Friday, January 15, 2010
DIARIKU.......
Assalamualaikum …seindah madah,
buat teman hilang gundah ,
tirai 2009 berlabuh sudah,
kini harapan menggamit indah ….
Dunia berputar tanpa kita sedari telah matang bumi ini, begitu juga dengan diri kita mungkin semakin jauh mengembara dan menimba khazanah di dunia ini….moga kepulangan kita nanti di dalam husnul khatimah……yg datang tanpa kita sedari walau sekelip mata….
Tersingkap tabir 2010 terlihat 2020…adakah usia kita masih panjang ketika itu? Atau telah kembali kepadaNya. Insafi diri dan bekerja dan berusahalah untuk memetik hasil untuk kedepan ataupun kembali ke singgahsana yang abadi…
Sering saya tebayang ….. bagaimanakah diri saya suatu hari nanti? Hanya Allah yang tahu perkara yang ghaib itu…..Namun sebagai orang yang beriman ,azam dan tekad harus kita teguh agar hati kita thabat untuk kekal dibawah keredhaannya.
Doa yang berterusan dan usaha yang semaksima mungkin perlu kita siapkan moga corak dunia, Negara,pemerintahan,masyarakat dapat dikoordinasikan dalam nuansa islami yang merupakan misi dan visi kita sebagai mata rantai perjuangan yang mendamba tertegaknya Islam di dunia ini.
Pasti kita semua mengharapkan satu hari nanti akan lahir shaf-shaf pemimpin Negara Islam yang gah hebat merajai dunia tetapi kerdil di hadapan Allah… Moga impian kita ini akan dikabulkan Allah..Amin.Seandainya Allah memberi kita peluang biarlah diri kita menjadi antara bata-bata yang mengukuhkan bangunan yang dipayungi rahmat Allah.
Beberapa ketika lalu saya membaca beberapa lembar artikel yang membahaskan prinsip-prinsip yang menjadi dasar kepada seseorang yang tulus membimbing manusia mengenal Tuhannya.Jadi di bawah ini saya list sebagai point kita berfikir? Dan merencana membuat persiapan.Walaupun tak seberapa tapi cuba kembangkan dalam diri kita agar watak-watak ini terhias dalam diri yang ingin bersama di jalan Allah.Apa yang baik ambillah dan buruk jadikan pengajaran.
Moga diriku dan sahabat2 sentiasa dipandu ALLAH..Sesungguhnya kami lemah ya Allah….Jadikanlah catatan ini menjadi peringatan buat diriku untuk kebaikan dunia dan akhirat…..wallahua’lam….
Gunakanlah dasar-dasar ini sebagai panduan untuk mencorak, mengemudi dan menyusun strategi –strategi dalam mengajak manusia ke arah kebenaran .Andai satu hari ada waktu ingin saya kongsikan …agar bersama-sama kita renungkan….
1.As-Syumuliyah
2.Al-Ishlah
3.Al-Syar’yah
4.Al-Wasathiyah
5.Al-Istiqamah(Komit dan Konsisten)
6.Al-Numuw wa al- Tathawwur ( Tumbuh dan Berkembang)
7.Al-Tadarruj wa Al-Tawazun (Bertahap,Seimbang dan Profesional)
8.Al-Aulawiyat wal Ashlah
9.Al-Hulul(Solusi)
10.Al-Mustaqbaliyah (Orientasi masa depan)
11.Al-‘alamiyah (Bagian dari dakwah sedunia)
Tuesday, January 12, 2010
Ya Allah Perbaharuilah Komitmen Dakwah Kami...

Sesejuk Embun Keyakinan…..
Saat mata terjaga….alhamdulillah kita masih dikurnia nikmat yang tiada tandingan kurnia Yang Maha Esa…..
Duhai sahabat perjuanganku..bajailah harimu dengan kata-kata cinta kepada Allah..
Kuatkanlah diriku dan kalian dengan wirid ini:
Istighfar, Selawat dan tahlil (lailahaillallah) 100 kali setiap hari
Allah telah menetapkan risalah penciptaan manusia, yaitu beribadah kepada-Nya, kemudian menjadikannya khalifah dalam rangka membangun kemakmuran di muka bumi bagi para penghuninya yang terdiri dari manusia dan alam semesta.
Agar risalah ini menjadi abadi dalam sejarah peradaban manusia, Allah SWT mencipta agar dalam kehidupan terjadi hubungan interaksi ‘positif’ dan ‘negatif’ di antara semua makhluk-Nya secara umum, dan di antara manusia secara khusus. Yang dimaksud dengan interaksi positif ialah, adanya hubungan tolong menolong sesama makhluk. Sedangkan interaksi negatif ialah, adanya hubungan perang dan permusuhan sesama makhluk. Allah SWT berfirman:
“…Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, pasti rusaklah bumi ini. Tetapi Allah mempunyai yang dicurahkan atas semesta alam.” (Al-Baqarah: 251).
Keabadian risalah tersebut sangat tergantung pada hasil dari setiap interaksi baik yang positif maupun negatif. Jika yang melakukan tolong menolong adalah orang-orang saleh, yang pada gilirannya mereka saling menolong dalam kebaikan dan ketaqwaan; dan jika berada dalam peperangan, dimenangkan pula oleh orang-orang saleh itu, maka pasti yang akan terjadi adalah keabadian risalah.
Tapi jika yang melakukan tolong menolong adalah orang-orang jahat yang bersepakat melaksanakan kejahatan dan permusuhan, dan selanjutnya mereka pula yang memenangkan peperangan, maka pasti yang akan terjadi adalah kehancuran.
Disinilah letak politik berperan dalam dakwah. Dakwah mengajak pada kebaikan, melaksanakan risalah penciptaan manusia, menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah semua bentuk kemungkaran, sementara politik berperan memberikan motivasi, perlindungan, pengamanan, fasilitas, dan penegakkan untuk terealisasinya risalah tersebut.
Sejarah telah membuktikan, bahwa naskah-naskah Al-Qur’an yang sangat ideal pernah menjadi kenyataan dalam kehidupan sehari-hari umat manusia. Pada zaman Nabi saw, seorang Bilal bin Rabah yang hamba sahaya pada masa jahiliyah menjadi orang merdeka pada masa Islam, dan memiliki kedudukan yang sama dengan para bangsawan Quraisy, seperti Abubakar Siddiq dan Umar bin Khattab. Ini karena Islam yang didakwahkan oleh Rasulullah saw mengajarkan persamaan derajat, sekaligus beliau sebagai pemimpin umat – dan tidak salah jika dikatakan pemimpin politik umat – menjamin realisasi persamaan derajat itu sendiri.Sehingga pernah suatu ketika beliau marah kepada seorang shabatnya yang mencela warna kulit Bilal.
Pada zaman yang sama, ketika Nabi saw mengirim pasukannya ke negeri Syam, beliau berpesan agar pasukan itu tidak menebang pohon kecuali untuk keperluan masak, melarang membunuh anak-anak, perempuan, orang tua yang tidak ikut berperang dan orang yang telah menyerah, beliau juga melarang membunuh orang yang sedang beribadah di gereja, dst. Ini semua adalah buah dari ajaran Islam yang termaktub dalam Al-Qur’an.
Sepeninggalan beliau, Rasulullah digantikan oleh Abubakar Siddiq, Umar bin Khattab, Utsman bin ‘Affan dan Ali bin Abi Thalib secara berurutan. Pada zaman keempat sahabat itu, keadaan yang telah dibangun oleh Rasulullah saw tidak berubah, semua warga dibawa kepemimpinan khilafah menjalankan hak dan kewajiban, mendapatkan persamaan derajat, tidak ada yang dizalimi kecuali mendapatkan haknya, atau berbuat zalim kecuali telah mendapatkan sangsi. Keadaan ini berlangsung sampai masa keemasan Islam di Damaskus, kemudian di Bagdad dan Andalusia.
Tapi seirng dengan perkembangan berikutnya, umat menjauh dari agamanya, kegiatan agama dijauhkan dari kegiatan realitas kehidupan masyarakat sehari-hari, demikian pula sebaliknya, hingga sampailah zaman itu pada generasi kita.
Kita bersedih dengan keadaan kita, umat Islam sebagai umat terbesar di alam raya ini, tapi terzalimi hak-haknya, umat Islam sebagai penduduk majority di negeri tercinta ini, Mungkinkah sejarah kita hari ini berulang seperti sejarah generasi pertama umat ini. Sangat mungkin! Tentu apabila kita mahu memenuhi syarat-syaratnya, yaitu dakwah dan politik sebagai instrumen terlaksananya ajaran Islam harus menyatu menjadi karakter setiap muslim, atau dengan kata lain menjadi poltisi dakwah.
Semoga Allah memperbaharui komitmen dakwah kita…mengurniakan kebenaran…membuatkan kita mencintai keimanan, dan menghiaskannya dalam hati kita….dan membuatkan kita membenci kekufuran, kefasikan,dan kemaksiatan serta menaungi kita dengan kefahaman Islam…wallahua’lam.
-Buku “Memperbarui komitmen dakwah”Muhammad Abduh
-Al-Ikhwan.net
Saturday, January 9, 2010
MISI MEMERANGI SEKULAR!
Sekular berasal daripada perkataan Latin 'saeculum' yang bererti 'suatu generasi atau zaman'. Dalam konteks barat dan dunia Kristian sekular membawa maksud penolakan agama dalam urusan yang berkaitan dengan keduniaan atau lebih jelasnya pemisahan antara agama dan negara. Agama cuma dibataskan kepada urusan individu dan duniawi dan tidak mempunyai hubungan dengan urusan politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.
Asas kepada sekularisme ialah politik yang berteraskan kebangsaan, ekonomi bebas (laissez faire) dan budaya hidup yang berlandaskan individualisme. Sekularisme menafikan aspek kehidupan yang berkaitan dengan kerohanian dan menekankan kepada aspek-aspek kebendaan. Sekularisme juga menafikan kewibawaan yang mempunyai unsur-unsur kerohanian. Ini termasuklah penolakan kuasa mutlak Allah s.w.t. dan kewibawaan para nabi dan rasul. Para sekularis menganggap agama adalah buatan manusia dan tidak mengikut peredaran zaman.
Sejarah Kemunculan Sekularisme
Sekularisme lahior daripada pergolakan yang berlaku dalam agama Kristian pada abad pertengahan. kemunculannya adalah berikutan tindakbalas penganut agama tersebut terhadap kongkongan dan penguasaan gereja ke atas masyarakat. Peperangan Salib telah membuka mata orang Kristian Eropah terhadap perubahan, termasuk menuntut kebebasan daripada semua bentuk kongkongan gereja yang selama ini hanya membenarkan ilmu-ilmu yang tidak bercanggah dengan kepentingannya.
Melalui gerakan yang dilakukan, orang Kristian Eropah berjaya memisahkan seluruh aspek kehidupan mereka daripada pengaruh gereja. Kemajuan ilmu pengetahuan yang dicapai membolehkan mereka menghasilkan kemajuan ekonomi dan politik. Sistem feudal yang diamalkan sebelum ini digantikan dengan sistem kapitalis yang pada awal abad ke-20 turut membawa kepada kemunculan Komunisme dan Sosialisme. Melalui pemisahan sepenuhnya antara agama dan negara masyarakat moden yang dibentuk di Eropah dibina di atas asas sekular.
Sekularisme dan Dunia Islam
Sekularisme merebak ke dunia Islam melalui pertembungan dengan barat. Menjelang pertengahan abad ke-19, sebahagian besar wilayah Islam dijajah oleh barat. Ini termasuklah penjajahan Inggeris di Tanah Melayu (1874), Perancis di Tunisia (1881), Inggeris di Mesir (1882) dan Rusia di Merv (1883).
Daulah Islamiyah yang masih mampu bertahan ialah Daulah Uthmaniyah. Namun begitu, Daulah Uthmaniyah terpaksa berhadapan dengan ancaman barat yang menggelar daulah tersebut sebagai 'orang sakit Eropah'. Sebagai usaha untuk menghadapi ancaman ini, Daulah Uthmaniyah telah mengambil nilai-nilai barat agar mampu menghadapi persaingan tersebut. Ini termasuklah menghantar pelajar-pelajar Turki belajar di barat, memperkenalkan sistem pendidikan barat, menerima sistem perundangan barat termasuk hak sama rata antara orang Islam dan orang bukan Islam dan sebagainya.
Penerimaan unsur-unsur barat turut membawa idea dan nilai barat ke dalam masyarakat Turki. Kemasukan unsur-unsur ini merupakan permulaan kepada usaha-usaha ke arah memisahkan peranan agama dalam pemerintahan. usaha-usaha ini dijuarai oleh pergerakan Turki Muda yang kemudiannya berjaya menjatuhkan pemerintahan Sultan Abdul Hamid II pada tahun 1909. Pemerintahan Turki Muda selama lebih kurang satu dekad menyaksikan Daulah Uthmaniyah hancur dan turki kemudiannya muncul sebagai sebuah negara sekular.
Peristiwa yang berlaku di Turki meruapakn satu contoh bagaimana sekularisme berjaya merobohkan sebuah peradaban yang dibina selama 600 tahun. Sekualrisme juga bertapak di negara-negara Islam yang lain dan seterusnya berjaya mendominasi politik negara. Golongan sekularis yang mengambil pelbagai bentuk seperti nasionalis sosialis, Baathis dan sebagainya kini merupakan kelompok yang berjaya menguasai politik negara Islam. Kejayaan yang dicapai oleh kelompok ini adalah hasil eksploitasi, tipu daya, peranan kuasa barat dan juga akibat beberapa kelemahan kelompok Islam sendiri sehingga menyebabkan mereka gagal dalam persaingan yang berlaku.
Konflik Sekularis-Islamis - Sorotan Kes di Turki
Daulah Islamiyah merupakan salah satu empayar yang teragung dlam sejarah manusia. Empayar ini berjaya bertahan selama sekitar 600 tahun dan menguasai sebahagian besar tiga benua iaitu Eropah Timur, Asia Barat dan Afrika Utara. Empayar ini hancur dalam tahun 1924 apabila Kemal Ataturk mengujudkan sebuah negara Turki sekular. Bagi Kemal segala-gala yang berunsur Islam dianggap penghalang kepada kemajuan. Kemajuan dikaitkan dengan pembaratan yang mengamalkan nilai-nilai sekularisme. Sebagai melaksanakan cita-cita ini Kemal cuba mensekularkan seluruh kehidupan masyarakat Turki yang meangkumi aspek pendidikan, politik, ekonomi, nilai hidup dan sebagainya. Pelaksanaannya termasuklah menghapuskan Islam sebagai agama rasmi negara, menggantikan undang-undang Syariah dengan undang-undang barat, menggantikan tulisan Arab kepada tulisan Latin, mengharamkan pemakaian purdah dan berpuluh-puluh lagi peraturan yang bertujuan bagi memisahkan masyarakat daripada ajaran Islam.
Kemal berjaya mewujudkan sebuah negara Turki merdeka melalui dokongan yang diberikan oleh mereka yang berjuang di atas landasan Islam. Malahan pada peringkat awal perjuangannya, Kemal menggunakan platform Islam bagi mendapatkan sokongan. Beliau sering menaiki mimbar pada hari Jumaat untuk menyampaikan khutbah. Umat Islam Turki terpedaya dengan sikap kepura-puraan Kemal sehingga membolehkan beliau berjaya menguasai tampuk kekuasaan Turki.
Bagi memastikan idealisme terus berkekalan, Kemal menggunakan dua pendekatan iaitu pendekatan pendidikan dan ketenteraan. Melalui pendidikan Kemal ingin memastikan bahawa generasi yang dilahirkan dibentuk mengikut acuan sekularnya menakala melalui ketenteraan Kemal ingin memastikan bahawa pelaksanaan mesti dijalankan walaupun melalui paksaan atau kekerasan. Ternyata pendekatan yang dilakukan oleh Kemal ini telah membentuk generasi yang amat tebal nilai-nilai sekularnya.
Walaupun Kemal telah membuat perancangan dan pelaksanaannya, namun masyarakat Turki tidak dapat dikikis sepenuhnya daripada nilai-nilai keislaman yang pernah diamalkan oleh nenek moyang mereka. Sejak awal tahun 1970-an cahaya Islam mula menyinar di Turki. Melalui kegiatan kepartian yang digerakkan oleh Neemettin Erbakan pengaruh Islan ternyata berjaya menjadi unsur penting dalam politik Turki. Namun begitu untuk Islam muncul sebagai kuasa dominan bukan suatu yang mudah kerana nilai-nilai sekularisme telah berakar umbi dalam masyarakat Turki. Lebih-lebih lagi nilai-nilai ini amat mendominasikan golongan elit, birokrat dan tentera.
Kemunculan kembali Islam sebagai unsur penting dalam kehidupan masyarakat di Turki akan membawa kepada konflik dengan golongan sekularis. Dalam pertembungan yang berlaku kelompok Islam telah mengalami pelbagai tindakan seperti parti yang menjadi wadah diharamkan, pelajar-pelajar yang bersimpati dengan Islam tidak dibenarkan meneruskan pengajian, pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan Islam dipenjara atau dihalang daripada menjalankan kegiatan politik.
Konflik Sekularis-Islamis - Sorotan Kes di Mesir
Selapas Perang Dunia I, politik Mesir telah didominasikan oleh Parti Wafd di bawah pimpinan Saad Zaghlul, seorang lulusan Universiti Al-Azhar yang berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah Inggeris. Walaupun perjuangan Parti Wafd adalah atas asas-asas kebangsaan, namun parti ini didokong oleh unsur-unsur Islam yang kuat. Selepas kematian Zaghlul pada tahun 1927, Parti Wafd kehilangan arah dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai krisis yang melemahkan parti tersebut.
Sepanjang tahun 1930-an dan 1940-an politik Mesir semakin diwarnai oleh aliran politik yang berteraskan ideologi yang jelas. Pada waktu inilah politik Mesir didominasikan oleh Ikhwan al-Muslimin di bawah pimpinan Hassan al-Banna. Pada waktu ini Ikhwan al-Muslimin telah memainkan peranan penting dalam menyemarakkan kesedaran politik masyarakat, meningkatkan amalan spiritual melalui program usrah dan tarbiyyah dan menggerakkan kemajuan melalui program ekonomi dan sosial.
Potensi Ikhwan al-Muslimin untuk muncul sebagai kelompok yang bakal mendominasikan politik Mesir menghadapi cabaran yang hebat apabila Hassan al-Banna mati syahid pada tahun 1949. Gabungan antara kelemahan Ikhwan al-Muslimin sendiri menyelesaikan masalah dalamannya dan pendekatan golongan sekularis yang ternyata lebih berjaya, membolehkan golongan sekularis mendominasikan politik Mesir sehingga ke hari ini.
Pengalaman yang boleh dipelajari daripada konflik sekularis-Islamis dalam kes yang berlaku di Mesir ini ialah bagi golongan sekularis kuasa mesti diperolehi dengan apa jua cara sekalipun. Walaupun golongan sekularis menunjukkan sikap yang berbaik-baik dengan golongan Islamis, namun pendekatan ini adalah bersifat sementara kerana langkah itu diambil dalam proses mengumpul kekuatan. Bagi golongan Islamis pula pendekatan politik yang terlalu mempercayai pihak yang menjadi saingan juga membawa padah yang buruk. Ini adalah kerana bagi golongan sekularis untuk mencapai matlamat semua bentuk pendekatan boleh dilakukan termasuk menggunakan pendekatan yang zalim bagi menghapus pengaruh golongan Islamis dalam masyarakat.
Konflik Sekularis-Islamis - Sorotan Kes di Malaysia
Peranan golongan Islamis dalam mencetuskan kesedaran pendidikan, sosial dan politik masyarakat Melayu tidak diberikan perhatian yang sewajarnya dalam kajian sejarah di Malaysia. Sebelum Perang Dunia II, kegiatan mencetuskan kesedaran di kalangan orang Melayu didominasikan oleh mereka yang berpendidikan agama dan mendapat pendidikan di Timur Tengah. Seawal-awalnya tahun 1911/12 pelajar-pelajar Melayu di Mesir telah menerbitkan akhbar Ittihad yang bertujuan bagi menimbulkan kesedaran orang Melayu terhadap kepentingan pendidikan dan membina peradaban bangsa. Pada tahun 1925, pelajar Melayu di Mesir menerbitkan Seruan Azhar yang cuba menyeru dan mendidik masyarakat supaya setanding dengan bangsa-bangsa lain yang lebih maju pada waktu itu.
Sebelum Perang Dunia II ternyata golongan Islamis, terutamanya yang terpengaruh dengan idea-idea Islah telah memainkan peranan penting dalam menggerakkan kesedaran masyarakat. Pendekatan yang paling berkesan yang digunakan bagi menyebarkan idea-idea ini ialah melalui penerbitan akhbar dan melalui institusi madrasah. Peranan yang dimainkan oleh golongan Islamis bagi menyemai benih-benih kesedaran ini besar implikasinya dalam sejarah perkembangan kesedaran Melayu. Namun begitu, tidak seperti di Indonesia di mana golongan Islamis yang mendokong idea Islah telah menubuhkan persatuan-persatuan seperti Sarekat Islam, Muhammadiah, PERMI dan sebagainya, di Malaysia golongan Islamis tidak menjuruskan kegiatan mereka kepada penubuhan persatuan. Persatuan yang dianggap mewakili perjuangan Islamis iaitu Hizbul Muslimin hanya ditubuhkan pada tahun 1984 tetapi hanya mampu bertahan beberapa bulan sahaja kerana diharamkan oleh pihak British.
Kekosongan yang wujud dalam perjuangan kebangsaan Melayu berikutan tekanan yang dikenakan oleh pihak British telah diisi oleh golongan nasionalis sekular yang muncul dan mengisi kepimpinan Melayu. Golongan ini mendapat pendidikan barat dan ketika menuntut di London terpengaruh dengan nilai dan budaya barat.
Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, golongan nasionalis sekular mendominasikan politiknya. Walaupun Islam tidak disisihkan sepenuhnya dari masyarakat, namun pelaksanaan Islam sepenuhnya juga tidak dilakukan. Islam dilaksanakan sebagai simbol. Walaupun Parti Islam wujud, namun kewujudannya lebih bersifat untuk menyaingi parti nasionalis. Bahkan dalam kes-kes tertentu Parti Islam memperlihatkan sikap lebih nasionalis bagi meraih simpati pengundi.
Pertembungan sebenar antara sekularis dengan Islamis di Malaysia berlaku apabila Islam cuba diamalkan sebagai ad-Din dan digerakkan sebagai satu gerakan. Ini menjadikan pertembungan antara golongan nasionalis dan Islamis sebagai pertembungan ideologi dan menjadi lebih sengit. Pertembungan ini nampak seolah-olah reda berikutan peristiwa tahun 1982. Tetapi hakikat sebenar bagi golongan nasionalis sekular, 'setback' yang berlaku tidak melemahkan semangat malahan melakukan perancangan yang lebih rapi bagi mempastikan golongan Islamis tidak beroleh kekuasaan. Perancangan mereka membuahkan hasil kerana pada tahun 1998 dan seterusnya dilakukan kegiatan pembersihan berjaya dilakukan secara drastik dan halus.
Dalam menyorot kembali kejayaan dan kelemahan golongan Islamis di Malaysia bagi tempoh 1982-1998 beberapa pengalaman mungkin boleh dipelajari. Bagi golongan sekularis baik di Timur Tengah mahupun di Malaysia terdapat satu persamaan ciri. Bagi golongan sekularis matlamat menghalalkan cara dan tidak ada belas kasihan dalam proses merebut kuasa daripada golongan Islamis. Bagi golongan Islamis pula dalam tempoh ini ternyata sekali sikap yang ditunjukkan amat berkonflik antara satu sama lain. Atas sikap 'kerana prinsip' rakan-rakan seperjuangan cenderung diketepikan dan golongan lain termasuklah golongan sekularis diberi tempat atas alasan 'untuk dimenangi'. Kesempatan yang ada tidak digunakan dengan sebaik-baiknya dan sepenuh-penuh untuk kepentingan Islam tetapi sebaliknya turut diwarnai oleh agenda politik. Bagi golongan nasionalis sekularis pula apabila mendapat peluang seluruh kesempatan digunakan bagi memastikan dominasi berterusan dan berakar umbi.
Dalam sejarah konflik sekularis-Islamis dalam konteks perkembangan politik Islam kontemporari, kecuali Iran dan Sudan, golongan Islamis ternyata kurang unggul dalam menghadapi percaturan politik yang berlaku. Dalam konteks Iran, golongan Islamis berjaya kerana belajar daripada pengalaman tahun 1881, 1906 dan 1953 di mana sikap kompromi dengan golongan sekularis berakhir dengan sumbangan golongan Islamis ini tidak dihargai.
Pada tahuN 1979, golongan Islamis Iran mengambil sikap tidak bersedia untuk berkrompomi dengan mana-mana kumpulan sekularis dan ini membolehkan kuasa terus dibolot oleh kelompok Islamis. Di Sudan pula, kelompok Islamis menggunakan pendekatan pragmatis bagi membolehkan mereka mengambil alih kuasa. Apabila memperolehi kuasa pendekatan yang dilakukan ialah dengan memastikan kekuatan dikukuhkan di semua sektor. Mungkin pengalaman kedua-dua kelompok Islamis ini boleh dijadikan asas kepada usaha memastikan usaha-usaha golongan Islamis berakhir dengan memperolehi kuasa yang mantap.
Kesimpulan daripada sorotan sejarah ini, kita sebagai muslim haruslah mempersiapkan sebanyak mungkin persiapan dan strategi demi menghancurkan fahaman SEKULAR yang merupakan musuh umat Islam…..Di sinilah tugas kita sebagai pendakwah dan duta penyelamat ummat….teruskan perjuangan….Allah bersama kita.
Friday, January 1, 2010
FIKRAH ISLAM
Tarbiah (pendidikan) Islamiah, bererti proses mempersiapkan manusia dengan persiapan yang menyeluruh yang menyentuh seluruh aspek kehidupannya, meliput rohani, jasmani dan akal fikiran. Termasuklah dalam lingkungan kehidupan duniawinya, dengan segala aspek hubungan dan kemaslahatan yang mengikatnya; dan kehidupan akhiratnya, dengan segala amalan yang dihisabnya; yang membuat Allah Subha Nahu wa Taala redha atau murka. Oleh kerana itu, ia bersifat integral (sepadu) dan menyeluruh; dan itulah yang membezakan sistem Islam dengan sistem atau aturan lain.
Ringkasnya, tarbiah Islamiah adalah proses penyiapan manusia yang soleh, yakni agar tercipta suatu keseimbangan (tawazun) dalam potensi, matlamat, ucapan serta tindakannya secara keseluruhan.
Tujuan Tarbiah Islamiah
Tujuan dan sasaran tarbiah Islamiah, yang kita ingin capai dan wujudkan -secara umumnya- adalah: membina keadaan serta suasana yang kondusif (sesuai) bagi manusia untuk dapat hidup di dunia secara lurus dan baik, serta hidup di akhirat dengan naungan redha dan pahala Allah Subha Nahu Wa Ta'ala.
Pertama: Ibadah kepada Allah Subha Nahu Wa Ta'ala semata-mata sesuai dengan syariatNya
Allah Subha Nahu Wa Ta'ala berfirman;
"Tidak Kuciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu." [Adz-Zariyat: 56]
Ibadah kepada Allah Subha Nahu wa Taala sesuai dengan syariat yang diucapkan oleh lisan Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam adalah tujuan utama dan terpenting daripada tarbiah Islamiah ini. Ibadah menuntut terwujudnya banyak unsur dari seorang Muslim, antara lain: unsur iman, unsur Islam, unsur ihsan, unsur keadilan, unsur amar ma'ruf nahi mungkar, dan unsur jihad di jalan Allah Subha Nahu Wa Ta'ala untuk menjadikan kalimah Allah Subha Nahu Wa Ta'ala sebagai yang tertinggi.
Kedua: Tertegaknya khilafah Allah di muka bumi
Allah Subha Nahu Wa Ta'ala berfirman;
"Sesungguhnya aku jadikan manusia sebagai khalifah di bumi." [Al-Baqarah: 30]
Pengangkatan manusia sebagai khalifah ini menuntut aktivi pemakmuran bumi dan pemanfaatan segala sesuatu yang Allah Subha Nahu Wa Ta'ala berikan untuk umat manusia. Allah Subha Nahu Wa Ta'ala berfirman;
"Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya." [Hud: 61]
Dengan arti bahawa Allah Subha Nahu Wa Ta'ala menempatkan semua manusia di muka bumi dengan memberinya potensi adalah untuk memakmurkannya dan mengambil manfaat sebesar-besarnya sebagai bekal hidup dan matinya. Oleh kerana itu, berinteraksi dengan seluruh alam yang terbentang ini -dengan menggunakan potensi ilmu dan seluruh hasil penemuan ilmiah yang baik- untuk mengambil manfaat daripadanya adalah kewajiban syarak atas manusia. Mencari ilmu dan mendalaminya dalam rangka kebajikan merupakan tugas yang Allah Subha Nahu Wa Ta'ala bebankan kepada manusia dan diwajibkan oleh Islam keatas kaum Muslimin. Maksudnya, mereka tidak boleh ketinggalan dalam bidang ini berbanding orang lain.
Ketiga: Saling kenal mengenal sesama manusia
Allah Subha Nahu Wa Ta'ala berfirman:
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal." [Al-Hujurat: 13]
Allah Subha Nahu Wa Ta'ala menciptakan manusia berbagai jenis dan warna kulitnya dan terdiri daripada berbagai macam suku bangsa di merata pelusuk dunia. Allah menciptakan mereka dari asal yang satu, iaitu Adam dan Hawa. Oleh kerana itu tidaklah patut bagi mereka jika sentiasa bertikai, bercerai-berai dan bermusuhan. Sudah seharusnyalah mereka saling berkenalan, berkasih sayang dan saling bantu-membantu di bawah naungan persaudaraan (ukhuwwah). Bukankah mereka anak-anak dari seorang lelaki dan seorang perempuan?
Inilah salah satu tujuan besar tarbiah Islamiah, yakni mempersiapkan manusia agar dapat hidup dalam suasana penuh kasih sayang dengan saudaranya dengan disatukan oleh aqidah yang benar dan ajaran Allah Subha Nahu Wa Ta'ala.
Keempat: Kepimpinan Dunia
Allah Subha Nahu Wa Ta’ala berfirman;
“Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.” [An-Nur: 55]
Inilah janji Allah Subha Nahu Wa Ta’ala kepada orang yang beriman dan beramal soleh, yakni keimanan yang disertai dengan amal adalah buah dari iman yang benar. Allah berjanji kepada mereka dengan tiga janji:
1. mengangkat kekhalifahan mereka di bumi ini dan menjadikan untuk mereka kekuasaan yang dapat mengambil manfaat sebesar-besarnya seluruh nikmat bagi kehidupan dan kematian mereka.
2. pengukuhan kedudukan di bumi dengan Islam dan sistemnya. Oleh kerananya mereka pun memiliki kekuasaan dan dominasi atas umat manusia dan ajaran agama yang lain di muka bumi ini.
3. Pergantian keadaan mereka, daripada rasa takut kepada rasa aman.
Artinya bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh, adalah para tokoh penguasa bumi, kerana agama mereka adalah agama kemenangan dan kekuasaan, maka harus ada upaya meraihnya melalui program tarbiah Islamiah bagi semua orang.
Selama kaum Muslimin berada jauh daripada penguasaan dunia, bererti mereka jauh juga daripada hakikat iman dan amal soleh. Akibatnya mereka akan sentiasa terbelenggu dalam urusan agamanya dan terperosok dalam dosa dan maksiat. Tarbiah Islamiah berupaya - dengan segenap potensi yang dimilikinya – untuk mengeluarkan umat manusia daripada belenggu perasaan, dosa dan maksiat.
Kelima: Menghukum dengan syariat
Allah Subha Nahu Wa Ta’ala berfirman:
“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) daripada urusan (agama) itu, maka ikutilah syariat itu.” [Al-Jaathiah: 18]
Juga firman-Nya:
“Hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan oleh Allah Subha Nahu Wa Ta’ala , dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu daripada sebahagian apa yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu.” [Al-Maidah: 49]
Inilah salah satu tujuan besar daripada tujuan-tujuan tarbiah Islamiah, bahkan inilah tujuan utama daripada empat tujuan yang dinyatakan sebelum ini. (iaitu: ibadah, kekhalifahan di bumi, saling mengenal dan saling menolong, serta penguasaan dunia).
Mengapa demikian? Kerana semua tujuan itu adalah menjurus kepada penegakan syariat Allah Subha Nahu Wa Ta’ala tanpa tawar-menawar, undi-mengundi, dan tempel-tempelan, apalagi tunduk dan mengalah kepada sistem lain buatan manusia.
Inilah tujuan tarbiah Islamiah secara global, dan itulah tujuan Islam yang sebenarnya, baik aqidah, syariah, moral, dakwah, lembaga, sistem, perilaku, maupun jihadnya sekaligus, dalam rangka menjadikan kalimah Allah Subha Nahu Wa Ta’ala sebagai yang tetinggi. Itu semua hanya akan terwujud dengan berjalannya tarbiah ruhiah, akal fikiran, fizikal, akhlak dan perilaku.
Sebelum menyelesaikan perbahasan tujuan ini, perlulah kiranya ditegaskan bahawa tarbiah Islamiah memiliki skop yang luas beraneka ragam. Antara lain;
1. Individu, dengan seluruh unsur yang dapat membangun keperibadiannya.
2. Rumahtangga Muslim dengan seluruh nilai dan moral yang harus ditegakkannya.
3. Masyarakat Muslim, dengan seluruh interaksi sosial dan pengaturannya.
4. Umat Muslimah, dengan seluruh aktiviti yan ada di dalamnya.
5. Negara Islam dengan sistem dan undang-undang yang harus ditegakkan di dalamnya.
Rujukan: Peringkat-Peringkat Tarbiah, Dr Ali Abdul Halim Mahmud
Friday, December 25, 2009
Renungan buat semua saudara seaqidahku......yang tersayang
2.Iltizam dengan Syariat Islam
3.Mempelajari Kisah Para Nabi
4.Berdoa
5.Berzikir kepada Allah
6.Menjalani Tarbiyah
7.Meyakini Jalan Yang Di Tempoh
8.Berdakwah
9.Dekat Dengan Ulama
10.Meyakini Pertolongan Allah
11.Mengetahui Hakikat Kebatilan
12.Nasihat orang Soleh
13.Merenung Nikmat Syurga.
Akrab dengan Al Qur'an
Allah Azza wa Jalla telah menjelaskan bahwa diturunkannya Al Qur'an secara beransur-ansur adalah untuk meneguhkan hati para hambanya, sebagaimana firman Allah tatkala membantah tuduhan kaum kuffar, "Orang-orang kafir berkata: Mengapa Al Qur'an itu tidak diturunkan kepadanya sekali turun saja?
Demikianlah supaya Kami perkuat hatimu dengannya dan Kami membacakannya secara tartil." (Al Furqan : 32) Diantara alasan mengapa Al Qur'an sebagai sumber utama untuk mencapai tsabat, karena Al Qur'an menanamkan keimanan dan mensucikan jiwa seseorang, diturunkan untuk menenteramkan hati manusia dan sebagai benteng bagi orang mukmin dalam menghadapi hempasan fitnah. Al Qur'an juga membekali muslim dengan konsepsi serta nilai yang dijamin kebenarannya, sehingga dia mampu menilai sesuatu dan menimbang sesuatu secara proporsial dan benar.
Iltizam dengan Syari'at Islam
Allah berfirman: "Dan sesungguhnya kalau mereka melaksanakan nasehat yang diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (hati mereka di atas kebenaran)." (An Nisa : 66) Jelas sekali, tidak mungkin kita mengharapkan orang-orang yang malas dan tidak melakukan amal shalih dapat memiliki keteguhan iman.
Allah hanya akan menunjukkan kepada orang yang beriman dan mengamalkannya, jalan yang lurus. Oleh karena itu Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam dan para shahabat senantiasa melakukan amal shalih dan menjaganya secara terus-menerus. Dalam hal ini Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda: "Barangsiapa memelihara shalat dua belas raka'at (sunnat rawatib), niscaya ia dijamin masuk surga." (At Tirmidzi 2/273)
Mempelajari Kisah Para Nabi
Tentang pentingnya mempelajari kisah para Nabi, Allah berfirman, "Dan Kami ceritakan kepadamu cerita para Rasul agar dengannya Kami teguhkan hatimu." (Hud : 120) Mari kita renungkan kisah Nabiyullah Ibrahim Alaihis Salam tatkala dilemparkan ke dalam api. Ibnu Abbas berkata: Ucapan terakhir Ibrahim ketika akan dilemparkan ke dalam api adalah, "Cukuplah Allah sebagai penolongku, Dia adalah sebaik-baik pelindung." (Al Fath : 29)
Seandainya anda merenungi firman Allah di atas, tidakkah anda merasakan adanya tsabat yang meresap ke dalam jiwa Anda? Dalam kisah Musa Alaihis Salam, Allah berfirman: "Maka setelah kedua golongan itu saling melihat, berkatalah para pengikut Musa: Sesungguhnya kita akan benar-benar tersusul. Musa menjawab: Sekali-kali tidak akan tersusul, sesungguhnya Rabbku bersama-ku, kelak Dia akan memberi petunjuk kepadaku." (Asy Syu'ara : 61-62) Bila Anda bayangkan bahwa kisah tersebut terjadi di hadapan Anda, tidakkah Anda merasakan tsabat di dalam hati Anda?
Berdoa
Di antara sifat hamba-hamba Allah yang beriman adalah selalu memohon kepadanya agar diberi keteguhan iman, seperti doa yang tertulis dalam firman Allah: "Ya Rabb kami, janganlah engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran : 250) Agar hati tetap teguh, maka Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam banyak memanjatkan doa berikut ini, "Wahai Dzat pembolak-balik hati, teguhkanlah hatiku pada agamaMu." (HR. At Tirmidzi)
Berdzikir kepada Allah
Dzikir kepada Allah adalah amalan yang paling ampuh untuk mencapai tsabat. Karena pentingnya dzikir ini, Allah memadukan antara dzikir dengan jihad sebagaimana dalam firman-Nya: "Hai orang-orang yang beriman, bila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah dan dzikirlah kepada Allah sebanyak-banyaknya." (Al Anfal : 45)
Dalam ayat tersebut Allah menjadikan dzikrullah sebagai amalan yang baik untuk mencapai tsabat dalam jihad. Nabiyullah Yusuf Alaihis Salam pun memohon bantuan untuk mencapai tsabat dengan dzikrullah saat dirayu oleh seorang perempuan cantik yang mempunyai kedudukan tinggi.
Demikianlah pengaruh dzikrullah dalam memberikan keteguhan iman kepada orang-orang beriman. Tak seorangpun bisa menjamin dirinya akan tetap terus berada dalam keimanan sehingga meninggal dalam keadaan khusnul khatimah. Untuk itu kita perlu merawat bahkan senantiasa berusaha menguatkan keimanan kita. Makalah ini insya'allah membantu kita dalam usaha mulia itu.
Menjalani Tarbiyah
Tarbiyah (pendidikan) yang semestinya dilalui oleh setiap muslim cukup banyak. Paling tidak ada empat macam.
Tarbiyah Imaniyah, iaitu pendidikan untuk menghidupkan hati agar memiliki rasa khauf (takut), raja' (pengharapan) dan mahabbah (kecintaan) kepada Allah serta untuk menghilangkan kekeringan hati yang disebabkan oleh jauhnya dari Al Qur'an dan Sunnah.
Tarbiyah Ilmiyah, iaitu pendidikan keilmuan berdasarkan dalil yang benar dan menghindari taqlid buta yang tercela. Tarbiyah Wa'iyah, iaitu pendidikan untuk mempelajari siasat orang- orang jahat, langkah dan strategi musuh Islam serta fakta dari berbagai peristiwa yang terjadi berdasarkan ilmu dan pemahaman yang benar.
Tarbiyah Mutadarrijah, yaitu pendidikan bertahap, yang membimbing seorang muslim setingkat demi setingkat menuju kesempurnaannya, dengan program dan perencanaan yang matang. Bukan tarbiyah yang dilakukan dengan terburu-buru dan asal jalan. Itulah beberapa tarbiyah yang diberikan Rasul kepada para sahabatnya. Berbagai tarbiyah itu menjadikan para sahabat memiliki iman baja, bahkan membentuk mereka menjadi generasi terbaik sepanjang masa.
Sunday, October 25, 2009
PKPMI-CA....MENJELANG AIDIL ADHA
QURBAN BERSAMA MASYARAKAT NANGGROE ACEH DARUSSALAM
Dengan tema ‘ Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul’ Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia Cawangan Aceh ( PKPMI-CA ) 2009 / 2010 telah merangka sebuah program ibadah Qurban di bumi Aceh Darussalam. Maklumat mengenai program tersebut adalah seperti berikut :
Tarikh : 27 Nov 2009 / 10 Zulhijjah 1430.
Anjuran : Panitia pelaksana dan seluruh ahli PKPMI-CA.
Sasaran : Mangsa Tsunami (26 Dis 2004) dan konflik, masyarakat sekitar Darussalam ( sekitar kampus IAIN Ar-Raniry dan mahasiswa Malaysia di IAIN Ar-Raniry.
Jumlah : Sekitar 1200 orang.
Objektif :
a) Berkongsi rasa dan kedukaan bersama mangsa korban Tsunami dan konflik.
b) Berkongsi kegembiraan dan kasih dengan saudara seiman di Aceh
c) Membantu penyaluran haiwan Qurban dari kaum Muslimin.
d) Merapatkan silaturrahim dengan seluruh mahasiswa Malaysia di perantauan.
Maklumat mengenai haiwan korban dan kos-kosnya adalah seperti berikut :
a) Keperluan haiwan Qurban adalah 2 ekor lembu dan 4 ekor kambing dengan perkiraan anggaran dana sebanyak :
Lembu Satu bahagian=
RM514.28x7bahagian RM3600x2 ekor lembu
=RM7200
Kambing 1 ekor kambing
RM540 RM540x4 ekor kambing
=RM 2160
JUMLAH RM9360
b) Keperluan Dana Jamuan
1 Beras RM 30.00 x 10 kampit RM 300
2 Sayur-sayuran RM 200
3 Rempah Ratus RM 100
4 Ikan Kering RM 100
5 Perlengkapan RM 200
6 Awasan RM 200
7 JUMLAH RM 1100
Dana yang diperlukan : RM 10, 460.00.
Catatan : Kadar tukaran wang terkini RM 1.00 = Rp 2750.
Sumbangan anda boleh disalurkan ke : 033 – 133711 – 025 ( HSBC ) atas nama Mohamad Azzar bin Ismail.
Jika ada yang ingin menyertai bahagian dari korban ini, sila hubungi YDP PKPMI-CA, Mohamad Azzar ( +6287890305903 ) atau Pengarah Program, Ikram ( +6281919792886 ) atau wakil kami di Malaysia : Anuar ( +60139694922 ).
Monday, October 19, 2009
FIKRAH MAHASISWA ISLAM.
Assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat seluruh saudara seakidah. Agak lama penulis tidak berkesempatan mengisi laman islami ini dengan pengisian.
Hari ini 20 Oktober 2009 (Selasa) , sudah 5 hari mahasiswa Malaysia fakultas syariah di IAIN Ar-Raniry Aceh turun ke medan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai da’ie, duta perubahan, insan penyelamat ummat ke KPM (Kursus Pengabdian Masyarakat).Mereka telah di hantar ke daerah-daerah seluruh Aceh, terutamanya ke pedalaman-pedalaman yang menguji ilmu di dada , kesabaran dan ketabahan menghadapi cabaran di lapangan masyarakat .Alhamdulillah dengan keterlibatan mahasiswa Islam Malaysia dalam mewarnai masyarakat dengan agenda yang berlandaskan islam akan melahirkan pemimpin,dan mahasiswa yang sentiasa peduli kepada problematika ummah.Hanya doa yang mengiringi , semoga amalan mereka diredhai dan dibantu Allah.
Cabaran hari ini memerlukan generasi Al-Quran yang mempunyai visi dan wadah Islam yang jelas bagi merungkai problematika ummah.Kini isu atau propaganda problematika ummah bukan lagi berlegar di bangunan-bangunan kampus tetapi telah masuk ke segenap lapisan kawasan Bandar mahupun desa yang semakin hari , aura kesedaran itu menjadi bualan di bibir –bibir rakyat yang melihat serta merasakan reality kehidupan sebenar.
Suka saya mengajak kalian sama-sama merenung masa depan, bagaimana kita mahasiswa Islam mempersiapkan diri? Bagi saya fokus kepada perjuangan itu penting. Walaupun kalimat perjuangan itu universal. Namun kita sebagai muslim tidak pernah terkecuali di dalam shaf atau kumpulan yang erat menggenggam Panji Islam.
Di sini saya polakan apa yang harus kita target bagi mencapai kesuksesan satu hari kelak.Walaupun perkongsian ini saya drafkan menurut pengamatan saya sendiri.Segala kekurangan saya mohon maaf.Hanya satu saya harapkan seandainya ia bermanfaat ambillah sebagai plan muslim untuk membantu menyelesaikan problematika ummah.
Problematika Asas :
1.Problematika Sejagat
2.Problematika International
3.Problematika National
4.Problematika Masyarakat
5. Problematika Individu
Di atas saya listkan tahap problematika yang menjadi rutin bagi setiap individu. Tentukan di mana posisi kita sekarang. Jadi rancanglah di mana kapasiti kita mampu bergerak, menggerak dan seterusnnya digerakkan. Saya yakin setiap sahabat yang sentiasa melihat ke depan pasti berazam akan terus memikirkan di mana posisi diri yang paling ideal untuk bersama-sama menegakkan syariat Islam. Lakukanlah sesuatu yang menyumbang kepada Islam.Biarlah ia sekecil zarah tetapi imbalannya moga tercatat di sisi Allah.
Di samping mengejar berpartisipasi di kancah dunia yang merumitkan ini,janganlah kita mengambaikan refleksi ruhiyyah yang amat penting bagi kita tingkatkan setiap hari. Ingatlah kekuatan dan pertolongan itu hanya terletak di bawah kekuasaan Allah .Jadilah seperti qudwah hasanah kita rasulullah dan para sahabat. Walaupun hebat merajai dunia tetapi kerdil di hadapan Allah.Allah berfirman:
10. Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?
11. (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.
Hayatilah ayat Allah ini, semoga ia menjadi landasan kita sebagai mahasiswa Islam yang mempunyai misi yang jelas dalam mengimplementasikn ilmu dengan keintelektualan fikrah Islam.wallahua’lam