Saturday, December 27, 2008

Ya Allah Jadikanlah Kami Lebih Baik Dari Sebelumnya......


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Alhamdulillah...
Semoga kita semua diberi peluang oleh Allah untuk menjejakkan kaki ke tahun baru hijrah.....
Semoga niat dan azam diletakkan tinggi mencari keredhaan Ilahi....
Semoga kita bersama-sama berusaha memperbaiki kesilapan yang lalu...dan
Terus memandang ke depan membina kekuatan dan kecemerlangan untuk Islam....
Segalanya bermula pada diri kita.....

Tiada siapa di dunia ini yang tidak menginginkan yang terbaik...
Hijrah....dan berdoalah semoga kita di antara mereka yang diberikan hidayah dan petunjuk dari Allah.

Thursday, December 25, 2008

MUHASABAH DIRI

Tazkirah….Buat Peringatan Kita Bersama….
Dosa Kecil Menjadi Besar…..Apabila
1- Dilakukan secara berterusan.
Sebab itu dikatakan:
"Bukan dosa kecil lagi kalau dikekalkan dan bukan dosa besar lagi kalau dimohonkan keampunannya".
Satu dosa besar yang tidak diulangi adalah lebih cerah peluang untuk diampunkan oleh Allah dari dari dosa kecil yang dilakukan secara berterusan dan berulang-ulang.
Bandingannya samalah seperti titisan-titisan air yang menimpa batu secara berterusan akan meninggalkan bekas kepada batu tersebut, sedangkan jika kadar air yang sama kita simbahkan sekaligus ke atas batu tersebut, ia tidak akan memberi apa-apa kesan.
2. Memandang remeh dosa yang dilakukan.
Jikalau seseorang memandang besar dosa yang dilakukannya, maka di sisi Allah ia akan dipandang kecil. Begitu juga, kalau dia memandang remeh dosa yang dilakukannya, di sisi Allah ia akan dipandang besar. Kalau seseorang itu memandang remeh sesuatu dosa, itu menunjukkan bahawa hatinya sudah gelap dan cenderung untuk melakukan dosa.
Seseorang mukmin itu akan memandang dosanya adalah seperti sebuah bukit yang berada di atas kepalanya yang akan jatuh menimpanya dan orang munafik memandang dosanya adalah seumpama lalat yang melewati hidungnya lalu dihalaunya.
3. Merasa gembira dengan dosa yang dilakukan.
Setiap kali seseorang itu merasa senang hati dengan dosa yang dilakukannya, maka kesan dosa itu akan makin besar dan menghitamkan hatinya. Contohnya merasa bangga dapat menyakiti, memalukan atau membohongi saudaranya yang lain.
4. Memandang mudah apabila kesalahannya ditutup oleh Allah dari pengetahuan orang lain dan Allah tidak menimpakan apa-apa bencana kepadanya.
Lalu ia menyangka bahawa kesalahan yang dilakukannya itu mendapat pertolongan dari Allah. Sedangkan Allah menangguhkan balasannya sebagai kemurkaanNya dan agar bertambah besarlah dosanya.
5. Melakukan dosa dan memperlihatkannya kepada orang lain.
Ia sama ada memberitahu kepada orang lain atau semasa melakukannya ada orang melihatnya.
· Yang pertama semasa melakukan dosa itu, orang tidak tahu, tetapi dia menghebahkannya. Ia adalah kesalahan kerana Allah telah menutupnya ketika melakukan kesalahan, tetapi dia telah membuang tabir tersebut.
· Yang keduanya dia melakukan dosa di hadapan orang lain. Kedua-duanya boleh menggerakkan keinginan buruk orang yang mendengar atau melihatnya terhadap maksiat. Apatah lagi kalau tujuan dia menghebahkannya atau mempertontonkannya agar perbuatannya itu diikuti oleh orang lain. Maka bertambah besarlah dosanya.
6. Kalau orang yang melakukannya adalah seorang alim yang ada pengikut.
Ini adalah berdasarkan satu hadis yang bermaksud:
"Sesiapa yang melakukan suatu amalan yang buruk, maka ke atas dirinya sendiri tetaplah adanya dosa itu, juga dosa orang yang meniru perbuatannya, tanpa dikurangi dari dosa mereka itu sedikit pun". (HR Muslim).

Sebagaimana berganda-gandanya dosa orang alim yang diikuti, begitu juga berganda-ganda pahalanya jika perbuatan baiknya diikuti.
(Petikan dari Kitab Mau'izatul Mu'minin min Ihya' Ulumiddin m/s: 405-406)
Setiap anak Adam melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat. Rebutlah peluang yang diberikan oleh Allah untuk mendapatkan keampunan dari Allah s.w.t.:
Ya Allah! Ampunilah segala kesalahan hambaMu yang lemah lagi banyak dosa ini.
al-faqirah ila'Llah..

Kalam Allah

Firman Allah s.w.t ; Dia memberi hikmah kepada siapa saja yang dikehendaki. Dan, sesiapa yang mendapat hikmah , sesungguhnya dia mendapat kebaikan yang melimpah.
( Al-Baqarah 2 : 269)

Wednesday, December 24, 2008

LAKARAN SIYASI

ASSALAMUALAIKUM….. Ini sedikit catatanku, dan sedikit pengalamanku….


Hari ini 24 Disember 2008,Badan Eksekutif Mahasiswa IAIN sebagai duta perubahan , telah menyerahkan gagasan ke Pejabat Gaburnor untuk menyuarakan pendirian mereka , iaitu supaya Anggaran Pendapatan dan Belanja Aceh dipantau agar bebas dari penyelewengan terhadap rakyat.Apa yang menarik ,mereka mempunyai keistimewaan di sini, iaitu bebas menyuarakan agenda perubahan di hadapan pengadilan dan penguasa ,hal ini berbeza suasana di Malaysia. Mahasiswa di kenakan AUKU...
Rentetan daripada peristiwa hari ini, saya juga sempat membaca tulisan As-syahid Imam Hassan Al-Banna yang bertajuk Antara Semalam dan Hari Ini. Di dalamnya dijelaskan mengenai Manhaj Al-Quran dalam Memperbaiki Masyarakat.Semuanya bermula di sini…

RISALAH NABI YANG AMANAH
Sejak 1370 tahun yang lalu, Muhammad bin Abdullah, Nabi yang ummi telah menyeru di atas kemuncak bukit Sofa, Mekah, maksudnya:

"Wahai sekalian manusia, sesungguhnya saya adalah pesuruh Allah kepada kamu sekelian, Tuhan yang memiliki seluruh langit dan bumi, tidak ada tuhan melainkan Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Berimanlah kamu dengan Allah dan RasulNya, Nabi yang ummi yang telah beriman dengan Allah dan kalimahNya. Turutlah kamu sekalian kepadaNya moga-moga kamu mendapat petunjuk". (Al-A'raf :158)

Dakwah yang merangkum itu menjadi garis pemisah bagi seluruh alam. Pemisah antara zaman yang gelap gelita dengan zaman yang akan datang yang bersinar dengan cahaya dan bahagia abadi. Dakwah ini juga menjadi satu pengisytiharan yang terang dan nyata terhadap satu sistem yang baru yang disyariatkan Allah yang amat mengetahui dan amat bijaksana. Ia disampaikan oleh pesuruhNya Muhammad saw, pembawa khabar gembira dan pengingat manusia bersama kitabNya al Quran yang terang dan bersinar, juga bala tenteranya yang dahulu yang terdiri daripada orang- orang muhajirin dan ansar dan pengikut-pengikut jejak langkah mereka dengan penuh ihsan. Dakwah ini bukan satu ciptaan manusia, ia adalah ciptaan Allah yang tidak ada ciptaan yang lebih baik selain dari-Nya. Firman Allah, maksudnya,

"Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah al kitab (al Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu tetapi Kami menjadikan al Quran itu cahaya yang Kami beri petunjuk dengannya, siapa yang Kami kehendaki di antara hamba Kami. Dan sesungguhnya Kami benar-benar memberi petunjuk kepadajalan yang lurus (iaitu) jalan Allah yang kepunyaannya segala apa-apa yang ada di langit dan apa yang di bumi, ingatlah bahawa kepada Allahlah kembali semua urusan".
(as Syura:52-53)



MANHAJ AL-QURAN DALAM MEMPERBAIKI MASYARAKAT.
Al Quran adalah penghimpun segala cara untuk membaiki masyarakat. Ia telah diturunkan ke atas Nabi saw. Ianya dibacakan kepada orang-orang mukmin dari masa ke semasa menurut keadaan, suasana dan sempena. Firman Allah, maksudnya.

"Demikianlah supaya kami perkuat hati mu denganNya dan Kami (menurunkanNya) dan
membacakanNya kelompok demi kelompok. Tidaklah orang-orang kafir itu datang kepadamu (membawa sesuatu yang ganjil) melainkan Kami datangkan kepada mu suatu yang benar dan yang paling baik penjelasannya".
(al Furqaan:32-33).
Apabila sempurna wahyu itu diturunkan dan dipelihara di setiap dada dan pada mashaf-mashaf dalam masa lebih kurang dua puluh dua tahun, Allah telah kumpulkan di dalamnya penjelasan tiap-tiap perkara untuk umat ini. Dasar-dasar pembaikian dan pengislahan masyarakat yang sempurna yang didatangkan oleh al Quran itu berlegar dibawah qaidah-qaidah ini:
1) Ketuhanan (Rabbaniah).
2) Ketinggian jiwa manusia.
3) Peneguhan aqidah terhadap adanya pembalasan.
4) Pengisytiharan persaudaran di kalangan manusia.
5) Membangunkan seluruh laki-laki dan wanita serta pengisytiharan tanggungjawab dan
persamaan di antara keduanya serta penentuan tugas masing- masing secara detail.
6) Jaminan untuk masyarakat dengan penetapkan hak-hak kehidupan, pemilikan, kerja,
kesihatan, kebebasan, pelajaran, keselamatan individu dan penentuan sumber pendapatan.
7) Memelihara dua kehendak semulajadi; keinginan memelihara jiwa dan memelihara
keturunan dengan mengatur keinginan perut dan seks.
8) Keras dan kesungguhan dalam memerangi jenayah-jenayah berat.
9) Menguatkan kesatuan umat ini menghapuskan seluruh unsur-unsur dan sebab yang
membawa perpecahan umat.
10) Mewajibkan umat supaya berjihad dalam menegakkan prinsip-prinsip kebenaran yang didatangkan oleh sistem ini.
11) Menjadikan negara sebagai wakil kepada fikrah Islam dan negara bertanggungjawab
melindunginya. Negara juga bertanggungjawab untuk melaksanakan matlamatnya dalam
masyarakat yang khusus(Negara Islam) dan menyampaikan fikrah ini kepada seluruh
manusia.

Kesimpulannya segala bentuk pembaikan dalam masyarakat yang digariskan di atas perlulah dilaksanakan secara terancang iaitu kembali kepada manhaj Al-Quran.Semoga setiap amal islami kita di dunia ini diterima Allah....dan diredhainya.

Sunday, December 21, 2008

laman tarbiyah

Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini
Abdullah Nasih Ulwan

Sebelum saya membincangkan tentang cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pemuda-pemudi hari ini dan penyelesaiannya, eloklah kiranya saya memperkatakan secara ringkas tentang pembinaan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w terhadap pemuda, jugapembentukan dan persediaan di dalam menghadapi cabaran-cabaran ini. Tidakkah para sahabat Rasulullah s.a.w kebanyakannya adalah pemuda? Saya memperkatakan perkara ini supaya kita mengetahuinya.

Wahai para pemuda- sejauh manakah perhatian yang diberikan oleh baginda terhadap pemuda dan ketelitiannya serta prihatin baginda s.a.w di dalam membentuk dan mempersiapkan mereka... sehingga mereka mampu menghadapi segala cabaran yang mendatang dengan keimanan, kesabaran dan keteguhan iman... Dan sehingga mereka bangun memainkan peranan menyampaikan risalah Islam ke seluruh alam buana dan mendirikan kerajaan Allah di atas muka bumi ini.

Pembinaan Rasulullah s.a.w terhadap pemuda dan menyediakan diri mereka untuk mengharungi kehidupan.

Kepada kamu -wahai pemuda- pemudi, saya kemukakan beberapa pesanan Rasulullah s.a.w mengenai persediaan ini agar kamu mengetahui bagaimana cara pembinaan yang dilakukan.
Di dalam menyediakan pemuda supaya mentaati Allah, mengabdikan diri kepadaNya dan
menjauhi segala perkara yang dilarang... Rasulullah s.a.w telah bersabda di dalam hadis
yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

Maksudnya: Tujuh golongan yang akan dilindungi oleh Allah di hari yang tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya... pemuda yang hidup di dalam keadaan memperhambakan diri kepada Allah.

Di dalam menyeru pemuda supaya mengambil segala kesempatan untuk membentuk peribadi mereka samada dari sudut rohani, jiwa, jasmani, mental dan akhlak... baginda bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al Hakim:

Maksudnya: Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu, mudamu sebelum tuamu dankayamu sebelum miskinmu.

Di dalam memelihara jiwa pemuda daripada terpesong, terseleweng dan menjaga kesuciannya dengan berkahwin seperti yang telah di syariatkan oleh Allah kepada umat Islam... Baginda s.a.w telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Jamaah Maksudnya: Wahai para pemuda, sesiapa dari kalangan kamu yang mampu untuk berkahwin,hendaklah dia berkahwin kerana ia dapat menjaga pandangan dan memelihara kemaluan.

Di dalam memuhasabah tanggungjawab pemuda di hadapan Allah s.w.t di akhirat kelak...
baginda bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi:

Maksudnya: Tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga dia ditanya tentang umurnya pada apa yang telah dihabiskannya, masa mudanya pada apa yang telah dipenuhkannya, hartanya dari mana dia mendapatinya dan ke mana dia membelanjakannya dan ilmunya apakah yang telah dilakukan dengannya.

Para Sahabat Nabi Adalah Pemuda

Di dalam istiqamah pemuda di atas manhaj Islam dan berterusan di dalam ketaqwaan
kepada Allah... baginda s.a.w telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Ya’la:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah sangat kagum pada pemuda yang tidak ada baginya masa muda (untuk bergembira dan bersuka-suka kerana masa mudanya dipenuhi dengan beribadat kepada Allah).

Di dalam wasiat Rasulullah s.a.w kepada Umat Islam supaya menjaga pemuda dan
menjelaskan tentang kelebihan mereka berbanding dengan orang-orang tua... baginda s.a.w bersabda:

Maksudnya: Aku berpesan kepada kamu supaya berbuat baik kepada pemuda, sesungguhnya hati mereka paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutus aku membawa agama Hanafiah lalu para pemuda bergabung dengan aku dan orang-orang tua menentang aku.

Itulah asas-asas terpenting kepada pembinaan peribadi pemuda dan masyarakat. Tidak syak lagi bahawa matlamat daripada pembinaan dan persediaan ini adalah supaya pemuda terbentuk dengan pembentukan yang sempurna dari aspek rohani, akhlak, mental, jasmani dan jiwa... serta seluruh aspek yang menyempurnakan keperibadian mereka.

Dengan pembentukan ini para pemuda akan lebih berkemampuan untuk menghadapi berbagai cabaran, melaksanakan tanggungjawab dan berpegang teguh dengan dasar-dasar Islam. Mereka tidak akan terseleweng, merasa lemah, terpesong bersama bawaan angin fitnah, menyerah kalah kepada tipu daya kefasadan, berputus asa dan lemah semangat. Begitu juga mereka tidak akan tergelincir ke dalam lubang keruntuhan dan penyelewengan.

Begitulah, pemuda muslim akan kekal sebagai seorang yang sihat, teguh, beriman, berjihad menyampaikan risalah Islam, menunaikan amanah dan bekerja untuk Islam... sehingga diadimatikan oleh Allah dalam keadaan yang mulia atau dia mengadap Tuhannya sebagai seorang syuhada’.Memang benar mereka adalah pemuda. Pemuda yang sedang mengecapi nikmat kemudaannya, menjauhkan diri dari kejahatan mata, lari daripada kebatilan kaki-kaki mereka, beribadah (‘abid) di waktu malam dan pejuang di siang hari. Mereka berjihad dijalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Mereka diutuskan oleh Allah untuk mengeluarkan manusia daripada perhambaan diri sesama manusia kepada perhambaan diri kepada Allah, Tuhan sekelian alam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasannya, daripada kedurjanaan agama-agama yang lain kepada keadilan Islam.

Adakah kamu mengetahui -wahai para pemuda- panji-panji Islam tidak akan dapat ditegakkan di dalam jiwa manusia sejagat, kekuasaannya tidak akan meluas ke seluruh pelusuk bumi dan dakwahnya tidak akan tersebar ke seluruh alam kecuali melalui tangan-tangan pemuda yang telah ditarbiah di madrasah Rasulullah s.a.w dan keluar daripada intitusi yang lengkap itu?!!

Rasulullah s.a.w, ketika wahyu di turunkan kepada baginda, umurnya baru menjangkau
empat puluh tahun. Ia merupakan peringkat kesempurnaan pemuda. Abu Bakar lebih muda daripada baginda s.a.w sebanyak tiga tahun. Umar bin al-Khattab, ketika memeluk Islam berumur dua puluh tujuh tahun. Usman bin Affan lebih muda daripada Rasulullah s.a.w.manakala Ali pula adalah yang termuda di kalangan mereka semua. Begitu juga Abdullah bin Mas’ud, Said bin Zaid, Abdul Rahman bin Auf, Bilal bin Rabah, Mus’ab bin ‘Umair dan berpuluh-puluh bahkan beratus-ratus lagi dari kalangan para sahabat semuanya adalah pemuda.

Para pemuda generasi pertama dan orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka adalah orang-orang yang telah menjulang bendera “dakwah kepada Allah” dan pengibar panji-panji jihad... lalu Allah memberikan kemenangan yang besar dan tertegaknya daulah Islamiah melalui tangan mereka. Kamu semua mengetahui -wahai pemuda-, bahawa tewasnya dua kerajaan besar dan kuat iaitu Rom dan Parsi, begitu juga tunduknya Syam, Mesir, Iraq, Tripoli dan Utara Afrika di bawah keadilan Islam adalah melalui tangan para pemuda.

Semuanya ini sempurna dalam tempoh masa 35 tahun di zaman pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin. Pada tahun-tahun berikutnya kerajaan Islam telah meluas dan kekuasaan mereka tersebar hingga sampai ke Sind, sebahagian besar India, Turkistan dan sehingga ke sempadan China di Timur. Ia juga telah memasuki Sepanyol yang terletak di sebelah Barat Eropah. Kekuasaan Islam sentiasa meluas ke Timur dan barat, Utara dan Selatan sehingga menguasai sebahagian besar permukaan bumi. Khalifah kerajaan Abbasiah, Harun ar- Rasyid telah menggambarkan keluasan dunia Islam. Beliau telah berkata kepada awan yang bergerak diatasnya tetapi tidak menurunkan hujan kepadanya: “Turunlah di mana sahaja kamu mahu. Sesungguhnya hasil keluaranmu akan di bawa kepada kami”.

Semuanya tidak akan tercapai kecuali dengan keazaman, pengorbanan, jihad dan keinginan untuk syahid para pemuda.

Ya Allah! Sediakan bagi umat ini para pemuda dan pemudi yang mempunyai keazaman, pengorbanan dan jihad seperti orang-orang yang terdahulu daripada mereka... Semoga merekalah orang-orang yang akan mengembalikan kekuasaan daulah Islamiah, kemuliaan dan keagungan bagi umat Muhammad ini.

Selepas pendahuluan ini saya akan membincangkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh para pemuda kita hari ini satu persatu, kemudian saya akan menjelaskan cara penyelesaian yang positif untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut. Di dalam rumusan jalan penyelesaian, saya akan membincangkan secara ringkas peranan dan tugas mereka di dalam mendirikan masyarakat Islam. Antara cabaran pemuda masa kini adalah:

Pertama : Cabaran syaitan dan hawa nafsu.
Kedua : Cabaran serangan pemikiran.
Ketiga : Cabaran keruntuhan akhlak.
Keempat : Cabaran kerajaan sekular.
Kelima : Cabaran lemah semangat bekerja untuk Islam.

Dengan izin Allah kita akan membincangkan satu-persatu dengan panjang lebar. Begitu juga jalan penyelesaiannya bersumberkan ajaran Islam dan petunjuk al-Quran. Hanya Allah matlamat kita. Semoga Dia menjadikan kerja-kerja ini ikhlas keranaNya. Faktor yang boleh menyesatkan adalah banyak. Di antaranya ada yang bersifat dalaman seperti nafsu ammarah yang menyeru manusia kepada kejahatan dan keinginan hawa nafsu yang hina. Di antaranya juga ada yang bersifat luaran seperti hasutan syaitan dari kalangan jin dan manusia, fitnah harta, wanita dan kemegahan pangkat. Di dalam perbincangan ini saya akan memberi penumpuan kepada faktor-faktor kesesatan dan penipuan yang paling jelas. Ia boleh diringkaskan kepada tiga faktor:

1. Hasutan syaitan yang menggoda.
2. Bisikan hawa nafsu ammarah.
3. Dorongan hawa nafsu.

Saya simpulkan kepada tiga faktor kerana ia merupakan asas kejahatan dan fitnah serta punca kefasadan dan kerosakan di zaman kefasadan dan keruntuhan ini. Ditegaskan di sini bahawa apabila pemuda hari ini melawan hawa nafsu dan syaitan dengan kemantapan iman, mengikut kebenaran, kekuatan keazaman dan berpegang teguh dengan Islam, maka tidak syak lagi dia akan menjadi mukmin yang abrar dan muttaqin yang terbaik... bahkan dia akan menghadapi segala fitnah yang berlaku dan kefasadan luaran dengan kekuatan pengorbanan dan pendirian yang teguh tanpa terkesan dengan suasana fasad dan keinginan hawa nafsu………bersambung.

Saturday, December 20, 2008

PESANAN TERAKHIR HASSAN AL-BANNA

PESANAN TERAKHIR

Wahai MUJAHID DAKWAH!
Puluhan tahun lamanya, pendengaran, pergaulan, ketekunan, kegiatan berjuang, kerana jerih payah dan pembantingan tulang yang tiada hentinya, engkau telah kaya dengan pengalaman.
Engkau sekarang telah jadi.
Engkau telah memiliki pengertian dan ukuran, engkau telah turut menentukan jarum sejarah seperti orang lama.
Engkau telah sampai pula ke batas sejarah, kini dan nanti.
Engkau telah memenuhi hidupmu dengan tekun dan sungguh, ikut memikul yang berat menjinjing yang ringan, membawa batubata untuk membangun gedung Ummat ini.
Engkau tebus semua itu dengan cucuran keringat dan airmata, kesengsaraan dan penderitaan.
Kawan hidupmu yang menyertaimu dalam segala suka dan duka, telah tak ada lagi.
Ia tak sempat menghantarmu sampai ke batas perhentian. Tengah jalan dia pulang, dan engkau
ditingga]kannya di daerah kesepian.
Di atas kuburnya telah tumbuh rumput, daunnya subur menghijau.
Bunga suci aku lihat tumbuh pula di atas pusara sepi itu.
Tangan siapa gerangan yang menanamnya, aku tak tahu.
Biarkan dia tumbuh menjadi. Akan tiba juga masanya bunga suci itu mekar-mengumtum.
Eva dan Sofia akan memetik dia kelak, akan mempersunting dia penghias sanggulnya.
Sudikah engkau menulis nisan-kenangan di atas kuburnya, sebagai tanda pembalas jasa, kerana dialah tolan
penolong engkau di medan bakti?

Wahai MUBALIGH ISLAM!
Tanganmu telah ikut menulis sejarah. Sejarah perjuangan Umat, sejarah menegakkan Cita dan Agama,
Benang yang engkau sumbangkan telah memperindah sulaman tarik dari Umat ini.
Engkau kini telah menemui bentukmu, sesuai dengan bakat dan kudratmu.
Engkau tidak lagi anak kemarin, tetapi anak kini dan akan pulang lagi meninggalkan bengkalai ini.
Sebagai seroang Jurubicara Umat Islam, engkau telah mempunyai ukuran dan alat penilai; sampai di mana kita dan hendak ke mana lagi. Pengalaman yang engkau perolehi dan perjalanan yang jauh, akan berguna
dan bermakna dalam mencari kemungkinan bagi langsungnya prijuangan Cita ke depan.
Keyakinan yang engkau miliki, jalan panjang yang engkau tempuh selarut selama ini, getir yang engkau
derita, segala itu dapat engkau pakai untuk merumuskan bagaimana lagi perjuangan Umat Islam ke depan


setelah ini.

Paparkanlah semua itu kepada generasi muda yang akan mengganti engkau!
Ambillah kesimpulan dan kekeliruan dan kegagalan masa lampau.
Belajar dari masa lalu, terutama belajar dari kekeliruan dan kegagalan yang engkau alami sendiri, dan
teman seiringmu juga.
Bukankah kerap engkau benar dalam pendirian tapi salah dalam perhitungan?
Benar dalam prinsip tapi keliru dalam cara? Kejujuran dalam perjuangan memesankan, agar kita mengakui
terus terang kekeliruan dan kelemahan diri. Yang demikian itu penting untuk menyusun paduan masa
datang, mengendalikan kehidupan Cita dan Agama.
Dalam kekeliruan, kita dapat mengambil makna dan guna.
Usrah dan Dakwah_______________________


Kita keliru kerana kita telah berbuat. Ruh-intiqadi yang engkau miliki, janganlah pula engkau pakai untuk
melenyapkan segala harga dan nilai, dan angkatan lama yang telah berbuat itu. Mereka adalah anak dan
zamannya, dan telah memenuhi tugasnya pula.
Cahaya dan pelita lilin yang lemah serta lembut itu perlu juga dihargai, kerana ia teiah berjasa memecahkan
sudut-sudut yang gelap.

Wahai si JURU DAKWAH!

Kini engkau telah sampai ke tonggak sejarah. Di atas pendakian sunyi tidak kesibukan, terletak
pesenggarahan lama, patilasan orang lalu setiap waktu. Dan tempat itu hidup kenangan lama. Masa lalu
penuh keharuan dan kenangan.
Duri dan derita, dera dan kepapaan, keringat dan airmata.
Tapi ia indah dalam kenangan dan lukisan kalbu. Engkau pandanglah masa depan dengan Basyirah,
dengan horizon yang tajam.
Memanjang jauh ke muka, sampai ke kaki langit.
Tahukah engkau, bahawa engkau hanyalah sebuah mata dan rantai sejarah yang panjang itu? Telah lalu
beberapa kafilah dan kehidupan yang sayup, dan mereka telah berbuat sesuai dengan zamannya. Sungai
airmata dan titisan darah sepanjang jalan yang membentang dan pangkal hingga ke hujung yang tidak
kelihatan, adalah kalimat yang memberitakan, bahawa angkatan silam telah mengembangkan sayap
kegiatan mereka dengan segala kesungguhan dan kepenuhan. Romantik dan heroik zaman silam masih
menggemakan gentasuara di tengah sahara kekinian, meninggalkan pesan kehidupan yang penuh dan
menyeiuruh kepada angkatan kemudian.
Daftar para Syuhada’ itu telah panjang, dan dalam perut bumi telah memutih tulang sebagai saksi kepada
yang hidup, bahawa mereka telah datang dan telah pulang tidak sia-sia.
Dan celah-celah kuburnya kedengaran jua suara halus memuat amanat perjuangan kepada generasi kita
yang masih hidup.
Dan lihatlah pula kafilah hidup yang sudah mendesak juga ke batas perhentian.
Masa kini rupanya “lah laruik sandjo” bagi mereka, dan waktu pamitan tak lama lagi
Wahai si TUKANG SERU!
Emtah berapa lagi jatah umar engkau yang masih tinggal, kita tak tahu.
Tahukah engkau, pekerjaan besar ini tidak akan selesai di tangan engkau?
Sejarah berjalan terus, lampau dan datang, kini dan nanti.
Tahukah engkau, bahawa dibelakang kalimat sejarah itu belum ada titik?
Masa yang akan datang penuh rahsia, tersimpan dalam kandungan ghaib, misteria gelap bagi kita. Masa
silam dapat engkau baca dalam halaman sejarah; masa yang akan datang masih gelap tak ada yang tahu?
Tahukah engkau, kumandang zaman datang dapat juga kita ketahui dan puncak zaman sekarang? Dalam
kekinian mengandung juga roman zaman yang akan tiba.
Engkau kini berada di antara dua ufuk yang bertentangan, dua kutub yang tidak serupa. Engkau kini
berada antara idealisme dan realisme dunia.
Idealisma yang engkau miiki dan realisme dunia yang engkau hadapi.
Antara kedua kutub itu engkau tetap dalam lensa sorotan. Lensa sorotan sejarah yang berjalan terus dan
sentiasa.
Sanggupkah engkau lalu di tengah-tengah dua kutub yang bertentangan ini?
Masih kuatkah kaki engkau berjalan di antara dua dunia yang saling bertentangan itu?
Wahai MUSAFIR yang sedang lalu!
Jalan ini masih panjang, rantau masihjauh!
Dengan Al-Quran ditangan kanan dan kain kafan di tangan kiri, teruskanlah peijalanan ini.
Usrah dan Dakwah_______________________

Berjalan dan melihat ke muka, menggunakan sisa umur yang masih ada.
Entah bila akan sampai ke tempat perhentian, engkau tak tahu, — aku pun tidak.
Di tengah laut lepas dan luas, pencalang ramping itu telah jauh ke tengah.
Awan menyerang kiri dan kanan, gelombang mengganas dan badai menghempas.
Pencalang ramping itu naik turun mengikut amukan air. Jurumudi mendapat ujian.
Berpirau melawan arus, pesan seorang pemimpin, dijadikan pedoman dalam hati.
Kemudi dan pimpinan bertanggungjawab atas ke selamatan pelayaran ini.
Kini kita telah jauh berada ditengah. Pelabuhan tempat bertolak tiada kelihatan lagi, sedang ranah-tanah
tapi belum jua tampak.
Wahai MUJAHID ISLAM!
Akhirnya pelayaran ini sampai juga ke pantai, berkat jurumudi yang piawai memegang pimpinan. Engkau
dan Umat ini kini harus berjalan kaki, menggunakan tenaga diri sendiri.
Tak ada tolan penolong selain Dia semata, yang melindungi kita dan awal mula sampai hari ini.
Jalan masih panjang, rantau Cita masih jauh. Ufuk-ufuk baru kelihatan juga, tambah dijelang tambah jauh
rasanya.
Kafilah itu lalu dan berjalan terus, menempuh laut sahara tiada bertepi.
Sunnah perjalanan alam membawa kata pasti: setelah malam kelam ngeri ini fajar pagi yang indah akan
menyingsing.
Di atas asap yang tebal, terbentang langit cerah yang biru.
Gelap dan gelita alam, lapisan kabus tebal dan berat. Di halaman langit tak ada bintang.
Berfikirlah sejenak dan melihatlah ke atas ada sebutir terang mengirim sinar ke bumi.
Sebuah bintang itu jadilah, kerana ada pedoman bagi kafilah di tengah sahara luas.
Pelaut yang arif selalu mendapat alamat dan sebutir terang di halaman langit.
Wahai UMAT RISALAH!
Dengarlah suara Bilal bergema dan ufuk ke ufuk!
Dengarlah seruan azan bersahut-sahutan dan Menara ke Menara!
Renunglah suara Takbir berkumandang di mana mana, memanggil Umat ini dengan kalimat sakti: Hayya
‘alah Syalah! Hayya ‘ala! Falah! Marilah Sembahyang, marilah Menang!
Engkau pandanglah Umat Jama’ah itu berdiri bersyaf-syaf di belakang seorang Imam, Ruku’ dan Sujud
bersama-sama.
“Suatu pandangan dari udara atas dunia Islam pada saat sembahyang, akan memberikan pemandangan dan
sejumlah lingkaran konsentrasi yang terdiri dan kaum Muslimin, dengan jari-jarinya yang bertitik-pusat di
Ka’bah di Mekah, dan yang terus mengambil tempat yang lebih luas, dan Sierra Leone sampai ke Kanton
dan dan Toboisk sampai Tanjung Pengharapan”, — demikian Philip K. Hitti melukiskan kaum Muslimin
dikala menyembah Tuhannya. (1).
Engkau lihatlah mereka di dalam Masjid yang sudah tua tidak terurus, surau yang hampir roboh kerana
tekanan masa, dengan sepi di tengah sawah; dengan pakaian yang compang-camping dan tenaga lemah,
masih berdiri menegakkan Splat. Kaum Muslimin itu masih tetap melakukan ‘ibadah kepada Tuhannya,
memanjatkan doa ke hadrat Ilahi semoga segera datang tangkisan ghaib dan udara menolong kaum yang
lemah.in
Wahai Tuhanku, kalaulah adalah di antara Umat ini yang berhak menerima Ridha dan Ma’unahMu, —
kalau adalah di antara Umat ini yang berhak menerima bantuanMu, mereka itulah dia!
Merekalah yang berhak menerima gemilang sayang Mu
dan arahan Rahim Mu: menegakkan yang lemah, mengangkat kaum yang tertindas!
Usrah dan Dakwah_______________________


Wahai UMAT DAKWAH!

Amanat perjuangan itu kini jatuh ke tangan kaum yang lemah Dhu’afa dan Fuqara; tenaga lemah dan dana
tak ada.
Di tangan kaum yang lemah itu tersimpan kekuatan Umat ini. Rahsia kejayaan dan kemenangan, bulat
seluruhnya dalam genggaman mereka.
Innama tunsyaruna wa turzaquna bidlu ‘afaikum! (Hadis).
Kamu akan mendapat kemenangan hanya dengan bantuan kaum yang lemah di antara kamu.
Bimbinglah tangan Umat ini kembali, bawa mereka ke jalan yang benar!
Jangan dibiarkan Umat ini ditelan kesepian; jangan dibiarkan Umat ini ditakuti oleh hantu-kesangsian,
tanpa pimpinan.
Hidupkan terus api idealisme dan kembangkan sentiasa optimisma dan enthousiasme. Sinarkan apatisme
dan fatalisme, lenyapkan defaitisme, menyerah kepada keadaan atau menjadi budak dan kenyataan!
Denyutkan kembali jantung Umat ini!
Wajarkan kembali aliran darah Tauhid mereka!
Tuhan telah menjanjikan kurnia dan bantuan kepada kaum yang lemah, kaum yang tertindas di bumi.
Kami hendak menumpahkan budi atas mereka yang ditindas di bumi, dan Kami hendak menjadi
kan mereka Pemimpin, dan Kami hendak menjadikan mereka mewarisi bumi. Dan Kami hendak
meneguhkan kekuasaan untuk mereka di bumi.”
Al Qashash: 516.

Thursday, December 18, 2008

Bwrsyukurlah dan Bersabarlah.....

Manusia hanya dapat merasakan kebahagiaan sejati, keceriaan murni, kenikmatan yang tiada bandingannya, kelazatan tanpa ada yang mengalahkan, ketika manusia itu mendapatkan makrifatullah ( mengenal Allah) dan cinta Allah s.w.t. Tidak ada kebahagiaan dan kenikmatan yang sebenarnya kecuali jika diiringi dengan makrifatullah dan cinta Allah s.w.t.