 1987.Hal tersebut juga membantu aksi intifadhah yang meletus pada tahun 1987, untuk memperluas medan perjuangannya dan agar dikenal oleh seluuh bangsa Palestina dan bangsa-bangsa Arab lainnya.

Orientasi Pemikiran HAMAS

HAMAS sama sekali menolak tentang hak Yahudi dari Palestina .Kerananya HAMAS selalu berupaya untuk mengusir Yahudi dari Palestina.Palestina memang pernah menerima mereka secara sementara, yaitu dengan jalan gencatan senjata pada tahun 1967.Namun , hal tersebut bukan berarti Palestina mengakui hak Yahudi terhadap tanah Palestina .Pertikaian antara Palestina dengan Israel dianggap sebagai pertarungan eksistensi, bukan sekadar pertarungan untuk memperebutkan perbatasan (daerah).Bangsa Palestina memandang Israel merupakan bagian dari kolonialisme barat dan Zionis yang bertujuan untuk mengusir bansa Palestina dari negerinya dan merusak kesatuan bangsa Arab. Rakyat Palestina meyakini, bahwa jihad dengan berbagai bentuknya merupakan jalan untuk memerdekakan tanah Palestina, dan mereka menolak untuk mengadakan perjanjian damai dengan Israel karena dianggap hanya menyia-nyiakan waktu dan menyebabkan terjadinya perampasan hak.

Gerakan Militer dalam Pandangan HAMAS

Gerakan militer dalam dalam pandangan HAMAS merupakan sebuah strtegi untuk menghadapi rencana Zionis dalam memusnahkan eksistensi Arab dan Islam secara keseluruhan.Dan, HAMAS meyakini bahwa cara tersebut bisa mencegah peluang ekspansi Israel terhadap dunia Arab dan Islam.Karena HAMAS menganggap pertikaian mereka dengan Israel itu, HAMAS melakukan aksi-aksi militernya lewat sayap militer mereka yang diberi nama Brigade Izzudin Al-Qassam dengan HAMAS mempunyai peranan utama dalam melakukan aksi perlawanan untuk membebaskan Al-Aqsa yang dimulai pada September 2000 dan terus berlangsung sampai saat ini.

Teroris versi Amerika

Amerika Serikat mencantumkan pergerakan HAMAS dalam gerakan terorisme, karena telah melakukan perlawanan terhadap penjajah di bumi Palestina.Karenanya HAMAS dianggap telah melakukan keganasan yang besar.Disebabkan pergerakan ini telah didaftarkan sebagai terorisme ,jadi Menteri Israel ketika itu bertindak memusnahkan pergerakan tersebut dengan pelbagai cara,termasuk membunuh dan mensasarkan kepada pemimpin HAMAS.

HAMAS dan Gencatan Senjata

Julai tahun 2003,HAMAS dan Jihad Al-Islami mengumumkan genjatan senjata selama 3 bulan. Disebabkan kematian Ismail Abu Syanab pada 23 Ogos 2003 di tengah kota Gaza, menyebabkan terbatalnya gencatan senjata tersebut.Dan pada Januari 2004,HAMAS menyatakan kesediaan melakukan genjatan senjata selama 10tahun dengan Israel ,sehubungan dengan permunduran pasukannya dari perbatasan Palestin ke perbatasannya yang dahulusebelum 5 Julai 1967.Disebabkan sukar untuk membebaskan Palestin pada masa itu, HAMAS pun menerima genjatan senjata itu secara bertahap dan mensyaratkan agar Israel menarik diri dari Palestin.Utusan Mesir khususnya Jeneral Umar Sulaiman berperanan dalam mengatur pertemuan antara gerakan perlawanan Palestin sebagai oposisi, dengan pemerintah yang berupaya untuk mengadakan kesepakatan dalam genjatan senjata ini.

Sumber:

Amir Syammakh,Syaikh Ahmad Yasin Syahid Yang Membangunkan Umat

aljazirah.net.

Ikwan online

Sunday, February 15, 2009

SEDARLAH.....WAHAI WANITA!!



Bismillahirrahmanirahim….. tiba-tiba hati ini sebak dan terus terlintas di fikiran untuk menulis warkah ini. Inilah sebuah harapan dan sebuah cita-cita semoga bertemu jalan penyelesaian.

Dunia setiap hari dikejutkan dengan berbagai isu-isu yang sentiasa membuatkan kita berfikir, takut dan rasa bersalah dan bagaimana keadaan selepas ini.Apa lagi yang harus kita lalui.Diriku teringat tentang satu isu yang tidak sepatutnya dipersoalkan dan ku cuba ingin melontarkan sesuatu dan seandainya kata-kata ini didengari oleh kalian sebarkanah ia.Ia adalah mengenai SISTER IN ISLAM.Sebuah pertubuhan yang mewujudkan pelbagai kontroversi yang sentiasa mempermainkan minda masyarakat agar terus hitam dan berkarat.Lalu terlintas di fikiran mungkin inilah agenda Yahudi yang mempunyai strategi yang sangat halus.

Ku tujukan warkah ini buat diri yang bergelar gadis,wanita dan ibu yang mempercayai segala hujah mereka.Sebelum kuteruskan ingin ku mengajak supaya wanita bersihkan nurani dan kembali kepada kejadian penciptaan kita, siapa sebenarnya kita, bukankah kita hanya diberi pinjaman daripada Allah dan satu ketika nanti kita akan menemuinya, kita adalah makhluk yang tidak berkuasa dan adakah layak kita menentang sunnatullahnya.

Ku harap semoga wanita tidak mudah berkiblat kepada barat ,jangan mudah kita membenarkan kata-kata Yahudi Percaya dan yakinlah bahawa disebalik semua ini mereka sudah bersorak gembira dan ada agenda orientalis barat untuk mengeksploitasikan wanita supaya agar misi menghancurkan Islam tercapai.Ucapkanlah astaghfirallahala’zim dan bertaubatlah kepada Allah. Seandainya kejahilan yang membelenggu menyebabkan keliru dengan kebenaran.Cerahkanlah ia segera, jernihkanah ia dengan nur Ilahi semoga Allah melindungi hambanya yang bertaubat.Kenalilah Allah dan jangan disebabkan tamak kepada pangkat dan kuasa kita sanggup melanggar syariat Allah. Dan jangan sampai memilih jalan syaitan.Inilah yang berlaku pada pemimpin hari ini sanggup menghancurkan orang lain demi kepentingan peribadi.
Dari pembacaan dan pemerhatian ku ,mereka yang terlibat dengan pertubuhan ini ada di antaranya mempunyai sejarah tersendiri, jadi di sini ku ingin nasihatkan agar kalian tidak terus dimainkan oleh perasaan tetapi ambillah Al-Quran sebagai pedoman,Ikhlas ku katakan ada dikalangan wanita yang kurang bahagia hidupnya, tetapi percayalah mungkin itu ujian Allah yang diturunkan supaya dosa-dosa lalu terhapus. Ku tahu ada wanita yang sanggup berkorban tetapi dikhinati, ada wanita yang setia didustai ,ada wanita yang berkhidmad dianiaya,dan ada wanita ditindas, tetapi jangan sampai penderitaan ini kalian sanggup menggadai agama,sanggup melanggar aturan Allah dan sanggup menghina nabi dan sanggup memerangi pejuang Islam, sedarlah kalian berada dalam kesesatan yang nyata.

Bukan begini caranya masih banyak keindahan Islam yang tersedia untuk memberi penawar segala penderitaan ini.Ku tulis agar wanita-wanita ini menjadi tiang agama dan bukan sebagai bom-bom yang menhancurkan Islam.Ingatlah jangan disebabkan kemarahan kalian sanggup memesongkan akidah sedarlah!nauzubillah.Di kala wanita bertindak menyokong sister in Islam ini,sebenarnya kita telah membunuh jiwa-jiwa Islam dan membuatkan Yahudi terus ketawa dan menang.Wanita,jangan biarkan Islam kalah kepada Yahudi dengan tindakan bodoh kita.

Kita punyai akal dan kawallah perasaan kita, selesaikanlah setiap perkara berlandaskan Al-Quran dan fikiran yang penuh segar dan jiwa yang lapang dalam mendepani cabaran hidup.Satu pesananku biarlah di dunia ini ibarat bara dan penuh onak dan duri, namun di akhirat kelak nyaman dihiasi mahligai yang indah mewangi.

Bila mengenangkan wanita hari ini, ingatanku terimbau di lipatan sejarah mengenai kisah Asiah seorang isteri kepada Firaun yang zalim, di sini dia berjaya mempertahankan aqidahnya walaupun berhadapan dengan kegetiran nyawa.Wanita, jadikanlah kisah-kisah ini sebagai motivasi diri, penguat jiwa dan cita-cita melangit menuju syurga.Serahlah segalanya pada Allah.Dan hanya Allah yang layak menghukum kejahatan hambanya.Janganlah membalas kejahatan itu dengan merosakkan pegangan kita sebagai umat Islam dan mengikuti jalan-jalan yang menghancurkan Islam.Sepatutnya kita umat islamlah yang harus memerangi pemikiran-pemikiran bebas dan liar ini.Wanita perlulah menilai setiap perkara itu sesuai dan menurut perspektif yang benar, yang mempunyai sumber dan pendirian prinsip Islam yang benar.

Selain faktor-faktor di atas serangan pemikiran seperti fahaman liberalisme, sekularisme, pluralisme juga yang terus mengelirukan jiwa umat Islam daripada berfikir dan melihat dari perspektif Islam yang tulen. Begitulah yang terjadi pada wanita hari ini , mereka disibukkan dengan perkara yang melalaikan yang seterusnya mematikan hati, dan mudahlah anasir-anasir seperti SISTER IN ISLAM ini meracuni kotak pemikiran mereka.

Akhirnya diriku cuba melontarkan , sekiranya pertubuhan ini adalah senjata mereka untuk menjatuhkan Islam ,jadi peranan kita sebagai pemuda dan pemudi Islam untuk mencerahkan golongan-golongan ini agar meletakkan pemikiran mereka suci dan jelas aqidah.Selain itu kita haruslah memikirkan strategi-strategi yang dapat mengalahkan SISTER IN ISLAM daripada terus menanamkan benih-benih keingkaran terhadap Allah.

Kesimpulannya kita sebagai umat Islam perlu terus bekerja dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.Ingatlah tugas ini berat, jadi sama-samalah kita teguhkan iman dan bersatu melangkah menuju keredhaan ALLAH.Semoga orang yang menindas umat Islam ini akan dibalas oleh Allah dan menggagalkan usaha jahat mereka terhadap Islam.

Saturday, February 14, 2009

Sentuhan Tarbiyah Islam

DALAM SKOP TARBIAH DAN TAKWIN
Assalamualaikum, di sini sedikit perkongsian buat diriku dan muslimah, semoga kita jadikan diri kita bermanfaat pada Agama Islam dan dapat membahagiakan semua orang.Semoga panduan ini menjadi garis untuk terus mentarbiyah dan ditarbiyah.Semoga dengan kasih sayang Allah kita semua mendapat tarbiyah daripada Allah.Amin....

Pembentukan syaksiyah muslimah ialah langkah pertama dalam skop pembinaan agama Islam,walau apapun uslub harakah dan manhaj amalnya.Syaksiyah Islamiyyah tidak mungkin terbina dan sempurna kelahirannya selagi ia tidak terlepas dan pengaruh kesan kesan masyarakat Jahiliyyah dan dan dualisma penerimaan dan pengarahan.Patut disebut di sini bahawa maksud pembinaan syaksiyah muslimah ialah pembentukan kadar kepimpinan atau penyusunaƱ hairaki perkadaran diperingkat yang dituntut oleh penentangan jahiliyyah.Sifat-sifat yang unggul yang perlu ada dalam syaksiyah Islamiyyah: —

Pertama:
Melepaskan dari Jahiliyyah sepenuhnya sama ada dalam perasaan, atau pemikiran dan konsep, atau amalan dan urusan.

Kedua:
Beriltizam dengan Islam dan hukum-hukumnya secara sepenuhnya dan menjadikannya paksi hidup, titik tolak berfikir pengkalan tasawwur dan punca hukum dalam setiap persoalan dan objek.

Ketiga:
Menganggap jihad pada jalan Allah sebagai matlamat asasi dan kewujudan kita. Di mana konsep ini memerlukan persiapan yang cukup untuk berkorban dengan segala sesuatu untuk mencapai tujuannya.

Hakikat yang tidak boleh dipertikaikan lagi bahawa manhaj dan uslub yang dipegang oleh harakah Islamiyyah belum mencapai peringkat yang mampu untuk membentuk syaksiyah Islamiyyah dan segi sifat dan ciri-cirinya. Pada realitinya apa yang dikemukakan oleh manhaj-manhaj ini tidak melebihi sebahagian kecil dan pengetahuan umum Islam dan pengarahan kerohanian atau akhlak yang tidak memampukan kita membentuk individu muslim yang dicita-citakan. Yang membolehkan seseorang itu berkeahlian sebagai ‘rajul al-Aqidah’ — tentera ‘aqidah yang beriman dan hidup untuk ‘aqidahnya mengorbankan sesuatu yang mahal dan berharga demi untuknya.Tujuan asasi dan tabiyah dan takwin Islam ialah tercapainya operasi antara Islam dan individu individunya yang membolehkan mereka tajarrud dan sebarang nilai lain, tajarrud dan nilai-nilai bumi ciptaan manusia dan tarikan kebendaan, tajarrud dan kemegahan panggilan hawa nafsu, malah hanya megah dengan kebenaran, di mana mereka mengikuti kebenaran, tidak lagi mengikut hawa nafsu atau perasaan peribadi. Itu semua bererti tajarrud kerana Allah S. W. T .
Muhammad Qutub, Minhaj Tarbiah Islamiah.

Wednesday, February 11, 2009

JANJI ALLAH PASTI DATANG!




Pada suatu hari Abu 'Ubaidah ibnu al-Jarrah bertanya kepada Rasulullah SAW: 'Wahai Rasulullah, siapakah manusia paling dahsyat azabnya pada hari kiamat?" Baginda menjawab: ''Seseorang yang membunuh nabi atau orang yang melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar."




Kemudian baginda membaca ayat yang bermaksud: ''Sesungguhnya orang yang kufur ingkar ayat keterangan Allah, dan membunuh Nabi dengan jalan tidak benar, serta membunuh orang yang menyeru manusia berbuat adil, maka sampaikanlah berita menggembirakan mereka dengan azab pedih." (Surah Ali 'Imran: 21)




Baginda meneruskan ceritanya:''Wahai Abu 'Ubaidah, ketahuilah bahawa Bani Israel sudah membunuh 43 nabi pada sebelah pagi dalam satu masa. Kemudian ada 170 orang Bani Israel yang mengajak mereka membunuh nabi berkenaan kepada ma'ruf dan menegah mereka daripada mungkar tapi mereka juga membunuhnya pada sebelah petang." (Hadis riwayat Abu Hatim dan Ib Jarir).Dan dalam riwayat lain, Abdullah ibn Mas'ud meriwayatkan bahawa Bani Israel membunuh 300 nabi dalam satu hari.




Dalam al-Quran, keganasan bangsa Yahudi yang membunuh atau akan membunuh atau mengaku membunuh banyak nabi direkodkan dalam beberapa ayat sucinya. Ia direkodkan setidaknya dalam 11 ayat dengan menggunakan sama ada kata kerja mudari' (continuos tense), madi (past tense) dan dalam bentuk kata benda dasar. Sebagai contoh, ayat yang menggunakan kata kerja mudari' adalah ayat bermaksud''Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu kepada apa yang diturunkan Allah, mereka menjawab: Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami. Dan mereka ingkarkan yang lain yang diturunkan kemudiannya, padahal al-Qur'an itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah: Jika demikian, mengapa kamu membunuh Nabi-Nabi Allah yang dulu kalaulah kamu orang beriman?" (Surah al-Baqarah: 91)




Ayat yang menggunakan kata kerja masa lampau dan sebagai pengakuan bohong mereka ada dalam ayat bermaksud:''Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: Sesungguhnya Kami membunuh al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya, tetapi diserupakan bagi mereka. Dan sesungguhnya orang yang berselisih faham, padanya, sebenarnya berada dalam keraguan mengenai pembunuhan itu. Tiada suatu pengetahuan pun mengenainya selain mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin." (Surah al-Nisa: 157)




Ayat yang menggunakan kata benda dasar adalah ayat bermaksud: ''Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, dan mereka kufur ayat-ayat keterangan Allah, dan mereka membunuh Nabi-Nabi dengan tiada suatu alasan yang benar, dan mereka berkata: Hati kami tertutup. Bahkan Allah memeterai hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit saja di antaranya." (Surah al-Nisa: 155)




Mereka juga berniat membunuh Nabi Harun Alaihissalam, firman Allah maksudnya: ''Dan apabila Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan dukacita, berkatalah dia: Amatlah apa yang telah kamu lakukan sepeninggalanku; Apakah kamu mahu mendahului perintah Tuhanmu? Dan ia meletakkan Lauh-lauh itu serta ia memegang (rambut) kepala saudaranya (Nabi Harun) sambil menarik kepadanya. Nabi Harun berkata: Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaummu memandang aku lemah dan nyaris-nyaris mereka membunuhku; maka jangan engkau jadikan musuh bergembira melihatku, dan janganlah engkau jadikan aku termasuk dalam golongan orang zalim." (Surah al-A'raf: 150)




Sebagai balasan atas kekejaman, keganasan dan tebal muka bangsa Yahudi di atas, Allah pun menghukum mereka dengan hukuman seperti disebutkan dalam al-Quran maksudnya:''Mereka ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab daripada manusia. Dan mereka kembali mendapat kemurkaan Allah, dan mereka ditimpa kemiskinan. Yang demikian itu, disebabkan mereka ingkar akan ayat-ayat Allah, dan mereka membunuh Nabi-Nabi dengan tiada alasan benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas." (Surah Ali 'Imran: 112).
*Bahan ini adalah kiriman dari kakak yang berada di bumi Mesir

Ma’iyatullah



Bismillahirrahmanirrahim dengan penuh kesedaran iman kita harus memulai setiap aktiviti dalam hidup ini dengan asma Allah SWT, kita menjalani keseharian dengan syariah Allah SWT dan mengarahkan keseluruhan hidup ini kepada husnul khatimah dan mardhatillah.

Bila suatu saat kita lupa terhadap Allah SWT, menjalankan suatu kegiatan atau program dengan nama selain Allah SWT, tidak memastikan bahwa apa yang kita kerjakan telah sesuai dengan syariat-Nya, tidak menajamkan perspektif bahwa kerja kita insya Allah diredhai-Nya. Jadi tunggullah balasanNya.Nisyanullah, yakni lupa terhadap Allah mengakibatkan lupa diri. Lupa bahwa dirinya adalah seorang mukmin, seorang pendakwah, bahkan seorang murabbi, dan lupakah bahwa kita mempunyai tanggungjawab.

Allah SWT mengingatkan agar manusia jangan pernah sesaat pun lepas dari-Nya dan lupa terhadapNya.

“Dan janganlah kamu sekalian seperti orang-orang yang lupa terhadap Allah sehingga karenanya mereka lupa terhadap diri mereka sendiri, mereka itulah orang-orang yang fasiq.” (Q.S 59/Al-Hasyr: 19).

Di saat manusia lupa diri akibat lupa terhadap Allah tapi Allah tetap mengawal dan melihat di manapun dan setiap masa.

“Dan Dia tetap bersamamu (mengawasimu) dimanapun kamu berada dan Allah Maha menatap apa yang kamu kerjakan” (Q.S 57/Al Hadid: 4)

Ikhwah dan akhwat fillah,

Jika kita selalu bersama Allah menghadirkan-Nya saat kita berfikir, berkerja, dan berkarya, bahkan waktu kita marah sekalipun. Maka Allah sentiasa menyertai kita dengan bimbingan-Nya, lindungan-Nya, pertolongan-Nya, rahmat-Nya, dan ampunan-Nya saat kita salah.

Ma’iyatullah telah diberikan kepada Rasul-Nya SAW dalam situasi yang sulit. Tetapi bukan secara percuma tanpa ‘amal jihadi’. Siti Khadijah r.a sebagai saksi atas kepatutan ma’iyatullah untuk Rasul-Nya. Sebagaimana penuturannya,

“Demi Allah, Dia tidak akan pernah menyia-nyiakan engkau. Sebab engkau gemar bersilaturahim, suka menolong orang lemah, membela orang yang dizhalimi, menyantuni orang tak punya, serta tampil membela kebenaran”.

Sebuah Hadits Qudsi riwayat Syaikhani menyebutkan bahwa Allah berfirman,

“Tidak ada amal hamba-Ku yang lebih Aku sukai kecuali menjalankan apa-apa yang telah aku perintahkan. Dan ketika hamba-Ku tidak henti-hentinya mendekat kepada-Ku dengan amalan sunnat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya maka Aku yang menjadi (menjaga) telinganya yang dengan telinga itu ia mendengar, Aku menjadi matanya yang dengan mata itu ia melihat, Aku menjadi tangannya yang dengannya ia memukul dan Aku menjadi kakinya yang dengannya ia melangkah. Jika hamba-Ku mendekat kepada-Ku sejengkal niscaya Aku mendekat kepadanya sehasta, jika ia mendekat lagi kepada-Ku sehasta niscaya Aku mendekat kepadanya sedepa dan jika ia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku akan datang kepadanya sambil berlari”.

Tidak ada imaginasi yang paling baik dan indah daripada memikirkan ciptaan Allah SWT dan ayat-ayatnya. Tidak ada kata yang lebih indah dari menyebut asma Allah SWT, laa ilaaha illallah, subhanallah atau astaghfirullah. Tidak ada nama yang lebih baik dari Abdullah. Tidak ada sumber kekuatan dan energi yang lebih dahsyat daripada laa haula wala quwwata illa billah.

Ikhwah dan akhwat fillah,

Kesertaan (ma’iyyah) Allah SWT menuntut kita terlebih dulu meletakkan diri secara tepat. Bukan semata-mata sebagai makhluk Allah SWT, tetapi sebagai hamba bahkan jundullah yang bersedia untuk melaksanakan setiap perintah-Nya dalam kerangka mewujudkan Islam kaaffah dalam kehidupan pribadi, keluarga, kemasyarakatan, kebangsaan dan antarabangsa. Jika bukan sebagai jundullah, mungkin kita menjadi tentera yang sesat (syaitan).

Kita harus meletakkan diri sebagai tentera Allah SWT di setiap sudut bumi Allah ini. Insya Allah Dia akan menyerahkannya kepada hamba-hamba-Nya yang shalih sebagai bagian dari hasil perjuangan, melalui istikhlaf dan tamkin sebagai mekanisme legal dalam agama Allah.

Kita harus memastikan bahwa kumpulan kita adalah hizbullah. Sebab, hanya kumpulan inilah yang akan diberikan kemenangan sejati oleh-Nya. Al-Imam As-Syahid pernah mengajukan suatu pertanyaan besar, “Apa modal kita untuk meraih kemenangan agama ini? Jawapannya adalah modal dan bekal yang sama yang pernah dimiliki assalafus shalih di bawah pimpinan Muhammad SAW, Yaitu lima segi keimanan yang meliputi:

Pertama, kemenangan itu akan diraih sebagai hadiah dari Allah SWT dengan all out membela agama-Nya.

Kedua, kemenangan itu dapat diraih melalui keampuhan manhaj Islam yang kita anut.

Ketiga, kemenangan itu dapat diraih dengan kekuatan ukhuwwah yang kita kuduskan.

Keempat, kemenangan itu merupakan buah keyakinan kita akan besarnya imbalan serta pahala perjuangan di jalan Allah.

Kelima, keimanan bahwa kita telah memilih jama’ah yang tepat sesuai kudratnya untuk menyelamatkan dunia.

Kita kukuhkan keimanan tentang kelima prinsip tersebut dengan kesabaran dalam berjama’ah yang berusaha merealisasikan minhajun nubuwwah, jalan yang ditempuh Rasulullah SAW dan sahabat beliau dalam kemantapan ukhuwah demi membela dinnullah. Kita pun harus berbuat yang ihsan dalam kerangka ‘amal jama’I, dan akhirnya bertawakkal kepada Allah SWT dan menyerahkan kepadaNya untuk menentukan saat dan bentuk hasil perjuangan yang akan dicapai/diberikan. Sebab, Allah SWT beserta orang-orang yang sabar. Dia bersama orang orang yang berbuat ihsan. Dan mencintai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.Allahu Akbar, Allahu Akbar walillahil hamd.

*Semoga kita bersama-sama bermuhasabah dan berdoa agar kita terus berdiri teguh di jalan Allah.Bantulah kami…YA ALLAH…

Monday, February 9, 2009

Sistem Politik Islam

TAHALUF SIYASI DALAM ISLAM

Tahaluf ialah perjanjian persefahaman bagi bekerjasama dan bantu-membantu untuk menghadapi lawan.Persefahaman ini berlaku di kalangan sesama Islam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dengan Aus dan Khazraj yang membawa kepada penyatuan umat di bawah panji-panji dan tertegaknya negara Islam.

Hal ini juga berlaku dengan kumpulan bukan Islam seperti persefahaman dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib yang berlaku sebelum hijrah dan persefahaman dengan kabilah Khaza’ah selepas “Perjanjian Hudaibiyah”.

Rasulullah s.a.w. mengiktiraf half al-fudul yang berlaku pada zaman jahiliyah apabila terbentuk satu persefahaman menentang kezaliman. Perkara ini terjadi setelah seorang lelaki dari kabilah Zubaid dizalimi oleh Aas bin Wa’il, lalu dia meminta pertolongan.tetapi tidak ada yang sanggup untuk menolongnya, lalu beberapa orang daripada bangsawan Makkah yang bersimpati dengannya telah mengadakan persefahaman di rumah Abdullah bin Jad’an untuk menentang kezaliman tersebut.

Berhubung dengan peristiwa ini, Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya:
Daripada Talhah bin ‘Abdullah bin ‘Auf, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya aku telah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jad’an satu pakatan yang aku amat suka kepadanya seperti sayAng kepada unta merah (barang yang sangat berharga), kalau aku diajak kepadanya di zaman silam nescaya aku menyahutnya.” (Riwayat Ibnu Ishaq)

Oleh itu, tahaluf telah menjadi suatu perkara yang berlaku dalam perjalanan Harakah Islamiyah menurut keperluan dan cabaran yang berlaku pada zaman masing-masing. Satu kajian yang mendalam perlu dibuat dan dibincangkan dengan teliti agar langkah yang diambil tidak bercanggah dengan prinsip Islam yang mesti ditegaskan dalam semua keadaan.

Hukum Tahaluf
Tahaluf diizinkan oleh syariat berdasarkan kepada syarat-syaratnya.Untuk memahami syarat-syaratnya, hendaklah dikaji perbezaan di antara tahaluf yang dilangsungkan oleh Rasulullah s.a.w. dan ditolaknya.

Syarat-syarat Tahaluf

1.Membawa maslahah dan tidak mengikat sehingga menjejaskan prinsip
Dalil-dalilnya ialah:
a) Hubungan Rasulullah s.a.w. dengan keluarganya dari kalangan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib, khasnya Abu Talib. Walaupun mereka tidak menganut Islam, tetapi mereka mempertahankan Rasulullah s.a.w. sehingga sanggup berkorban apa sahaja. Tetapi pernah Abu Talib membuat satu kenyataan seolah-olah supaya Rasulullah s.a.w. bertolak-ansur dalam perkara prinsip, lalu dengan tegasnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Wahai bapa kesayanganku, demi Allah, kalau mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku agar aku meninggalkan urusan ini (menegakkan Islam), nescaya aku tidak akan meninggalkannya sehinggalah Allah memberi kemenangan kepada agamaNya atau aku mati kerananya.”
Akhirnya Abu Talib dan keluarganya kecuali Abu Lahab, mengambil keputusan untuk mempertahankan Rasulullah s.a.w.

b) Hubungan Abu Bakar al-Siddiq r.a. dengan Ibn Daghnah yang bersedia untuk memberi perlindungan kepada beliau dibatalkan. Hal ini terjadi apabila Ibn Daghnah mensyaratkan kepada Abu Bakar supaya jangan beliau membaca al-Quran di luar rumah kerana bimbang boleh mempengaruhi orang lain kepada Islam.
Contoh maslahat yang diizinkan:
a.Ke arah kedaulatan Islam dan pelaksanaan syariatnya.
Dalam situasi kegagalan idealogi-idealogi asing dan kebuntuannya menyelesaikan masalah, terdapat kumpulan orang- orang Islam yang jahil dan terjebak ke dalam ideologi bukan Islam dan kumpulan orang bukan Islam yang memberi kesempatan kepada perlaksanaan Islam, maka mestilah diadakan hubungan dengan mereka ke arah dalam memberi sokongan kepada perjuangan kita dalam pilihanraya, dalan persidangan dewan dan sebagainya, dengan syarat mereka bersedia untuk menerima kepimpinan Islam, mengakui kedaulatan dan perlaksanaan dengan sepenuhnya dan kita tidak memaksa mereka untuk menganut Islam (tetapi mengambil peluang memperkenalkan Islam kepada mereka).

Dalilnya ialah perjanjian Rasulullah s.a.w. di Madinah dengan orang-orang Yahudi.
b.Menentang kezaliman, penyelewengan dan keruntuhan moral
Apabila perkara ini merupakan perkara-perkara yang dirasai kesan dan akibatnya kepada semua golongan, termasuk golongan bukan Islam, maka boleh diadakan persefahaman dalam perkara ini. Contohnya, bekerjasama di dalam usaha mendesak pembebasan tahanan dan sebagainya kerana Rasulullah s.a.w. mengiktiraf half al-fudul serta mengakui pakatan dan persefahaman golongan yang menentang perjanjian pemulauan ke atas keluarga Rasulullah s.a.w. walaupun mereka tidaklah sampai ke peringkat mengakui kedaulatan Islam.
2.Mengakui kepimpinan Islam dan tidak menjejaskan matlamat perjuangan
Dalilnya:
a) Rasulullah s.a.w. telah menangguhkan tahaluf dengan Bani Syaiban apabila mereka tidak bersedia untuk bersama-sma menegakkan negara Islam dan mempertahankannya. Hal ini terjadi apabila Bani Syaiban menyatakan ketidaksanggupan untuk berhadapan denga Parsi tetapi hanya sanggup menghadapi kabilah Arab sahaja.

b) Rasulullah membatalkan cadangan untuk bertahaluf dengan Bani ‘Amir apabila mereka mahu berkongsi jawatan kepimpinan negara tanpa menerima Islam.

3.Tidak wala’ kepada musuh dan tidak redha dengan pegangan mereka
Di antaranya ialah mengakui kepimpinan orang-orang bukan Islam dan bertahaluf dengan musuh-musuh Islam untuk memerangi orang-orang Islam. Firman Allah s.w.t., maksudnya:
“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman.Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripad sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.” (Ali ‘Imran: 28)

Wala’ maknanya menjadikan sebagai pemimpin, teman yang akrab, pelindung atau penolong. Keadaan takut adalah darurat. Kesetiaan dalam keadaan itu dilahirkan secara zahir, tetapi hatinya tidak redha di samping berusaha untuk membebaskan diri dengan merancang bagi meneruskan perjuangan dengan berhijrah dan sebagainya.
Muwada’ah
Di sana terdapat satu persefahaman secara sementera waktu dengan golongan yang bermusuh kerana maslahah. Persefahaman ini dinamakan muwada’ah dan ada juga ulama’ meletakkannya dalam perkara hadanah (gencatan senjata).

Disebut dalam “Syarah Muhazzab” (karangan Imam Nawawi), di antara maslahahnya ialah mengharapkan mereka masuk Islam, mereka akan membayar jizyah atau menolong kerana memerangi golongan lain. Tetapi para ulama’ bertelingkah dalam menentukan tempoh masanya.
Ada yang menghadkan setakat empat bulan sahaja dan ada juga yang mengharuskan menurut maslahah (di antaranya ialah orang-orang Islam masih berada dalam keadaan lemah). Adapun jika tiada apa-apa maslahat atau mudaratnya lebih banyak daripada maslahah, maka ia tidak diharuskan.

Isti’anah (Meminta Bantuan atau Pertolongan)
Apabila adanya persefahaman, maka berlakulah tolong-menolong, iaitu mereka berjanji untuk menolong kita dan kita berjanji untuk menolong mereka.
1.Mereka menolong kita
Menurut Syeikh Sayid Sabiq dalam “Fiqh al-Sunnah”, adalah harus bagi kita untuk menerima pertolongan daripada golongan munafik dan fasik kerana Rasulullah s.a.w. pernah membenarkan Abdullah bin Ubai (seorang munafik) menyertai peperangan bersama-sama baginda. Juga kisah penyertaan Abu Mahjan (seorang fasik) yang mabuk dalam peperangan menentang Parsi.
Adapun pertolongan daripada orang-orang kafir, terdapat kekhilafan di kalangan fuqaha’:
a)Imam Malik dan Imam Ahmad tidak mengharusnya secara mutlak
b)Imam Abu Hanifah mengharuskannya dengan syarat orang-orang Islam yang menguasai urusan
c)Imam Syafi’I mengharuskannya dengan syarat: a.Apabila orang-orang Islam berada di dalam keadaan lemah b.Apabila didapati orang-orang bukan Islam cenderung kepada Islam dan memandang baik terhadapnya, dibenarkan dia memberi pertolongan dengan diberi imbuhan dan bukannya bahagian ghanimah.

2.Kita menolong mereka
Menurut al-Sarkhasi di dalam kitabnya “al-Mabsut”, dan al-Syaibani di dalam kitabnya “al-Siyar al-Kabir”, Rasulullah s.a.w. menghantar tamar ‘Ajwat kepada Abu Sufyan dan mengutus lima ratus dinar ke Makkah supaya dibahagikan kepada orang yang perlu dibantu ketika Makkah dilanda kemarau.
Menurut Ibn Qaiyim al-Jauziyah di dalam kitabnya, “Zad al-Ma’ad”, apabila Sumamah bin al-Sal r.a., pemimpin Bani Hanifah memeluk Islam, beliau memerintahkan supaya jangan dihantar bekalan gandum ke Makkah sehingga penduduk Makkah berada dalam keadaan kesempitan hidup. Lalu pemimpin-pemimpin Makkah merayu kepada Rasulllah s.a.w. menasihatkan Sumamah agar menghentikan sekatannya.

KESIMPULAN
Tahaluf dapat dibahagikan menurut keadaan berikut:
1.Dalam peringkat membentuk kerajaan hendaklah dengan syarat:
a)Kepimpinan mestilah di tangan orang Islam b)Mengiktiraf negara Islam c)Menerima perlembagaan Islam dan syariatnya
2.Tahaluf tanpa membentuk negara:
a)Kerana maslahah untuk menghadapi musuh yang lebih besar
b)Masalah bersama untuk menentang kezaliman, penyelewengan, membebaskan orang-orang tahanan dan sebagainya
c)Berlindung sementara ketika lemah
d)Tidak terikat dengan syarat yang bercanggah dengan Islam dan kepentingan Harakah Islamiyah
Dalam situasi sekarang, hendaklah diberi perhatian kepada beberapa perkara yang boleh menjejaskan maslahah, di antaranya ialah seperti berikut:
1. Matlamat menegakkan negara Islam adalah sangat penting dalam strategi yang diambil oleh Harakah Islamiyah. Oleh itu, jangan terikat dengan janji yang akan menghalangnya atau syarat-syarat yang akan mengikat.

2. Mengutamakan persefahaman dengan kumpulan-kumpulan Islam yang berpengaruh dan yang mempunyai titik pertemuan dengan perkara prinsip yang boleh dipercayai, bukannya yang lemah yang tidak berperanan. Kemudian itu, dengan kumpulan-kumpulan yang bukan Islam.

3. Kita sedang berhadapan dengan masyarakat yang cetek pemahamannya terhadap Islam, di mana mereka tidak mengetahui perbezaan Islam dengn ideologi-ideologi moden. Oleh itu, golongan Islam hendaklah mempunyai syakhsiyah yang kuat yang dapat membezakan mereka dengan parti-parti lain dan perlu diberi kefahaman kepada mereka tentang perbezaan di antara Islam dan ideologi-ideologi moden.Kalau tidak, tahaluf dengan kumpulan bukan Islam lebih memberikan kesan negatif.

4. Persefahaman dengan kumpulan-kumpulan bukan Islam tidak berpanjangan, samada mereka akan menerima Islam atau pertarungan akan berlaku juga pada akhirnya. Oleh itu, hendaklah membuat ikatan-ikatan yang longgar yang tidak akan membelenggu kita di belakang hari.

5. Di sana akan keluar kenyataan-kenyataan bersama yang perlu dipertimbangkan dengan tegas dari segi prinsip kita kerana kenyataan-kenyataan itu bukan sahaja perlu mengikut selera kita, tetapi perlu juga menurut selera mereka.

6. Berwaspada terhadap tipu daya mereka dengan bergantung kepada Allah s.w.t dan kebijaksanaan kurniaanNya.

Nas-nas dikaji menunjukkan tahaluf boleh dilakukan secara melibatkan gerakan menguasai negara secara menyeluruh dan secara khusus menghadapi isu-isu atau situasi-situasi yang khusus dengan memenuhi syarat-syarat yang tersebut di atas.

Saturday, February 7, 2009

Kuala Kangsar Lahirkan Pelapis Muda


8 Februari 2009

Semalam rakyat bangkit di Kuala Kangsar. Polis menahan sembilan dari mereka. Sememangnya setiap krisis akan melahirkan lebih ramai pejuang.Di sana juga lahirnya pelapis perjuangan muda… walaupun masih muda mereka menyebabkan kebanyakkan beberapa pemuda yang berdiri di atas bukit (masjid) tercabar lalu turun bersama-sama membuat benteng manusia bagi menyekat arus ‘anjing FRU’ yang tidak berperikemanusian.

Pelapis pemuda yang dimaksudkan ialah Pelajar Sekolah yang berhadapan dengan Masjid Ubaidiyah. Walaupun ramai larang mereka dari terlibat & pulang ke Asrama…. Tetapi salah seorang dari mereka menjawab..’MATI SYAHID BUKAN SAHAJA UNTUK ORANG DEWASA SAJE BANG….’. Aku terdiam….

Walaupun ada yang terkena gas pemedih mata, mereka tak gentar… malah terus ke hadapan…
TAHNIAH DIK… anda telah lihat & rasai sendiri kekejaman yang dibuat oleh UMNO/BEnd kepada orang awam.

*Semoga bantuan Allah menghampiri pejuang-pejuang Islam ,semoga menang atau syahid di medan perjuangan:

1.Yusuf Jaafar,
2.Muhammad Faiz Muhammad Arshad,
3.Muhammad Ismail SM A. Kadir,
4.Pat Latif Mansur,
5.Isha Riduan Ishak,
6.Idris Muhammad Amin,
7.Adi Helmy Muhammad Nasir,
8.Meor Safizal Meor Muhammad Amin dan
9.Zulhaizam Zulkifli.
-Pemuda Besut
*Kepada pejuang-pejuang yang ditahan, diharapkan agar terus tabah. Mereka tidak bersendirian. Perjuangan masih lagi panjang. Ya ALLAH bantulah mereka dan Engkaulah yang Maha Kuasa.
*Setelah mengamatinya, bersyukur pada Allah.Walaupun kemenangan belum tiba namun kelahiran pelapis penerus perjuangan pasti ada.Semoga semangat juang terus berserakkan di jiwa anak-anak yang sentiasa ingin kepada satu makna pengertian kehidupan.YA ALLAH PADAMU KAMI MENCARI KEREDHAAN DUNIA DAN AKHIRAT….

Thursday, February 5, 2009

MUHASABAH DIRI


Fenomena Lemahnya Iman

Sesungguhnya fenomena lemah iman termasuk sesuatu yang sudah merebak dan tersebar luas di kalangan kaum Muslimin. Sementara itu, ramai orang yang mengadu kerana kekerasan hatinya yang diucapkan berkali-kali melalui ungkapan-ungkapan mereka, seperti; Aku merasakan adanya kekerasan di dalam hatiku, Aku tidak pernah mendapatkan kenikmatan dalam beribadah, Aku merasakan bahawa iman di dalam hati ini seakan-akan berada di dalam jurang, Aku tidak terpengaruh oleh bacaan Al-Quran dan Mengapa mudah sekali aku terjerumus ke dalam kedurhakaan?
Sesungguhnya penyakit lemah iman itu mempunyai beberapa tanda dan fenomena, di antaranya:

Pertama: Melakukan kedurhakaan dan dosa

Di antara orang yang durhaka ada yang melakukan satu jenis kedurhakaan secara terus-menerus. Di antara mereka ada pula yang mengerjakan berbagai jenis kedurhakaan. Terlalu sering melakukan kedurhakaan boleh berubah menjadi kebiasaan yang tidak dapat ditinggalkan, seterusnya menjadikan hati sirna daripada merasa kesan buruk kedurhakaan itu, dan akhirnya pelakunya berani berbuat secara terang-terangan, sehingga dia termasuk ke dalam golongan yang disebutkan di dalam hadis ini;
“Setiap umatku mendapat perlindungan kecuali orang-orang yang terang-terangan. Dan, sesungguhnya termasuk perbuatan terang-terangan jika seseorang melakukan suatu perbuatan pada malam hari, kemudian dia berada pada pagi hari padahal Allah telah menutupinya, namun dia berkata, ‘Hai fulan, malam tadi aku telah berbuat begini dan begini’, padahal Rabb-nya telah menutupinya, namun kemudian dia menyelak sendiri apa yang telah ditutupi Allah pada dirinya.” [Riwayat Bukhari]

Kedua: Merasakan adanya kekerasan dan kekakuan hati

Kerana perasaan ini, seseorang merasakan seakan-akan hatinya telah berubah laksana batu keras yang hampir mustahil diusik dan dipengaruhi sesuatu pun. Allah telah berfirman:
“Kemudian setelah itu, hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi.” [Al-Baqarah: 74]
Orang yang hatinya keras tidak mampu depengaruhi dengan nasihat tentang kematian, tidak pula terpengaruh tatkala dia melihat orang mati atau mayat yang membujur.Bahkan boleh jadi dia sendiri yang mengangkat mayat itu dan menguburkannya di liang kubur, tetapi langkah-langkah kakinya di antara sekian banyak kuburan tidak ubah langkah-langkah kakinya di antara longgokan batu.

Ketiga: Tidak tekun dalam beribadah

Antara tandanya ialah tidak khusyuk serta hilang tumpuan semasa solat, membaca quran, berdoa dan lain-lain. Tidak menyemak dan memikirkan makna-makna doa, sehingga dia membacanya hanya sekadar rutin yang sudah tentu membosankan. Boleh jadi kerana doa yang dibacanya hanya terbatas kepada doa-doa tertentu sahaja, sehingga dia tidak merasa perlu untuk memikirkan makna-maknanya. Padahal Allah Ta’ala tidak menerima doa yang dibaca hanya sekadarnya sahaja, sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadis:
“Tidak akan diterima doa dari hati yang lalai dan main-main.” [At-Tarmizi]

Keempat: Malas untuk melakukan amal taat dan ibadah serta meremehkannya.

Kalaupun ibadah itu dilakukan, itu hanya sekadar aktiviti yang kosong tanpa roh. Allah telah mensifati orang-orang munafik dalam firman-Nya;
“Dan, apabila mereka berdiri untuk solah, mereka berdiri dengan malas.” [An-Nisa’: 142]
Hal ini menunjukkan tidak adanya perhatian seseorang untuk mendapatkan pahala daripada Allah Ta’ala. Contohnya, menunda-nunda perlaksanaan haji, padahal dia mampu, mundur daripada medan peperangan dan hanya duduk di rumah sahaja, atau pun menunda-nunda ikut solat berjemaah, juga solah jumaat. Padahal Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Masih ada sahaja segolongan orang yang menunda-nunda mengikuti saf pertama, sehingga Allah pun menunda keberadaan mereka di dalam neraka.” [Riwayat Abu Daud]

Hal menunjukkan perasaannya sama sekali tidak tersentuh jika dia tertidur hingga meninggalkan solat wajib, begitu pula jika ketinggalan melakukan sunat rawatib atau wirid. Dia juga tidak berhasrat untuk menqadha atau mengganti apa yang ketinggalan itu, bahkan boleh jadi dia sengaja meninggalkan yang sunat atau fardhu kifayah. Tidak berhasrat untuk mendapatkan pahala dan tidak berhajatkannya. Gambaran ini bertentangan dengan orang-orang yang disifati Allah Ta’ala di dalam firman-Nya;
“Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan, mereka adalah orang-orang yang khusyuk kepada Kami.” [An-Anbiya’: 90]
Di antara berbagai fenomena kemalasan dalam amal taat ialah kemalasan dalam melaksanakan ibadah-ibadah rawatib, solat malam, solat dhuha atau solah-solah nafilah yang lain serta melengah-lengahkan datang ke masjid. Hatinya sama sekali tidak terketuk untuk melakukan semuanya itu, apalagi untuk mengerjakan dua rakaat solah taubat dan solah istikarah.

Kelima: Dada yang terasa sesak, perubahan perilaku dan tabiat menyelubungi diri.

Sehingga seakan-akan seseorang merasa beban berat yang menghimpitnya. Sehingga dia cepat menjadi resah dan gelisah kerana suatu masalah yang remeh sahaja, dan sirnanya rasa lapang dalam hatinya. Nabi s.a.w telah mensifati iman sebagai berikut:
“Iman itu ialah kesabaran dan kelapangan hati.” [As-Silsilah Ash-Shahihah]

Keenam: Tidak tersentuh oleh kandungan ayat-ayat Al-Quran

Tidak tersentuh dengan janji, ancaman, perintah, pensifatan kiamat dan lain-lainnya di dalam Al-Quran. Orang yang lemah imannya akan menjadi bosan dan malas untuk mendengarkan kandungan isi Al-Quran, dan tidak berusaha untuk membuka dirinya untuk berhubung secara langsung dengan bacaan Al-Quran. Sekiranya dia membuka mushaf, isi kandungannya tidak diperhatikan dan diberi perhatian.

Ketujuh: Melalaikan Allah dalam hal berzikir dan berdoa.

Berzikir menjadi satu pekerjaan yang berat bagi dirinya. Jika mengangkat tanganya untuk berdoa, maka secepat itu pula dia menelangkupkan tangannya dan menyudahinya. Allah telah mensifati orang-orang munafik dalam firman-Nya:
“Dan, mereka tidak menyebut Allah kecuali hanya sedikit sekali.” [An-Nisa’: 142]
Kelapan: Tidak merasa tergugah tanggungjawab untuk beramal demi kepentingan Islam.

Tidak mahu berusaha untuk menyebarkannya dan menolongnya. Keadaan ini berbeda jauh dengan para sahabat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Seorang pemuda , Ibnu Amr Radhiyallahu ‘Anhu langsung beranjak melakukan dakwah kepada kaumnya sebaik sahaja dia masuk Islam. Tetapi majoriti orang-orang pada zaman sekarang ini hanya duduk senang dan tidak memiliki rasa tangunggjawab untuk melakukan dakwah meskipun sudah sekian lama dia sebagai seorang Muslim.

Dari: Ubat Lemahnya Iman, Muhammad Sholih Al-Munajjid

Monday, February 2, 2009

HIDUP UNTUK ISLAM

Sifat-sifat Orang Yang Hidup Untuk Islam

Penggabungan diri kita ke dalam agama Islam mewajibkan supaya kita hidup menurut cara Islam pada aspek-aspek akidah, ibadah dan akhlak, mewajibkan kita hidup menurut cara Islam dalam diri, rumah dan keluarga kita. Penggabungan diri ke dalam Islam juga adalah membawa erti bahawa diwajibkan supaya hidup untuk Islam, mewajibkan mengarahkan seluruh hidup saya untuk Islam mewajibkan supaya kita menyerahkan segala keupayaan dan kemampuan untuk sesuatu yang dapat mengagungkan kesultanan Islam dan dapat meningkatkan pembinaannya. Apabila kita hidup secara Islam dan untuk Islam, kehidupan kita itu mestilah mengikut lunas-lunas Islam dan corak yang dapat membezakannya daripada kehidupan orang lain. Di antara lunas-lunas dan corak tersebut ialah;

1. Berpegang teguh dengan Islam secara praktik, Firman Allah Ta'ala;"Orang-orang yang beriman dan melakukan amal soleh." [As-'Asr:3]Firman Allah Ta'ala lagi:
"Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri sedangkan kamu membaca Al-Kitab, tidakkah kamu berfikir?" [Al-Baqarah:44]
"Amat besar kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan." [Ash-Saff:3]

Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam telah berwasiat kepada umat Islam dengan sabdanya:"Jadilah kamu orang yang memelihara ilmu dan janganlah kamu menjadi orang yang meriwayatkan ilmu." [HR Abu Nuaim]

2. Mencari dengan teliti sesuatu yang mendatangkan maslahat kepada Islam kerana Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam telah bersabda:
"Berlegarlah kamu bersama-sama kitab Allah di mana sahaja ia berlegar."
"Sesiapa yang bangun (pada waktu) pagi dan tidak mengambil berat urusan orang Islam, beliau bukanlah termasuk dari golongan mereka."
"Kamu berada di satu penjuru daripada penjuru-penjuru Islam, oleh itu janganlah (kamu biarkan Islam) diserang dari penjurumu."

Di dalam peperangan Uhud, Saad bin Ar-Rabie' menghembuskan nafas terakhir dan pada tubuhnya terdapat tujuh puluh liang bekas tikaman pedang, tombak dan panah, namun demikian beliau tetap berpaling kepada Zaid bin Thabit dan berkata:
"Sesungguhnya aku telah mencium bau syurga dan katakan kepada kaumku golongan Ansar; tidak ada penipuan di sisi Allah bagi kamu sekiranya (kamu) jujur terhadap Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam dan pada kamu masih terdapat mata yang mengerdip."

Kemudian ruhnya pun diangkat pada ketika itu juga. [HR Ibn Ishaq secara mursal. Albani berkata, hadis seperti ini diriwayatkan oleh hakim dan beliau berkata: Sanadnya Sahih dan ad-Dhahabi bersetuju]

3. Merasa bangga (izzah) dengan kebenaran dan kepercayaan kepada Allah Subha Nahu Wa Ta'ala. Ini adalah salah satu sifat daripada sifat-sifat orang Mukmin. Firman Allah Ta'ala:
”Dan keagungan itu (hanyalah) bagi Allah, Rasul-Nya dan bagi orang-orang Mukmin." [Al-Munafiqun:8]
"Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman." [Ali Imran:139]

Sejarah Islam penuh dengan peristiwa-peristiwa yang memperlihatkan sikap dan pendirian yang agung, tinggi dan berani seperti yang telah dipertunjukkan oleh generasi Islam yang pertama seperti Al-Khubaib bin 'Udai, Zaid bin Ad-Dathanah, Rub'ie bin 'Amir, Mus'ab bin Umair, Said bin Jubair, Said bin Al-Musaiyib dan lain-lain lagi. Amatlah baik jika kita membaca sejarah mereka, meneliti kisah mereka dan mengikuti jejak langkah mereka.

4. Beriltizam dengan amal-amal Islam dan bekerjasama dengan orang-orang yang beramal untuk Islam, kerana dengan menganut agama Islam, kita telah diwajibkan oleh Islam beramal dn bekerja bersama-sama dengan jemaah. Islam juga mewajibkan kita bekerjasama dengan orang lain yang bekerja dalam medan dakwah kepada Allah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran, membina individu Muslim, rumahtangga Muslim, masyarakat Muslim dan negara Islam.

Firman Allah Ta'ala:"Kami akan membantumu dengan saudaramu." [Al-Qashash:35]
"Dan tolong-menolonglah kamu (dalam mengerjakan) kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran." [Al-Maidah:2]

Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam bersabda:
"(Perumpamaan) antara Muslim dengan Muslim (yang lain) samalah seperti binaan yang tersusun rapi, sebahagiannya memperkuatkan yang lain." [HR Bukhari dan Muslim]
"Kekuatan Allah bersama-sama dengan jemaah, sesungguhnya serigala itu hanya akan (dapat) memakan kambing yang terpisah (daripada kumpulannya)." [HR Abu Daud]
"Kamu mestilah (bersama) jemaah Muslimin dan imam mereka." [HR Bukhari dan Muslim]
"Jemaah itu berkat."
"Jemaah itu rahmat dan perpecahan itu azab." [HR Abdullah Ibn Ahmad Ibn Hanbal]


Sunday, February 1, 2009

Mencari Hassan Al-Banna Kedua

Mencari Hassan Al-Banna Kedua

Dunia kehilangan seorang ulama' ulung yang mempelopori gerakan pada 12 Februari 1949 mengembalikan Islam ke puncak kegemilangannya. As Syahid Hassan Al Banna belum sempat melihat Islam didaulatkan kembali setelah kejatuhan khilafah Uthmaniyyah, tetapi beliau telah menang dalam pertarungan mendapatkan syahid. Pemergian beliau bukan secara kebetulan, tetapi ia merupakan pembunuhan kejam yang terhasil daripada perancangan musuh-musuh Islam yang berselindung di belakang Raja Faroq.

Dua bulan sebelum kejadian, gerakan Islam yang diasaskan oleh As Syahid Hasan Al Banna telah diharamkan oleh kerajaan Mesir. Kesemua cawangannya di sana yang berjumlah lebih daripada 3,000 diarahkan supaya dibubarkan dan sekiranya masih beroperasi akan dikira sebagai pertubuhan haram, pelampau dan pengganas. Bukanlah suatu yang baru bagi pemimpin Mesir menjadi 'pak turut' kepada negara-negara Barat. Dalam mengharamkan gerakan Islam ini, kerajaan Mesir secara jelas mengikut telunjuk Amerika Syarikat, Perancis dan Britain. As Syahid Syed Qutub yang berada di Amerika ketika pembunuhan Hasan Al Banna menceritakan bagaimana rakyat Amerika Syarikat berpesta apabila menerima berita kematian Hassan Al Banna.

TRAGEDI

Ketika kejadian, Hassan Al Banna berjalan bersendirian di jalan Ramsis, Kaherah berhampiran dengan pejabat Jam'iyatus Syubbanil Muslimin (Persatuan Pemuda Islam). Bukti perancangan mereka terbukti apabila jalan yang biasanya sibuk itu menjadi lengang. Lampu-lampu jalan dipadamkan , semua kedai dan restoran ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melalui jalan berkenaan kecuali sebuah teksi yang beberapakali berulang-alik mencari 'sesuatu.'

Oleh kerana tiada kenderaan lain, Imam Al Banna menahan teksi berkenaan untuk pulang kerumahnya. Dengan tidak disangka-sangka, sebaik sahaja teksi berkenaan berhenti dihadapan beliau, tubuh beliau terus dirobek oleh peluru-peluru yang dimuntahkan oleh senjata pemandu teksi berkenaan.

Imam Al Banna di bawa ke Hospital AlQasrul Aini. Di hospital berkenaan, dengan arahan daripada Raja (Al Malik) Faroq, Imam Al Banna di tinggalkan bersendirian tanpa diberi rawatan kecemasan hinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tarikh 12 Februari, lebih 53 tahun yang lalu menjadi saksi pembunuhan kejam dan terancang pihak berkenaan ke atas AsSyahid Hasan Al Banna.

Bukti Perancangan semakin terserlah apabila pada 4/7/1949 kerajaan Al Malik Faroq mengisytiharkan anugerah khas kepada konspirator utama yang merancang pembunuhan berkenaan, iaitu ketua di jabatan siasatan jenayah Kementerian Dalam Negeri, Amir Mahmud Bek Abdul Majid dan pemandu serta pemilik teksi berkenaan. Mereka dianugerahkan elaun khas di atas 'jasa dan kesungguhan berkhidmat memastikan keamanan negara.'

TEKANAN
Mereka mencari anggota Ikhwanul Muslimin dari rumah ke rumah serta memenjarakan mereka. Rumah As Syahid Imam Al Banna tidak terkecuali daripada pemeriksaan. Bahkan mereka mengadakan kawalan khas di sekeliling rumah berkenaan selama dua tahun. Sesiapa pun tidak dibenarkan menghubungi keluarga Imam Al Banna. Sesiapa yang cuba menghubungi keluarga berkenaan akan ditangkap dan dipenjarakan. Talian telefon di rumah berkenan dipotong.

Tidak cukup dengan itu, mereka akhirnya mengeluarkan arahan supaya rumah berkenaan dirobohkan dengan alasan ianya sudah usangdan dibimbangi akan membahayakan orang ramai, sedangkan rumah berkenan masih dalam keadaan elok. Kebimbangan mereka ke atas dakwah Ikhwan ternyata sekali apabila jenazah As Syahid tidak dibenarkan diiringi oleh sesipapun di kalangan lelaki.

Jenazah beliau diiringi kaum ibu ke kubur. Lelaki yng mengiringi beliau hanyalah bapanya, Imam Abdul Rahman Al Banna dan Syeikh Makram Abid. Tekanan ke atas anggota-anggota Ikhwan berterusan walaupun Al Malik Faroq sudah tidak berkuasa lagi di bumi Mesir. Tahun-tahun 1954, 1065 dan 1981 telah merakamkan peristiwa ngeri di atas penyiksaan yang dikenakan ke atas anggota Ikhwan. Ramai ulama' dibunuh ditali gantung. Tidak kurang juga yang disiksa dengan pelbagai jenis penyiksaan di dalam penjara yang tidak diketahui di mana letaknya.

GAGAL
Musuh-musuh Islam menyangka mereka berjaya menyekat dakwah Islamiyyah dengan membunuh Imam Al Banna dan menekan pengikut-pengikutnya. Sebaliknya kehendak Allah mengatasi segala-galanya.Dakwah Islamiyyah ini semakin tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Di sebahagian besar negara Arab kemudiannya ditubuhkan cawangan Ikhwanul Muslimun. Di Turki ditubuhkan Refah Partisi. Di India, Pakistan dan Bangladesh ditubuhkan Jamaat-Islami. Di Palestin di tubuhkan Hamas dan begitulah seterusnya. Parti dan gerakan Islam satu demi satu bercambah hasil daripada 'biasan sinar dakwah' Imam AlBanna.

MENGAPA DIBUNUH?
Ramai berpendapat, Imam Al Banna tidak akan dibunuh jika beliau tidak menyertai jihad menentang Israel pada 1948. Mana mungkin imamul-jihad ini berdiam diri melihat Yahudi meratah-ratah daging saudaranya di bumi Isra'. Sebab itulah beliau menyandang senjata dan mengerahkan umat Islam supaya berjihad, menyahut seruan Allah di dalam Al Quran. Maka 'jihad'lah yaang menjadi punca kemarahan musuh-musuh Islam. Sebelum itu merekatidak begitu gentar terhadap dakwah Imam Al Banna.

Dakwah yang dilakukan oleh beliau di Mesir adalah dakwah yang penuh dengan hikmah; mengajak manusia kembali kepada Allah, melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Hasan Al Banna tidak pernah mengkafirkan sesiapa sesuka hati. Tidak pernah mengarahkan sesiapa melakukan pembunuhan ke atas pemimpin-pemimpin tertentu dan tidak pernah merancang untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan.

Dakwah sebegini lazimnya tidak mengundang sebarang tindakan negatif pihak musuh. Tetapi sebaik sahaja melihat kejayaan beliau mengajak umat Islam Mesir menyerti peperangan terhadap penjajah Israel di bumi Palestin, maka musuh-musuh Islam merasa gerun. Mereka bimbang, orang yang mampu mempengaruhi orang ramai ini akan menumbangkan kuasa mereka suatu hari kelak.. Betapa besarnya jasa Imam Al Banna dalam menggerakkan umat Islam berjihad menentang Yahudi! Dalam keadaan umat Islam terlena dibuai mimpi-mimpi indah, beliau menyedarkan mereka supaya bangkit dan menghalau penjajah di Baitul Maqdis.

Mereka bangkit dan berada di barisan hadapan daripda pasukan tentera Mesir ketika itu.Dengan semangat jihad yang kental yang ditanam oleh Imam Al Banna mereka melangkah gagah dan hampir setiap pertempuran menyaksikan kemenangan berpihak kepada mereka. Ketika mereka sudah berada dipinggir Tel Aviv, kerajaan Mesir memanggil pulang. Dan apabila pulang, mereka dapati pemimpin mereka, Imam Al Banna telah dibunuh dengan kejam. Bahkan mereka yang pulang itu pula ditangkap dan dipenjarakan. Kepulangan mereka bukan disambut dengan bunga manggar mahupun anugerah pahlawan. Bahkan mereka disambut dengan penjara dan tali gantung.

Yahudi kembali berkuasa ke atas seluruh Palestin sehinggalah ke hari ini. Mereka kembali melakukan kekejaman ke atas umat Islam tanpa mengira lelaki mahupun wanita, dewasa mahupun kanak-kanak, muda mahupun tua. Dr Ahmad Al-Malat, Pengerusi Persatuan Perubatan Islam Kaherah yang merupakan salah seorang anak murid Imam Al Banna berkata, Kalaulah tidak kerana pengkhiantan yang dilakukan ke atas Imam al Banna nescaya tinta sejarah (Paletin) telah berubah (insyaAllah).? Dr Al-Malat adalah salah seorang doktor bedah yang ditugaskan oleh Imam Al Banna untuk menyertai peperangan menentang Yahudi di Paletin.

Beliau memberikan khidmat kepakarannya kepada mujahidin yang tercedera. Bersempena ulang tahun pemergian Imam Al Banna, Dr Al-Malat yang sudah lanjut usianya berpesan kepada pemuda-pemuda gerakan Islam yang sedang ditekan di seluruh dunia, "Kita mahu pemuda-pemuda yang berkata kepada dunia, 'Cukuplah....'. Kita mahu pemuda-pemuda yang sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan musuh... Sesungguhnya pertembungn diantara hak dan batil berterusan tanpa henti. Dan kita adalah tentera di pihak yang hak. Untuk itu kita perlu menggantikan panglima ini (Imam Al Banna) yang telah menjual dunia dan membeli keredhaan Allah...

MENCARI AL BANNA KEDUA

Kini, ketika dunia sedang menyaksikan penindasan berterusan ke atas umat dan gerakan Islam, kita mengharapkan Allah melahirkan seorang lagi pemimpin Islam seperti Hassan AlBanna. Tidak adakah seorang dikalangan umat Islam kini yang mampu mengembalikan maruah Islam setelah dirobek-robekkan oleh Amerika, Britain, Israel, Perancis dan sekutu mereka di Palestin, Afghanistan, Iraq, Mindanao, Checnya, Kashmir dan lain-lain. Sudah tibakah masa yang dijanjikan Allah, apabila umat terdahulu diuji dan dicuba lantas berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah akan datangnya pertolongan Allah?" Allah menjawab: "Ketahuilah, pertolongan Allah semakin hampir."