Friday, February 27, 2009

PERINGATAN BERSAMA



Peringatan Diri.

10 Jenis Solat Yang tidak Diterima Allah.


Hari berganti hari, tahun berganti tahun namun apabila usia kita bertambah,apakah persoalan pada diri kita.Sering kita rasakan bagaimana harus kita siapkan diri untuk menghadapi kehidupan yang penuh dengan onak dan duri. Dan bagaimana kita persiapkan permusafiran kita sebagai hamba mencari sinar dan cinta Ilahi.Puas kita fikir, apa sebenarnya jalan itu.Semuanya bermula daripada solat.Itulah satu ibadah yang merupakan kunci seorang hamba dalam mencari erti sebuah ketenangan yang abadi.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".

Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:-

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.
6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
9. Orang yang suka makan riba.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."

Dari sini sama-sama saya mengajak kalian,perhitunglah amalan kita agar usia kita tidak sia-sia .Dan perbaikilah hubungan kita dengan Allah sebelum ajal menjemput...salam mujahadah buat semua saudara seakidah.

Tuesday, February 24, 2009

Saat Datang Pertolongan ALLAH


Datangnya pertolongan saat kita amat memerlukannya

Pertolongan Allah datang ketika manusia sangat-sangat memerlukan pertolongan tersebut, ketika mereka merasa kehabisan segala daya upaya mereka dan hanya mengharapkan pertolongan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala semata. Ketika itu, mereka mengadukan segala nasib mereka dengan sepenuh hati dan kerendahan diri. Saat itulah Allah Subha Nahu Wa Ta’ala mengabulkan doa mereka.

Ketika itu, mereka mengadukan segala nasib mereka dengan sepenuh hati dan kerendahan diri. Saat itulah Allah Subha Nahu Wa Ta’ala mengabulkan doa mereka.

Kita menyaksikan hal tersebut di dalam sejarah hijrah Nabi s.a.w. Beliau berlindung di dalam gua, bersembunyi di dalamnya bersama para sahabatnya Abu Bakar r.a. Kaum musyrikin terus mencari mereka berdua hingga sampai ke mulut gua tersebut. Saat itu, Abu Bakar berbisik kepada Rasulullah s.a.w, “Wahai Rasulullah, kalaulah salah seorang daripada mereka melihat ke bawah kaki mereka, nescaya mereka akan melihat kita!” Rasulullah s.a.w bersabda; “Wahai Abu Bakar, bagaimana pendapatmu kalau kita berdua, sedang yang ketiga adalah Allah Subha Nahu Wa Ta’ala?”

Al-Quran mengisahkan bagaimana menolong Rasul-Nya pada hari itu, dan dengan apa Allah menolongnya. Ta’ala berfirman;
“Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang daripada dua orang ketika keduanya berada di dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya, “Jangan kamu berdukacita, sesungguhnya Allah beserta kita.” Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” [At-Taubah: 40]

Kita menyaksikan pertolongan yang sama dalam perang Badar. Saat itu, kaum Muslim dalam jumlah yang jauh lebih sedikit daripada kaum musyrik (kurang darripada sepertiga mereka), lebih sedikit kelengkapannya (kaum Muslim mempunyai dua kuda, sedang kaum musyrik mempunyai seratus kuda), dan lebih sedikit latihan dan persiapan mental mereka untuk terjun ke dalam medan perang, kerana mereka pada asalnya keluar untuk menahan rombongan pedagang, bukan untuk berhadapan dengan pasukan perang yang lengkap bersenjata. Tentang hal tersebut, Al-Quran menceritakan;

“Sebagaimana Tuhanmu menyuruhmu pergi daripada rumahmu dengan kebenaran, padahal sesungguhnya sebahagian daripada orang-orang yang beriman itu tidak menyukainya, mereka membantahmu tentang kebenaran sesudah nyata (bahawa mereka pasti menang), seolah-olah mereka dihalau kepada kematian, sedang mereka melihat (sebab-sebab kematian itu).” [Al-Anfaal: 5-6]

Meskipun demikian, pertolongan Allah Ta’ala terhadap kaum Mukmin datang ketika mereka meminta pertolongan kepada Allah Ta’ala, dan Dia mengabulkannya.
“(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu, “Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut.” [Al-Anfaal: 9]

Rasulullah s.a.w. pada hari itu berdoa kepada Tuhannya dengan penuh harapan.
“Ya Allah, kabulkanlah doa ku. Ya Allah, jika pasukan ini hancur dikalahkan, nescaya Engkau tidak akan disembah lagi di muka bumi ini setelah hari ini.”

Rasulullah s.a.w terus berdoa hingga selendangnya terjatuh , hingga Abu Bakar r.a. berkata kepada baginda, “Demi Allah! Wahai Rasulullah, Allah pasti akan menolong, Allah pasti akan menolong dan mengabulkan doamu.”

Kekuasaan Allah Ta’ala semata-matalah yang mengatur pertempuran itu dari atas tujuh lapis langit. Dialah yang mengatur dan memilih tempat dan waktunya.
“Sekiranya kamu mengadakan persetujuan (untuk menentukan hari pertempuran), pastilah kamu tidak sependapat dalam menentukan hari pertempuran itu. Akan tetapi, (Allah mempertemukan dua pasukan itu) agar Dia melakukan suatu urusan yang mesti dilaksanakan, iaitu agar orang yang binasa itu binasanya dengan keterangan yang nyata dan agar orang yang hidup itu hidupnya dengan keterangan yang nyata (pula). Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” [Al-Anfaal: 42]

Kekuasaan Allah Ta’alalah yang berada di belakang tangan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ketika baginda melemparkan segenggam debu ke muka kaum musyrik, dan kekuasaan Allah Ta’ala pula yang berada di belakang tangan kaum Mukmin ketika mereka memerangi kaum musyrik. Allah Subha Nahu Wa Ta’ala berfirman;
“Maka (yang sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, tetapi Allahlah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melontar ketika kamu melontar, tetapi Allahlah yang melontar…” [Al-Anfaa: 17]

Di sini, Allah Ta’ala memberikan anugerah kepada Rasulullah s.a.w dan kaum Mukmin dengan memberikan pertolongan kepada mereka dalam perang Badar. Allah Ta’ala berfirman;
“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam perang Badar, padahal kamu (ketika itu) adalah orang-orang yang lemah. Kerana itu, bertakwalah kepada Allah supaya kamu mensyukuri-Nya.” [Ali Imran: 123]

Thursday, February 19, 2009

ISTIQAMAH


Ya Allah bantulah kami, dan teguhkanlah kami di jalan Mu Ya Alllah….

Istiqamah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.

Daripada pengertian ini dapat dirumuskan unsur-unsur utama istiqamah:
Berpegang pada akidah yang benar, aqidah ahli As-sunnah Waljamaah.
Melaksanakan tuntutan Syariat Islam berpandukan Al-Quran dan hadis Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam.
Mempunyai prinsip dan keyakinan yang tidak akan berubah atau goyah.
Tidak terpengaruh dengan dakyah dan godaan hawa nafsu dan syaitan.
Tidak tunduk pada tekanan demi melaksanakan tanggungjawab dan mempertahankan kebenaran.
Istiqamah menjadi tuntutan agama.

Sifat yang mulia ini menjadi tuntutan Islam seperti yang diperintahkan oleh Allah Taala dan Rasulnya .
(Surah Fusilat Ayat ' 6)
Ertinya: Katakanlah ( Wahai Muhammad ): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada Aku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu; maka hendaklah kamu teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredhaanya)......

Ertinya: Katakanlah: Saya beriman dengan Allah kemudian teguhkan pendirian kamu.
Ruang lengkap Istiqamah
Istiqamah merupakan daya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia dalam melaksanakan tuntutan Islam, mulai daripada amalan hati, amalan lisan dan anggota tubuh badan. Jelasnya, segala amalan yang dapat dirumuskan dalam pengertian ibadah samada fardu ain atau fardu kifayah memerlukan istiqamah:
Contoh Istiqamah
Istiqamah dalam Iman dan melaksanakan tuntutan Iman.
Istiqamah dalam solat dan Ibadah-ibadah khusus yang lain.
Istiqamah dalam menegakkan kebenaran dan keadilan serta menentang kebatilan dan kezaliman.
Istiqamah dalam ibadah umum seperti belajar, berniaga dan membuat kerja-kerja yang diizinkan oleh syarak.
Dengan matlamat untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat serta di redhai Allah.
Tahap-tahap Istiqamah

Ada tiga tahap Istiqamah yang perlu berlaku serentak iaitu:
Istiqamah hati: sentiasa teguh dalam mempertahankan kesucian iman dengan cara menjaga kesucian hati daripada sifat syirik, menjauhi sifat-sifat cela seperti riak dan menyuburkan hati dengan sifat terpuji terutamanya ikhlas. Dengan kata-kata lain Istiqamah hati bermaksud mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap kebenaran. Firman Allah Taala.
(Surah Al-Furqan ' ayat 32 )

Ertinya: Dan orang-orang yang kafir berkata : "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali ( dengan sekali gus ) ? diturunkan Al-Quran dengan cara yang demikian kerana hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.

Istiqamah lisan: memelihara lisan atau tutur kata daripada kata-kata supaya sentiasa berkata benar dan jujur, setepat kata hati yang berpegang pada prinsip kebenaran dan jujur, tidak berpura-pura, tidak bermuka-muka dan tidak berdolak dalih.
Istiqamah lisan terdapat pada orang yang beriman, berani menyatakan dan mempertahankan kebenaran dan hanya takut kepada Allah Taala. Firman Allah Taala:
(Surah Ibrahim ' Ayat 27)
Ertinya: ....Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.....

Istiqamah perubatan: Tekun berkerja atau melakukan amalan atau
melakukan apa saja usaha untuk mencapai kejayaan yang di redhai
Allah. Dengan kata-kata lain istiqamah perbuatan merupakan sikap dedikasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan, perusahaan atau perjuangan menegakkan kebenaran, tanpa rasa kecewa, lemah semangat atau putus asa. Sikap ini menjadi begitu rupa kerana dorongan hati yang istiqamah.

Hikmat Istiqamah

Istiqamah merupakan sikap jati diri yang teguh dan tidak luntur oleh apa jua pengaruh dan cabaran. Sikap ini membolehkan seseorang itu terus berusaha untuk mencapai matlamat daripada usaha dan pengorbanannya. Akhirnya sikap inilah yang menjadi faktor utama kejayaan.
Dengan kata lain istiqamah menjadi faktor pencapaian matlamat dalam apa jua bidang sama ada bidang agama, siasah, ekonomi, pendidikan, penyelidikan, perusahaan dan perniagaan. Peribahasa melayu ada menyebutkan, "berpantang maut sebelum ajal."
Kejayaan melaksanakan tuntutan iman dan matlamat amal Soleh dapat dicanai
dengan sikap istiqamah seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran.
(Surah Fusilat-Ayat 30-32)

Ertinya: Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinan dengan berkata : "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah Malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham):
"Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah di janjikan kepada kamu."

"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang kamu ingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari ituapa yang kamu cita-citakan mendapatnya." "(pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani !"

Membentuk Sikap Istiqamah
Sikap Istiqamah dapat di bentuk dengan menanamkan unsur-unsur yang berikut ke dalam diri:
1.Matlamat yang unggul iaitu berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
2.Semangat dan daya juang yang tinggi serta tidak mudah mengalah atau berputus asa.
3.Prinsip yang benar berasaskan Al-Quran dan hadis Rasullallahi Sallallahu Alaihi Wassalam.
4.Ilmu dan maklumat yang cukup.
5.Strategi yang kemas dalam perjuangan.
6.Usaha yang berterusan.
7.Yakin kepada takdir dan janji Allah Taala.
8.Berdoa dan bertawakal.
9.Bersyukur dan redha.

Sikap ini dapat diteladani daripada Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam, para sahabat, para mujahid, syuhada" dan salihin seperti yang tertera di dalam gambaran sejarah.

Manusia dalam perjuangan hidup

Perjuangan dalam hidup manusia amat luas daerahnya. Ada perjuangan yang kecil dan ada perjuangan yang besar. Contoh perjuangan yang kecil ialah apa jua usaha yang dilakukan untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan di dunia. Sedangkan perjuangan yang besar ialah segala usaha untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan di dunia. Sedangkan perjuangan yang besar ialah segala usaha untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Asas bagi menentukan kecil atau besar tahap perjuangan itu ialah:
1.Matlamat perjuangan.
2.Halangan atau cabaran terhadap perjuangan.
3.Risiko atau pengorbanan yang diperlukan.

Sebenarnya orang yang berusaha untuk mencapai kejayaan di dunia sahaja adalah orang yang akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat, sedangkan orang yang berusaha untuk mencapai kejayaan di akhirat sebenarnya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Firman Allah Taala:
(Surah Al-Hadid" Ayat 20-21) .
Berlumba-lumba kamu (mengerjakan ama-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulnya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakinya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar .

Istiqamah dalam perjuangan

Perjuangan yang suci di redhai Allah tidak terlepas daripada cabaran terutamanya perjuangan menegakkan Islam sama ada dalam diri, dalam keluarga dan dalam masyarakat. Cabaran itu hanya akan dapat di atasi oleh semangat jihad yang tinggi, beristiqamah, bersabar dan tidak berputus asa.
Firman Allah Taala:
(Surah Yusof ' Ayat 87)
Ertinya: Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.

Tuesday, February 17, 2009

LAHIRNYA PERGERAKAN HAMAS




Syaikh Yassin pernah ditanya tentang awal mula pergerakan ini dinamakan HAMAS.Dan berikut ini cerita Syaikh Yasin mengenai penamaan tersebut.

“Pada surat pernyataan pertama yang pernah kami keluarkan,saya hanya menandatanganinya dengan mencntumkan huruf (ha,mim,sin), dan sama sekali tidak ada bayangan dalam benak ini tentang kata-kata “HAMAS”.Setelah dua sampai 3 kali perbyataan yang dikeluarkan, akhirnya yang lain berkumpul dan mengusulkan untuk memberikan sebuah nama. Kemudian mereka berfikir untuk mencari nama yang pas, sampai akhirnya ada salah seorang yang menemukan nama yang cocok yaitu HAMAS, berdasarkan huruf-huruf yang ditandatangani dalam surat-surat sebelumnya.

Maka lahirlah HAMAS pada tanggal 9 Desember 1987.Yang penting bagi saya adalah substansinya.Saat ini, saya ingin merintis periode baru sebuah pergerakan Islam untuk melawan para penjajah.Maka, saya ingin memberikan nama yang relevan dengan kondisi yang sedang terjadi. Dan kondisi yang sedang terjadi sekarang (penjajahan) memerlukan adanya perlawanan.Oleh karena itu pergerakan ini diberi nama dengan Pergerakan Perlawanan Islam (Harakah Al-Muqawamah Al-Islamiyyah disingkat HAMAS)”

Sekilas Tentang HAMAS

Harakah Al-Muqaawamah Al-Islamiyyah atau disingkat HAMAS adalah sebuah pergerakan rakyat Palestina yang berusaha untuk membebaskan tanah airnya yang menjadikan Islam sebagai asas pergerakan tersebut.

Prkembangan dan Pertumbuhan HAMAS.

HAMAS memang dideklarasikan pada tahun 1987, akan tetapi keberadaannya di Palestina dengan nama yang lain telah ada sebelum tahun 1948, yang mana keberadaannya dianggap sebagai kepanjangan dari Jamaah Ikhwanul Muslimin yang didirikan di Mesir pada tahun 1928.

Sebelum HAMAS dideklarasikan pada tahun 1987, gerakan ini telah ada di bumi Palestina dengan nama “ Al-Muraabitun ‘ala Ardhi Al-Isra” dan “Harakah Al-Kifah Al-Islami.”Syaikh Yasin mendirikan pergerakan HAMAS bersama sahabat-sahabatnya dari unsure Ikhwanul Muslimin yang juga berjuang untuk Palestina seperti DR.Abdul Aziz Rantisyi,DR. Mahmud Zhihar dan yang lainnya.

Faktor-faktor yang Mendukung Berdirinya HAMAS.

Banyak faktor yang mendukung kemunculan pergerakan ini,seperti faktor dalam negeri , regional dan internasional. Yang menjadi faktor dalam negerinya adalah karena semakin ganasnya penjajahan Israel terhadap Palestina yang disertai tindakan-tindakan mereka yang memancing amarah merupakan sebab yang menjadi motivator munculnya HAMAS.Adapun yang menjadi faktor regionalnya (seluruh kawasan Arab) adalah ekses dari kekalahan Perang 1967 dan berubahnya ide perlawanan menjadi perjanjian damai,ditambah lesunya semangat kebangkitan Islam pada masyarakat Palestina. Semuanya ini mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap munculnya pergerakan yang berjuang dalam medan politik Palestina.

Pernyataan Pertama

Sebuah tindak kejahatan yang menjadi penyebab pergerakan ini mengeluarkan pernyataan pertamanya dan juga dianggap sebagai hari jadi pergerakan ini,adalah ketika seorang Yahudi pengemudi truk trailer membunuh empat orang pekerja Palestina pada tanggal 6 Desember 1987, Kemudian pergerakan ini mengadakan tindak balasan terhadap pemerintah Israel pada tanggal 15 Desember 1987.Hal tersebut juga membantu aksi intifadhah yang meletus pada tahun 1987, untuk memperluas medan perjuangannya dan agar dikenal oleh seluuh bangsa Palestina dan bangsa-bangsa Arab lainnya.

Orientasi Pemikiran HAMAS

HAMAS sama sekali menolak tentang hak Yahudi dari Palestina .Kerananya HAMAS selalu berupaya untuk mengusir Yahudi dari Palestina.Palestina memang pernah menerima mereka secara sementara, yaitu dengan jalan gencatan senjata pada tahun 1967.Namun , hal tersebut bukan berarti Palestina mengakui hak Yahudi terhadap tanah Palestina .Pertikaian antara Palestina dengan Israel dianggap sebagai pertarungan eksistensi, bukan sekadar pertarungan untuk memperebutkan perbatasan (daerah).Bangsa Palestina memandang Israel merupakan bagian dari kolonialisme barat dan Zionis yang bertujuan untuk mengusir bansa Palestina dari negerinya dan merusak kesatuan bangsa Arab. Rakyat Palestina meyakini, bahwa jihad dengan berbagai bentuknya merupakan jalan untuk memerdekakan tanah Palestina, dan mereka menolak untuk mengadakan perjanjian damai dengan Israel karena dianggap hanya menyia-nyiakan waktu dan menyebabkan terjadinya perampasan hak.

Gerakan Militer dalam Pandangan HAMAS

Gerakan militer dalam dalam pandangan HAMAS merupakan sebuah strtegi untuk menghadapi rencana Zionis dalam memusnahkan eksistensi Arab dan Islam secara keseluruhan.Dan, HAMAS meyakini bahwa cara tersebut bisa mencegah peluang ekspansi Israel terhadap dunia Arab dan Islam.Karena HAMAS menganggap pertikaian mereka dengan Israel itu, HAMAS melakukan aksi-aksi militernya lewat sayap militer mereka yang diberi nama Brigade Izzudin Al-Qassam dengan HAMAS mempunyai peranan utama dalam melakukan aksi perlawanan untuk membebaskan Al-Aqsa yang dimulai pada September 2000 dan terus berlangsung sampai saat ini.

Teroris versi Amerika

Amerika Serikat mencantumkan pergerakan HAMAS dalam gerakan terorisme, karena telah melakukan perlawanan terhadap penjajah di bumi Palestina.Karenanya HAMAS dianggap telah melakukan keganasan yang besar.Disebabkan pergerakan ini telah didaftarkan sebagai terorisme ,jadi Menteri Israel ketika itu bertindak memusnahkan pergerakan tersebut dengan pelbagai cara,termasuk membunuh dan mensasarkan kepada pemimpin HAMAS.

HAMAS dan Gencatan Senjata

Julai tahun 2003,HAMAS dan Jihad Al-Islami mengumumkan genjatan senjata selama 3 bulan. Disebabkan kematian Ismail Abu Syanab pada 23 Ogos 2003 di tengah kota Gaza, menyebabkan terbatalnya gencatan senjata tersebut.Dan pada Januari 2004,HAMAS menyatakan kesediaan melakukan genjatan senjata selama 10tahun dengan Israel ,sehubungan dengan permunduran pasukannya dari perbatasan Palestin ke perbatasannya yang dahulusebelum 5 Julai 1967.Disebabkan sukar untuk membebaskan Palestin pada masa itu, HAMAS pun menerima genjatan senjata itu secara bertahap dan mensyaratkan agar Israel menarik diri dari Palestin.Utusan Mesir khususnya Jeneral Umar Sulaiman berperanan dalam mengatur pertemuan antara gerakan perlawanan Palestin sebagai oposisi, dengan pemerintah yang berupaya untuk mengadakan kesepakatan dalam genjatan senjata ini.

Sumber:

Amir Syammakh,Syaikh Ahmad Yasin Syahid Yang Membangunkan Umat

aljazirah.net.

Ikwan online

Sunday, February 15, 2009

SEDARLAH.....WAHAI WANITA!!



Bismillahirrahmanirahim….. tiba-tiba hati ini sebak dan terus terlintas di fikiran untuk menulis warkah ini. Inilah sebuah harapan dan sebuah cita-cita semoga bertemu jalan penyelesaian.

Dunia setiap hari dikejutkan dengan berbagai isu-isu yang sentiasa membuatkan kita berfikir, takut dan rasa bersalah dan bagaimana keadaan selepas ini.Apa lagi yang harus kita lalui.Diriku teringat tentang satu isu yang tidak sepatutnya dipersoalkan dan ku cuba ingin melontarkan sesuatu dan seandainya kata-kata ini didengari oleh kalian sebarkanah ia.Ia adalah mengenai SISTER IN ISLAM.Sebuah pertubuhan yang mewujudkan pelbagai kontroversi yang sentiasa mempermainkan minda masyarakat agar terus hitam dan berkarat.Lalu terlintas di fikiran mungkin inilah agenda Yahudi yang mempunyai strategi yang sangat halus.

Ku tujukan warkah ini buat diri yang bergelar gadis,wanita dan ibu yang mempercayai segala hujah mereka.Sebelum kuteruskan ingin ku mengajak supaya wanita bersihkan nurani dan kembali kepada kejadian penciptaan kita, siapa sebenarnya kita, bukankah kita hanya diberi pinjaman daripada Allah dan satu ketika nanti kita akan menemuinya, kita adalah makhluk yang tidak berkuasa dan adakah layak kita menentang sunnatullahnya.

Ku harap semoga wanita tidak mudah berkiblat kepada barat ,jangan mudah kita membenarkan kata-kata Yahudi Percaya dan yakinlah bahawa disebalik semua ini mereka sudah bersorak gembira dan ada agenda orientalis barat untuk mengeksploitasikan wanita supaya agar misi menghancurkan Islam tercapai.Ucapkanlah astaghfirallahala’zim dan bertaubatlah kepada Allah. Seandainya kejahilan yang membelenggu menyebabkan keliru dengan kebenaran.Cerahkanlah ia segera, jernihkanah ia dengan nur Ilahi semoga Allah melindungi hambanya yang bertaubat.Kenalilah Allah dan jangan disebabkan tamak kepada pangkat dan kuasa kita sanggup melanggar syariat Allah. Dan jangan sampai memilih jalan syaitan.Inilah yang berlaku pada pemimpin hari ini sanggup menghancurkan orang lain demi kepentingan peribadi.
Dari pembacaan dan pemerhatian ku ,mereka yang terlibat dengan pertubuhan ini ada di antaranya mempunyai sejarah tersendiri, jadi di sini ku ingin nasihatkan agar kalian tidak terus dimainkan oleh perasaan tetapi ambillah Al-Quran sebagai pedoman,Ikhlas ku katakan ada dikalangan wanita yang kurang bahagia hidupnya, tetapi percayalah mungkin itu ujian Allah yang diturunkan supaya dosa-dosa lalu terhapus. Ku tahu ada wanita yang sanggup berkorban tetapi dikhinati, ada wanita yang setia didustai ,ada wanita yang berkhidmad dianiaya,dan ada wanita ditindas, tetapi jangan sampai penderitaan ini kalian sanggup menggadai agama,sanggup melanggar aturan Allah dan sanggup menghina nabi dan sanggup memerangi pejuang Islam, sedarlah kalian berada dalam kesesatan yang nyata.

Bukan begini caranya masih banyak keindahan Islam yang tersedia untuk memberi penawar segala penderitaan ini.Ku tulis agar wanita-wanita ini menjadi tiang agama dan bukan sebagai bom-bom yang menhancurkan Islam.Ingatlah jangan disebabkan kemarahan kalian sanggup memesongkan akidah sedarlah!nauzubillah.Di kala wanita bertindak menyokong sister in Islam ini,sebenarnya kita telah membunuh jiwa-jiwa Islam dan membuatkan Yahudi terus ketawa dan menang.Wanita,jangan biarkan Islam kalah kepada Yahudi dengan tindakan bodoh kita.

Kita punyai akal dan kawallah perasaan kita, selesaikanlah setiap perkara berlandaskan Al-Quran dan fikiran yang penuh segar dan jiwa yang lapang dalam mendepani cabaran hidup.Satu pesananku biarlah di dunia ini ibarat bara dan penuh onak dan duri, namun di akhirat kelak nyaman dihiasi mahligai yang indah mewangi.

Bila mengenangkan wanita hari ini, ingatanku terimbau di lipatan sejarah mengenai kisah Asiah seorang isteri kepada Firaun yang zalim, di sini dia berjaya mempertahankan aqidahnya walaupun berhadapan dengan kegetiran nyawa.Wanita, jadikanlah kisah-kisah ini sebagai motivasi diri, penguat jiwa dan cita-cita melangit menuju syurga.Serahlah segalanya pada Allah.Dan hanya Allah yang layak menghukum kejahatan hambanya.Janganlah membalas kejahatan itu dengan merosakkan pegangan kita sebagai umat Islam dan mengikuti jalan-jalan yang menghancurkan Islam.Sepatutnya kita umat islamlah yang harus memerangi pemikiran-pemikiran bebas dan liar ini.Wanita perlulah menilai setiap perkara itu sesuai dan menurut perspektif yang benar, yang mempunyai sumber dan pendirian prinsip Islam yang benar.

Selain faktor-faktor di atas serangan pemikiran seperti fahaman liberalisme, sekularisme, pluralisme juga yang terus mengelirukan jiwa umat Islam daripada berfikir dan melihat dari perspektif Islam yang tulen. Begitulah yang terjadi pada wanita hari ini , mereka disibukkan dengan perkara yang melalaikan yang seterusnya mematikan hati, dan mudahlah anasir-anasir seperti SISTER IN ISLAM ini meracuni kotak pemikiran mereka.

Akhirnya diriku cuba melontarkan , sekiranya pertubuhan ini adalah senjata mereka untuk menjatuhkan Islam ,jadi peranan kita sebagai pemuda dan pemudi Islam untuk mencerahkan golongan-golongan ini agar meletakkan pemikiran mereka suci dan jelas aqidah.Selain itu kita haruslah memikirkan strategi-strategi yang dapat mengalahkan SISTER IN ISLAM daripada terus menanamkan benih-benih keingkaran terhadap Allah.

Kesimpulannya kita sebagai umat Islam perlu terus bekerja dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.Ingatlah tugas ini berat, jadi sama-samalah kita teguhkan iman dan bersatu melangkah menuju keredhaan ALLAH.Semoga orang yang menindas umat Islam ini akan dibalas oleh Allah dan menggagalkan usaha jahat mereka terhadap Islam.

Saturday, February 14, 2009

Sentuhan Tarbiyah Islam

DALAM SKOP TARBIAH DAN TAKWIN
Assalamualaikum, di sini sedikit perkongsian buat diriku dan muslimah, semoga kita jadikan diri kita bermanfaat pada Agama Islam dan dapat membahagiakan semua orang.Semoga panduan ini menjadi garis untuk terus mentarbiyah dan ditarbiyah.Semoga dengan kasih sayang Allah kita semua mendapat tarbiyah daripada Allah.Amin....

Pembentukan syaksiyah muslimah ialah langkah pertama dalam skop pembinaan agama Islam,walau apapun uslub harakah dan manhaj amalnya.Syaksiyah Islamiyyah tidak mungkin terbina dan sempurna kelahirannya selagi ia tidak terlepas dan pengaruh kesan kesan masyarakat Jahiliyyah dan dan dualisma penerimaan dan pengarahan.Patut disebut di sini bahawa maksud pembinaan syaksiyah muslimah ialah pembentukan kadar kepimpinan atau penyusunaƱ hairaki perkadaran diperingkat yang dituntut oleh penentangan jahiliyyah.Sifat-sifat yang unggul yang perlu ada dalam syaksiyah Islamiyyah: —

Pertama:
Melepaskan dari Jahiliyyah sepenuhnya sama ada dalam perasaan, atau pemikiran dan konsep, atau amalan dan urusan.

Kedua:
Beriltizam dengan Islam dan hukum-hukumnya secara sepenuhnya dan menjadikannya paksi hidup, titik tolak berfikir pengkalan tasawwur dan punca hukum dalam setiap persoalan dan objek.

Ketiga:
Menganggap jihad pada jalan Allah sebagai matlamat asasi dan kewujudan kita. Di mana konsep ini memerlukan persiapan yang cukup untuk berkorban dengan segala sesuatu untuk mencapai tujuannya.

Hakikat yang tidak boleh dipertikaikan lagi bahawa manhaj dan uslub yang dipegang oleh harakah Islamiyyah belum mencapai peringkat yang mampu untuk membentuk syaksiyah Islamiyyah dan segi sifat dan ciri-cirinya. Pada realitinya apa yang dikemukakan oleh manhaj-manhaj ini tidak melebihi sebahagian kecil dan pengetahuan umum Islam dan pengarahan kerohanian atau akhlak yang tidak memampukan kita membentuk individu muslim yang dicita-citakan. Yang membolehkan seseorang itu berkeahlian sebagai ‘rajul al-Aqidah’ — tentera ‘aqidah yang beriman dan hidup untuk ‘aqidahnya mengorbankan sesuatu yang mahal dan berharga demi untuknya.Tujuan asasi dan tabiyah dan takwin Islam ialah tercapainya operasi antara Islam dan individu individunya yang membolehkan mereka tajarrud dan sebarang nilai lain, tajarrud dan nilai-nilai bumi ciptaan manusia dan tarikan kebendaan, tajarrud dan kemegahan panggilan hawa nafsu, malah hanya megah dengan kebenaran, di mana mereka mengikuti kebenaran, tidak lagi mengikut hawa nafsu atau perasaan peribadi. Itu semua bererti tajarrud kerana Allah S. W. T .
Muhammad Qutub, Minhaj Tarbiah Islamiah.

Wednesday, February 11, 2009

JANJI ALLAH PASTI DATANG!




Pada suatu hari Abu 'Ubaidah ibnu al-Jarrah bertanya kepada Rasulullah SAW: 'Wahai Rasulullah, siapakah manusia paling dahsyat azabnya pada hari kiamat?" Baginda menjawab: ''Seseorang yang membunuh nabi atau orang yang melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar."




Kemudian baginda membaca ayat yang bermaksud: ''Sesungguhnya orang yang kufur ingkar ayat keterangan Allah, dan membunuh Nabi dengan jalan tidak benar, serta membunuh orang yang menyeru manusia berbuat adil, maka sampaikanlah berita menggembirakan mereka dengan azab pedih." (Surah Ali 'Imran: 21)




Baginda meneruskan ceritanya:''Wahai Abu 'Ubaidah, ketahuilah bahawa Bani Israel sudah membunuh 43 nabi pada sebelah pagi dalam satu masa. Kemudian ada 170 orang Bani Israel yang mengajak mereka membunuh nabi berkenaan kepada ma'ruf dan menegah mereka daripada mungkar tapi mereka juga membunuhnya pada sebelah petang." (Hadis riwayat Abu Hatim dan Ib Jarir).Dan dalam riwayat lain, Abdullah ibn Mas'ud meriwayatkan bahawa Bani Israel membunuh 300 nabi dalam satu hari.




Dalam al-Quran, keganasan bangsa Yahudi yang membunuh atau akan membunuh atau mengaku membunuh banyak nabi direkodkan dalam beberapa ayat sucinya. Ia direkodkan setidaknya dalam 11 ayat dengan menggunakan sama ada kata kerja mudari' (continuos tense), madi (past tense) dan dalam bentuk kata benda dasar. Sebagai contoh, ayat yang menggunakan kata kerja mudari' adalah ayat bermaksud''Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu kepada apa yang diturunkan Allah, mereka menjawab: Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami. Dan mereka ingkarkan yang lain yang diturunkan kemudiannya, padahal al-Qur'an itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah: Jika demikian, mengapa kamu membunuh Nabi-Nabi Allah yang dulu kalaulah kamu orang beriman?" (Surah al-Baqarah: 91)




Ayat yang menggunakan kata kerja masa lampau dan sebagai pengakuan bohong mereka ada dalam ayat bermaksud:''Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: Sesungguhnya Kami membunuh al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya, tetapi diserupakan bagi mereka. Dan sesungguhnya orang yang berselisih faham, padanya, sebenarnya berada dalam keraguan mengenai pembunuhan itu. Tiada suatu pengetahuan pun mengenainya selain mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin." (Surah al-Nisa: 157)




Ayat yang menggunakan kata benda dasar adalah ayat bermaksud: ''Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, dan mereka kufur ayat-ayat keterangan Allah, dan mereka membunuh Nabi-Nabi dengan tiada suatu alasan yang benar, dan mereka berkata: Hati kami tertutup. Bahkan Allah memeterai hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit saja di antaranya." (Surah al-Nisa: 155)




Mereka juga berniat membunuh Nabi Harun Alaihissalam, firman Allah maksudnya: ''Dan apabila Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan dukacita, berkatalah dia: Amatlah apa yang telah kamu lakukan sepeninggalanku; Apakah kamu mahu mendahului perintah Tuhanmu? Dan ia meletakkan Lauh-lauh itu serta ia memegang (rambut) kepala saudaranya (Nabi Harun) sambil menarik kepadanya. Nabi Harun berkata: Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaummu memandang aku lemah dan nyaris-nyaris mereka membunuhku; maka jangan engkau jadikan musuh bergembira melihatku, dan janganlah engkau jadikan aku termasuk dalam golongan orang zalim." (Surah al-A'raf: 150)




Sebagai balasan atas kekejaman, keganasan dan tebal muka bangsa Yahudi di atas, Allah pun menghukum mereka dengan hukuman seperti disebutkan dalam al-Quran maksudnya:''Mereka ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab daripada manusia. Dan mereka kembali mendapat kemurkaan Allah, dan mereka ditimpa kemiskinan. Yang demikian itu, disebabkan mereka ingkar akan ayat-ayat Allah, dan mereka membunuh Nabi-Nabi dengan tiada alasan benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas." (Surah Ali 'Imran: 112).
*Bahan ini adalah kiriman dari kakak yang berada di bumi Mesir