Thursday, February 4, 2010

Membina Diri Muslim

BEKERJA DAN BERSERAH DIRI

Dalam kehidupan ini, ada manusia yang lemah akal fikirannya malah tidak berupaya tetapi
mampu dan berani membuat pekerjaan yang setaraf dengan yang berkemampuan walaupun
tiada persediaan yang rapi untuk melaksanakanya. Terdapat pula manusia yang begitu beraniuntuk terus bekerja tetapi yang lebih menakutkan ialah jika pekerjaan itu akan menimbulkanpenyesalan dan kerugian disamping pembaziran masa, tenaga dan harta juga terjadi.

Terdapat tiga golongan yang manusia dalam pekerjaannya iaitu pertama manusia yang tidak
tahu apa-apa tetapi masih mengira bahawa usahanya tidak akan gagal walaupun dirinya sendiri tidak pasti akan hasilnya dan ternyata keliru dalam segala hal. Kedua ialah manusia yang bekerjatetapi sebelum sesuatu pekerjaan dilakukan dia sudah tahu akan hasilnya. Ketiga ialah manusia yang membiarkan segala usaha atau pekerjaannya berjalan tanpa diuruskan sendiri.

Manusia initidak berusaha atau memikirkan bagaimana caranya mendekatkan yang jauh atau yang susahdipermudahkan. Di antara ketiga-tiga, manusia yang kedua adalah yang terbaik kerana tahu siapa dirinya dan hasilnya.

Bekerja tanpa perhitungan yang matang merupakan punca berlakunya kejahilan dalam
pekerjaan. Sifat ini jugalah yang memalingkan manusia dari terus bekerja malah manusia ini
hanya takut pada bayang-bayangnya sendiri. Sedikit halangan yang datang mereka inilah yang pertama yang akan mundur kebelakang dan menyandarkan segala-galanya kepada takdir dan orang ini jugalah yang akan kerugian dalam segala aspek.

Sudah menjadi kebiasaan jika usaha yang kecil itu berjaya manakala usaha yang berat dan
susah itu pasti mengalami kegagalan. Semakin besar usaha maka semakin besarlah halangan yang terpaksa ditempuh oleh kita. Maka, usaha yang besar itu memakan begitu banyak masa dan mengerahkan begitu banyak tenaga serta menitikberatkan kesempurnaan supaya jika ditimpa masalah ia tidak memakan begitu banyak masa untuk dibaik pulih dan tidak membebankan hati yang menanggung kepayahan itu.

Selain itu juga, bekal yang mencukupi amat penting dimana bekal itu merangkumi aspek
rohaniah mahupun lahiriah. Disamping itu juga, sifat tawakal juga harus diterapkan dalam aspek ini kerana ia amat penting dalam sesuatu perlaksanaan. Tawakal ialah berserah diri kepada ALLAH S.W.T secara bulat-bulat maksudnya menyerahkan segala-galanya pada ketentuan illahi setelah berusaha sedaya upaya mengapai sesuatu. Jika kita bertawakal setelah berusaha maka tidak akan mudah berputus asa kerana kita yakin akan kekuasaan ALLAH S.W.T keatas diri kita.

Akhirnya, manusia hendaklah mengunakan akal sebaik-baiknya kerana dengan itu manusia
tidak akan terjerumus kedalam kelengahan, kelalaian ataupun tawakal yang tidak dibenarkan.

Oleh sebab itu, manusia yang berakal akan berfikir dengan teliti meskipun menghadapi dua
lorong yang amat berbahaya dan terpaksa memilih satu untuk dilalui namun manusia itu tetap berjaya menempuhinya kerana kemantapan tawakal, bekalannya, dan perhitungannya pada sesuatu perkara malah mempunyai persiapan yang cukup sempurna.

Tajuk buku: Motivasi Remaja Cemerlang: Membina Minda Dan Peribadi Muslim
Penulis: ABDUL AZIZ ISMAIL
Terbitan AL-HIDAYAH.
Tahun: 1999

No comments: