Wednesday, January 21, 2009

KUN FAYAKUN

SUBHAANALLAH WAL HAMDULILLAH WA LAA ILAA HA ILLALLAH WALLAHU AKBAR
"Sesungguhnya keadaanNya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya.'Jadilah!' maka terjadilah ia.Maka Mahasuci (Allah) yang ditanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNya kamu dikembalikan." (Yasin : 82:83)
Sepanjang minggu ini pelbagai berita yang suka ,duka, mencabar, dan menguji kekuatan diri,sahabat, masyarakat dan umat dunia. Walaupun pelbagai yang kita usahakan namun ketentuan Ilahi menentukan segalanya.Beberapa peristiwa yang terjadi ini semoga ada hikmah di sebaliknya.
Pertama takziah dan semoga tabah buat adik Aiziah,semoga ruh adiknya di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.Disini pengajaran bagi kita yang masih hidup,bahwa ajal itu pasti datang,jadi bersiaplah kita sebelum ia menjemput.
Kedua tahniah di atas kemenangan di PRK Kuala Terengganu. Semoga kemenangan adalah permulaan kebangkitan Islam dan kemenangan seterusnya.takbir!!.Yang batil akan tunduk menyembah yang hak akan Izzah Berdiri.
Ketiga syabas buat PRO MAHASISWA UM yang telah memenangi pilihanraya kampus baru-baru ini,semoga mereka menjadi pencetus kepada kebangkitan mahasiswa Islam dan seterusnya menjadi generasi penyambung kepimpinan negara pada masa akan datang.
Keempat salam perjuangan buat mujahid dan mujahidah,HAMAS dan gerakan Islam yang mendukung perjuangan jihad memerangi Israel.Semoga Allah menurunkan tenteranya bagi melindungi umat ISLAM.
Ya Allah Yang Maha Memiliki hikmah, mata kami selalu terbatas dalam menilai disebalik sesuatu yang menimpa,Kiranya Engkaulah yang menunjukkan hikmah tersembunyi di balik setiap kejadian.
Ya Allah ,sebagaimana senangnya kami menuai kesenangan, kuatkan juga hati kami apabila kami menghadapi kesukaran .Jadikan hati kami begitu lapang dan ikhlas ,agar kami tidak kehilangan kawalan diri.
Ya Allah apapun yang kami lakukan ,ada Engkau di sebalik semua tindakan kami.Bila kami salah Engkau betulkan , bila kami salah Engkau maafkan.Amin.....

Saturday, January 17, 2009

JIHAD EKONOMI...DAN BOIKOT ISRAEL

JIHAD EKONOMI!!!
AYUH SAMA-SAMA KITA BOIKOT PRODUK ZIONIST...
INI BUKAN ISU BARU ,TETAPI BIARLAH PERINGATAN INI BERTERUSAN ...SUPAYA KITA TAK LENA DAN TERLEKA....
JIHAD!
JIHAD!
JIHAD!
Di samping itu saya paparkan isi sewarkah surat sebagai tindakan yang perlu kita teruskan dengan segala kemampuan yang ada demi menyelamatkan UMAT ISLAM DI PALESTINE .
Berikut adalah isi surat daripada Setiausaha Gerakan al-Ikhwan al-Muslimun di Mesir untuk umat Islam di seluruh dunia. Surat ini telah dikirimkan kepada pertubuhan-pertubuhan Islam dan kemanusiaan di seluruh dunia. "Saya telah diminta untuk menterjemahkannya kepada seluruh rakyat Malaysia yang peduli terhadap isu Palestin. Beberapa perubahan kecil dari teks asalnya sewaktu proses penterjemahan demi menyesuaikannya dengan budaya, mentaliti dan realiti rakyat Malaysia. Diharapkan agar para pembaca dapat menyebarkan surat ini kepada para pembaca bahasa Melayu yang lain demi menyemarakkan usaha menyelamatkan rakyat Gaza yang sedang menderita akibat kepungan Rejim Zionis yang zalim dengan bantuan Amerika Syarikat. "

“Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman”
(Surah ali-’Imran [3]:139)

Seruan daripada Allah s.w.t kepada sekelian orang yang beriman…. Kamu sekali-kali tidak akan ditimpa ketakutan, tidak akan diselubungi kesedihan dan hati kamu sekali-kali tidak akan dirundungi kekecewaan. Kekecewaan tidak sekali-kali akan dapat diharmonikan dengan keimanan. Kamu berada pada darjat yang paling tinggi selagi mana kamu beriman dan sentiasa mempunyai talian yang kuat dengan Allah yang Maha Mulia lagi Berkuasa.

Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan saudara mereka di Palestin berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya. Kita boleh melakukan banyak perkara demi untuk saudara-saudara kita di Gaza….

Dengan ini, saya menyeru setiap pihak agar:
1- Qunut Nazilah – Membaca qunut nazilah pada setiap kali solat dan ajarkan makna qunut dan cara melakukannya kepada orang-orang yang masih belum mengetahui hakikat qunut.
Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan saudara mereka di Palestin berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya.

2- Tinggalkan makanan, minuman dan kerehatan yang berlebihan dan salurkannya kepada saudara-saudara kita di Palestin. Salurkan wang anda kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan tempatan yang terlibat menguruskan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin

3- Mendermalah untuk pembelian ubat-ubatan yang diperlukan. Menyumbang secara terus sama ada sumbangan yang berbentuk material ataupun kewangan. Hospital-hospital dan klinik-klinik di Gaza sedang kehabisan ubat-ubatan untuk merawat para pesakit.

4- Bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan dan kesempatan, sertailah misi-misi kemanusiaan untuk membantu rakyat Gaza (untuk menyalurkan kelengkapan pakaian, makanan dan bahan api)

5- Mobilisasi rakyat untuk bangkit melahirkan solidariti bersama rakyat Gaza yang dizalimi dan sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. Demo, bantahan, memorandum dan juga segala wasilah yang sesuai mestilah digunakan untuk tujuan tersebut.

6- Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, Ym dan lain-lain lagi.

7- Wujudkan Tabung Palestin di setiap rumah (Didiklah anak-anak agar mula menabung dari duit perbelanjaan mereka untuk rakyat Palestin). Sikap ini akan mewujudkan perasaan kebersamaan mereka dengan rakyat Palestin yang ditindas.

8- Bagi para pemudi dan wanita yang beriman, mereka hendaklah berderma dengan barang-barang perhiasan berharga yang mereka miliki.

Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, YM dan lain-lain lagi.

9- Kepada seluruh warga yang bekerja, gunakanlah kedudukan kamu untuk menyelamatkan Palestin. Sebagai contoh :-

a. Para Pendakwah : Bangunkan Ummah untuk membantu Palestin dan serulah pihak-pihak berkuasa dengan kebenaran.
b. Ahli-ahli Parlimen : Gunakan segala jentera pemantauan supaya Kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya secepat mungkin.
c. Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.
d. Para Pengamal Undang-undang : Berusahalah di peringkat nasional dan antarabangsa untuk mengutuk perang dan penyembelihan secara beramai-ramai ini.
Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.
e. Para Wartawan : Gunakan kedudukan anda untuk membentuk pendapat umum rakyat samada melalui media bercetak mahupun media audio visual. Sebarkan kesedaran mengenai usaha ummah untuk menyelamatkan Palestin. Dedahkan pekung musuh, berilah peringatan kepada mereka yang masih bersikap alpa dan leka, serulah ummah dan bangunkan orang-orang yang lalai.

Gerakerja secara kolektif
Ikhwan Muslimin, seluruh parti politik dan pertubuhan-pertubuhan NGO, sekarang ini sedang berhimpun untuk menyusun usaha secara kolektif menuntut supaya pintu masuk di setiap sempadan di Palestin untuk dibuka. Dengan izin Allah, semua pertubuhan ini dengan kerjasama daripada bangsa Arab, umat Islam dan seluruh rakyat di dunia akan melakukan apa yang tidak dilakukan oleh negara-negara dan institusi-institusi antarabangsa.

“Dan katakanlah, “ Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin..”
(Surah at-Taubah [9]:105)

Note: Dr. Mahmoud Ezzat,
Setiausaha Agung,Jamaah Ikhwan Muslimin.
Terjemahan : Maszlee Malik

- diambil dari laman web Palestinkini.info dalam artikel bertajuk Selamatkan Rakyat Gaza! -

Wednesday, January 14, 2009

FIKRAH SIYASI

FIQH IJTIHAD
OLEH: YUSUF AL-QARADHAWI………………

Al-Qaradhawi menekankan 5 jenis fiqh yang sepatutnya dimiliki oleh para pendakwah dan para ulama :-Fiqh Al-Maqasid,Fiqh Al-Aulawiyat,Fiqh Al-Sunnan Al-Kawniyah,Fiqh Al-Muwazanat dan Fiqh Al-Ikhtilaf.

Fiqh yang dimaksudkan di sini bukanlah fiqh yang difahami secara konvensional ,iaitu fiqh hukum hakam ,ataupun lebih sempit lagi fiqh yang berkaitan dengan hukum hakam ibadat seperti solat puasa ,haji dan zakat.

Fiqh yang dimaksudkan disini ialah ‘ ilmu ’ dan kefahaman mendalam terhadap sesuatu perkara .Berikut adalah huraian mengenai kelima-lima fiqh yang dipromosikan oleh al-Qaradawi :

1) Fiqh al-Maqasid
Bermaksud “objektif syariah”
Objektif syariah membawa maksud ,pemahaman terhadap objektif di sebalik pensyariatan hukum hakam syariah .Secara ringkasnya ,Syariah Islam diutuskan kepada manusia untuk menjaga kepentingan (maslahah) manusia dunia dan akhirat.Kepentingan atau maslahah terbahagi kepada 3 :-
- Daruriyat ( keperluan asasi )
- Haajiyat ( keperluan kehendak )
- Tahsiniyat ( keperluan pelengkap )
Daruriyaat ( keperluan asasi merupakan asasi merupakan keperluan yang paling utama dan yang paling ketara dipelihara oleh syariat.Daruriyaat telah dibahagikan kepada 5 kategori:-
1. penjagaan agama
2. penjagaan nyawa
3. penjagaan akal
4. penjagaan harta
5. penjagaan keturunan dan maruah

Kelima-lima unsur agama, nyawa,akal,harta dan keturunan merupakan unsur paling asasi di dalam kehidupan manusia.Jika unsur-unsur tersebut tidak dipelihara maka kucar kacir ataupun akan ditimpa kemudaratan sama ada di dunia mahupun di akhirat.Maka Syariat Islam yang diutuskan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah untuk memelihara kelima-lima unsur tadi.
Berteraskan konsep penjagaan terhadap 5 keperluan asasi ( Daruriyat ) ini dan juga susunan keutamaannya, maka fiqh al-maqasid diilhamkan .Maka sebarang fatwa yang ingin dihasilkan ,ataupun sebarang ijtihad di zaman moden ini hendaklah mengambil kira konsep penjagaan kelima-lima daruriyaat tersebut.Sebarang aktiviti dakwah dan harakah juga hendaklah selari dengan ruh maqasid ini .Pendekatan ini lah yang dinamakan sebagai fiqh al-Maqasid oleh al-Qaradawi.

2)Fiqh al-Aulawiyaat
Fiqh al - aulawiyaat seakan sinonim dengan al-Qaradawi.Tidak keterlaluan jika dikatakan ,beliaulah pengasas fiqh al-aulawiyaat
Fiqh al-aulawiyaat bermaksud ,seni di dalam mendahulukan mana yang lebih utama berbanding dengan sesuatu yang kurang utama dan tidak utama.Ianya juga bermaksud mendahulukan sesuatu perkara penting berbanding perkara-perkara yang kurang penting dan tidak penting langsung.Ketiadaan seni seumpama ini menjadikan seseoran muslim dan pendakwah dan menghabiskan masa dengan sesuatu yang kurang penting ataupun tidak penting dan meninggalkan perkara yang lebih penting Ia juga menghabiskan tenaga dan usaha dengan melakukan sesuatu yang tidak berfaedah ataupun kurang faedah dan meninggalkan perkara yang lebih berfaedah.Lebih dahsyat lagi,apabila ketiadaan fiqh al-aulawiyaat akan membawa kepada pembaziran waktu dengan perkara-perkara yang mempunyai impak yang kecil ataupun tiada impak serta meninggalkan perkara yang boleh memberikan impak yang lebih kepada Islam ataupun masyarakat.
Contoh fiqh al-aulawiyaat yang terdapat di dalam sirah Rasulullah s.a.w :
Rasulullah s.a.w. memulakan pengukuhan akidah dahulu di Makkah dan tidak memulakan dakwah dengan menghancurkan patung-patung berhala. Mendahulukan hokum-hukum berkaitan akidah dan pembentukan jiwa di Makkah sebelum memberikan pertanggungjawapan dari segi hokum hakam amali.
Fiqh al-aulawiyaat juga menekankan konsep mendahulukan yang usul berbanding furu’ .
Mendahulukan amalan yang wajib berbanding dengan amalan-amalan yang sunat.
Mendahulukan nas-nas yang qat’i berbanding nas-nas yang zanni.
Mendahulukan amalan-amalan yang berbentuk jama’ie dengan amalan-amalan berbentuk fardi.
Mendahulukan pengajian terhadap Usul Islam seperti akidah,ibadat yang fardu ,pemahaman al-Quran dan hadis sebelum menimba ilmu-ilmu cabang dan furu’.
Di dalam membicarakan persoalan ibadat pula ,al-Qaradawi telah mengambil idea-idea al-Ghazali berkaitan keperluan mengetahui tingkatan-tingkatan keutamaan amal ibadat .Beliau juga mencedok perbincangan Ibn Qayyim al-Jawziyyah mengenai kepentingan dan keutamaan sesuatu amalan berdasarkan situasi ,keadaan dan tempat.Contohnya ,jihad menjadi amalan paling utama ketika sesebuah negara Muslim diserang oleh tentera kafir.Menuntut ilmu menjadi amalan paling utama di kala para ulama semakin berkurangan ,dan lain-lain lagi.
Antara keutamaan ( aulawiyaat ) yang telah dikemukakan oleh al-Qaradawi ialah :
I. Keutamaan kualiti berbanding kuantiti .( Sama ada di dalam beramal ataupun berdakwah) II. Keutamaan ilmu ke atas amal .( Beramal tanpa ilmu akan membawa kepada amalan yang tersilap )
III. Keutamaan menghayati Maqasid ( objektif ) sesuatu perkara yang hendak dilakukan berbanding zahir.
IV. Keutamaan berijtihad berbanding bertaklid semata-mata .
V. Keutamaan menumpukan kepada perkara –perkara yang dipersetujui berbanding perkara-perkara yang diperselisihkan .
VI. Keutamaan memudahkan dan meringankan berbanding menyusahkan dan membebankan ( di dalam fatwa ijtihad dan dakwah)
VII. Keutamaan mengislah diri individusebelum mengislah kerajaan dan sistem.
VIII. Keutamaan tarbiyah sebelum berjihad.
IX. Keutamaan mendepani musuh-musuh Islam berbanding perselisihan sesama umat Islam sendiri.
X. Keutamaan memerangi mungkar yang besar dan utama berbanding perkara furu’ dan remeh.
Al-Qaradawi melihat bahawa kehilangan fiqh al-aulawiyaat di persada gerakan Islam akan membawa kepada kepincangan di dalam gerak-kerja dakwah dan islah .Fiqh aulawiyaat menurut al-Qaradawi juga menuntut agar pendakwah bersatu mencari persamaan berbanding perbezaan ,dan mengenali musuh mereka .Perbezaan pendapat di kalangan pejuang Islam bukanlah alasan untuk mereka bersatu.
Al-Qardawi juga menegur sikap sesetengah umat Islam yang terlalu mementingkan perkara-perkara yang wajib .Beliau mengambil contoh betapa ada di antara umat Islam yang menghabiskan wang mereka untuk menunaikan haji dan umrah sunat dan tidak menginfaqkan harta mereka untuk tujuan dakwah ,propaganda Islam, penubuhan sekolah-sekolah Islam dan lain-lain tujuan yang lebih besar manfaatnya buat umat.
Beliau juga menegur sikap sesetengah golongan yang menitik beratkan persoalan sunat dan adab tetapi di dalam waktu yang sama meninggalkan persoalan yang lebih besar seperti membina kekuatan umat , cemerlang di dalam pelajaran , perniagaan dan kerjaya demi memartabatkan umat Islam.
3)Fiqh al-Sunan Kawniyyah
Keperluan untuk memahami peraturan alam yang telah diciptakan oleh Allah swt amat penting kepada para pendakwah .Kegagalan memahami peraturan alam ciptaan Allah swt akan membawa kepada usaha yang melawan arus dan berakhir dengan kegagalan.
Yang dimaksudkan dengan Fiqh As-Sunan adalah kefahaman terhadap undang-undang dan peraturan ( Al-Kawn ) ciptaan Allah di alam maya ini ,yang tetap dan tidak berubah dari masa ke semasa .Iaitu memahami realiti dan natijah sesuatu kejadian khususnya dalam peraturan politik dan kemasyarakatan .Ini berpandukan firman Allah :
“ Maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penggantian bagi sunnah Allah ,dan sekali-kali tidak ( pula ) akan menemui penyimpangan bagi sunnah Allah .”
Surah Fathir ayat:43

Peraturan ini merupakan hokum alam atau sunnatullah yang berlaku dan berulang-ulang berlaku pada setiap zaman dan setiap waktu.Terdapat satu undang-undang yang tetap dan unsur sebab musabab dalam hokum –hukum alam .
Oleh itu wajib dikaji dan difahami seperti sunnah perubahan ,sunnah kemenangan golongan terdahulu,sunnah kegagalan mereka,sunnah kekalahan pada sejarah silam dan seumpamanya.
4)Fiqh al-Muwazanaat
Fiqh al-Muwazanaat ( ilmu di dalam membuat ) yang dimaksudkan al-Qaradawi adalah seni membuat pertimbangan yang rasional sebelum membuat sesuatu keputusan .Di dalam bidang ijtihad ,fatwa ,hokum dan dakwah pula ia bermaksud seni mempertimbangkan perkara-perkara berkaitan dan keadaan yang wujud sebelum mengeluarkan sesuatu ijtihad ,fatwa,hokum dan keputusan berkaitan dakwah serta harakah.3 dimensi utama dalam fiqh al-Muwazanaat adalah :
I. Mempertimbangkan di antara kepentingan –kepentingan (masaalih ) yang wujud akibat keputusan yang akan dibuat .Maksudnya,kepentingan manakah yang perlu diutamakan dan dijadikan pilihan di dalam membuat keputusan.
II. Mempertimbangkan di antara kemudaratan-kemudaratan (mafasid) yang perlu dielakkan .Maksudnya di dalam keadaan berdepan dengan pilihan yang kesemuanya mengundang kemudaratan dan tiada ruang keluar, maka semua kemudaratan itu dipertimbangkan. Kemudaratan yang paling besar impaknya perlulah dielakkan berbanding dengan yang lebih kurang impaknya.
III. Mempertimbangkan di antara kepentingan dan kemudaratan .Maksudnya , jika keputusan yang bakal diambil mempunyai 2 konsekuensi ,satu mengundang kebaikan dan satu lagi mengundang kemudaratan,maka yang lebih baik itulah yang mesti dipilih.
Fiqh al-Muwazanaat ini bukanlah perkara baru yang dicipta oleh al-Qaradawi .Para ulama terkemuka sebelumnya telah membincangkan konsep yang sama .Bezanya,mereka tidak menggunakan perkataan fiqh al-muwazanaat sahaja.Al-Ghazali di dalam kitab al-Mustafa ,al-Shatibi di dalam kitab al-Muwafaqaat, dan lain-lain ulama di dalam kitab Qawa’id al-Fiqhiyyah adalah di antara mereka yang sering menggunakan konsep-konsep fiqh al-Muwazanaat.
Ibn Taymiyah sendiri di dalam buku al-Siyasah al-Syar’iyyah telah membincangkan persoalan ini ketika membicarakan persoalan bekerja dengan pemimpin yang zalim.Menurut Ibn Taymiyah ,harus seorang yang soleh itu bekerja dengan pemimpin yang zalim demi mengurangkan kezaliman si pemimpin tersebut.
Al-Rashid memberikan contoh aplikasi fiqh al –Muwazanaat ini di dalam pengalaman gerakan-gerakan Islam di serata dunia.Antaranya ,pengalaman penyertaan gerakan Islam di Sudan ke dalam koalisi Sosialis Sudan.Antara yang lain juga koalisi gerakan Islamdi Syria dengan parti-parti bukan Islam di dalam barisan pembangkang dan lain-lain lagi.

Dalam bidang ijtihad hokum pula, al-Qaradawi telah mengeluarkan beberapa fatwa menggunakan neraca fiqh al-Muwazanaat,antaranya:-

a) Keharusan bekerja di dalam syarikat yang mempunyai urus niaga,riba,dengan syarat,sebahagian daripada gaji disedekahkan untuk menyucikan duit pendapatan.
b) Keharusan bekerja di bank konvensional demi menimba pengalaman untuk membuka dan memajukan bank-bank Islam.
c) Keharusan menulis di dalam akhbar-akhbar bukan Islam untuk berdakwah dan menyampaikan mesej Islam.

5)Fiqh al-Ikhtilaf
Fiqh al-Ikhtilaf membawa maksud di dalam menguruskan perbezaan antara umat Islam.
Melalui idea fiqh al- Ikhtilaf , al-Qaradawi telah cuba untuk membawa umat Islam menguruskan perbezaan mereka agar umat Islam tidak dilekakan dengan perpecahan dan percakaran sesama sendiri yang tidak menguntungkan .
Beliau menekankan bahawa Islam amat mementingkan kesatuan,dan perbezaan adalah sesuatu yang fitrah dan tidak dapat dielakkan .Menyeragamkan umat Islam di dalam semua perkara adalah mustahil dan bertentangan dengan fitrah manusiaitu sendiri.
Maka yang sepatutnya diusahakan ialah bagaimana menyatukan umat Islam di dalam kepelbagaian mereka.
Al-Qaradawi menyeru kepada beberapa perkara di dalam isi kandungan fiqh al-Ikhtilaf ,antaranya:-
1- Umat Islam hendaklah berlapang di dalam perbezaan perkara yang furu’ dan ranting.
2- Umat Islam hendaklah mengambil jalan moderat dan pertengahan di dalam beragama .Jalan ekstrem dan berlebihan akan membawa kehancuran.
3- Umat Islam hendaklah mengutamakan perkara yang dipersetujui berbanding perkara yang dipertelingkahkan.
4- Umat Islam diseru agar menghormati perkara-perkara yang diijtihadkan ,dan tidak taasub dengan pendapat ataupun ijtihad sendiri sahaja.
5- Umat Islam diseru untuk melihat pendapat-pendapat ulama secara adil dan menyeluruh .Sikap hanya mementingkan pendapat sendiri dan tidak melihat pandangan orang lain adalah dicela dan bertentangan dengan roh kesatuan.
6- Umat Islam hendaklah bersatu di dalam menghadapi masalah bersama mereka yang lebih besar seperti isu Palestin ,isu penjajahan ,isu Kristianisasi dan lain-lain.
7- Umat Islam diseru agar bekerjasama di dalam perkara-perkara yang disepakati dan bermaafan di dalm perkara-perkara yang diperselisihkan .
8- Umat Islam juga diseru agar tidak mengkafirkan sesama Muslim.

Fiqh al-Ikhtilaf yang dilontarkan oleh al-Qaradawi ini bertitik tolak dari kesedaran beliau agar umat Islam dapat memahami satu sama lain .
Beliau amat terkesan dengan perpecahan yang berlaku di antara para pejuang Islam dan gerakan-gerakan Islam.Maka fiqh al-Ikhtilaf menjadi solusi kepada persoalan tersebut.

Kelima-lima fiqh ini merupakan asas untuk menguasai fiqh al-waqi’ yang diperjuangkan oleh al-Qaradawi .Fiqh al-waqi’ adalah ilmu yang membincangkan bagaimana para ulama, para pendakwah dan gerakan Islam dapat memahami keadaan semasa ,faktor-faktor yang mengesani serta kuasa-kuasa yang sedang mendominasi perjalanan masyarakat.Ilmu ini melibatkan satu proses untuk mengenal pasti, menganalisis dan mentafsir isu,trend ,anjakan paradigma ,sentiment dan fenomena yang wujud dalam masyarakat.Dr.Yusuf Al-Qaradawi menyatakan bahawa tuntutan kontemporari fiqh asy-syariah hanya dapat dipenuhi dengan kefahaman yang baik terhadap fiqh al-waqi’.
Kepentingan fiqh al-waqi’ kepada para ulama dan juga para pendakwah tidak dapat dinafikan .Tanpa kefahaman mengenai realiti terhadap perubahan suasana dan tempat ,seseorang ulama akan mengeluarkan ijtihad di luar konteks , para pendakwah pula akan hilang arah di dalam menyingkapi golongan sasaran ,dan gerakan Islam mungkin akan terpinggir dari arus perdana dan kehilangan peluang untuk melakukan sesuatu perubahan. Namun berhati-hatilah dalam serangan pemikiran pada hari ini. SAMA-SAMA KITA FAHAMI DAN ISLAH FIKRIYAH SERTA JASADIAH……………bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Saturday, January 10, 2009

UMAT ISLAM...RENUNGKANLAH

Antara kewajipan dan cabaran umat Islam

Mengkaji tentang Rasulullah saw tidak akan habis dan tidak jemu-jemu walaupun sudah lebih 1400 tahun berlalu. Semakin dikaji oleh orang yang berakal dalam zaman sains ini, semakin bergemerlapan sinar Islam yang dibawa oleh baginda. Semakin tajam pemikiran manusia, semakin banyak mengkaji Al Quran, semakin terasa jahilnya kita. Inilah keistimewaan Al Quran, semakin mendalam seseorang meneliti Al Quran semakin banyak bertemu perkara yang baru. Itulah sebabnya tidak jemu orang membaca, tidak puas orang menyelidikinya dan tidak pula menjadi zalim orang yang berhukum dengannya.

Rasulullah saw ibarat sebutir berlian yang bernilai, cantik dipandang dari semua sudut, kecuali orang yang tidak mahu mengambil ikhtibar darinya. Mereka akan berkata intan itu kaca. Rasulullah saw adalah contoh yang boleh kita ambil dari berbagai-bagai sudut. Misalnya baginda adalah panglima perang yang unggul, ketua negara yang berwibawa, ketua keluarga yang penyayang, hamba yang taat (abidun) kepada Allah, peniaga yang mahir, ahli sosial yang bijak dan pandai berdikari semenjak berumur 10 tahun.

Tugas besar Rasulullah saw ialah meyebarkan Islam keseluruh alam untuk manusia (dan jin). Baginda merupakan rasul yang akhir, menyeru sekalian manusia ke jalan yang benar dengan bukti yang jelas serta menghindar manusia dari terjerumus ke lembah syirik. Ini adalah berdasarkan firman Allah (12: 108): Maksudnya: ‘Katakan (wahai Muhammad). “ Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan bukti yang jelas dan nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktikad dan perbuatan syirik); dan bukannya aku dari golongan orang yang mempersekutukan Allah dengan suatu yang lain”. Ayat tersebut menjelaskan kepada kita bahawa orang yang mengikut Rasul bertanggungjawab membuat kerja nabi dengan menyebarkan risalahnya kepada sesiapa sahaja manusia di dunia ini. Bahkan kalau kita tidak sampaikannya kita akan bertanggungjawab di hadapan Allah kelak.

Ramai orang telah bercakap mengenai Rasulullah saw, misalnya tentang kehebatannya, kerasulannya dan mukjizatnya. Tetapi yang penting dalam zaman kebangkitan Islam ini, kita kena lihat Islam dari keseluruhannya. Kalau tidak, kita hanya kenal Islam dari segi sembahyangnya sahaja, puasanya sahaja, hajinya sahaja ( ibadat khusus sahaja). Ini tidak memulihkan Islam, bahkan menjadi pincang. Buktinya, sejarah telah mengajar kita bahawa pemimpin dulu dan ulamaknya menonjolkan Islam secara keseluruhannya (syumul). Yang mereka pisah-pisahkan ialah bab-bab dalam ilmu; misalnya fikah, muamalah, muasyaarah, jenayah dan akhlak dengan tujuan memudahkan pelajar memahaminya. Yang salahnya kita hari ini telah memisah-misahkan ilmu itu. Ini mengakibatkan kita mahir suatu bab dan jahil suatu bab lain. Inilah yang dikehendaki oleh musuh Islam. Misalnya hendak melakukan ibadat korban pun wajib memerlukan beberapa kaedah dan peraturan untuk menentukan halal dan sahnya. Pelik kerana perihal ini berlaku dalam masyarakat Islam. Contoh yang lain ialah, sepatutnya apabila pemerintahan komunis (yang tidak percaya kewujudan Allah) runtuh, orang Islamlah yang mengambil alih pemerintahan itu. Tetapi yang menjadi barah dan duri dalam daging ialah kelompok masyarakat Islam yang menolak dan menentang dakwah Islamiah sehingga ranap atau musnah.

Rasulullah saw menanggung berbagai kesusahan untuk menegakkan Islam. Musuh Islam menjalankan beberapa cara untuk menggagalkan risalah Islam dari disebarkan. Mereka mengadakan perundingan dan menawarkan harta, kuasa dan wanita kepada Rasulullah saw. Disamping itu ditawarkan khidmat perubatan. Rasulullah saw menolak dan pernah bersabda: Maksudnya: ‘Kalaulah diletakkan matahari disebelah tangan kananku, bulan disebelah kiri tanganku untuk aku berhenti melakukan kerja ini, aku tak akan berhenti’. Dalam zaman moden ini pun taktik ini masih dipakai oleh musuh Islam: yaitu harta, kuasa dan wanita.

Ada lagi kaedah yang digunakan untuk merosakkan risalah Islamiah Rasulullah saw. Ianya ialah kaedah berkompromi. Misalnya, kaum musyrikin Mekah mengajak Rasulullah saw untuk membuat giliran beribadat di kaabah, atau berkongsi rumah ibadat. Seminggu Islam beribadat, seminggu kemudian Musyrikin pula beribadat di kaabah. Tetapi inipun ditolak oleh Rasulullah saw. Perihal ini memberikan pengajaran kepada ummat Islam supaya tidak berkompromi dalam hal akidah, ibadat dan akhlak. Ini juga memberikan pengajaran supaya ummat Islam mengamalkan Islam secara syumul ( dalam semua bidang kehidupan). Musuh Islam tidak takut kalau orang Islam beribadat hanya berulang alik ke masjid sahaja. (Contohnya kesanggupan seorang sarjana Belanda, Senouk Hogrenge yang masuk Islam secara berpura-pura dan menetap di Mekah beberapa tahun untuk mengetahui rahasia orang Islam).

Ummat Islam mestilah kuat, sabar dan gigih dalam menyebarkan risalah Islamiah. Kalau kita hendak jalankan kerja Nabi, kita haruslah mengetahui bahawa musuh senantiasa ada. Sabar adalah wajib. Rasulullah saw pernah dicurah najis waktu sujud di Masjid Al Haram, tetapi baginda sabar sahaja. Kini musuh Islam terlalu dekat dengan kita, misalnya dalam keluarga kita sendiri, hatta si isteri/suami kita. Mereka inilah yang menghalang kita melalui pujuk rayunya. Misalnya kita hendak ke masjid diajaknya ke tempat lain yang kurang penting atau menonton pertunjukan yang kurang berfaedah. Kisah orang terdekat menghalang dakwah merupakan kisah klasik. Ini disebut oleh Allah dalam Surah At Tahrim 10 :(66:10). Maksudnya: ‘Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua hamba Allah yang soleh di antara hamba-hamba kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada kedua suaminya; maka kedua suaminya itu tidak dapat membantu mereka sedikit pun dari siksa Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): “Masuklah ke neraka bersama sama orang-orang yang masuk (neraka)”. Dan Allah berfirman At Tahrim ayat 11 (66:11). Maksudnya: ‘Dan Allah membuat isteri Firaun perumpamaaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata: “Wahai Tuhanku binalah untukku sebuah rumah di sisimu dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas) serta selamatkanlah aku dari kaum yang zalim”.

Rasulullah saw dan ummatnya yang menjalankan risalah Islamiah tetap disakiti dan dianaiya dengan berbagai cara padahal Islam bukanlah menyusahkan orang. Yang susah ialah orang yang sinis terhadap Islam. Ada sahaja kritikannya. Misalnya lihat orang pakai tudung dia rimas, lihat orang pakai kain menggantikan skirt mereka sesak nafas. Lihat anak-anak mengadakan qiamullail rasa sebal hatinya. Sifat-sifat ini sudah ada sejak zaman Nabi lagi, yaitu sifat Abu Lahab yang membenci Nabi. Isteri Abu Lahab tidak kurang juga memusuhi Nabi. Dia sampai sanggup menjual kalong pusaka untuk menaja orang yang menentang Nabi Muhammad saw.

Selain dari memberi tawaran dan berkompromi, ada yang menentang Islam melalui pemulauan atau penyisihan. Misalnya ummat Islam dan keluarga Nabi disisihkan dan dipulaukan dari masyarakat, perniagaan, dan ekonomi. Mereka dipulaukan selama tiga tahun. Ada yang mati kelaparan kerana tindakan itu. Di zaman moden ini, misalnya sekatan ekonomi PBB yang didalangi oleh musuh Islam terhadap Libya, Iran, Iraq dan Afghanistan. Hal inilah yang wajib ditangani dengan sabar kerana Allah akan memberikan jalan keluar, membuka pintu keberkatan yang melimpah ruah dari langit dan bumi.

Dakwah Islamiah sepatutnya terus dijalankan oleh ummat Islam. Ia adalah kerana penganut Islam ada dimerata dunia, kekayaan hasil bumi terletak di negara Islam. Masalah yang timbul ialah orang Islam kekurangan ilmu, amal dan iman. Inilah yang menyebabkan kekayaan hasil bumi kita diproses dan dikuasai oleh orang lain.Sebagai ummat Islam wajiblah kita membuat semua amalan Islam dengan sepenuhnya. Kita sepatutnya mentaati semua perintah Allah, bukan melanggar atau mengabaikannya. Apabila kita telah menjadi seorang Islam maka hendaklah kita mematuhi ajaran Islam itu sepenuhnya. Bukan hanya sekadar sembahyang, puasa, zakat dan haji semata. FirmanNya: ( Al Baqarah: 208). Maksudnya: ‘Wahai orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam agama Islam keseluruhannya (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya’.

Cabaran untuk umat Islam kini semakin hebat. Gesaan negara-negara di dunia ini dengan mengusulkan satu pendekatan hidup dalam satu sistem kehidupan; dari segi sosialnya, ekonominya, politiknya menurut panduan PBB; walaupun sebahagian besar resolusinya bertentangan dengan Islam memberi ancaman kita. Begitu juga dengan cara hidup keduniaan dan kebebasan sosial yang tiada kawalan serta amalan-amalan songsang yang lain amat mencabar dan mempengaruhi generasi hari ini.

Dewasa ini musuh Islam (orang yahudi) mencabar keimanan kita apabila ada orang yang berani berkata bahawa mereka sudah tahu mencipta surah Al Quran. Inilah permainan musuh Islam yang senantiasa menentang Islam dari semua segi. Padahal Allah telah memberikan hujjah sejak Al Quran diturunkan lagi bahwa tidak akan ada manusia yang boleh mencipta walaupun satu ayat seperti Al Quran. Dikalangan orang Islam sendiri sudah ramai yang menyimpang akidah dan pegangannya mereka. Golongan yang menolak hadis “anti-hadis” adalah satu contoh. Kesesatan nyata kelompok ini bilamana bersolat hanya tiga kali sehari (subuh, maghrib dan isyak) serta menolak semua amalan-amalan sunnah dan segala bentuk yang dikatakan hadis Nabi saw.
Inilah kaedah musuh Islam, mereka menukar pandangan hidup ummat Islam supaya yang buruk dan dilarang Allah itu dikatakan baik; manakala perkara yang baik di sisi Allah dan Rasulnya pula dikatakan tidak baik. Apabila perkara ini sudah diterima maka musnahlah benteng kekuatan Islam, yang rugi kita bukan Allah. Oleh yang demikian ummat Islam wajiblah kuat berpegang kepada Al Quran dan sunnah Rasulullah saw. Semoga kita semua dirahmati Allah di dunia dan akhirat.

Sunday, January 4, 2009

JIHAD FI SABILILLAH!!!!!!!


KEUTAMAAN JIHAD FI SABILILLAH

Pada setiap perintah Allah Taala turunkan ada janji-janji yang pasti ditepati berupa pahala,, kebaikan , jannah, penghapusan keburukan dan sebagainya. Bukan sekadar sebagai motivasi agar manusia lebih semangat , tetapi janji itu menjamin bahawa setiap yang dilakukan tidak akan sia-sia atau dibiarkan begitu saja.Ada balasan yang setimpal yang akan diterimanya.

KEADAAN YANG MENJADIKAN HUKUM JIHAD MENJADI FARDHU AIN :

Menurut Imam Ibnu Al-Jauzi , beliau berkata : JIHAD menjadi fardhu ‘ain dengan 3 sebab :

1. Perintah Imam, jadi sesiapa saja yang diarahkan ketua untuk berjihad maka wajib berangkat ke medan jihad.
2. Bila musuh menyerang sebagian wilayah kaum muslimin, maka penduduk wilayah yang diserang wajib melawan. Jika mereka tidak mampu melawannya , wajib ke atas kaum muslimin yang terdekat untuk membantu.
3.Untuk membebaskan tawanan-tawanan muslim dari tangan orang-orang kafir.

Selain itu seorang ulama iaitu Ibrahim bin Abdurahman Al-Hudzri menambah 4 sebab lagi JIHAD adalah fardhu ain :

4. Ketika pertempuran bermula
5.Sewaktu berhadapan dengan musuh
6. Bila imam menyeru seruan jihad secara umum.
7. Kepada tentera sesebuah negara.

Jadi ,jihad menjadi fardhu ain apabila imam kaum Muslimin menyeru JIHAD secara umum : Allah Taala berfirman :

38. Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia Ini (dibandingkan dengan kehidupan) diakhirat hanyalah sedikit.

(At-Taubah 9:38)
41. Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui.

(At-Taubah 9:41)

Nabi s.a.w. bersabda ketika Fathu Makkah:

Tidak ada hijrah setelah fathu Makkah, yang ada adalah jihad dan niat. Maka bila kalian diminta untuk keluar berperang, maka berangkatlah. ( HR.Bukhari )

Imam Syaukani berkata : “ Wajib hukumnya bagi setiap orang yang diminta oleh imam untuk ikut serta, dia wajib berangkat. Oleh sebab itu , Allah mengancam orang-orang yang tidak ikut berangkat bersama Rasulullah. Allah Taala berfirman:

39. Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

(At-Taubah9:39)
JIHAD fardhu ain apabila kaum Muslimin sudah berada di hadapan musuh . Allah taala berfirman :

15. Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bertemu dengan orang-orang yang kafir yang sedang menyerangmu, Maka janganlah kamu membelakangi mereka (mundur).


( Al-Anfal 8:15 )

Selain itu, apabila ada seorang atau lebih yang ditawan musuh, maka jihad menjadi fardhu ain. Allah taala berfirman :

75. Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita maupun anak-anak yang semuanya berdoa: "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri Ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau!".

( An-Nisa’ 4:75)

Kesimpulannya. kita sebagai umat Islam janganlah memandang remeh seruan JIHAD ini, tetapi letakkan JIHAD FI SABILILLAH CITA-CITA TERTINGGI KITA.Hidup dan mati adalah urusan Allah, semoga pengakhiran hayat kita bersulam bahagia menuju jannah..Walaupun kita tak bertempur di medan peperangan saat ini, namun Allah mengetahui segalanya….. Kita terus berdoa dan berdoa agar mati kita nanti berjihad menegakkan kebenaran dan menghancurkan kufar!!!! Berjihadlah dengan kemampuan yang kita ada saat ini, harta, wang, tulisan dan kalimah….. semoga UMAT PALESTIN mendapat lindungan pertolongan Allah… dan kufar akan binasa tanpa mereka sangkakan…..

Friday, January 2, 2009

Qardawi : Tiada siapa terkecuali daripada mempertahankan Gaza.


Sabtu: 3 Januari 2009
Qardhawi : Semua Kaum Muslimin di Dunia Wajib Lindungi Gaza

Doha-Infopalestin : Ketua Asosia Ulama Dunia, DR. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan, seluruh ummat Islam dunia dari dituntut secara syar’i untuk melindungi dan mempertahankan Gaza.
Semua ummat Islam diwajibkan bahu membahu melawan musuh Zionis agar terusir dari bumi Palestin secara terhina. Kewajiban ini tidak bisa gugur dari siapapun.

Pernyataan ini diungkapkan Qardhawi dalam demonstrasi solidariti Palestin yang diadakan oleh rakyat dan cendikiawan Doha, ibukota Qatar kelmarin (1/1). Ia mengatakan, solidariti kepada Palestin di Gaza adalah kewajiban bagi seluruh kaum muslimin berdasarkan kemampuan masing-masing.

Dalam pada itu, Qardhawi menyampaikan selamat kepada masyarakat yang ikut dalam aksi tersebut sebagai ungkapan solidariti dan simpatinya terhadap Gaza. Ia mengatakan, ternyata ummat Islam masih ada dan eksis. “Kami semua siap mencurahkan, semua kesanggupan kami untuk menolong saudara kami di Gaza. Masalahnya hari ini adalah, umat Islam masih lemah dan perlu bersatu untuk kebangkitan Islam .

Kemudian Qardhawi menyatakan kepada para pemimpin Hamas samada yang berada di Palestin ataupun diluarnya, bahwa hati ummat Islam bersama mereka. Para pemimpin Hamas saat ini merupakan ikon perjuangan dan kepahlawan, walau mereka dalam keadaan lapar dan tertekan akibat sekatan, mereka tetap berjuang melawan zionis biadab. Qardhawi menyeru kepada para pemimpin Hamas agar tidak putus asa, kerana putus asa dan menyerah adalah tanda-tanda dari kekufuran.

Ia menambah, kesombongan Israel tidak menang melawan ummat Islam yang telah menang dari kaum Salib dan tentera Tartar. Mereka juga telah berhasil memerdekakan dirinya dari penjajahan. Dengan izin Allah, Hamas juga akan menang melawan Israel, selama kaum muslimin berpegang teguh pada agamanya. Ia menyeru semua ummat Islam di dunia untuk melakukan Qunut Nazilah dalam setiap shalat mereka. Sambil mendo’akan keselamatan dan kemenangan bagi kaum muslimin di Gaza serta kebinasaan untuk Zionis Israel. Do’a adalah senjata orang yang teraniaya. Ini adalah kewajiban agama dan dianggap sebagai amal jihad dalam mendukung penduduk Gaza serta meringankan penderitaan mereka. Semua ummat diharapkan melakukan apa saja yang bisa dilakukannya hingga saudara kita di Gaza tidak merasa sendiri dalam perjuanganya.

Tak kurang dari 15 ribu kaum muslimin di Doha keluar membanjiri di jalan-jalan. Demonstrasi ini merupakan membawa misi kepada dunia, bahwa warga Qatar mendukung penuh perjuangan rakyat Gaza dengan segala apa yang mereka miliki, hingga terciptanya kebebasan bagi rakyat Palestin.

Ia juga menyeru, semua pemimpin Negara-negara Arab dan Islam memenuhi undangan Syiakh Hamad bin Khalifah Alu Tsani (pemimpin Qatar) untuk melakukan pertemuan di Qatar untuk mengambil sikap tegas terhadap penghinaan yang terjadi ini. Diharapkan dari pertemuan itu, dapat diambil keputusan yang lebih kuat lagi dalam melindungi rakyat Gaza.

Dalam pernyataan media yang dipaparkan, DR. Ali Muhyiddin rakyat Qatar menegaskan tentang pentingnya menghentikan pengeboman di Gaza. Ini kerana yang menjadi korban kebanyakan adalah kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa. Al-Qardhawi turut menegaskan umat Islam perlu bersedia berkorban harta benda dan apa sahaja yang bernilai demi membantu saudara Islam kita di Gaza.

Thursday, January 1, 2009

INFO


Tujuh Ribu Mahasiswa Iran Siap Jihad

Tujuh ribu mahasiswa dari kota Isfahan di bagian tengah Iran, Isnin, mendaftarkan diri untuk memerangi Israel, demikian laporan berita setengah rasmi Iran, Fars."Pada hari pertama pendaftaran untuk memerangi rejim Zionis dan membantu rakyat Palestin, 7.000 mahasiswa dari berbagai universitas di Isfahan telah menyampaikan kesediaan," kata Mohammad Zarifi, anggota Perhimpunan Mahasiswa Islam Iran, sebagaimana dikutip oleh Fars.Masih pada hari yang sama, satu lagi kelompok mahasiswa Iran, Mahasiswa Basij (Relawan) dari Tehran Universiti, mengumumkan organisasi tersebut mendaftar relawan untuk memerangi Israel.
Pendaftaran itu dilakukan sehari setelah pemimpin spiritual Iran Ayatollah Ali Khomenei mengeluarkan fatwa yang menyatakan siapa saja yang meninggal dalam perang melawan Israel dan membela Jalur Gaza akan menjadi syahid."Sebagai jawapan atas fatwa pemimpin spiritual mengenai Jihad (perang suci), mahasiswa Basij dari seluruh universitas Iran telah mendaftarkan diri dan pendaftaran akan dibuka besok," kata Alireza Zahedi, anggota Mahasiswa Basij di Tehran Universiti, tanpa menyebutkan berapa jumlah mahasiswa yang sudah mendaftar."Dalam waktu dekat, mahasiswa yang terdaftar akan mengadakan pertemuan guna menyampaikan kesediaan kepada pemimpin spiritual untuk berperang di wilayah pendudukan (Palestin)," katanya.Ribuan orang Iran, termasuk mahasiswa, melancarkan pawai di Teheran pada Isnin pagi untuk mengutuk serangan Israel di Jalur Gaza.
Mereka membawa sepanduk yang berisi slogan anti-Israel dan anti-AS.Israel, Sabtu pagi, melancarkan serangan udara besar yang dikatakannya "ditujukan kepada anggota Hamas di Jalur Gaza" dan mengorbankan 345 orang serta melukai lebih dari 1.000 orang.Hamas, yang menguasai Jalur Gaza, mendapat dukungan kuat Iran --yang tak mengakui Israel sebagai salah satu negara masyarakat internasional.Di markas besar PBB, New York, duta besar Mesir dan Palestin di badan dunia itu mengatakan, Senin, mereka meminta Dewan Keamanan PBB membuat Israel mematuhi seruan dunia untuk segera menghentikan kekerasan dan aksi militer di Jalur Gaza.(Ant)