Sunday, January 25, 2009

JALAN MENUJU SYURGA

JALAN MENUJU SYURGA

“Dari Muadz ra berkata: saya bertanya pada Rasulullah s.a.w , Ya Rasulullah: beritahukan kepadaku amalyang boleh memasukkanku ke dalam syurga dan menjauhkanku dari neraka, rasul s.a.w bersabda ,sungguh kamu telah bertanya tentang sesuatu yang besar, sungguh hal yang demikian itu mudah bagi orang yang Allah mudahkan baginya.Sembahlah Allah dan jangan kamu persekutukan denganNya sesuatupun, dirikan solat, tunaikan zakat, puasalah di bulan Ramadhan, dan berhajilah ke Baitullah.( hadis hasan sahih )

Lalu Rasulullah s.a.w bersabda, mahukah aku tunjukkan kalian kepada pintu-pintu kebaikan? Puasa adalah perisai, Shodaqah memadamkan kesalahan sebagaimana air memadamkan api, dan qiyam seseorang di tengah malam, lalu Rasulullah s.a.w. membaca ayat (As-Sajadah 16-17)

( Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka selalu berdoa kepada Rabbnya dengan penuh rasa takut dan harap, serta mereka menafkahkan apa apa rezki yang kami berikan. Tak seorangpun mengetahui berbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang sebagai balasan bagi mereka, atas apa yang mereka kerjakan. )

Lalu Rasulullah s.a.w bersabda :Mahukah aku beritahukan pada kalian asas dari segala sesuatu, tiang dan puncaknya? Jawabku: Mahu ya Rasulullah: maka rasul s.a.w. bersabda : Asas dari segala sesuatu adalah Islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah jihad di jalan Allah. Lalu rasulullah bersabda : Mahukah aku beritahukan tentang pengendali itu semua? Aku menjawab, mahu ya nabi, maka rasulullah saw memegang lisannya yang mulia seraya bersabda: jaga ini ( sambil menunjuk kepada lidah beliau yang mulia), lalu aku bertanya ya rasulullah apakah kita akan diberikan hukuman dengan apa yang kita ucapkan? Sabda Rasulullah s.a.w. Sungguh berat, tidaklah tersembam wajah-wajah manusia ke dalam api neraka , atau punggung mereka melainkan atas apa yang diucapkan oleh lidah mereka.

Firman Allah s.w.t:

“ Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya. jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.”
(Ali Imran ;120)

“ Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan Katakanlah perkataan yang benar, Niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, Maka Sesungguhnya ia Telah mendapat kemenangan yang besar.”

(Al-Ahzab;70-71)

Kesimpulannya:
Dari ayat di atas menunjukkan kepada kita bahawa syurga itu harus ditempuh melalui beberapa perkara :
1.Beriman dan menjaga diri dari kemunafikan
2.Islam tidak menyekutukan Allah
3.Bertaqwa kepada Allah.
4.Berakhlak mulia dengan menjaga lisan dan perlakuan.
5. Istiqamah dalam menjaga keislaman,keimanan, dan akhlak.


No comments: