Sunday, March 29, 2009

Siri Tarbiyah Siyasah

SAAT DAKWAH MEMASUKI WILAYAH POLITIK
OLEH :USTAZ ABU RIDHA

TAHAPAN DAKWAH DALAM WILAYAH SIASAH.

Secara umum setiap gerakan dakwah mengacu kepada contoh dan keteladanan Nabi Muhammad s.a.w. Hal tersebut terukir dalam sejarah perjuangan Rasulullah dalam mewujudkan sasaran-sasaran dakwah, khususnya sasaran siasahnya.Sayid Quthub memandang sejarah nabi Muhammad sebagai teladan original dan symbol yang menghubungkan masalah keduniaan dan ketuhanan .

Menurut Sayid Quthub terdapat 4 tahap perjuangan dakwah Rasulullah s.a.w yang harus diteladani secara utuh oleh kaum muslimin ini dalam upayanya memperjuangkan tegaknya sistem Islam dan hancurnya sistem jahiliyah.

Pertama, Nabi Muhammad s.a.w. membangun peribadi-peribadi muslim membentuk satu jamaah atau kelompok yang terdiri atas orang-orang yang memiliki komitmen untuk melaksanakan perintah tuhan, dan siap menggantikan pola kehidupan masyarakat jahiliyah Makkah dengan masyarakat adil yang hanya mengakui satu kedaulatan Tuhan.Dalam tahap pertama ini, Nabi Muhammad s.a.w mendidik para pengikutnya agar melepaskan diri dari kehidupan masyarakat jahiliyah.

Kedua melakukan hijrah dalam pengetian yang luas ,artinya ,kesediaan menarik diri dari kehidupan jahiliyah dan membentuk daerah muslim yang sebenarnya.

Ketiga Rasulullah s.a.w mendirikan negara Islam di Madinah.Tahap ini dipandang sebagai masa konsolidasi penegasan persaudaraan. Dan integrasi saat mempersiapkan diri untuk perjuangan di masa depan.

Keempat Rasulullah s.a.w melakukan ekspansi dakwah ke seluruh penjuru dunia.

Imaduddin Khalik menyatakan bahwa perjuangan penegakkan Islam yang dilakukan Rasulullah melalui 3 tahap utama .Tahap pertama memastikan Islam tegak pada aspek kemanusiaan.Tahap kedua, memastikan Islam tegak pada aspek daulah ( negara dan pemerintahan).Tahap ketiga memastikan tegaknya Islam pada aspek peradaban.

Menurut Sayyid Quthub ,untuk membentuk masyarakat muslim di abad sekarang ini kaum muslimin harus menapaki 4 tahap seperti yang dicontohkan Rasulullah s.a.w..Sejalan dengan tuntutan –tuntutan dakwah ,gerakan-gerakan dakwah yang telah memasuki wilayah siyasahnya. Setiap tahapan hendaknya mempertimbangkan objektif,menyangkut potensi internal dan tantangan eksternal.Program juga harus disesuaikan dengan tahap.Dalam kerangka inilah Ikhwan , sebagai gerakan dakwah yang menyeluruh , merumuskan tahapan-tahapan perjuangan siasahnya.

Tahap pertama adalah sosialisasi idea ke seluruh lapisan masyarakat terutama ke kalangan pendukung inti dakwah .Dalam bahasa dakwah tahapan ini sering disebut marhalah ta’rif.Yaitu menjelaskandan mensosialisasikan idea-idea siasah yang ditawarkan dakwah kepada masyarakat luas.Dalam tahap ini semua komponen gerakan ikut terlibat dalam penyebaran idea dan gagasan di tengah-tengah masyarakat.Peranan mereka efektif dalam membangun opini umum yang mempercepat sosialisasi idea-idea siasah.Dakwah harus mampu meletakkan berbagai kebijakan dan panduan umum yang dapat mengendalikan “amal siyasi dalam marhalah ini”

Tahap kedua adalah tahap persiapan keikutsertaan dalam musyarakah siasiyah.(partisipasi politik) yang menjadi tema sentral proses demokrasi.Pada tahap ini diharapkan masyarakat dan kelompoknya.Dengan demikian ,gerakan dakwah memiliki kesiapan yang cukup untuk mengharungi samudera perjuangan siasah yang sarat dengan tentangan dan ujian.

Tahap ketiga ialah tahap keterlibatan langsung dalam amal siyasah.Tahap ini adalah tahap tanfiz dalam erti operasi semua tujuan dan agenda siyasah yang telah ditetapkan .Dalam tahap ini dakwah secara nyata memasuki wilayah siyasah dan terlibat dalam berbagai partisipasi siyasah.Partisipasi siyasah Gerakan dakwah akan dihadapkan pada sejumlah tentangan internal dan eksternal yang berisiko tinggi.Diakui , ketahanan dan kemajuan amal siyasi dalam tahap ini ditentukan oleh kekuatan tahap yang kedua ,yaitu kaderisasi dan pembinaan.Medan aktivitinya sangat luas dan kompleks.Aktiviti paling penting tahap ini antara lain mobilisasi masa untuk mencapai tujuan-tujuan siyasah, melancarkan tuntutan-tuntutan siyasah melalui dialog dan demonstrasi, ikut serta dalam even-even siyasah peting seperti di Indonesia ini, Pemilu, dan masuk ke lembaga legislative,yudikatif dan eksekutif.

Wednesday, March 25, 2009

PESANAN TERAKHIR....


Pesan Terakhir (Sajak oleh Syed Qutb)
Sahabat…
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakaniah obor untuk umat ini
Dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan
Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana
Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.
Sayyid Qutub-1966

Monday, March 23, 2009

SANTAPAN ROHANI...

HIDAYAH DAN TAUFIQ

Hidayah dan taufiq adalah intan berlian yang berbentuk maknawi dan rohani. Ia adalah berharga seperti juga intan berlian bersifat maddi:
(1.) Siapa yang memilikinya dianggap kaya dan mulia.
(2.) Siapa yang memiliki intan berlian rohani, ia merupakan orang kaya Tuhan. Ia telah mendapat segala-galanya.

(3.) Siapa yang memilikinya, hidupnya terpimpin, akhlaknya mulia, syariatnya terjaga, imannya teguh dan bercahaya dan ia menjadi orang yang berbahagia.

Perlu diingat hidayah dan taufiq seperti jugalah barang yang berharga seperti emas dan intan berlian, ini juga boleh hilang. Oleh itu kenalah jaga dan dipelihara sebaik-baiknya agar ia tidak hilang. Barang yang hilang dari kita susah untuk memilikinya semula melainkan terpaksa berhempas-pulas berusaha mencarinya semula. Kalau tidak ia akan terus hilang dari kita buat selama-lamanya. Kerana itulah Allah SWT mengingatkan kita dalam sepotong ayat suci Al-Quran yang bermaksud:

"Wahai Tuhan kami, jangan engkau gelincirkan hati-hati kami setelah Engkau memberi petunjuk dan kurniakan kami di sisiMu rahmat, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."

BAGAIMANA MENJAGA DAN MEMELIHARA HIDAYAH DAN TAUFIQ
Agar ia kekal jadi milik kita atau tidak hilang dari kita:
(1.) Syukur nikmat Tuhan yang paling berharga ini. Kita rasakan ia adalah nikmat dan pemberian uang tidak ternilai.

(2.) Kita istiqomah mengamalkannya dengan teguh serta penuh rasa bimbang kalau Allah Ta'ala ambil semula atau kalau-kalau Allah Ta'ala tarik semula.

(3.) Kenalah mujahadah selalu dengan penuh sabar terutama di waktu-waktu malas berbuat kebaikan dan terasa ringan untuk melakukan kemungkaran.

(4.) Bergaul selalu dengan kawan-kawan yang baik kerana ia sangat membantu kita menjaga syariat di dalam kehidupan dan kita terasa ada kawan.

(5.) Kalau kita memang orang yang dipimpin, jangan terlepas daripada pimpinan. Ada pimpinan itu perlu kerana kita sentiasa mendapat nasihat dan ilmunya dari masa ke semasa.

BAGAIMANA HIDAYAH DAN TAUFIQ DITARIK SEMULA

Hidayah dan taufiq kalau tidak pandai menjaganya ia akan diambil semula atau akan hilang semula dari kita. Diwaktu itu kita akan hidup terumbang-ambing semula - tiada displin, malas beramal, ringan berbuat maksiat, jiwa derita dan sengsara walaupun mempunyai kekayaan yang banyak dan serba ada.

Di antara sebab-sebab hidayah dan taufiq ditarik semula:
(1.) Kita derhaka dengan guru kita yang pernah memberi tunjuk ajar kepada kita dan lari dari pimpinan

(2.) Derhaka dengan kedua-dua ibubapa. Kita sia-siakan akan kedua-duanya. Kita biarkan ibubapa tidak terurus dan terjaga. Terbiarlah kehidupan kedua-duanya lebih-lebih lagi kalau dia marah dan rasa tidak senang dengan kita.

(3.) Apabila jiwa kita telah terpengaruh dengan dunia, maka dengan ibadah sudah tidak seronok. Telah mula terasa berat mengerjakannya. Maka ia perlahan-lahan luntur dan dengan halal-haram tidak diambil kira hingga takut dengan Tuhan dihakis dari hati kita hingga hilang semuanya.

(4.) Menzalimi orang. Dengan sebab menzalimi, rasa takut dengan Tuhan sedikit demi sedikit dicabut. Lepas itu cuai pun datang. Malas beribadah, kemungkaran sedikit demi sedikit berani dibuat. Begitulah seterusnya hingga hanyut dan tenggelam dalam maksiat.

(5.) Mula bergaul bebas dengan orang-orang yang tidak menjaga syariat, kemudian terus terasa seronok dengan kebebasan itu, dan terus terlajak dan sedap dengan perbuatan itu dan lepas itu terus dalam kemungkaran dan maksiat. Takut dengan Tuhan pun lenyap.

Di antara cara untuk memelihara hidayah dan taufiq agar tidak terhakis dari kita ialah sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah yang tidak ternilai harganya. Kita boleh menyuluh diri kita samada tanda-tanda bersyukur itu ada pada kita dengan perkara-perkara seperti berikut:

(1.) Solat awal waktu - sentiasa dalam keadaan bersedia untuk berdepan dengan Allah yakni persiapan menunaikan solat dengan menyediakan diri dengan lebih awal. Melambat-lambatkan solat seolah-olah tidak memandang berat akan solat itu, maka rasa syukur pun terhakis.

(2.) Elak dari maksiat - jauhi maksiat termasuk maksiat batin mendekatkan diri kita kepada syukur tetapi sangat perlu untuk mujahadah bagi mereka yang sudah sebati dengan maksiat seperti bergaul bebas lelaki perempuan, melihat aurat, terlibat dengan riba dan kemungkaran. Allah melarang kita dari melakukan maksiat sedangkan kita masih terasa sedap buat maksiat, bagaimana kita nak ada rasa syukur kalau ini masih ada pada kita?

(3.) Tidak menyukai mazmumah setelah mengenali mazmumah lebih dekat - ramai orang memikirkan maksiat atau kemungkaran itu pada yang zahir seperti minum arak, berjudi dan berzina tidak tidak memikirkan mazmumah yang penting untuk di bakar dan dibuang. Sebab itu bermujahadah mengikis mazmumah adalah perlu dan dibuat secara berterusan.
Ini adalah peringatan kita bersama ,semoga persaudaraan seakidah dan ikatan hati cinta kerana Allah sentiasa meningkatkan ketaqwaan kita terhadap Allah Taala...

Wednesday, March 18, 2009

PEMIKIRAN IMAM HASSAN AL-BANNA


Kefahaman yang kita pelajari

Manhaj al-Imam al-Banna mengajar kita bahawa sebelum seseorang insan memulakan langkah pertama untuk mencapai sesuatu objektif, ia memerlukan kepada dua asas utama iaitu:

Pertama: Dia mestilah beriman (yakin) dengan objektif itu.

Kedua: Dia mestilah yakin berupaya dan mampu mencapai objektif yang diimaninya itu, dengan izin Allah. Ini disebabkan mengimani objektif dan berkeyakinan mampu mencapai objektiF tersebut, ialah dua syarat asasi bagi setiap amal yang serius.

Dalam hal ini,Rasulullah s.a.w. menunjukkan contoh dan teladan di sepanjang perjalanan hidup dan dakwahnya. Baginda amat tekun, tidak jemu dan bosan bekerja dan berdakwah walaupun Allah s.w.t. telah menjanjikan kemenangan kepada baginda.

Dengan keimanan dan tasawur beginilah al-Imam al-Banna telah memulakan dakwahnya, selepas beliau menetapkan objektif-objektifnya. Objektif-objektif tersebut, yang berpandukan manhaj Rasulullah s.a.w. sama ada taarif (peringkat memperkenalkan Islam), takwin (peringkat pembentukan peribadi muslim dan muslih) dan tanfiz (peringkat perlaksanaan dan pengorbanan dalam tugas memenangkan Islam), tidak dapat dicapai kecuali melalui tarbiyah secara perlahanlahan.
Objektif-objektif tersebut ialah:
1- Membangkit ruh keimanan
2- Mentarbiyah individu merangkumi pentarbiyahan ruh, jasad, akal dan perasaan
dan seluruh aspek kehidupan.
3- Membentuk keluarga muslim berasaskan tarbiyah ini.
4- Mewujudkan masyarakat yang individunya telah ditarbiyah dan melaksanakan
manhaj Islam dalam realiti kehidupan.
5- Menghidupkan kembali khilafah Islamiah yang telah lama kita rindui.
6- Memartabatkan kembali kedudukan identiti dan penguasaan di peringkatantarabangsa umat Islam sebagai sebaik-baik umat yang dikeluarkan bagi
manusia.

Semua objektif itu menuntut amal daripada akar umbi yang berterusan dan

tersusun untuk mengembalikan Islam sebagai pemimpin masyarakat. Usaha mengatur kembali kehidupan berdasarkan arahan, larangan dan syariat Allah bukan sekadar melalui kata-kata dan ucapan atau buku-buku, walaupun semuanya itu dituntut. Ceramah, pidato, buku dan makalah hanyalah satu daripada harakah, bukan keseluruhan harakah.
Dan katakanlah (wahai Muhammmad): "Beramallah kamu (akan segala yang perintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan. (At Taubah; 105)

Amal di peringkat akar umbi masyarakat yang tersusun dan berterusan ini hanya boleh dilakukan hasil dari dorongan jati diri dan keyakinan peribadi yang menjadikan keredaan Allah sebagai matlamat agung.

Dorongan dalaman itu bermula apabila seseorang muslim yang telah mendapat sedikit sebanyak sentuhan kebangkitan Islam. Kesannya ia akan merasa serba salah akibat daripada suasana bertentangan yang berlaku antara imannya dan realiti sekelilingnya.

Bertitik tolak daripada rasa kecintaan kepada agamanya, ia akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri dan saudaranya, juga menyumbang ke arah perlaksanaan syariat, kesatuan umat Islam, pembebasan bumi Islam yang telah dijajah, mengembalikan khilafah, memperbaharui kewajiban berdakwah dan amar makruf nahi mungkar, seterusnya ia berjihad di jalan Allah dalam segala kategorinya; kuasa, lisan dan hati yang (menggambarkan selemah-lemah iman). Semuanya itu perlu kepada kef'ahaman dan tarbiyah.

Oleh sebab itu, kandungan dakwah al-Imam al-Banna ialah menggerakkan semula umat daripada lamunan yang panjang, mengejutkan kembali minda umat agar mereka faham, menyentuh hati umat supaya mereka beriman, menghidupkan keinginan umat agar mereka berazam dan menggerakkan anggota umat agar mereka berkerja.

Dakwah ialah:
1. Amal fikri (usaha minda) yang menerangi akal.
2. Amal dakwi (usaha dakwah) yang mendorong perasaan.
3. Amal tarbawi (usaha pentarbiyahan) yang melahirkan peribadi Islam yang seimbang.
4. Amal ijtima'i (usaha kemasyarakatan) yang menyumbang menyelesaikanpermasalahan masyarakat dan menyebarkan kebaikan.
5. Amal iktisadi (usaha ekonomi) untuk membebaskan ekonomi negara daripada cengkaman barat dan riba.
6. Amal siyasi (usaha politik) untuk menegakkan pemerintahan negara yang melaksanakan hukum Islam.
7. Amal jihadi (usaha jihad) untuk membebaskan tanah milik umat Islam di serata dunia daripada penjajahan asing melalui manhaj Nabi s.a.w.

Perkara yang kita perkatakan ini perlu kepada penegasan bahawa Islam ialah risalah tarbiyah sebelum menjadi risalah tanzim dan tasyri', risalah nilai dan neraca sebelum menjadi risalah jihad dan perang. Oleh yang demikian, ia perlu kepada kefahaman.

Friday, March 13, 2009

QA'IDAH REVOLUSI ISLAM



Oleh :Abul ‘A’la Al-Maududi
Rujukan : Proses Revolusi Islam


Dengan berpandukan kepada gagasan negara Islam, marilah kita pertimbangkan qa'idah untuk mewujudkannya. Seperti yang telah diterangkan pada permulaan lagi, keadaan ideologi, akhlak dan kebudayaan yang wujud dalam sesuatu masyarakat itu adalah menjadi ukuran bentuk negara yang sesuai kepada mereka.

Tidak mungkin sepohon pokok mempelam yang dari kecil hingga besar sebagai mempelam akan membuahkan mangga. Sesebuah negara Islam tidak akan wujud dengan tiba-tiba seperti mu'jizat (miracle); ia mesti dilahirkan melalui satu pergerakan permulaan yang berasaskan pandangan hidup, ideal, taraf akhlak, dan sifat-sifat serta semangat yang selaras dengan Islam. Pemimpin-pemimpin dan pekerja-pekerjanya mestilah dari orang-orang yang layak dari ukuran psikologi dan spiritual untuk dibentuk kepada sifat tertentu.

Tanpa penat-lelah, mereka mesti membentuk sikap mental dan sikap semangat akhlak yang sama kepada rakyat dan di atas asas kecenderungan akhlak dan intelek yang dibentuk, mereka mesti membina satu sistem pendidikan untuk melatih dan menggemburkan rakyat jelata ke corak kehidupan Islam. Sistem ini akan mengeluarkan saintis-saintis Islam, ahli falsafah Islam , ahli sejarah Islam , ahli ekonomi dan pakar kewangan Islam, juri dan politikus Islam pendeknya, di setiap bidang mesti ada orang-orang yang berideologi Isam dan telah betul-betul bersemangat, orang-orang yang berkebolehan membina satu sistem yang lengkap berkenaan cita-cita dan kehidupan praktik yang diasaskan atas prinsip-prinsip Islam dan mempunyai cukup tenaga untuk menentang pemimpin-pemimpin intelek dari golongan ahli-ahli fikir dan saintis-saintis yang tidak mempercayai Tuhan.

Dengan berlatar-belakangkan intelek, pergerakan itu mesti mengambil tempat menentang sistem yang salah di sekeliling kita di dalam dunia luas. Dalam perjuangan ini para penyuluh jalan mesti menunjukkan bukti kekuatan akhlaqnya dan kejujuran dengan menghadapi kecemasan, bahaya dan dengan mengorbankan harta dan nyawa. Mereka mesti melalui setiap dugaan dan muncul sebagai emas tulin yang setiap kali diuji tidak mengandungi bahan lain. Di masa perjuangan, mereka mesti menjadi tauladan baik dari kata-kata maupun perbuatan mengikut ideologi yang dituruti.

Ia mesti ternyata kepada semua yang mendampinginya bahawa negara berideologi yang tidak pentingkan diri sendiri, jujur, takut kepada Allah, menjamin dunia kepada keselamatan dan keamanan sejagat. Menerusi perjuangan sedemikian, semua unsur-unsur dalam masyarakat yang belum mempunyai kebenaran dan keadilan akan tertarik kepada pergerakan itu. Pengaruh dari mereka yang rendah mentaliti dan melalui tipu-helah akan dihilangkan oleh pergerakan serupa ini.

Satu revolusi mental akan melaungkan satu sistem negara serupa ini, hingga suatu masa tidak dapat ditukarkan lagi ke suatu sistem lain. Akhirnya akibat yang tidak dapat dielakkan dan secara natural, sistem negara serupa ini ditubuhkan mengikut asas dan lunas yang tersedia dan selepas sahaja sistem ini ditubuhkan, jawatankuasa dari peringkat tinggi di setiap pangkal dan peringkat untuk menjalankan sistem pendidikan dan latihan yang saya telah sebutkan di atas.

Inilah qa’idah asli untuk melahirkan revolusi itu dan mengatur sistem negara yang dipanggil Revolusi Islam dan negara Islam. Saudara semua orang terpelajar dan sejarah revolusi dunia sudah saudara maklumi. Saudara insaf bahawa sesuatu revolusi tertentu berkehendakkan satu jenis pergerakan, satu jenis pemimpin dan pekeja, dan suasana akhlaqnya.

Revolusi Perancis maukan satu jenis moral dan asas mental yang disediakan oleh pemimpin-pemimpin seperti Rousseau, Voltaire dan Montesqueu. Revolusi Russia dijayakan oleh idea-idea Marx, pimpinan Lenin dan Trotsky dan ribuan pekerja yang dijiwai dengan komunis. Nasional Sosialism Jerman dapat berakar di dalam moral, psikologikal dan kebudayaan yang telah dicipta oleh ahli-ahli teori seperti Hegel, Fichte, Goethe, Neizsche dan orang-orang lain termasuk Hitler.

Begitu juga Revolusi Islam cuma boleh diwujudkan apabila pergerakan beramai-ramai diusahakan pembentukannya mengikut teori dan konsep al-Quran dan contoh tauladan Nabi Muhammad (s.a.w.) yang mana dengan perjuangan kuat, akan mengubah intelek, akhaq dan psikologikal dan asas kebudayaan masyarakatnya. Adalah terkeluar dari fahaman saya bagaimana sesuatu pergerakan bersifat kebangsaan dan berlatar belakangkan pendidikan tidak sempurna seperti terlazim di kalangan kita, yang berasaskan Utilitarian, tanpa nilai moral dan opportunis, boleh membawa ke arah Revolusi Islam.
Saya tidak percaya kepada miracle (mu'jizat) yang dipercayai oleh Mr. Reynand (seorang Perdana Menteri Perancis di masa perang menyatakan di dalam suatu siaran radio beberapa hari sebelum kekalahan Perancis di dalam perang dunia ke I melawan nazi German: "Bahawa miracle (mu'jizat) saja yang boleh menyelamatkan Perancis dan saya percaya kepada miracle." ) bekas Perdana Menteri Perancis. Saya percaya cara yang digunakan untuk mendapat sesuatu kesimpulan akan memberi kesan kepada keputusan yang dilahirkan.

Sunday, March 8, 2009

Memahami Islam Melalui Sirah Rasulullah...

PERANAN DAN PERLUNYA RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD DALAM MEMAHAMI ISLAM

Tujuan mengkaji riwayat hidup Rasulullah dan penganalisaannya bukanlah semata-mata untuk melihat kejadian-kejadian dan episod-episod yang bersejarah ataupun memaparkan cerita-cerita yang indah sahaja. Oleh yang demikian tidak seharusnya kita rnenganggap kajian sejarah hidup Rasulullah ini sama dengan membaca dan menala’ah sejarah para pemerintah (khalifah) di zaman purbakala.

Tujuan pokok dan kajian yang dimaksudkan ialah supaya setiap Muslim dapat memahami, menganggap dan menggambarkan bahawa hakikat zahir dan batin Islam semuanya teradun di dalam penghidupan RasuluLlah itu sendiri. Gambaran dan anggapan ini akan timbul dan wujud setelah seseorang Muslim itu dapat memahami dengan benar segala hikmah dan keistimewaan prinsip-prinsip dan dasar-dasar Islam satu persatu terlebih dahulu.

Tegasnya kajian riwayat hidup Rasulullah s.a.w ini adalah suatu usaha mengumpul hakikat dan intisari dasar-dasar Islam kemudian memadan dan menyesuaikan dengan contoh Islam iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Sekiranya perlu kita bahagikan tujuan-tujuan ini maka dibahagikan seperti berikut:

1. Memahami peribadi Nabi Muhammad s.a.w menerusi penghidupan dan suasana hidup baginda sendiri. Ini adalah untuk menentukan Muhammad s.a.w itu bukan sebagai manusia pintar tetapi Ianya adalah pesuruh Allah Subhanahu Wa ta’ala yang menerima Wahyu dan taufiq dariNya.

2.Supaya manusia seluruhnya dapat meniru dan mengikut suatu contoh yang unggul dalam segenap lapangan hidup yang harmoni, dari itu juga dapat dijadikan sebagai dasar dasar hidupnya. Andaikata manusia ingin mencari suatu contoh terbaik bersifat universal, mereka akan dapat Semuanya di dalam kehidupan Muhammad s.a.w, maka tidák hairanlah mengapa Allah menjadikan Muhammad s.a.w itu sebagai contoh kepada umat manusia. Untuk demikian maka Allah telahpun menegaskan dalam Kitab SuciNya:


Yang bermaksud;
Sesungguhnya pada (diri) RasuluLlah itu menjadi contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan) kamu

(Al-Ahzab 33 : 21)

3. Semoga kupasan tentang kehidupan Muhammad s.a.w boleh menolong manusia mema hami dan mengecapi isi kandungan Al-Qur’an lantaran banyaknya ayat-ayat Al-Qur’an yang dihurai dan ditafsirkan oleh kejadian dan peristiwa-peristiwa sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w..

4. Agar setiap Muslim dapat mengumpulkan seberapa banyak yang boleh perbendaharaan kebudayaan dan pe ngetahuan Islam yang sebenar samada pengetahuan bersangkutan dengan ‘aqidah kepercayaan, hukum hakam’ dalam Islam atau tatasusilanya. Lebih tegas lagi penghidupan Rasulullah s.a.w adalah satu gambaran dengan dimensinya yang jelas bagi prinsip-prinsip dan hukum-hukum Islam.

5. Membolehkan para pendidik penda’wah Islam mencontohi dan mengajar, mengikut sistem pendidikan dan peng ajaran yang sihat kerana Muhammad s.a.w sendiri adalah sebagai pendidik, penasihat, guru dan pertunjuk yang utama, tidak pernah membuang masa begitu sahaja malah sentiasa mencari dan menyiasat jalan jalan dan sistem—sistem pengajaran yang terbaik semasa baginda s.a.w berda’wah.

Antara faktor yang menjadikan sejarah Nabi Muhammad s.a.w ini mampu dan berupaya untuk sampai ke matlamat—matlamat tadi ialah kerana sejarahnya lengkap meliputi segenap bidang kehidupan sama ada segi kemanusiaan mahupun kemasyarakatan yang terdapat di kalangan manusia lain; samada ianya sebagai seorang individu yang bebas dengan faham pembawaannya atau sebagai seorang anggota masyarakat yang cergas dan terpengaruh oleh unsur—unsur yang terdapat di dalam masyarakatnya.

Sejarah Muhammad s.a.w meng bidangkan kepada kita sejambak contoh utama bagi seorang pemuda yang waras; peribadinya yang dipercayai orang di ka langan keluarga dan sahabat; seorang manusia yang menyeru umat manusia ke jalan Allah secara lemah—lembut dan bersopan-santun; seorang pejuang yang mengorbankan sepenuh usaha dan tenaga demi menyampaikan seruan Allah; seorang ketua negara yang mendayung bahtera pemerintahan dengan cekap dan pintar; seorang suami yang halus pergaulannya; seorang bapa yang teliti dan bijak menyempurnakan kewajipan terhadap anak dan isteri; seorang ketua turus agung peperangan yang cergas, penuh dengan taktik strategi persediaannya dan seorang Muslim yang waras lagi bijak membahagikan dedikasinya kepada Allah, keluarga dan sahabat handai . Tidak syak lagi bahawa mempelajari sejarah hidup Muhammad s.a.w ialah memahami semua sudut kemanusiaan.

Rujukan : Fiqh Sirah , Sheikh Ramadhan Al-Buti

Thursday, March 5, 2009

Sistem Politik Islam

LEMBAGA DALAM SISTEM POLITIK ISLAM
AHL AL-HALL WA AL-‘AQD


Ahl al-hall wa al-aqd ( ahlul halli wal ‘aqdi) diartikan dengan “orang –orang yang bertindak sebagai wakil umat untuk menyuarakan hati nurani mereka.Tugasnya antara lain memilih khalifah, imam, kepala negara secara langsung. Karena itu ahl al-hall wa al-aqdi ) juga disebut oleh al-Mawardi sebagai ahl al-ikhtiyar ( golongan yang berhak memilih) Peranan golongan ini sangat penting untuk memilih salah seorang di antara ahl al-imamat (golongan yang berhak dipilih) untuk menjadi khalifah.


Paradigma pemikiran ulama fikih merumuskan istilah ahl al-hall wa al-‘aqd didasarkan pada sistem pemilihan 4 khalifah pertama yang dilaksanakan oleh para tokoh sahabat yang mewakili 2 golongan, Ansar dan Muhajirin. Mereka ini oleh ulama fiqih diklaim sebagai wakil umat. Walaupun sesungguhnya pemilihan itu, khususnya pemilihan Abu Bakar dan Ali bersifat spontan atas dasar tanggungjawab umum terhadap kelangsungan eutuhan umat dan agama. Namun kemudian kedua tokoh itu mendapat pengakuan dari umat.
Dalam hubungan ini tepat definisi yang dikemukakan oleh Dr.Abdul Karim Zaidan. “ Ahlul Halli Wal ‘Aqdi ialah orang-orang yang berkecimpung langsung dengan rakyat yang telah memberikan kepercayaan kepada mereka. Mereka menyetujui pendapat wakil-wakil itu karena ikhlas , konsekuen, takwa, adil, dan kecemerlangan pikiran serta kegigihan mereka di dalam memperjuangkan kepentingan rakyatnya.”


Ahl al-hall wa al-‘aqd merupakan suatu lembaga pemilih. Orang-orangnya berkedudukan sebagai wakil-wakil rakyat , dan salah satu tugasnya memilih khalifah atau kepala negara. Ini menunjukkan bahwa sistem pemilihan khalifah dalam perspektif pemikiran ulama fiqih, dan kecenderungan umat Islam generasi pertama dalam sejarah.

Ahl al-hall wa al’aqdi adalah orang-orang yang mendapat kepercayaan sebagai wakil rakyat. Tapi pernyataan di atas masih abstrak. Belum disebut secara konkrit kelompok-kelompok sosial yang mana saja yang dapat dikategorikan sebagai ahl al halli wal aqdi.Apa kualifikasinya, bagaimana hubungannya dengan rakyat dan mekanisme apa yang digunakan untuk memperoleh kedudukan terhormat itu.

Menurut Al-Nawawi dalam Al-Minhaj ,ahl al halli wal aqdi adalah para ulama, para kepala, para pemuka masyarakat sebagai unsur-unsur masyarakat yang berusaha mewujudkan kemaslahatan rakyat. Muhammad Abduh menyamakan ahl al-halli wal aqdi dengan ulil amri yang disebut dalam al-Quran surah al-Nisa’ ayat 59 yang menyatakan : “Hai orang-orang beriman taatilah Allah, dan taatilah Allah, dan taatilah Rasulnya, dan ulil amri di antara kamu.Dengan demikian ahl al halli wa al-‘aqdi terdiri dari pelbagai kelompok social yang memiliki profesi dan keahlian yang berbeda, baik dari borokrat pemerintahan maupun tidak yang lazim disebut pemimpin formal dan informal.

Al-Mawardi dan Rasyid Redha merumuskan beberapa syarat yaitu :


Berlaku adil dalam segala sikap dan tindakan berilmu pengetahuan memiliki wawasan dan kearifan yang menyebabkan dia mampu memilih imam yang paling maslahat dan paling mampu serta paling tahu tentang kebijakan-kebijakan yang membawa kemaslahatan bagi umat
Abu A’la al-Maududi ,di samping menyebutnya dengan ahl al hall wal aqdi,ahl syura, juga menyebutnya dengan “dewan penasihat” ( consultative assembly ).Dari uraian para ulama tentang ahl al hall wa al-aqd ini tampak hal-hal sebagai berikut:

Sebagai pemegang kekuasaan tertinggi yang mempunyai wewenang untuk memilih dan membaiat imam Mempunyai kuasa mengarahkan kehidupan masyarakat kepada yang maslahat. Mempunyai kuasa membuat undang-undang yang mengikat kepada seluruh umat di dalam hal-hal yang tidak diatur secara tegas oleh Al-Quran dan Hadis.

Abdul Kadir Audah menyebut 5 macam kelembagaan, yaitu:

1. Al-Sultah al-Tanfidhiyah (eksekutif)
2. Al-Sultah al-Tasyri’iyah (legislatif)
3. Al-Sultah al-Qadha’yah (yudikatif)
4. Al-Sultah Maaliyah ( bank sentral)
5. Al-Sultah al-Mu’raqabah (lembaga pengawasan)

Lembaga yang pertama dipimpin oleh imam, lembaga kedua dipegang oleh ulil amri, lembaga ketiga dipegang oleh para hakim, lembaga keempat dipegang oleh imam, dan lembaga kelima yaitu pengawasan dipegang oleh ahlu syura,ulama dan fuqaha.Demikian itulah semua perkara diletakkan di hadapan ahlul halli wa ‘aqdi yakni orang-orang yang merupakan tokoh-tokoh terpenting dalam masyarakat, tanpa perubahan dan pemalsuan.
Dengan demikian mereka mengetahui segala-galanya sesuai dengan hakikatnya yang sebenarnya.Dasar utama untuk memecahkan atau memutuskan perkara-perkara yang dihadapkan kepada mereka ialah argumentasi dan dalil yang benar, bukan perasaan takut dari seseorang , pengaruh seseorang atau demi mempertahankan kepentingan seseorang atau berdasarkan kecenderungan kelas ataupun kelompok tertentu.



Kesimpulannya lembaga ahl al-hall wa ‘aqd, pemegang kekuasaan pembahas dan penyimpul masalah.” Pendapat ini jelas menghimpun unsure-unsur ketua , pemimpin dan tokoh-tokoh yang memiliki keahlian khusus yang relevan dengan kehidupan umat. Mereka ini apabila telah bersepakat dalam menetapkan sebuah urusan atau hukum, wajib ditaati,asal saja kelompok tersebut merupakan bagian dari masyarakat muslim, tidak menyalahi ajaran al-Quran dan Sunnah yang mutawatir dalam menetapkan keputusan, bebas dalam membahas dan mengambil keputusan, dan keputusan tersebut berkenaan dengan kemaslahatan umum yang memang menjadi kewenangannya
Rujukan:

-Hasanuddin Yusuf Adan, Elemen-Elemen Politik Islam, cet. Pertama,2006,

-Dr.J.Suyuthi Pulungan, M.A.Fiqh Siyasah Ajaran,Sejarah, dan Pemikiran,hlm.66.

-Prof.H.A.DJjazuli, Fiqh Siyasah Implementasi Kemaslahatan Umat dalam Rambu-rambu Syariah,Edisi Revisi,hlmn.74.

-Abul A’la Al-Maududi ,Khilafah dan Kerajaan , cet 1, hlmn 121.

-Prof.Dr.Abdul Muin Salim,Fiqh Siyasah Konsepsi Kekuasaan Politik Dalam Al-Quran,( Jakarta:PT RajaGrafindo Persada) 2002,hlmn 224.


-Hasanuddin, Ensiklopedia Tematis Dunia Islam, Ajaran,vol .13,Jakarta PT letiar Baru ,2004