Wednesday, March 4, 2009

MUJAHIDAH ISLAM


TUGAS MUSLIMAH DALAM PEMBENTUKAN UMMAH

Sekiranya seorang wanita Islam (Muslimah) ingin mengetahui tentang kedudukannya sebagai wanita di dalam Islam maka dia perlu mengetahui tentang tanggungjawabnya di dalam kehidupan yang telah dijadikan oleh Allah S.W.T, dan perlulah dia berusaha untuk memperlengkapkan dirinya dengan pengetahuan (saqafah) yang berguna.


MEMPERLENGKAPKAN DIRI DENGAN SAQAFAH


Adalah wajib bagi seseorang wanita Islam untuk memperlengkapkan dirinya dengan SAQAFAH SYARA'IYAH iaitu saqafah yang berkaitan dengan hukum-hukum syara' terutama yang menyentuh fardhu 'ain yang perlu dilakukan oleh setiap individu muslimah. Begitu juga SAQAFAH MA'SIROH iaitu saqafah yang berkaitan dengan pengetahuan semasa seperti realiti yang ada dari semasa ke semasa di negara kita dan juga di luar. Begitu juga mengetahui dengan memperlengkapkan diri dengan akhlak-akhlak yang mulia untuk menjadi seorang yang benar-benar ahli bagi melaksanakan tanggungjawab untuk dirinya, masyarakatnya serta untuk mencari keredaan Allah S.W.T. Dalam maksud inilah maka di sini disenaraikan beberapa tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh anggota-anggota muslimah.


TANGGUNGJAWAB TERHADAP DEEN


Yang pertama ialah tanggungjawab terhadap deennya sendiri iaitu agama Islam. Maksud tanggungjawab terhadap deen ialah yang pertama, wanita muslimah hendaklah beriman dengan Allah S.W.T dengan iman yang sampai ke peringkat yakin dan tomakninah (puas) mengambil tempat di dalam jiwa dan menjadi panduan rohani bagi mengatur fikiran dan amalannya.Keyakinan yang dimaksudkan di sini ialah keyakinan hingga ke peringkat setiap sesuatu di dalam kehidupannya mempunyai hubungan dengan Allah.


Sekiranya di dalam setiap aspek dia masih melupakan Allah SWT itu bermakna keyakinannya belum mencapai keyakinan yang betul, belum melalui proses yang betul, keyakinan yang tidak jelas dan keyakinan yang tidak berfungsi di dalam kehidupannya. Seseorang yang mempunyai keyakinan yang betul setiap tindakannya adalah kerana Allah SWT semata-mata. Begitu juga keyakinannya terhadap hari akhirat. Dia mesti merasakan bahawa itulah matlamat akhir bagi kehidupannya sebagai seorang Islam. Untuk itu hatinya mestilah betul-betul dibentuk untuk mendapat jaminan apabila sampai kepada matlamat akhir itu.


Dalam masyarakat hari ini kehidupan dunia menjadikan mereka lupa kepada kehidupan akhirat, kerana mereka tidak memiliki hati nurani yang bersih yang boleh membuatkan mereka melihat dan menyaksikan matlamat akhirat itu. Tidak yakin pada akhirat inilah yang membawa kepada penyelewengan yang banyak di dalam kehidupan umat Islam hari ini. Walaupun mereka mendakwa mereka yakin kepada hari akhirat tetapi jelas dalam kehidupan mereka ia menjadi hafalan semata-mata, tidak berfungsi di dalam kehidupan seorang muslim lelaki atau pun wanita. Bagaimanakah caranya kita beriman dengan hari akhirat itu hingga seolah-olah kita betul-betul merasai dan menyaksikan bagaimana siksaan Allah S.W.T dan bagaimana pula nikmat Allah S.W.T di akhirat?


Di dalam al-Quranulkarim terdapat banyak ayat-ayat yang memperkatakan tentang azab dan nikmat di akhirat. Tetapi meskipun perkara itu dilafazkan kepada masyarakat hari ini, ia tidak masuk ke dalam jiwa, tidak pernah terlintas di dalam fikiran malah ia lalu begitu sahaja tanpa meninggalkan kesan. Tetapi perkara ini manakala dilafazkan kepada generasi awal al-Quranulkarim yang telah diproses oleh Rasulullah S.A.W. mereka terus nampak, yakin dan terus percaya serta terus melaksanakannya di dalam kehidupan mereka.


Itu merupakan satu perbezaan yang terlalu jauh di antara mereka dengan masyarakat yang wujud sekarang. Justeru itu di dalam hal ini jiwa mestilah diproses dengan tarbiyah yang betul supaya ia benar-benar berfungsi untuk menerima hakikat percaya pada hari akhirat. Ada pepatah Arab yang bermaksud:


"Tidak ada kampung selepas mati ini untuk seseorang itu tinggal di dalamnya
melainkan apa yang dibina dengan amalan-amalan-nya."

Untuk itu kita mestilah memenuhi tuntutan-tuntutan Allah. Itulah di antara kewajipan wanita terhadap deennya. Banyak lagilah kewajipan itu, cuma diterangkan secara ringkas sahaja kewajipan-kewajipan yang perlu dilakukan oleh setiap individu muslim. Yang ketiga hendaklah seorang wanita muslim meneliti betul-betul perintah Allah S.W.T. — dari segi suruhan maupun tegahanNya — tanpa cuai.


Perkara ini bukanlah boleh dilakukan secaia kebetulan sahaja. Tetapi di dalam masyarakat hari ini adakah mereka benar-benar meneliti suruhan-suruhan dan tegahan-tegahan Allah S.W.T? Kalau mereka menelitinya tentulah tidak wujud kehidupan jahiliah yang bertebaran di mana-mana sahaja hari ini. Penelitian yang bersungguh-sungguh berkehendakkan suatu kefahaman dan kesedaran yang betul di dalam jiwa umat Islam. Jika tidak wujud kesedaran dan kefahaman yang betul tentang bagaimana hendak mengenal jahiliah dan Islam, akan wujudlah kehidupan yang mencampur adukkan Islam dengan jahiliah.


Satu ketika dia Islam, di ketika yang lain dia tidak mengiyakan apa yang Islam, kata jahiliah. Masa sembahyang dia merasakan dirinya Islam tetapi pada masa yang lain dia tidak merasakan adanya hubungan dengan Allah S.W.T, hubungannya dengan matlamat akhirat. Itu telah menjadikan masalah. Ini adalah kerana kita tidak diperkenalkan kepada Islam dengan cara yang betul.



Kita hari ini menerima Islam melalui adat dan warisan. Kita tidak menerima Islam melalui kefahaman, kesedaran dan keyakinan yang betul. Kita tidak menerima Islam menerusi keyakinan kepada Allah S.W.T, kepada junjungan Muhammad S.A.W yang membawa deen ini, yang jelas latarbelakang hidupnya. Tetapi oleh kerana kepentingan-kepentingan tertentu mereka menukarkan yang haq itu. Itu pun takdir Allah S.W.T yang kita sendiri memilih takdir itu.


Sekiranya makrifah Allah tidak ada, ilmu lain yang akan mengambil tempatnya. Sebab itulah ilmu-ilmu yang ada pada hari ini sesat, kerana makrifah Allah S.W.T tidak jelas padanya. Manakala induk makrifah itu tidak jelas padanya, makrifah lain yang akan menjadi induk kepada ilmu pengetahuan. Dengan itu lahirlah keangkuhan di dalam masyarakat manusia.


Orang-orang yang berilmu bermegah dengan ilmunya. Ilmunya digunakan untuk menekan orang-orang lain. Berlakulah. kezaliman, penindasan di kalangan masyarakat manusia kerana memahami ilmu tidak secara yang betul.


Tetapi seandainya makrifah kepada Allah S.W.T menjadi punca kepada ilmu yang lain, akan tunduk semuanya kepada makrifah ALlah S.W.T, iaitu ilmu itu akan berjalan dengan baik, tidak ada orang-orang yang berilmu menjadi angkuh, sombong, takbur, mempergunakan ilmunya untuk kepentingan diri dan bermegah dengannya. Sebaliknya dia akan menggunakan ilmunya itu seperti mana yang dikehendaki oleh Allah S.W.T.


Begitulah tugas seorang Islam untuk mendapatkan ilmu. Kalau hendak dikaji tentang makrifah Allah S.W.T, mestilah diterima Islam menerusi iman yang betul, melalui sumbernya yang sahih iaitu al- Quranulkarim, Sunnah Rasulullah S.A.W. dan Sirah Rasulullah SA..W. Tidak boleh mengambilnya daripada sumber yang lain. Kalau bersumberkan kepada yang lain, tidak akan berjumpa dengan makrifah Allah SWT. Itu yang menyebabkan kesesatan, Kebanyakan manusia kini meskipun dia berilmu pengetahuan yang tinggi tetapi dia sesat kerana tidak berinduk kepada makrifah Allah S.W.T. Seandainya kita menerima ilmu seperti mereka kita tidak akan merasai bahawa mereka sesat. Sebaliknya kita akan turut berbangga dengan mereka. Kita akan me-nyanjung dan bermegah dengan mereka.


Kita pula takut kepada makrifahnya, tidak takut kepada makrifah Allah S.W.T. Kita menyembunyikan makrifah Allah S.W.T. Kita akan menjadi takut kepada yang lain, takut kepada CIA — takut sangat kepada mereka kerana mereka pandai, cekap. Kita tidak menjadi takut kepada makrifah Allah S.W.T yang mengetahui segala kesulitan yang ada di dalam jiwa kita, yang mengetahui segala sesuatu. Sekiranya kita tidak mencari makrifah yang induk terlebih dahulu, iaitu makrifah Allah S.W.T, makrifah lain akan rosak. Makrifah itu juga akan menafikan kewujudan Allah S.W.T.


Komunis misalnya, dengan makrifah yang ada padanya menolak kewujudan Allah S.W.T. Begitu juga tidak lama dulu pernah seorang pemimpin Rusia dengan ilmu yang ada padanya digunakan untuk ke angkasalepas untuk melihat Tuhan. Katanya, "Tidak ada Tuhan pun!" Malangnya, ilmu yang ada padanya itu tidak tunduk kepada makrifah


Allah S.W.T, sebab itulah dia tidak nampak kewujudan Allah S.W.T. Untuk mendapat ilmu yang betul mestilah melalui sumbernya yang betul iaitu Al- Quranulkarim dan Sunnah Rasulullah S.A.W. — terutamanya untuk mengenal makrifah Allah S.W.T. sebagai punca kepada ilmu yang lain. Begitu juga seorang wanita Muslim hendaklah mengetahui tentang sejarah Islam, sejarah peperangan dalam Islam, siasah dalam Islam, nasyar (kegiatan-kegiatan aqli) dalam Islam. Juga hendaklah diketahui tentang mujahadah nafs — bagaimana hendak bermujahadah, untuk memproses jiwa dan melengkapkan diri dengan sifat-sifat yang baik. Dengan memiliki ilmu seumpama ini barulah seorang wanita boleh melahirkan tasdiq amali iaitu pelaksanaan dalam bentuk amalan di dalam kehidupan. Jika tidak, ilmu akan tinggal ilmu, menjadi perhiasan otak sahaja, tidak berjalan di dalam kehidupannya. Ilmu itu akan tinggal sebagai perbincangan bagi memuaskan kehendak otak dan akalnya saja tetapi tidak lahir dalam bentuk kenyataan.


Ilmu yang seumpama itu sebenarnya adalah ilmu yang tidak berguna, ilmu yang tidak berindukkan kepada makrifah Allah S.W.T. Ilmu sepertimana yang dimaksudkan tadi ialah ilmu yang berkaitan dengan realiti dari semasa ke semasa, ilmu yang berkaitan dengan ekonomi, sihhah (kesihatan), sains dan seumpamanya. Semua ilmu ini perlu diketahui oleh wanita-wanita kerana bukan lelaki sahaja yang hendak melaksanakan Islam tetapi wanita juga.


Manakala wanita hendak melaksanakan Islam, dirinya akan diukur dengan kemampuan ilmu yang ada pada dirinya. Seperti Saidatina Aisyah, beliau tahu satu persatu tentang realiti dan syara'. Apabila para sahabat bertanyakan kepadanya tentang hukum, beliau terus memberikan fatwa. Sekiranya beliau tidak mengetahui tentang realiti dan syara' sahaja yang diketahuinya, fatwa yang dikeluarkannya tidak betul. Oleh itu amatlah perlu bagi seorang wanita Islam membaca suratkhabar harian, majalah bulanan dan seumpamanya. Semua ini adalah berfaedah. la dipanggil SAQAFAH ISTIBANAH.



Saqafah Istibanah terbahagi kepada dua bahagian iaitu SYARA' dan REALITI (WAQF). Membaca merupakan ILMU SIQQAH untuk mengetahui tentang realiti. Kalau realiti tidak diketahui sukar untuk menghukum.



Para sahabat Rasuluilah S.A.W. dan wanita-wanita Islam dahulu mereka mengetahui secara terperinci tentang realiti. Misalnya Asma binti Abu Bakar, faham tentang realiti. Fatimah binti Al-Khattab, orang yang cergas dalam kegiatan Islam yang pertama bukan sahaja faham secara terperinci dengan realiti, malah siasah harakah yang baru diwujudkan oleh Rasulullah S.A.W. juga difahaminya. Kalau hendak dibandingkan dengan wanita hari ini dari segi kefahamannya ternyata jauh bezanya.

Rujukan : Al-Mukminah As-Solehah ,Mustafa Ramadhan.
Tulisan :Syed Abu Hasan An Nadwi

No comments: