Saturday, May 2, 2009

Menuju Amal Jamai'e

PEMIKIRAN AMAL JAMA’IE ‘AQLIYYAH JAMA’IYYAH’ DAN PENGHAPUSAN SIKAP MEMENTINGKAN DIRI

Pesanan:Us.Said Hawwa.

Persoalan ini adalah suatu yang kritikal, lebih-lebih lagi apabila bangsa kita kebiasaannya bertindak berseorangan, dan memang banyak sekali kita dapati ummat bertindak berseorangan. Ini adalah suatu penyakit yang amat merbahaya yang dengannya tidak mungkin akan tertegaknya ‘amal jama’ie.


Di antara penyakit-penyakit yang mengganggui perjalanan ‘amal jama’ie ialah sifat bakhil yang amatdituruti, hawa nafsu mengutamakan & berbangga
(Sürah Al-Fathir : Ayat 28)

Sesungguhnya mengenal Allah dengan perasaan dan pemikiran sajalah yang dapat menyuburkan perasaan takut kepada Allah kerana cara ini sahajalah yang akan meneruskan pertentangan seseorang itu dengan hawa nafsunya. Kenalnya ia kepada Allah adalah melalui ‘ilmunya, iaitu dengan mematuhi nas-nas, membela kebenaran serta menyerahkan diri kepada natijah dan pada dalil-dalil yang diperolehi dan ‘ilmunya itu.


Manakala penyakit mengutamakan dunia pula diubati dengan mengingati akhirat serta memperkuatkan tuntutan terhadap akhirat di dalam jiwa melalui pembacaan Al-Quran, menghadiri majlis agama, usaha-usaha untuk Allah, muhasabah dan zikir-zikir harian. Di
samping itu ia hendaklah selalu membayangkan apa yang akan kita hadapi ketika matinya, di ‘alam barzakh dan di hari ke bangkitan; hari yang mana ia akan berdiri di hadapan Allah, hari hisab dan hari ia ditemukan dengan syurga dan neraka (kita memohon syurga dari Allah)

Semuanya ini adalah sebagai pengenalan terhadap betapa kerdilnya dunia ini dan tidak bernilainya dunia yang dikejar oleh manusia baik kerana pangkat, bangsa, harta, syahwat atau pun kerana kedudukan. Ada pun penyakit ‘ujub dengan pemikiran sendiri diubati dengan melihat kembali ke arah diri , betapa lemahnya, betapa lemahnya ía. Di samping itu ia hendaklah melihat betapa berkatnya pandangan syurã yang matang, saf yang matang dan kepimpinan yang matang; bertolak dari keinsafan ini ia akan terasa betapa lemahnya pemikiran bersendirian.

Faktor yang paling panting di dalam usaha pangubatan penyakit ini ialah membiasakan diri dengan syura.)Telah datang seorang manusia kepada Abu Tha’labah Al Khasyni bertanya: ‘Bagaimanakah awak bertindak terhadap ayat ini Tanya Abu Tha’labah: ‘Ayat yang mana satu?’ Jawabnya ,Allah berfirman:

“Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; tiada lah orang-orang yang sesat itu akan memudharatkan kamu apabila kamu telah mendapat petunjuk.”
(Surah Al-Ma’idah: Ayat 105 )

Kata Abu Tha’labah: Sesungguhnya aku telah bertanya orang yang lebih mengetahui iaitu aku bertanya Rasulullah s.a.w yang telah dijawab oleh Baginda dengan sabdanya:
“Malahan, hendaklah kamu menyuruh dengan ma’ruf dan melarang daripada mungkar sehingga bila kamu melihat bathil yang ditaa’ti, hawa nafsu yang diikuti,dunia yang diutamakan dan ‘ujub seorang dengan pendapatnya, maka hendaklah engkau berpegang dengan darimu dan tinggalkanlah orang awam kerana di hadapanmu hari-hari yang panjang di mana orang yang sabar adalah ibarat seorang memegang bara api, pekerja di hari itu menyamai balasan lima puluh orang lalaki yang bekerja seperti kamu. Di tanya Rasulullah:Apakah balasan lima puluh lelaki di antara kami atau di antara mereka?, maka jawab Baginda : Malahan balasan limapuluh daripada kamu.”

(Hadith riwayat Tirmizi dan katanya hadith ini hasan sahih)
Hadith ini menerangkan bahawa bilamana terdapat penyakit-penyakit yang disebutkan di atas tadi, maka tiada ubat untuk seseorang itu selain dari ‘uzlah dan sabar; betapa tingginya ganjaran sabar.

Sifat melupakan diri sendiri, berkorban harta benda, jiwa dan tenaga merupakan pendahuluan yang biasa untuk sampai kepada perlaksanaan ‘amal jama’ie. Sesungguhnya orang-orang Islam di hari ini amat memerlukan kepada sifat-sifat ini untuk menegakkan ‘ama! jama’ie yang mampu untuk mencapai matlamat-matlamat. Permulaan untuk kesemuanya ini adalah lahirnya sifat puas hati terhadap ‘amal jama’ie serta wujudnya pemikiran yang mampu untuk menyelaraskan kerja-kerja ini. Syarat untuk kesemuanya ini pula ialah menepati beberapa tuntutan dan menjauhi beberapa tuntutan yang lain.

No comments: