Wednesday, May 13, 2009

Sharing And Giving




Alhamdulillah.Hari ini nyawa kita masih lagi berdenyut dan masih bernafas.Namun nafas dan hayat dunia hari ini semakin sesak, berkecamuk seolah-olah setiap yang berlaku ada onar dan ada perancangan.Bermula di sekitar lingkungan kita seterusnya berkembang di serata tempat ,negara mahupun dunia ini. Sungguh hebat kekuasaan Allah.


Pertama saya mengajak kalian agar meletakkan segala sesuatu itu punyai kewajiban ke atas diri sendiri dan orang lain.Dari upaya diri yang terorganisir dengan kawalan hidup yang mengarah ke satu matlamat yang pasti serta mencari sesuatu yang abadi akan tercetus di fikiran dan prilaku yang indah dan cantik. Manusia boleh memperlakukan apa saja di dunia ini, tetapi samada berakibat baik atau tidak.Jiwa dan hati “control system” yang saya rasa paling inti bagi setiap manusia, jadi didiklah jiwa dengan input-input yang bersumber dari pokok setiap ketinggian dalam hidup ini iaitu “niat” biar dari manapun keadaan dan latar belakang sebelumnya segala perlakuan pada hari berikutnya iaitu hari esok lebih baik dari hari ini.


Percayalah kalian pencerahan dan i’tiqad kebersihan jiwa ini pasti mengundang “two power” kekuatan bersosialisasi di dunia dan seterusnya kekuatan yang menjurus diri mengejar kebahagiaan hakiki.Bagi merebut ini kita semua berhijrahlah dari segala sikap yang negatif kepada positif atau tanamkan mahmudah di hati dan hilangkan mazmumah yang merajai. Semoga diriku dan semua selamat mengharungi cabaran dan dugaan dengan terus bermujahadah.


Cita-cita atau berjiwa besar harus kita didik dan kita kongsikan bersama –sama sahabat supaya kita dapat menjalani ini hidup ini dengan matlamat dan fokus yang jelas. Sedarlah kita perlu terus laju bergerak dan memacu kedepan agar apa yang kita usahakan membuahkan hasil.Contohnya kita terus menyebarkan nasihat-nasihat kepada sahabat yang mungkin terlupa ,walaupun tidak diendahkan namun usaha dan harapan ke arah kebaikan telah disampaikan. Mudah-mudahan hikmah yang tiba.Kesimpulannya teruskan beramal walau sedikit.Hanya Allah yang menilai perbuatan itu.


Akhirnya dalam diri manusia ini telah diketahui satu kejadian yang sangat unik yang harus kita hargai penciptaannya.Jadilah seorang yang sentiasa berada di bawah payung lindungan Allah.Mudah-mudahan kita terus menang dan beroleh kenikmatan abadi . Satu kata yang dapat saya kongsikan yaitu:تقوى
Tawadhu’+Qanaah+Wiqayah+yakin.


Walaupun kata ini simple tapi seandainya kita dalami dan fahami sebenarnya satu dasar yang menjuruskan kita sentiasa terpandu dalam kehidupan.Walaupun ianya satu kata ,saya harapkan sahabat-sahabat mendapat manfaat dan semangat …

………SEBARKAN DAKWAH DAN TERUSKAN PERJUANGAN ISLAM………
ISLAM FOR ALL

Thursday, May 7, 2009

MUSLIHUN HARAKIYYUN

Peranan Ulama “muslihun harakiyyun”

Oleh :Us Haji Harun Taib

Mereka memahami bahawa Islam satu cara hidup yang membawa kesejahteraan kepada manusia. Islam pembebas ummah daripada memperhambakan diri kepada yang lain daripada Allah.

Mereka ini berhempas pulas berusaha untuk mengajak ummah kembali menghayati syariatNya di samping mengajak ummah manusia seluruhnya menganut agama Islam. Keterlibatan mereka di dalam kerja-kerja Islam sangat kelihatan. Begitu juga dalam kancah politik tanahair tidak dapat dinafikan lagi.

Mereka memberi kesedaran betapa perlunya ummah Islam membebaskan diri dari belenggu penjajahan politik, ekonomi, pemikiran dan lain-lain lagi.

Hampir keseluruhan negara ummah Islam mencapai kemerdekaan melalui usaha-usaha mereka yang gigih itu, namun demikian usaha mereka untuk menjadikan ummah Islam menghayati syariatnya dalam semua aspek belum mendapat kejayaan. Ini adalah disebabkan kerana negara-negara ummah Islam meminggirkan para ulama daripada pentadbiran dan pemerintahan negara selepas mencapai kemerdekaan. Akhirnya mereka menjadi musuh buruan oleh pemerintah yang juga mengaku ianya Islam. Atas nama Islam mereka ditangkap, dipenjara dan berbagai-bagai lagi.
Mereka bukan sahaja dikecam oleh pemerintah tetapi juga oleh golongan ulama yang boleh dipergunakan oleh pemerintah. Kalau golongan ulama yang pernah diginakan oleh para pemerintah sedar, lebih-lebih lagi jika dikaitkan dengan situasi yang ada sekarang ini, maka sudah tentu mereka dapat mengerti yang sebenarnya menjadi musuh kepada kerajaan warisan penjajah itu ialah Islam.

Siapa sahaja yang ingin melaksanakan Islam – yang hendak menerangkan Islam seperti mana yang dilaksana dan diterangkan oleh al-Quran dan as-Sunnah, pasti akan mendapat tentangan daripada kerajaan warisan itu. Justeru itu para alim ulama hari ini haruslah memahami betul-betul sabda junjungan kita SAW yang maksudnya:

“Bandingan orang yang tegak lurus di atas landasan syariat dengan orang yang melanggarnya, saling tak tumpah seperti suatu kumpulan yang sama-sama memberi saham di dalam membeli/menaiki sebuah bahtera.

Satu golongan mendapat di bahagian bawah dan satu golongan lagi mendapat di bahagian atas. Kumpulan yang berada di bahagian bawah apabila menghendaki air terpaksa menaiki tingkat atas dan menyusahkan kawan-kawan mereka. Lalu mereka berfikir sekiranya behagian mereka di sebelah bawah ditembuskan senanglah mereka mendapat air (tidak payah ketingkat atas lagi) kalau sekiranya kehendak mereka dibiarkan terlaksana nanti semua mereka akan mati, tetapi sebaliknya kalau kehendak mereka itu disekat semua orang akan selamat”.

Betapa jelasnya hadith ini menerangkan kepada kita kalau sekiranya golongan perosak itu dibiarkan berkuasa sudah tentu agama kita dimusnahkan dan negara kita akan dihancurkan. Jalan selamat ialah para alim ulama haruslah bersatu menggembelingkan tenaga dan fikiran untuk menangani masalah politik tanahair. Mungkin orang akan mempersoalkan ‘apakah yang boleh dilakukan oleh para ulama’? Banyak sekali kerja yang boleh dilakukan oleh para ulama’ di dalam menangani keadaan yang ada sekarang ini. Antara lain:

1. Bertindak menjelaskan Islam dari semua sudut dan aspek kepada semua lapisan masyarakat

2. Mengadakan perbandingan yang rapi dan terperinci antara Islam dan bukan Islam dalam semua aspek seperti ekonomi, undang-undang, politik, pentadbiran dan sebagainya

3. Menghapuskan segala kekeliruan yang diperlakukan kepada Islam

4. Mentarbiah dan mendidik orang-orang Islam supaya benar-benar mengerti Islam dan perjuangan untuk menegakkan Islam

5. Menyusun rapi segala tenaga yang telah dididik supaya semuanya berfungsi dan berperanan

6. Menjadi bintang kepada Islam untuk menghadapi segala cabaran golongan taghut dan seterusnya mengundurkan golongan tersebut dari kerusi masing-masing melalui cara-cara yang dihalalkan oleh undang-undang.

7. Melibatkan diri dalam semua kegiatan kemasyarakatan dan politik tanahair

Saturday, May 2, 2009

Menuju Amal Jamai'e

PEMIKIRAN AMAL JAMA’IE ‘AQLIYYAH JAMA’IYYAH’ DAN PENGHAPUSAN SIKAP MEMENTINGKAN DIRI

Pesanan:Us.Said Hawwa.

Persoalan ini adalah suatu yang kritikal, lebih-lebih lagi apabila bangsa kita kebiasaannya bertindak berseorangan, dan memang banyak sekali kita dapati ummat bertindak berseorangan. Ini adalah suatu penyakit yang amat merbahaya yang dengannya tidak mungkin akan tertegaknya ‘amal jama’ie.


Di antara penyakit-penyakit yang mengganggui perjalanan ‘amal jama’ie ialah sifat bakhil yang amatdituruti, hawa nafsu mengutamakan & berbangga
(Sürah Al-Fathir : Ayat 28)

Sesungguhnya mengenal Allah dengan perasaan dan pemikiran sajalah yang dapat menyuburkan perasaan takut kepada Allah kerana cara ini sahajalah yang akan meneruskan pertentangan seseorang itu dengan hawa nafsunya. Kenalnya ia kepada Allah adalah melalui ‘ilmunya, iaitu dengan mematuhi nas-nas, membela kebenaran serta menyerahkan diri kepada natijah dan pada dalil-dalil yang diperolehi dan ‘ilmunya itu.


Manakala penyakit mengutamakan dunia pula diubati dengan mengingati akhirat serta memperkuatkan tuntutan terhadap akhirat di dalam jiwa melalui pembacaan Al-Quran, menghadiri majlis agama, usaha-usaha untuk Allah, muhasabah dan zikir-zikir harian. Di
samping itu ia hendaklah selalu membayangkan apa yang akan kita hadapi ketika matinya, di ‘alam barzakh dan di hari ke bangkitan; hari yang mana ia akan berdiri di hadapan Allah, hari hisab dan hari ia ditemukan dengan syurga dan neraka (kita memohon syurga dari Allah)

Semuanya ini adalah sebagai pengenalan terhadap betapa kerdilnya dunia ini dan tidak bernilainya dunia yang dikejar oleh manusia baik kerana pangkat, bangsa, harta, syahwat atau pun kerana kedudukan. Ada pun penyakit ‘ujub dengan pemikiran sendiri diubati dengan melihat kembali ke arah diri , betapa lemahnya, betapa lemahnya ía. Di samping itu ia hendaklah melihat betapa berkatnya pandangan syurã yang matang, saf yang matang dan kepimpinan yang matang; bertolak dari keinsafan ini ia akan terasa betapa lemahnya pemikiran bersendirian.

Faktor yang paling panting di dalam usaha pangubatan penyakit ini ialah membiasakan diri dengan syura.)Telah datang seorang manusia kepada Abu Tha’labah Al Khasyni bertanya: ‘Bagaimanakah awak bertindak terhadap ayat ini Tanya Abu Tha’labah: ‘Ayat yang mana satu?’ Jawabnya ,Allah berfirman:

“Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; tiada lah orang-orang yang sesat itu akan memudharatkan kamu apabila kamu telah mendapat petunjuk.”
(Surah Al-Ma’idah: Ayat 105 )

Kata Abu Tha’labah: Sesungguhnya aku telah bertanya orang yang lebih mengetahui iaitu aku bertanya Rasulullah s.a.w yang telah dijawab oleh Baginda dengan sabdanya:
“Malahan, hendaklah kamu menyuruh dengan ma’ruf dan melarang daripada mungkar sehingga bila kamu melihat bathil yang ditaa’ti, hawa nafsu yang diikuti,dunia yang diutamakan dan ‘ujub seorang dengan pendapatnya, maka hendaklah engkau berpegang dengan darimu dan tinggalkanlah orang awam kerana di hadapanmu hari-hari yang panjang di mana orang yang sabar adalah ibarat seorang memegang bara api, pekerja di hari itu menyamai balasan lima puluh orang lalaki yang bekerja seperti kamu. Di tanya Rasulullah:Apakah balasan lima puluh lelaki di antara kami atau di antara mereka?, maka jawab Baginda : Malahan balasan limapuluh daripada kamu.”

(Hadith riwayat Tirmizi dan katanya hadith ini hasan sahih)
Hadith ini menerangkan bahawa bilamana terdapat penyakit-penyakit yang disebutkan di atas tadi, maka tiada ubat untuk seseorang itu selain dari ‘uzlah dan sabar; betapa tingginya ganjaran sabar.

Sifat melupakan diri sendiri, berkorban harta benda, jiwa dan tenaga merupakan pendahuluan yang biasa untuk sampai kepada perlaksanaan ‘amal jama’ie. Sesungguhnya orang-orang Islam di hari ini amat memerlukan kepada sifat-sifat ini untuk menegakkan ‘ama! jama’ie yang mampu untuk mencapai matlamat-matlamat. Permulaan untuk kesemuanya ini adalah lahirnya sifat puas hati terhadap ‘amal jama’ie serta wujudnya pemikiran yang mampu untuk menyelaraskan kerja-kerja ini. Syarat untuk kesemuanya ini pula ialah menepati beberapa tuntutan dan menjauhi beberapa tuntutan yang lain.

Wednesday, April 29, 2009

....ALLAH....


ALLAH IS ENOUGH FOR ME AND MUSLIM...

Dear Allah,


I feel sadness again today...
coz here I am, meshing up the garden again...


I try to talk about you like a crazy woman in love again...
but... they don't understand...
if they do... they don't really like to hear


Dear Allah...
I feel so secure and save with You
My heart is bleeding in misery of missing You every minutes
I whisper Your Name in every single breath I took....


I can't help it...
I can't hold my tongue from saying Your Greatness to me....


I feel bad when I talk about You and no one listen...
I feel so bad that those people will think that I am a hypocrite....


I am so afraid...if I've done something wrong to You......


I am so into You... and so few people can understand....


Dear Allah,
when they start to stop hearing me...
I go quite... and locked my self inside my little garden...

I better be alone to always whispering Your name...
I like it better when I cry because of You
I like it a lot when I wrote things about You...

Here I am, trying to be with You always...

Is there any word "Too Much!" on loving You??
If there is... Please forgive me, for I don't want to make You Mad....
If there is none, Please let me sink in this ocean of Loving You.....

Is it wrong dear Allah if I love You too much??
Is it wrong??

I can't help it to feel this way...
because I am so attached to You...
I need You more than the air I breath
I can't smile if I don't feel Your Greatness in me


Dear Allah....
If some one in love with a man,
they so proudly declare their love to the whole world!!
they will so excited to speak their feeling out loud...


but...
should I keep the urge inside my heart,
because the one I fall in love with is You???


if they could shout out loud about their love...why couldn't I???
just because the one I fall for is YOU...


Dear Allah....
You Have Promise me Heaven...
and my Heaven is Only YOU!!!


You warn me with Hell...
and my Hell is Without YOU!!!


Dear Allah...
My life is my devotion to You
My Heaven is You
My Hell is without You


am I being too much???

LAA ILLAAHA ILLAA ANTA SUBHANAKA INNII KUNTU MINAZZHOLIMIIN

Monday, April 27, 2009

Menuju Sukses Berdakwah

Membongkar Jahiliyah Meraih Sukses Berdakwah.

Oleh; Fathi Yakan

Dai di Tepi Medan Dakwah


Pemahaman yang sahih harus ditanam di dalam sanubari aktivis dakwah bahwa pengorbanan untuk kemaslahatan Islam berada di atas segala-galanya.Amal islami pula berarti usaha untuk adalah membanteras kehidupan jahiliyah sampai ke akar-akar umbi, baik dari segi pemikiran ,system mahupun akhlak.Perjuangan islam juga berarti sikap konfrontasi terhadap para misionaris kehidupan jahiliyah beserta para pendukungnya.Terakhir perjuangan islam juga berarti menegakkan hukum Allah di muka bumi dan menghancurkan hukum thaghut.


Allah berfirman


“Dan adapun orang yang takut terhadap kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurga itulah tempatnya.”(An-Nazi’at :40-41)


Sesungguhnya kemuliaan perjuangan Islam itu hanya berhak dimiliki oleh orang yang hidup dan matinya untuk Islam serta tidak terlena dengan harta benda daripada mengingati Allah dan jihad fi sabilillah.Allah berfirman ,


“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan (memberi )syurga kepada mereka ,maka mereka membunuh dan terbunuh,(demikian itu adalah ) janji yang sebenarnya dari Allah di dalam Taurat ,Injil, dan Al-Quran.Siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah?Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dengannya,dan itulah kemenangan yang besar (At-Taubah: 111)


Wahai para juru dakwah,sesungguhnya jalan menuju syurga sangat sulit.Sesungguhnya dagangan Allah itu sangat mahal.Takkan ada yang memperoleh kecuali mereka yang mampu membayarnya.Itulah jalan menuju syurga ,jalan iu adalah perjuangan berkesinambungan, jihad tanpa henti dan teguh untuk meraih syahid.Allah berfirman :


“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh pada jalan kami,sungguh akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami.Dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berbuat kebajikan .

( Al-Ankabut: 69)

Friday, April 24, 2009

Seni Mengubati Iman...

Renungkanlah.....

Allah berfirman :

“Wahai orang-orang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu “ (ayat 7:surah Muhammad)

“…..dan barang siapa mengerjakan kebajikan maka mereka menyiapkan untuk diri mereka sendiri (tempat yang menyenangkan) (ayat 44 :surah Ar-Rum)

“Dan katakanlah .’Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasulnya-Nya dan orang-orang mukmin,’……… (ayat 105 :surah At-Taubah)

Inilah renungan sebagai koreksi diri yang membawa jiwa kita terus disirami……nur Ilahi bahwa Allah sentiasa member I kekuatan, dan menjanjikan kehidupan syurga yang abadi bagi yang terus berada di jalan misi dakwah.

Sedarlah muslimin inilah nikmat yang perlu kita syukuri……dan terus menjadi pencinta misi suci ini…..

Monday, April 13, 2009

Sentuhan Islami

Bangkitlah Wahai Pejuang Islam

Terlakar dalam Sejarah
sungguh indah para mujahid menemui syahid,
Andai suatu hari kita tidak berdaya lagi ,
genggam erat panji Ilahi
Sematkan niat redha Ilahi
Pasti syurga Firdausi Menanti

Salam semarak perjuangan,
Salam penggugah kebenaran,
Salam pembakar semangat juang

Biar diri rebah namun jangan berubah
Pastikan Islam meninggi izzah dan musuh sujud menyembah.