Friday, July 16, 2010

HOW TO BE LIKE HASSAN AL-BANNA

Setiap zaman selalu memiliki bintamg.
Dan Hasan Al-Banna adalah bintang zaman itu.
Dia adalah sang bintang yang melahirkan zaman.

Dalam sebuah ceramahnya ,Hasan Al-Banna mengatakan, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanya digerakkan oleh sedikit manusia.Lalu ia membuat peta tentang manusia, terutama seorang muslim. Dari seluruh muslim yang ada hanya sedikit yang sadar.Dari sedikit yang sadar itu, lebih sedikit lagi yang berdakwah .Dari jumlah yang sedikit dalam berdakwah, lebih sedikit lagi yang berjuang. Dan dari sedikit yang berjuang hanya sedikit yang sabar. Begitu pula dari mereka yang sedikit dalam bersabar itu, lebih sedikit lagi yang sampai pada akhir perjalanan."(Hasan al-Banna)

Sunday, July 4, 2010

SABAR

SABAR UJIAN ALLAH PASTI KEJAYAAN AKAN DIDAPATI
Kaum Muslimin yang dirahmati Allah,

Di dalam kita menempuh liku-liku kehidupan ini, bermacam-macam perkara yang harus kita hadapi. Memang Allah telah menciptakan serba dua di alam ini, ada tinggi ada rendah, siang berhadapan dengan malam, sakit berlawanan dengan sihat, begitu juga sedih dengan gembira, dalam hal yang seperti itu maka ramailah orang yang sesat, akibat tidak dapat menguasai diri seperti orang yang kaya menjadi miskin.

Kita selaku umat Islam, yang mempunyai kekuatan iman, tentu tidak akan mudah tersesat akibat dari bahaya yang menimpa kerana orang yang mempunayi iman yang mantap dia yakin bahawa apapun yang terjadi di dunia ini, adalah menurut kehendak Allah SWT. Dialah yang mengatur alam semesta, sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Buruj ayat 16 maksudnya :

"Dialah yang Maha Kuasa yang berbuat sekehendak-Nya."

Kalau itu sudah diimani, tentu manusia ini akan rela menerima, apa yang diberikan Allah kepadanya, disamping itu tentu kita berjalan ke arah kebaikan, memperkuat dan menetapkan kesabaran dalam diri adalah disuruh oleh Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu, dan kuatkanlah kesabaranmu dan bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah, nescaya kamu beroleh kemenangan."(Surah Ali Imran ayat 200)

Demikianlah jelasnya perintah Allah, menyuruh manusia agar bersabar dalam segala hal. Tapi yang lebih penting untuk kita sabari adalah perasaan kurang dalam kehidupan seperti kematian orang yang dicintai, jatuh miskin setelah kaya, atau memang ketakutan yang menimpa semua ini diterangkan oleh Allah dalam surah al-Baqarah ayat 155 yang bermaksud:

"Dan sungguh Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."

Allah SWT menyuruh kita supaya menyampaikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar kerana orang yang sabar dalam menghadapi semua cubaan dan rintangan hidup itu akan diberikan balasan oleh Allah dengan pahala yang berlipat ganda. Siapa itu yang dikatakan orang yang sabar? Dalam ayat selanjutnya dijelaskan.

"(Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Raaji'uun.(Sesungguhnya kami berasal dari Allah dan kepada-Nya kami akan kembali.)" (al-Baqarah ayat 156)

kalau kita mengucapkan perkataan ini, di kala mendapat cubaan dari Allah tandanya kita dari golongan orang yang mendapat untung di sisi Allah. Dengan ertikata yang lain, kita termasuk dalam golongan orang-orang yang mendapat rahmat dan keberkatan. Adapun balasan kepada orang yang sabar ituialah merupakan keberkatan, kesempurnaan, rahmat dan petunjuk dari Allah, namun pada hakikatnya tidak dapat dibayangkan, sudah tentu kasih
sayang Allah pada orang yang bersabar itu, sehingga Allah menjelaskan dalam surah az-Zumar ayat 10 yang bermaksud:

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar sahajalah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." Di sini jelas, bahawa Allah akan mencukupkan pahala bagi orang yang sabar itu tanpa batas. Kalaulah kita menyelidiki ajaran agama kita, dengan mendalam dan terperinci, mengenai kejayaan Rasulullah s.a.w dalam perjuangan sejarah, untuk menegakkan Islam adalah hasil dari kesabaran yang ada pada baginda. Baginda sabar menghadapi rintangan walaupun orang kafir mengerjakan dengan melontarkan najis unta kepada belia, waktu baginda mengerjakan solat, baginda bersabar dalam kemiskinan, walaupun tidak ada beras yang akan ditanak oleh isterinya namun ibadahnya tidak pernah kurang, bahkan suatu waktu sekembalinya dari masjid selesai menunaikan solat subuh, sampai sahaja di rumah, baginda bertanya kepada isterinya, "Apakah ada sarapan pagi atau tidak," Lalu isterinya menjawab "tidak". Baginda bersabda, "Baiklah aku berpuasa pada hari ini." Baginda berpuasa sunat kerana tidak ada apa yang akan dimakan. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim, baginda bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya sangat mengkagumkan seorang mukmin, sebab segala keadaannya adalah baik, dan mungkin tidak terjadi yang demikiankecuali bagi seorang mukminyang jika dia mendapat nikmat dia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan dia bersabar, maka sabar itu sangat baik baginya". (Hadith riwayat Muslim)

Dengan demikian jelaslah tergambar, bahawa keadaan seorang mukmin itu selalu baik kerana kesabarannya, Apakah itu dalam keadaan kurang atau waktu berkecukupan. Bila nikmat Allah datang, dia bersyukur dan tidak pernah lupa diri, tetapi bila tiba kesusahan, dia bersabar dan tidak berputus asa. Kemelaratan tidak akan membawanya pada lupa dengan kewajipan malahan dia menambah dia menjadi taat dan berdoa, agar kekayaan tidak ditarik oleh Allah SWT.

Sebenarnya semua yang ada pada manusia hanyalah sekadar amanah Allah SWT, hal ini telah digambarkan oleh Nabi Allah Sulaiman a.s dalam kehidupannya. Nabi Allah Sulaiman a.s adalah orang yang paling besar mendapat kurnia Allah kepadanya. Dia adalah seorang raja, seorang penguasa, seorang yang kaya raya, seorang cendekiawan, seorang nabi lagi rasul juga seorang penakluk, boleh menguasai angin untuk dijadikan kenderaannya, boleh bercakap dengan semua makhluk dan dapat menguasai ke atas jin.

Pada suatu waktu, di saat Nabi Allah Sulaiman akan menakluki negeri Saba' yang diperintahkan oleh seorang ratu yang bernama Balqis, pada waktu itu Nabi Allah Sulaiman tahu, Balqis akan datang untuk melihat kerajaan Nabi Allah Sulaiman. Waktu itu Nabi Allah Sulaiman memanggil para pembesarnya, menanyakan, "Siapakah di antara kamu yang sanggup membawa singgahsana Ratu Balqis itu kepadaKu, sebelum mereka datang ke tempat ini?" Jin Ifrit menjawab, "Aku sanggup membawanya sebelum engkau berdiri dari tempat dudukmu." Sementara itu jawab pula seorang yang mempunyai ilmu yang mendalam mengenai kitab Taurat dan Zabur, dia mengatakan, "Aku akan membawa singgahsana itu sebelum matamu berkedip. Belum lagi Nabi Allah Sulaiman sempat menjawab perkataan orang itu, singgahsana itu sudah terhampar di hadapannya.

Begitu besar kekuatan yang dikuasai oleh Nabi Allah Sulaiman a.s dan begitu besar kurnia Allah kepadanya, tetapi dengan semua keadaan itu dia tidak berasa bangga malah dia berkata seperti yang terdapat di dalam surah an-Nahl ayat 40 yang bermaksud:

"Ini (semua adalah) termasuk kurnia Tuhanku untuk mencuba aku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya."

Justeru itu, kita selaku seorang muslim, jadikan semua itu sebagai teladan kemudian jadikan diri seorang yang sabar dalam menghadapi semua aspek kehidupan, jangan berputus asa di waktu susah dan jangan lupa diri dikala senang dan berkuasa.

Khutbah Jumaat.

Thursday, June 24, 2010

PUISI PERJUANGAN

Pesan Terakhir (Sajak oleh Syed Qutb)

Sahabat…
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakaniah obor untuk umat ini
Dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana

Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.

Sayyid Qutub-1966

Thursday, June 10, 2010

MENUJU MUSLIMAH KE PARLEMEN NEGARA ....TAKBIR

Muktamar Muslimat lulus usul 30% jawatan untuk Muslimat
Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 10 Jun: Muktamar Dewan Muslimat PAS hari ini meluluskan usul mendesak PAS Pusat membuat ketetapan di semua peringkat agar melantik 30 peratus daripada ahli Jawatankuasa kerjanya daripada kalangan muslimat.

Usul yang dikemukakan oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan Kubang Kerian, yang telah dipinda oleh lembaga penapis usul DMPP itu bersetuju dengan desakan itu demi untuk memberi pengiktirafan kepada muslimat yang mewakili separuh daripada pengundi dan separuh daripada rakyat Malaysia.

Ianya juga dipersetujui demi untuk menyahut resolusi Pakatan Rakyat 2009 dan Deklarasi Beijing.

Usul berkenaan dibacakan semula oleh Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Senator Mumtaz Md Nawi, dengan pindaan.

Usul asal yang dikemukakan oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan Kubang Kerian antara lain berbunyi Dewan Muslimat mendesak PAS Pusat mewujudkan jawatan Naib Presiden 1V di peringkat PAS Pusat dan jawatan Timbalan Pesuruhjaya 1V di peringkat perhubungan PAS negeri dan dan Wilayah Persekutuan.

Terdahulu beberapa perwakilan muslimat dari kawasan berbeza pendapat mengenainya dengan ada yang menyokong dan ada yang membantahnya.

Antara yang menyokong usul asal perwakilan dari Padang Rengas, Dungun.

Namun ada juga beberapa perwakilan yang mewakili kawasan masing-masing turut menolak, antaranya Selangor, Rompin, Kelana jaya.

Perwakilan dari Rompin, yang menolak usul berkenaan berkata dengan jawatan yang banyak akan menyebabkan mereka tidak mampu untuk mengendalikannya.

Menurutnya, bersesuaian dengan dengan peranan muslimat yang telah diletakkan oleh Islam itu sendiri di mana mereka tidak boleh dijadikan imam solat secara bersama dengan muslimin dan berbagai lagi, amat wajar jawatan tertinggi di peringkat parti tidak diberikan kepada muslimat.

Lagipun, menurutnya jawatan lain telah diberi kelonggaran untuk pimpinan seperti Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun), Senator dan wakil-wakil rakyat.

Bagaimanapun perwakilan dari Dungun, Terengganu pula memberitahu, kegagalan mengurus akibat tanggungjawab yang banyak kerana sikap individu mereka sendiri dan bukannya jawatan.

Katanya, untuk menerajui kepimpinan negara, muslimat amat wajar mengisi kerusi tersebut sebagai persiapan.

Monday, May 31, 2010

SYAHID YANG MEMBANGKITKAN UMMAT……

Sejarah pernah mengajar kita erti keizahan Islam,
Satu saat nantikan ia pasri terlestari,
Israel! Kau sangka hati umat Islam lemah,hina dan dhaif,
Tunggulah satu saat, kelemahan ini akan mengajar kebiadabanmu,
Satu saat pasti tersiap jundullah-jundullah yang menghancurkanmu,
Dendam membara terhadap kekejaman mengajar hati kami sentiasa teguh dan hidup untuk membungkammu Israel.

Air mata darah bersimbah kebumi…lagi membakar kewibawaan kami untuk mencabar dirimu Israel…

Doa dan munajat kami tiada pernah henti…. Yakin tentera Allah pasti menang,
Dunia ini tiada harganya,,,tunggulah balasan dan azab di hari pembalasan nanti

Di kala itu Engkau mengerti erti penderitaan dan kezaliman.
Ku terus memohon walaupun hati-hati kerdil ini tidak berdaya namun cita-cita syahid sentiasa mekar di sanubari…Adakah peluang itu buat kami..
Bangkitlah dan terus melaju…jadilah tombak dan peluru yang tepat sasarannya.
Moga Israel terus terlakanat.

Thursday, May 27, 2010

SUARA UMAT ISLAM

Sense Belonging
SUPPORT AND SENSITIVITIE FOR ISUES IN MALAYSIA
Seputar beberapa waktu, telah terjadi beberapa isu dan problematika yang menyebabkan tergugatnya agama dan rakyat. Sebagai suara mahasisiwi saya menyeru kepada sahabat-sahabat yang mempunyai dinamika Islamik agar bersungguh-sungguh berperan / menyumbang tenaga untuk menegakkan kebenaran. Di bawah beberapa catatan ringkas mengenai isu-isu berikut:
1. Judi Bola.
Rakyat Malaysia perlu peka dan sedar bahwa ini adalah isu berkaitan Umat Islam. Sewajarnya rakyat Malaysia menyertai Gerakan Membantah Judi (GMJ). Kita yang bergelar umat Islam menjadi kewajipan untuk melaksanakan amar makruf nahi mungkar.
2. Isu (KTMB)
Rakyat perlu bijaksana menghadapi isu ini, kita berhak mendapat penjelasan dan penerangan , kenapa tanah milik Keretapi (KTMB) di Tg Pagar diserahkan kepada Singapura???
3. Isu AUKU
Dalam diari seorang mahasiswa mempunyai integrity terhadap pemerintahan dan kepimpinan Negara menjadi satu kewajiban . Jadi apa yang terjadi mengapa 4 orang mahasiswa yang cuba menyuarakan pendapat dan suara harus disekat. Menjadi lumrah sifat anak muda akan lebih aktif dan idealis ,laju untuk menuju kejayaan. Sikap mereka ini penting diketengahkan kerana tindakan mereka adalah mengikut aturan Negara yaitu mempunyai hak demokrasi…..

Mulakan peranan dengan diri kita,,,,, lakukan sesuatu untuk menuju redha allah.

Tuesday, May 18, 2010

BINTANG-BINTANGKU

Bicara Hati…
Tatkala kulihat….. langit sebak dadaku,
Satu ketika ku pernah memiliki bintang-bintang yang menyinari diri ini…
Namun kini sinarnya semakin pudar …kelam dan berlalu…
Itulah sahabat-sahabat…
Kuimpikan sahabat-sahabat sentiasa menjadi bintang-bintang itu..
Untukku berlindung dan berteduh.. dan menjadi perubah dunia ini..
Yang paling penting keterikatan hati terus bertaut….
Ini semua bukan kerana sesuatu…tapi demi perjuangan…
Adakah aku mampu melihat kerdipan bintang itu
Atau ia terus pergi menuju harapan sang arjuna
Andaiku tak bisa melihat dan mengusap lembut sinaran itu..biarlah ia berlalu dengan menghembus kebahagiaan…Satu hari bintang-bintang itu pasti bersatu menuju mardhatillah
Ku iringi doa dan harapan semoga bintang-bintang terus menggapai syurga dan hidup mulia
Hembusan bayu terus bertiup segar…. Burung-burung berkicau riang….merdu suara alam seolah-olah menyambut pulang harapan…
Walau sedekat abad nafas ini berdegup akan teguh tekad memegang perjuangan.. dan janji setia..
Andai hilang sayap untukku berdiri masih ada paruh untukku berlagu menggegar alam…
Walaupun hilang daya diri masih berombak nadi di sanubari..
Andai runtuh segunung harapan masih ada bukit yang menaruh impian
Andai di dunia tidak kesampaian moga akhirat singgahsana berkekalan.

Daripada: Insan yang kerdil dan mengimpikan syurga hakiki. Pencinta azali yang abadi…..