Firman Allah s.w.t ; Dia memberi hikmah kepada siapa saja yang dikehendaki. Dan, sesiapa yang mendapat hikmah , sesungguhnya dia mendapat kebaikan yang melimpah.
Bacalah Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang
MAWADDAH
Rasa bertuhan
Kalau manusia mengenali tuhannya Hancur luluh hatinya Lembutlah jiwanya Tidak sempat mengingati perkara lain Hati dan jiwanya semata-mata terpaku Dengan tuhannya,
Jika manusia mengenali kehebatan Keagungan Tuhannya Kecutlah perutnya Kalau manusia sentiasa sedar Pendengaran, penglihatan dan pengetahuannya 2 X
Tuhan tidak pernah lekang dari manusia Nescaya manusia itu tunduk merendah diri Di bumi Tuhannya
Jika manusia rasa bertuhan Hidup dihatinya matilah angan-angan Takut pun datang menerpa di hatinya Manusia akan sibuk dengan dirinya Tidak sempat memikir diri orang lain Takut dan bimbang tak sempat mengumpat
Aduh Kalau Tuhan sentiasa di hati Perasaan bertuhan mencengkam di hati Mengenang pula nikmat tuhan yang banyak Bertambah perasaan cinta dan takut
Cinta kerana nikmat dan kasih sayangnya Takut kalau nikmat ditarik semula Kalau terbuat dosa akan di azabnya
Begitulah kalau seseorang hamba mengenali tuhannya Hatinya sangat sibuk dengan tuhannyaDunia dan nikmatnya tak mempengaruhinya sekalipun dunia di tangannya
HAKIKAT TAKWA
Takwa lahir dari keimanan yang kukuh, keimanan yang selalu dipupuk dengan muroqobatillah, merasa takut terhadap murka dan azab-Nya , dan selalu berharap limpahan kurnia dan maghrifahnya.
Atau sebagaimana didefinisikan oleh para ulama.Takwa adalah hendaklah Allah tidak melihat kamu berada dalam larangan-larangannya dan tidak kehilangan kamu dalam perintah-perintahnya.Sebahagian ulama lain mendefinisikan takwa dengan mencegah diri dari azab Allah dengan membuat amal soleh dan takut kepadaNya di kala sepi atau terang-terangan.
Perhatian Al-Quran terhadap sifat takwa begitu besar.Perintah dan sokongan untuk melaksanakannya pun banyak kita temukan dalam ayat-ayatnya, bahkan bila kita baca Al-Quran hampir di setiap halaman pasti kita temukan kalimat takwa.
Para sahabat dan salafus soleh yang memahami betul tuntunan Al-Quran, mempunyai perhatian besar terhadap takwa. Mereka terus mencari hakikatnya.Saling bertanya satu sama lain dan berusaha untuk mendapatkannya.Dalam satu riwayat sahih disebutkan bahawa Umar bin Khattab r.a bertanya kepada Ubai bin Ka'ab tentang takwa.Ubai r.a menjawab,
"Bukankah anda pernah melewati jalan yang penuh duri?"
"Ya",jawab Umar
"Apa yang anda lakukan saat ini?"
"Saya berjaga-jaga dan berjalan dengan hati-hati".
"Itulah takwa".
Berpijak dari jawaban Ubai bin Ka'ab atas pertanyaan Umar bin Khattab tersebut, Sayyid Qutb berkata dalam tafsir Fi Zilalil Quran," Itulah takwa,kepekaan batin, kelembutan perasaan,rasa takut terus menerus,selalu waspada dan hati-hati jangan sampai kena duri jalanan.......jalan kehidupan yang selalu ditaburi duri-duri godaan dan syahwat, kerakusan dan angan-angan, kekhuatiran dan keraguan, harapan semua atas segala sesuatu yang tidak boleh diharapkan.Ketakutan palsu dari sesuatu yang tidak pantas untuk ditakuti......dan masih banyak duri-duri yang lainnya".
Cukuplah kiranya , keutamaan dan pengaruh takwa merupakan sumber segala kebaikan dalam masyarakat, sebagai satu-satunya cara untuk mencegah kerosakan, kejahatan dan perbuatan dosa........Bahkan ,takwa merupakan yang utama dalam pembinaan jiwa dan akhlak seseorang dalam menghadapi cabaran kehidupan.
Selain itu takwa dapat memandu kita bagi membezakan antara yang hak dan batil dan bersabar atas segala ujian dan cubaan.Itulah hakikat takwa dan itulah pengaruhnya yang sangat menentukan pembentukan peribadi dan jamaah.
Petikan buku Tarbiyah Ruhiyah Petunjuk Praktis Mencapai Darjat Takwa.
Oleh :Dr Abdullah Nasih Ulwan
Setiap Saat Ingatilah Allah
sentuhan islami
LABAIKALLAHUMMA .................
Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua sahabat dan keluarga di mana saja berada.Semoga pengorbanan kali ini bermula dengan diri kita sendiri..........asalkan syariat dapat ditegakkan.
Diri ini insan yang mencari keredhaan Ilahi ,semoga semua sahabat bersama-sama meneruskan langkah demi kemaslahatan ummah.
Kuala Lipis,Pahang
27 Februari 1984
Doa Untuk Kedua Orang Tua
Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.........
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana
perbuatanku,jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta
rahmat-Mu..........
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita.
Kerana
kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.
Istighfarlah,Istighfarlah...
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang
jarang memperdulikan
dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...
No comments:
Post a Comment