Sunday, February 15, 2009

SEDARLAH.....WAHAI WANITA!!



Bismillahirrahmanirahim….. tiba-tiba hati ini sebak dan terus terlintas di fikiran untuk menulis warkah ini. Inilah sebuah harapan dan sebuah cita-cita semoga bertemu jalan penyelesaian.

Dunia setiap hari dikejutkan dengan berbagai isu-isu yang sentiasa membuatkan kita berfikir, takut dan rasa bersalah dan bagaimana keadaan selepas ini.Apa lagi yang harus kita lalui.Diriku teringat tentang satu isu yang tidak sepatutnya dipersoalkan dan ku cuba ingin melontarkan sesuatu dan seandainya kata-kata ini didengari oleh kalian sebarkanah ia.Ia adalah mengenai SISTER IN ISLAM.Sebuah pertubuhan yang mewujudkan pelbagai kontroversi yang sentiasa mempermainkan minda masyarakat agar terus hitam dan berkarat.Lalu terlintas di fikiran mungkin inilah agenda Yahudi yang mempunyai strategi yang sangat halus.

Ku tujukan warkah ini buat diri yang bergelar gadis,wanita dan ibu yang mempercayai segala hujah mereka.Sebelum kuteruskan ingin ku mengajak supaya wanita bersihkan nurani dan kembali kepada kejadian penciptaan kita, siapa sebenarnya kita, bukankah kita hanya diberi pinjaman daripada Allah dan satu ketika nanti kita akan menemuinya, kita adalah makhluk yang tidak berkuasa dan adakah layak kita menentang sunnatullahnya.

Ku harap semoga wanita tidak mudah berkiblat kepada barat ,jangan mudah kita membenarkan kata-kata Yahudi Percaya dan yakinlah bahawa disebalik semua ini mereka sudah bersorak gembira dan ada agenda orientalis barat untuk mengeksploitasikan wanita supaya agar misi menghancurkan Islam tercapai.Ucapkanlah astaghfirallahala’zim dan bertaubatlah kepada Allah. Seandainya kejahilan yang membelenggu menyebabkan keliru dengan kebenaran.Cerahkanlah ia segera, jernihkanah ia dengan nur Ilahi semoga Allah melindungi hambanya yang bertaubat.Kenalilah Allah dan jangan disebabkan tamak kepada pangkat dan kuasa kita sanggup melanggar syariat Allah. Dan jangan sampai memilih jalan syaitan.Inilah yang berlaku pada pemimpin hari ini sanggup menghancurkan orang lain demi kepentingan peribadi.
Dari pembacaan dan pemerhatian ku ,mereka yang terlibat dengan pertubuhan ini ada di antaranya mempunyai sejarah tersendiri, jadi di sini ku ingin nasihatkan agar kalian tidak terus dimainkan oleh perasaan tetapi ambillah Al-Quran sebagai pedoman,Ikhlas ku katakan ada dikalangan wanita yang kurang bahagia hidupnya, tetapi percayalah mungkin itu ujian Allah yang diturunkan supaya dosa-dosa lalu terhapus. Ku tahu ada wanita yang sanggup berkorban tetapi dikhinati, ada wanita yang setia didustai ,ada wanita yang berkhidmad dianiaya,dan ada wanita ditindas, tetapi jangan sampai penderitaan ini kalian sanggup menggadai agama,sanggup melanggar aturan Allah dan sanggup menghina nabi dan sanggup memerangi pejuang Islam, sedarlah kalian berada dalam kesesatan yang nyata.

Bukan begini caranya masih banyak keindahan Islam yang tersedia untuk memberi penawar segala penderitaan ini.Ku tulis agar wanita-wanita ini menjadi tiang agama dan bukan sebagai bom-bom yang menhancurkan Islam.Ingatlah jangan disebabkan kemarahan kalian sanggup memesongkan akidah sedarlah!nauzubillah.Di kala wanita bertindak menyokong sister in Islam ini,sebenarnya kita telah membunuh jiwa-jiwa Islam dan membuatkan Yahudi terus ketawa dan menang.Wanita,jangan biarkan Islam kalah kepada Yahudi dengan tindakan bodoh kita.

Kita punyai akal dan kawallah perasaan kita, selesaikanlah setiap perkara berlandaskan Al-Quran dan fikiran yang penuh segar dan jiwa yang lapang dalam mendepani cabaran hidup.Satu pesananku biarlah di dunia ini ibarat bara dan penuh onak dan duri, namun di akhirat kelak nyaman dihiasi mahligai yang indah mewangi.

Bila mengenangkan wanita hari ini, ingatanku terimbau di lipatan sejarah mengenai kisah Asiah seorang isteri kepada Firaun yang zalim, di sini dia berjaya mempertahankan aqidahnya walaupun berhadapan dengan kegetiran nyawa.Wanita, jadikanlah kisah-kisah ini sebagai motivasi diri, penguat jiwa dan cita-cita melangit menuju syurga.Serahlah segalanya pada Allah.Dan hanya Allah yang layak menghukum kejahatan hambanya.Janganlah membalas kejahatan itu dengan merosakkan pegangan kita sebagai umat Islam dan mengikuti jalan-jalan yang menghancurkan Islam.Sepatutnya kita umat islamlah yang harus memerangi pemikiran-pemikiran bebas dan liar ini.Wanita perlulah menilai setiap perkara itu sesuai dan menurut perspektif yang benar, yang mempunyai sumber dan pendirian prinsip Islam yang benar.

Selain faktor-faktor di atas serangan pemikiran seperti fahaman liberalisme, sekularisme, pluralisme juga yang terus mengelirukan jiwa umat Islam daripada berfikir dan melihat dari perspektif Islam yang tulen. Begitulah yang terjadi pada wanita hari ini , mereka disibukkan dengan perkara yang melalaikan yang seterusnya mematikan hati, dan mudahlah anasir-anasir seperti SISTER IN ISLAM ini meracuni kotak pemikiran mereka.

Akhirnya diriku cuba melontarkan , sekiranya pertubuhan ini adalah senjata mereka untuk menjatuhkan Islam ,jadi peranan kita sebagai pemuda dan pemudi Islam untuk mencerahkan golongan-golongan ini agar meletakkan pemikiran mereka suci dan jelas aqidah.Selain itu kita haruslah memikirkan strategi-strategi yang dapat mengalahkan SISTER IN ISLAM daripada terus menanamkan benih-benih keingkaran terhadap Allah.

Kesimpulannya kita sebagai umat Islam perlu terus bekerja dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.Ingatlah tugas ini berat, jadi sama-samalah kita teguhkan iman dan bersatu melangkah menuju keredhaan ALLAH.Semoga orang yang menindas umat Islam ini akan dibalas oleh Allah dan menggagalkan usaha jahat mereka terhadap Islam.

No comments: