Thursday, June 24, 2010

PUISI PERJUANGAN

Pesan Terakhir (Sajak oleh Syed Qutb)

Sahabat…
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakaniah obor untuk umat ini
Dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana

Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.

Sayyid Qutub-1966

Thursday, June 10, 2010

MENUJU MUSLIMAH KE PARLEMEN NEGARA ....TAKBIR

Muktamar Muslimat lulus usul 30% jawatan untuk Muslimat
Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 10 Jun: Muktamar Dewan Muslimat PAS hari ini meluluskan usul mendesak PAS Pusat membuat ketetapan di semua peringkat agar melantik 30 peratus daripada ahli Jawatankuasa kerjanya daripada kalangan muslimat.

Usul yang dikemukakan oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan Kubang Kerian, yang telah dipinda oleh lembaga penapis usul DMPP itu bersetuju dengan desakan itu demi untuk memberi pengiktirafan kepada muslimat yang mewakili separuh daripada pengundi dan separuh daripada rakyat Malaysia.

Ianya juga dipersetujui demi untuk menyahut resolusi Pakatan Rakyat 2009 dan Deklarasi Beijing.

Usul berkenaan dibacakan semula oleh Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Senator Mumtaz Md Nawi, dengan pindaan.

Usul asal yang dikemukakan oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan Kubang Kerian antara lain berbunyi Dewan Muslimat mendesak PAS Pusat mewujudkan jawatan Naib Presiden 1V di peringkat PAS Pusat dan jawatan Timbalan Pesuruhjaya 1V di peringkat perhubungan PAS negeri dan dan Wilayah Persekutuan.

Terdahulu beberapa perwakilan muslimat dari kawasan berbeza pendapat mengenainya dengan ada yang menyokong dan ada yang membantahnya.

Antara yang menyokong usul asal perwakilan dari Padang Rengas, Dungun.

Namun ada juga beberapa perwakilan yang mewakili kawasan masing-masing turut menolak, antaranya Selangor, Rompin, Kelana jaya.

Perwakilan dari Rompin, yang menolak usul berkenaan berkata dengan jawatan yang banyak akan menyebabkan mereka tidak mampu untuk mengendalikannya.

Menurutnya, bersesuaian dengan dengan peranan muslimat yang telah diletakkan oleh Islam itu sendiri di mana mereka tidak boleh dijadikan imam solat secara bersama dengan muslimin dan berbagai lagi, amat wajar jawatan tertinggi di peringkat parti tidak diberikan kepada muslimat.

Lagipun, menurutnya jawatan lain telah diberi kelonggaran untuk pimpinan seperti Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun), Senator dan wakil-wakil rakyat.

Bagaimanapun perwakilan dari Dungun, Terengganu pula memberitahu, kegagalan mengurus akibat tanggungjawab yang banyak kerana sikap individu mereka sendiri dan bukannya jawatan.

Katanya, untuk menerajui kepimpinan negara, muslimat amat wajar mengisi kerusi tersebut sebagai persiapan.

Monday, May 31, 2010

SYAHID YANG MEMBANGKITKAN UMMAT……

Sejarah pernah mengajar kita erti keizahan Islam,
Satu saat nantikan ia pasri terlestari,
Israel! Kau sangka hati umat Islam lemah,hina dan dhaif,
Tunggulah satu saat, kelemahan ini akan mengajar kebiadabanmu,
Satu saat pasti tersiap jundullah-jundullah yang menghancurkanmu,
Dendam membara terhadap kekejaman mengajar hati kami sentiasa teguh dan hidup untuk membungkammu Israel.

Air mata darah bersimbah kebumi…lagi membakar kewibawaan kami untuk mencabar dirimu Israel…

Doa dan munajat kami tiada pernah henti…. Yakin tentera Allah pasti menang,
Dunia ini tiada harganya,,,tunggulah balasan dan azab di hari pembalasan nanti

Di kala itu Engkau mengerti erti penderitaan dan kezaliman.
Ku terus memohon walaupun hati-hati kerdil ini tidak berdaya namun cita-cita syahid sentiasa mekar di sanubari…Adakah peluang itu buat kami..
Bangkitlah dan terus melaju…jadilah tombak dan peluru yang tepat sasarannya.
Moga Israel terus terlakanat.

Thursday, May 27, 2010

SUARA UMAT ISLAM

Sense Belonging
SUPPORT AND SENSITIVITIE FOR ISUES IN MALAYSIA
Seputar beberapa waktu, telah terjadi beberapa isu dan problematika yang menyebabkan tergugatnya agama dan rakyat. Sebagai suara mahasisiwi saya menyeru kepada sahabat-sahabat yang mempunyai dinamika Islamik agar bersungguh-sungguh berperan / menyumbang tenaga untuk menegakkan kebenaran. Di bawah beberapa catatan ringkas mengenai isu-isu berikut:
1. Judi Bola.
Rakyat Malaysia perlu peka dan sedar bahwa ini adalah isu berkaitan Umat Islam. Sewajarnya rakyat Malaysia menyertai Gerakan Membantah Judi (GMJ). Kita yang bergelar umat Islam menjadi kewajipan untuk melaksanakan amar makruf nahi mungkar.
2. Isu (KTMB)
Rakyat perlu bijaksana menghadapi isu ini, kita berhak mendapat penjelasan dan penerangan , kenapa tanah milik Keretapi (KTMB) di Tg Pagar diserahkan kepada Singapura???
3. Isu AUKU
Dalam diari seorang mahasiswa mempunyai integrity terhadap pemerintahan dan kepimpinan Negara menjadi satu kewajiban . Jadi apa yang terjadi mengapa 4 orang mahasiswa yang cuba menyuarakan pendapat dan suara harus disekat. Menjadi lumrah sifat anak muda akan lebih aktif dan idealis ,laju untuk menuju kejayaan. Sikap mereka ini penting diketengahkan kerana tindakan mereka adalah mengikut aturan Negara yaitu mempunyai hak demokrasi…..

Mulakan peranan dengan diri kita,,,,, lakukan sesuatu untuk menuju redha allah.

Tuesday, May 18, 2010

BINTANG-BINTANGKU

Bicara Hati…
Tatkala kulihat….. langit sebak dadaku,
Satu ketika ku pernah memiliki bintang-bintang yang menyinari diri ini…
Namun kini sinarnya semakin pudar …kelam dan berlalu…
Itulah sahabat-sahabat…
Kuimpikan sahabat-sahabat sentiasa menjadi bintang-bintang itu..
Untukku berlindung dan berteduh.. dan menjadi perubah dunia ini..
Yang paling penting keterikatan hati terus bertaut….
Ini semua bukan kerana sesuatu…tapi demi perjuangan…
Adakah aku mampu melihat kerdipan bintang itu
Atau ia terus pergi menuju harapan sang arjuna
Andaiku tak bisa melihat dan mengusap lembut sinaran itu..biarlah ia berlalu dengan menghembus kebahagiaan…Satu hari bintang-bintang itu pasti bersatu menuju mardhatillah
Ku iringi doa dan harapan semoga bintang-bintang terus menggapai syurga dan hidup mulia
Hembusan bayu terus bertiup segar…. Burung-burung berkicau riang….merdu suara alam seolah-olah menyambut pulang harapan…
Walau sedekat abad nafas ini berdegup akan teguh tekad memegang perjuangan.. dan janji setia..
Andai hilang sayap untukku berdiri masih ada paruh untukku berlagu menggegar alam…
Walaupun hilang daya diri masih berombak nadi di sanubari..
Andai runtuh segunung harapan masih ada bukit yang menaruh impian
Andai di dunia tidak kesampaian moga akhirat singgahsana berkekalan.

Daripada: Insan yang kerdil dan mengimpikan syurga hakiki. Pencinta azali yang abadi…..

Tuesday, April 27, 2010

ISU SEMASA( MASALAH SISTEM KEAMANAN DI MALAYSIA)


SATU LAGI ……. ANTARA PENYELAMAT ATAU TAK TAHU BERKHIDMAT.
Bunuh Juvana: Khalid minta polis lindungi saksi

SHAH ALAM, 27 April: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta polis supaya melindungi dua saksi utama kes bunuh juvana, Aminul Rashid Hamzah, 15, (gambar) yang membabitkan empat pegawai polis, pagi semalam.

"Salah seorang saksi utama adalah anak polis sendiri, saya harap pihak polis beri jaminan dia ini dilindungi," jelas beliau di Pusat Khidmat Masyarakat di Parlimen Shah Alam, di sini pagi tadi.

Beliau turut meminta polis supaya tidak melakukan sebarang inisiatif untuk mengubah laporan kedua-dua saksi terbabit supaya selari dengan dakwaan polis sebelum ini iaitu mangsa ditembak kerana suspek kumpulan samun bersenjata.
"Jangan ada usaha-usaha nak mempengaruhi saksi ini supaya ubah atau mereka-reka cerita (supaya) sealiran dengan polis," jelas beliau sambil memberitahu media bahawa beliau sendiri bertanggungjawab membawa saksi utama terbabit pergi membuat laporan polis.

"Dengan laporan yang dibuat (oleh saksi utama) semalam, memadai dan jauh lebih benar berbanding kenyataan pihak polis di beberapa media."

Dalam pada itu, beliau mempertikai tindakan polis menembak Aminul Rashid di kepala dari belakang sedangkan kereta yang mereka naiki tersebut tidak dapat dipandu dengan laju akibat tayar bocor.

Disebabkan itu, beliau mempersoal tindakan polis memukul salah seorang juvana terbabit, sebelum juvana tersebut melepaskan diri.
Beliau turut mempersoal pertimbangan polis menembak juvana yang terbabit sedangkan mereka masing-masing tidak bersenjata.

"Polis hanya boleh menembak apabila nyawa mereka sendiri terancam atau apabila nyawa orang awam terancam (sedangkan) di dalam kereta tidak ada walau sebilah senjata seperti yang didakwa polis sebelum ini," ujarnya.

Bercakap pada sidang media yang sama, Yaakub Sapari, Exco Kerajaan Selangor yang juga Adun Kota Anggerik turut menyuarakan rasa kecewa dengan insiden yang membabitkan rakyat di Dun beliau.

Dengan berlakunya peristiwa tersebut, seakan mengulangi insiden tembak rambang yang membabitkan seorang ibu tunggal, Norizan Salleh, Oktober tahun lalu.
Manakala, Monaliza Mokhtar (gambar sebelah), Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 7 pula menganggap beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai suatu fitnah.

Beliau turut menjelaskan bahawa keluarga mangsa serta dua saksi utama sedang membuat pertimbangan akhir untuk mengambil tindakan kepada pihak berwajib yang terbabit memutar belit bukti sebenar berhubung juvana terbabit.

Beberapa media arus perdana sejak semalam melaporkan bahawa juvana terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan, dilaporkan tidak menolak kemungkinan bahawa mereka yang terbabit terlibat dalam kegiatan menyamun.
Tuntas dari tembakan di kepala yang membabitkan juvana dari Sekolah Menengah Seksyen 7, di sini tersebut, implisitnya mencalar kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memelihara keselamatan rakyat dan negara.



Thursday, April 15, 2010

MATLAMATKU

MATLAMAT PERJUANGAN ISLAM

Matlamat utama perjuangan Islam adalah untuk meninggikan kalimah Allah iaitu dengan terlaksananya syariat-Nya dan tunduknya segala fahaman, agama dan ajaran yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asy’ari r.a. katanya: Sesungguhnya seorang lelaki Badwi iaitu Arab desa datang kepada Nabi s.a.w. dan bertanya:

“Wahai Rasulullah! Ada seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, ada juga seseorang yang berperang untuk membuktikan kejantanannya dan ada pula seseorang yang berperang untuk melihat kemampuannya. Oleh itu, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Barangsiapa yang berperang demi menegakkan kalimah Allah, maka beliaulah yang berada di jalan Allah.”

(Riwayat Muslim)

Allah SWT sendiri menuntut agar agama-Nya ini diletakkan mengatasi segala ajaran yang lain. Tuntutan ini jelas dinyatakan oleh Allah ketika menjelaskan tentang matlamat pengutusan Rasulullah s.a.w. kepada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Dialah (Allah) yang telah mengutus rasulNya dengan hidayah petunjuk dan agama yang sebenar supaya dimenangkanNya atas segala agama walaupun dibenci oleh orang-orang musyrikin.” (al-Saff : 9)
Al-Maududi menyatakan:

“Sebagaimana halnya dengan din-din lainnya, din Allah ini juga menuntut bahawa seluruh ketaatan mesti diserahkan kepadaNya semata-mata. Sedangkan semua din yang berlawanan dengannya mesti ditundukkan. Kalau tidak, ia akan dapat menuntut kepatuhan rakyat, kerana dalau din ini telah berlaku, maka tidak akan ada lagi din kerakyatan, kerajaan atau din kaum komunis.”

Tuntutan ini tidak bererti bahawa Islam bertindak memaksa manusia memeluk Islam dan menghapuskan terus ajaran lain secara kekerasan kerana kekerasan dan paksaan tidak akan menghapuskan apa yang ada dalam hati dan fikiran manusia. Ini dijelaskan dalam konsep dan etika peperangan dalam Islam antaranya ialah larangan manakut-nakutkan orang ramai,melampau, membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua yang sudah kabur pandangan, paderi-paderi, penjaga gereja, membakar pokok dan membunuh haiwan tanpa maslahah. Demikian juga difahami dari ayat ke 40 Surah al-Hajj:
Maksudnya: “Dan sekiranya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid yang di dalamnya banyak disebut nama Allah .”

Tuntutan itu sebenarnya adalah supaya Islam mendominasikan seluruh suasana dan kekuasaan pemerintahan agar manusia dapat melihat kehebatan dan keagungan Islam lalu mereka akan menerima Islam sama ada sebagai agama anutan atau sebagai pemerintahan yang adil dengan secara rela. Firman Allah s.w.t. Surah at-Taubah, ayat 40:
Maksudnya:

“Dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah dan kalimat Allah itulah orang-orang tinggi.”
Tuntutan menzahirkan agama ini dijelaskan sehinggalah dalam soal peperangan. Tujuan peperangan dalam Islam sendiri adalah untuk memastikan bahawa Islam menjadi penentu dalam percaturan politik dan hidup manusia. Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya:

“Dan perangilah mereka (orang-orang kafir) sehingga tiada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya menjadi semata-mata untuk Allah.” (al-‘Anfal : 39)
Menurut Saiful Islam, maksud dari perkataan ‘perangilah’ adalah agar kekufuran tidak melata dan agar din Allah di atas segala -galanya, sehingga din al-Islam ada di mana-mana. TAKBIR!