Saturday, February 7, 2009

Kuala Kangsar Lahirkan Pelapis Muda


8 Februari 2009

Semalam rakyat bangkit di Kuala Kangsar. Polis menahan sembilan dari mereka. Sememangnya setiap krisis akan melahirkan lebih ramai pejuang.Di sana juga lahirnya pelapis perjuangan muda… walaupun masih muda mereka menyebabkan kebanyakkan beberapa pemuda yang berdiri di atas bukit (masjid) tercabar lalu turun bersama-sama membuat benteng manusia bagi menyekat arus ‘anjing FRU’ yang tidak berperikemanusian.

Pelapis pemuda yang dimaksudkan ialah Pelajar Sekolah yang berhadapan dengan Masjid Ubaidiyah. Walaupun ramai larang mereka dari terlibat & pulang ke Asrama…. Tetapi salah seorang dari mereka menjawab..’MATI SYAHID BUKAN SAHAJA UNTUK ORANG DEWASA SAJE BANG….’. Aku terdiam….

Walaupun ada yang terkena gas pemedih mata, mereka tak gentar… malah terus ke hadapan…
TAHNIAH DIK… anda telah lihat & rasai sendiri kekejaman yang dibuat oleh UMNO/BEnd kepada orang awam.

*Semoga bantuan Allah menghampiri pejuang-pejuang Islam ,semoga menang atau syahid di medan perjuangan:

1.Yusuf Jaafar,
2.Muhammad Faiz Muhammad Arshad,
3.Muhammad Ismail SM A. Kadir,
4.Pat Latif Mansur,
5.Isha Riduan Ishak,
6.Idris Muhammad Amin,
7.Adi Helmy Muhammad Nasir,
8.Meor Safizal Meor Muhammad Amin dan
9.Zulhaizam Zulkifli.
-Pemuda Besut
*Kepada pejuang-pejuang yang ditahan, diharapkan agar terus tabah. Mereka tidak bersendirian. Perjuangan masih lagi panjang. Ya ALLAH bantulah mereka dan Engkaulah yang Maha Kuasa.
*Setelah mengamatinya, bersyukur pada Allah.Walaupun kemenangan belum tiba namun kelahiran pelapis penerus perjuangan pasti ada.Semoga semangat juang terus berserakkan di jiwa anak-anak yang sentiasa ingin kepada satu makna pengertian kehidupan.YA ALLAH PADAMU KAMI MENCARI KEREDHAAN DUNIA DAN AKHIRAT….

No comments: