Monday, February 22, 2010

JALAN DAKWAH...

Perbaiki Diri dan Serulah Orang Lain …

Perbaikilah dirimu dan serulah orang lain dari dirimu, itulah pertama untuk satu-satunyajalan demi membangunkan muslimin merealisasikan kesatuan mereka, meninggikan urusan merekasupaya mereka dapat menduduki tempat mereka yang wajar sebagaimana yang dikehendaki olehAllah, sebagai golongan manusia yang memberi tunjukajar kepada manusia serta menunjukkanmereka kepada siratul mustaqim.

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyeru kepada yang makruf, danmencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah". AliImran:110

"Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat yang adil dan pilihan agarkamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (pebuatan)kamu". Al-Baqarah: 143

Tujuan memperbaiki diri adalah untuk melahirkan laki-laki sebagai contoh yang sahih.Tujuan menyeru orang lain adalah untuk memperbanyakkan golongan mukmin yang benar.Kemudian mereka akan mengikat janji untuk bersaudara dan berkasih-sayang lalu menjadi satudasar kukuh yang mempunyai iman yang teguh. Di atasnyalah didirikan bangunan Islam yangmenjulang tinggi yang merealisasikan kebenaran dan menghapuskan kebatilan hinggalah musliminmenjadi pemimpin dunia dan beroleh bahagia di akhirat dan akhirnya janji Allah menjadi realiti dihadapan manusia.

"Dialah yang mengutuskan RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agardimenangkannya terhadap semua agama. Cukuplah Allah sebagai saksi". AlFath:28

Kita telah menyentuh bahagian pertama tentang memperbaiki diri dengan huraian serbaringkas serta beberapa penekanan di mana perlu. Sebelum saya menyentuh bahagian kedua iaitumenyeru orang lain kepada Allah, sukalah saya mengingatkan bahawa orang yang kita seru untukmelalui jalan Allah, melalui jalan dakwah Islam, bahawa apa yang kita serukan kepadanya adalahsemata-mata untuk memperbaiki dirinya dan menyeru manusia kepada Allah. Ini merupakan perkara yang terpenting dalam urusan hidup mereka bahkan inilah perkara yang menentukan hidup mereka. Oleh kerana itu siapa yang layak dalam perkara itu wajiblah ia memberi perhatian yang utama dan pertama kepada perkara itu.

Sesungguhnya kita menyeru dia dan dia menyeru manusia kepada satu perniagaan yangtidak merugikan. Perniagaan yang melepaskan kita dari azab Allah. Dan ada padanya nikmat yangkekal, iaitu di dalam syurga dan tempat-tempat kediaman yang baik. Di samping itu ada padanya pertolongan dan pemberian kuasa dari Allah:

"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan satu perniagaan yang dapatmenyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai 'Adn'. Itulah keberuntungan yang besar. Dan ada lagi kurnia yang lain yang kamu sukai iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat waktunya. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman, " As-Saff:9-13

Ini adalah satu urusan yang penting dan besar. Sesungguhnya kita menyeru saudara supaya saudara menyerahkan diri dan segala apa yang ada pada saudara di jalan Allah dan saudara menyeru manusia yang lain supaya dia juga menyerahkan dirinya dan segala apa yang ada padanya di jalan Allah. Kita tidak menyeru manusia supaya membeli saham di dalam satu rancanganperniagaan atau pertanian atau perusahaan untuk melaburkan harta saudara yang berlebihan darikeperluan saudara. Tetapi kita menyeru saudara kepada satu perniagaan dengan Allah. Dialah yang membeli dari kita, diri kita dan harta kita dengan harga yang mahal.

Ketahuilah bahawa harganya adalah syurga yang seluas langit dan bumi. Maka adakah lagi di sana satu perkara yang dapat menandingi perkara yang paling besar dan menentukan kesudahan kita?
Sekiranya para pengusaha dan ahli perniagaan dunia mengorbankan usaha mereka untuk melariskan barang perniagaan mereka, memajukan rancangan mereka, menyebarkan iklan barang barang mereka, mempamerkan dengan baik dan menarik hati manusia padanya dan menonjolkan keuntungan yang diperolehi daripadanya.

Alangkah baiknya kita mengorbankan segala usaha kita untuk dakwah Allah, dakwah Islam yang memang lebih layak menerima layanan dari kita. Kita tunjukkan dakwah itu kepada manusia dengan cara yang sebaik-baiknya. Kita kemukakan kepada mereka, menggembirakan hati mereka supaya mereka dapat menerima dengan senang dan puas hati. Kita mesti bersabar melakukannya. Alangkah besarnya keuntungan yang akan pulang kepada pendokong dakwah yang menyeru manusia kepada Allah dan orang yang diseru apabila dia menyahut seruan pendokong dakwah Islam.

Urusan dakwah kepada Allah tidak dapat dirangkumi dengan satu atau dua tajuk rencana,tetapi kita perlu merujuk kembali kepada buku-buku, risalah-risalah dan artikel-artikel yang ditulis di sekitar dakwah dan pendokong dakwah. Juga tidak boleh tidak mesti melibatkan diri secara langsung dengannya dalam urusan dakwah yang membentuk da'i Ilallah yang membersihkan dan memberikannya pengalaman dan latihan. Memadailah di sini dengan menyebutkan beberapa pandangan dan ketenangan yang dapat di jadikan petunjuk.

Semoga Allah memberkatinya.Hendaklah diketahui bahawa para pendokong dakwah pada hari ini bukanlah para pendokong dakwah semalam kerana mereka pada hari ini adalah golongan yang terpelajar yang telah dipersiapkan, yang telah dilatih. Mereka terdiri dari golongan profesional (terutamanya di negara barat) di mana mereka mengkhususkan satu pasukan yeng terlatih bagi tiap-tiap fikrah untuk menjelaskan perkara yang samar dan mendedahkan perkara yang baik, dan mereka baginya berbagai-bagai alat dan cara penyebaran dan jalan-jalan di'ayah dan propaganda serta mencari jalan yang paling hampir dan mudah dipercayai dan diterima pada jiwa manusia.

Kemuliaan dan Kepercayaan (Thiqah)

Kemuliaan dan kebanggaan apa lagi yang saudara mahu setelah saudara menjadipendokong dakwah, penyeru kepada Allah, kerana sesungguhnya saudara menyeru kepada setinggi-tinggi cita-cita dan semulia-mulia tujuan. Sesungguhnya berdakwah kepada Allah itulah tugas Rasulullah s.a.w. kepada mereka semua. Tiap-tiap perkataan yang saudara serukan manusia kepada Allah, itulah sebaik-baik perkataan dan Allah telah menetapkan demikian dalam firmanNya:

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakanyang salih dan berkata. "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?". Fushilat: 33

"Dari kalangan orang-orang yang menyerah diri kepada Allah", adakah lagi di sana satuperkataan yang lebih mulia dari itu? Sesungguhnya kita menyeru manusia kepada kebenaran dan kebenaran inilah yang lebih patut diikuti dan apakah ada lagi selain kebenaran itu kecuali kesesatan. Kita membawa mutiara dan cahaya supaya kita memandu manusia yang sesat di tengan-tengah kegelapan. Kerana sesungguhnya kita berada di atas agama yang benar yang diterima oleh Allah dan yang lain daripadanya adalah batil.

Al-Quran inilah kitab Allah yang tidak mungkin didatangi oleh kebatilan sama ada dari hadapan atau dari belakang. Inilah kitab yang diturunkan dari Allah yang Maha Bijaksana lagi yang terpuji. Dunia pada hari ini sangat-sangat memerlukan agama ini untuk menyelamatkan kecelakaan yang menimpanya. Marilah kita berdakwah, yakinlah, percayalah dan berpuas hatilah kepada kesempurnaan dan ketinggian apa yang kita serukan kepadanya.

Beberapa Perkara Yang Berhubungan Dengan Pendokong Dakwah

Ad-da'i ilallah, pendokong dakwah mestilah tahu bahawa melaksanakan tugas dakwah kepada Allah adalah perkara yang wajib dan bukanlah perkara sukarela sahaja. Dia mesti berdakwah setiap masa, setiap tempat dan dalam apa jua suasana dan situasi walaupun di dalam penjara atau di bawah tekanan dan kesusahan. Sekalipun dia terdedah kepada gangguan dan ujian, lantaran berdakwah kepada Allah, janganlah perkara tersebut menghalangnya dari meneruskan dakwahnya demi membawa kebaikan kepada manusia dengan kesabaran dan hanya mengharap pertolongan dan ganjaran dari Allah kerana Allah berfirman:

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?". Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang di antara kamu dan dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar". Fushilat: 33-35

Imam as-Syahid telah memberi wasiat dalam pengertian ini dengan berkata:
"Jadilah kamu di kalangan manusia seperti pokok buah-buahan. Mereka melemparnya dengan batu tetapi dia melemparkan mereka dengan buah". Dan berkata lagi: "Wahai saudaraku sesungguhnya saudara hanyalah beramal untuk dua tujuan: Supaya saudara berjaya dan menunaikan tugas yang wajib. Sekiranya tujuan pertama gagal, iaitu tidak ada orang yang menyahut seruan saudara, janganlah pula saudara terlepas dari yang kedua, ertinya saudara mestilah menunaikan kewajipan".

Para pendokong dakwah yang menyeru manusia kepada Allah, mestilah menyeru manusiakepada Allah dari markas kekuatan dan kemuliaan, bukan dari markas kelemahan dan kehinaan. Dari kedudukan orang yang percaya, yakin dan puas hati, bukan dari kedudukan orang yang ragu dan bimbang dan bukan dari kedudukan orang yang mempertahankan dan membela musuh-musuh Islam, agama yang benar itu.

Para du'at kepada Allah mesti menjadi contoh teladan yang baik kepada apa yang diserukan dan benar-benar berjalan dengan apa yang diseru kepada manusia. Setiap yang diserukan itulah yang dibuatnya, apa yang dikata itulah yang dikota, supaya amalannya sesuai dengan kata-katanya.Supaya dia tidak terdedah kepada kemurkaan Allah.

"Hai orang-orang yang beriman, mengapakah kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan". As-Saff:2-3

Pendokong dakwah yang menyeru manusia mestilah ikhlas kerana Allah di dalam dakwahnya. Tidak ada yang diharapkan daripadanya kecuali keredhaan Allah. Tidak mengharapkan pujian dan sanjungan dari manusia dan tidak harus menunggu untuk dikagumi ucapannya oleh manusia. Dia mesti berkata benar dan bersifat benar di dalam segala perkara supaya dia sentiasa dipercayai oleh manusia. Ad-da'i kepada Allah mesti sabar, redha menanggung segala rintangan yang mengganggunya di tengah jalan, redha menanggung dan menerima segala penyiksaan, kritikan, persendaan dan berpalingnya manusia daripadanya. Dia mesti bersifat ramah pengasih, penyayang, lemah-lembut. Sebab yang demikian itu akan menyebabkan manusia sayang kepadanya dan menolongnya, tertarik hati kepadanya dan menggabungkan diri kepadanya dan benarlah Allah yang Maha" Agung:

"Maka disebabkan Rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu ". Ali-lmran: 159

Sahibud-dakwah mestilah bersifat Hilm tatkala mengendalikan dirinya di waktu marah. Jangan mudah marah dan melatah, mestilah berlapang dada dan berjiwa besar kepada setiap yang bertanya, yang mengkritik atau yang memberi nasihat sekalipun bagaimana cara nasihat yang paling baik dan sempuma dan mesti bersedia menerima nasihat dalam apa jua bentuk. Sahibud-dakwah, pendokong dakwah kepada Allah, mestilh menghafaz al-Quran dan hadis

Rasulullah s.a.w. selagi dia mampu berbuat demikian. Sebab yang demikian itu menolongnya mengambil dalil dari al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. dalam setiap urusan dan pengertian yang datang kepadanya. Dia mesti mengetahui sirah yang harum tinggalan Rasulullah s.a.w. untuk memperolehi pengajaran, tunjuk ajar, pendirian dan teladan daripadanya sebab ia dapat mempengaruhi dan memberi kesan di dalam jiwa. Dari sirah Rasulullah s.a.w. itu, sahibud dakwah yang menyeru manusia kepada Allah memperoleh uslub, cara dakwah dan cara harakah dalam berdakwah.

Dia patut menyediakan satu buku catatan semasa membaca kitab dan rencana untuk mencatat isi-isipenting dan perkara menarik daripada pembacaannya sebagai bekalan kepadanya dari satu masa ke satu masa. Ini kerana, terlalu bergantung kepada daya ingatan selalunya mengkhianati tuannya. Jadi perlulah disediakan buku catatan atau buku peringatan.

Sahibud-dakwah perlu mengetahui berbagai-bagai urusan agamanya, kerana dia sentiasa terdedah kepada berbagai-bagai soalan dan tafsiran daripada para pendengarnya. Dia juga perlu mempunyai pemikiran Islam supaya dia memandang segala perkara dan peristiwa dengan pandangan Islam dan menghukum segala sesuatu menurut kaca mata Islam. Sahibud-dakwah, mesti mengetahui bahawa di samping mempunyai kefahaman yang teliti dan halus terhadap Islam, dia juga perlu kepada keimanan yang mendalam serta hubungan dan kepercayaan terhadap Allah. Inilah dia sebaik-baik bekalan di atas jalan dakwah.

Di Sekitar Uslub Dakwah
Uslub atau cara berdakwah adalah sebahagian dari dakwah. Ketinggian matlamat dan citacita yang kita seru manusia kepadanya tidaklah mencukupi kalau dilaksanakan dengan cara yang salah dan tidak munasabah. Ada kemungkinan uslub dan cara yang digunakan itu memburukkan suasana atau menyebabkan manusia lari dan menjauhkan diri dari dakwah kita akibat tidak sesuai dengan masa dan tempat. Untuk itu Allah telah memberi arahan kepada kita dengan firmanNya:

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik". An-Nahl: 125

"bil-hikmah ": dengan kebijaksanaan, dengan hujah-hujah yang kuat dan bukti yang konkrit. Menyuruh orang berbuat baik dan melarang mereka dari berbuat munkar dan jahat mestilah dengan cara yang baik, sikap yang baik, kata-kata yang lemah lembut. Bukan dengan kasar dan keras, tengking-menengking atau berpekik-pekik dengan suara yang keras dan bukan dengan kutukan dan menempelak.

Sahibud-dakwah mesti berani mengatakan perkara yang benar walaupun pahit, tetapi
dengan cara yang menarik dan senang diterima oleh manusia. Di samping itu, dia tidak boleh bermuka-muka, tidak boleh mengampu-ampu, tidak boleh bersifat munafik walaupun dengan tujuan menarik hati manusia atau menggembirakan mereka dan menarik minat mereka kepadanya.

Dia haras bertegas dan terus terang supaya manusia dapat mengenali kebenaran yang dibawanya. Kerana sesungguhnya cara yang berdolak-dalik dan bermuka-muka dan bersifat munafik, tidak sesuai dengan keagungan, kebenaran dan dakwah Allah yang diserukannya. Dan Allah telah memberi amaran kepada Rasulullah s.a.w di dalam firmanNya:

"Maka mereka menginginkan supaya kamu bersikap lunak lalu mereka bersikap lunak pula kepadamu ".
Al-Qalam: 9
Mereka suka jika kamu bertolak ansur supaya mereka bertolak ansur pula dengan kamu. Sahibud-dakwah perlu memahami jiwa manusia dan mengetahui anak kunci hati supaya dia mampu membuka pintu-pintu hati dan menyampaikan kepada manusia apa yang dikehendaki. Jangan bertindak secara mendadak dengan membawa kepada mereka apa yang dibenci oleh jiwa mereka supaya mereka tidak terperanjat. Sahibud-dakwah mesti mengetahui terlebih dahulu dari mana dan bagaimana cara untuk memulakan setelah dikaji, ditapis dan disediakan segala apa yang diperlukan untuk urusan dakwah.

Sahibud-dakwah mestilah menentukan topik yang hendak dibicarakan supaya para pendengarnya mendapat faedah yang nyata dan jelas daripadanya. la mesti memperbaiki tertib dan susunan pembentangan terhadap pengertian dan tajuk yang dibicarakan dengan susunan yang dapat menyokong dakwahnya supaya mereka berpuas hati dan menerimanya. Sahibud-dakwah mestilah mampu memadukan akal, perasaan dan hati manusia di dalam uslubnya. Janganlah berbicara dengan akal semata-mata tetapi ketandusan perasaan dan tidak pula semata-mata dengan perasaan dan hati sahaja tanpa kepuasan akal dan lojik. Isi perbicaraannya mestilah dapat diterima akal, menarik perasaan dan menawan hati sehingga akal, perasaan dan hati manusia berpuas hati dengannya.

Satu dari cara-cara yang berguna yang sentiasa mempunyai pengaruh yang paling berkesan dan baik adalah pembicaraan yang mampu memuaskan akidah manusia. la dimulai dengan memantapkan di hati manusia tentang kewujudan Allah, seterusnya menjelaskan hakikat risalah kita dan tugas kita dalam hidup ini. la disudahi dengan mengukuhkan, menegaskan bahawa Islam itu adalah manhaj, cara hidup, satu pegangan hidup yang sejahtera dan lengkap dan berusaha untuk memulakan kehidupan Islam dan menegakkan negara Islam (ad-daulah Islamiah) ini adalah satu tugas yang wajib kepada tiap-tiap muslim.

Sahibud-dakwah, yang menyeru manusia kepada Allah mestilah sentiasa menyalakan harapan dan cita-cita yang mulia di kalangan para pendengarnya. Dia mestilah menyakinkan mereka bahawa masa depan adalah untuk kemenangan Islam dan abad ini adalah abad Islam, abad kemenangan Islam! Dia perlulah menghapuskan segala pengaruh dan kesan putus asa dari jiwa mereka supaya mereka tidak mudah berganjak dari prinsip Islam dan tidak bersikap beku dan jumud di tengah jalan dan tidak mahu meneruskan perjalanan mereka di atas jalan dakwah. Sekiranya sahibud-dakwah merasai dan melihat manusia berpaling daripadanya maka hendaklah dia mengoreksi kembali cara atau uslub dakwahnya kerana boleh jadi caranya tidak tepat atau waktunya tidak sesuai, atau suasananya tidak sesuai menyebabkan berlaku perkara yang demikian.

Sahibud-dakwah mestilah berusaha bersungguh-sungguh supaya menggandingkan ilmu dengan amal supaya mereka mengamalkan ilmu yang telah diketahui, bukan hanya merupakan kepuasan ilmiah semata-mata. Dia mesti mengawasi waktunya ketika berbicara supaya mereka tidak jemu mendengarkan ucapan yang mungkin terlalu panjang atau kurang menarik perhatian para hadirin. Ini semua hanyalah bayangan mengenai cara menyeru manusia kepada Allah. la hanyalah sebagai contoh, bukan untuk membatasi hikmah kebijaksanaan dan cara-cara sahibud-dakwah kerana di sana banyak lagi cara yang lain yang dapat diteroka oleh sahibud-dakwah.

No comments: